Saturday 26 September 2020

SELAMAT HARI JADI YANG KE 21 TAHUN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook.my/sariahawangsenik

Dah besar anak teruna nan seorang ini. Haru ini 26 September 2020, genaplah umur dia 21 tahun.

Gara-gara sangat teruja dan juga asyik sibuk dengan kerja, sampai tersasul menaip posting fb dengan menyatakan hari jadi yang ke 22 tahun.

Yakin sangat ibu dia menaip posting memang tidak boleh bawa bincang. Apa pun bersyukur segalanya Allah mudahkan.

Sejak dari dia kecil memang tidak banyak karenah. Seorang yang simple, tegas dan berjimat-cermat.

Kalau nak dibandingkan cara abang dan adik memang sangat berbeza.

Tetapi kasih sayang tetap sama rata. Yalah, bukan ramai adik-beradik pun. Hanya 2 beradik dan diri ini sahaja.

Terima kasih juga buat mak saudara yang sudi datang sebentar meraikan hari jadi anak buahnya itu.

Walau tiada ucapan istimewa dari hamba Allah yang sepatutnya, namun tidak bersyukur.

Biarlah ya.
Usah risau. Allah kan ada. Dia maha mengetahui. 
Kita hanya berdoa yang baik-baik sahaja. 

Berdoa kepada Allah agar lindungi kedua anak tersayang, dimudahkan urusan dan kurniakanlah rezeki yang melimpah-ruah buat mereka berdua beradik.

Aamiin Ya Allah.


Sekian

Wednesday 9 September 2020

BELAJAR LAGI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook.my/sariahawangsenik


Bukan kaleng-kaleng juga nak lawan suara-suara biawak ini. Kalau diikutkan kata hati dengan badan yang letih dan mata yang teramat mengantuk, tidak mungkin sampai ke tempat berbengkel itu.

Alhamdulillah. Syukur Allah mudahkan semua perjalanan untuk menyertai Bengkel Penulisan Kisah Hidup oleh IKRAM Hulu Selangor.

Jika tak kerana minat menulis dan sedar ilmu penulisan tidak sebanyak mana, maka gagah dan paksa diri untuk menuntut ilmu dalam bidang penulisan ini.

Bengkel anjuran wanita IKRAM Hulu Selangor ini sangat bermanfaat. Dengan yuran pendaftaran hanya RM 35, tanpa berlengah terus membayarnya.

Penulis yang bakal berkongsi tentang ilmu penulisan, cara memasarkan buku sendiri dan sebagainya adalah penulis tersohor sejak dahulu ialah Puan Sri Diah Saharuddin.

Beliau banyak menulis novel dan juga puisi-puisi pendek yang menyentuh hati.

Perkongsian dari Puan Sri Diah pada petang Ahad 6 September padat dengan tips-tips yang berguna.

Yang paling menyentuh hati, adalah tulislah seberapa segera sementara masih sihat dan ingat segala apa yang berlaku dalam kehidupan kita.

Puan Sri Diah atau lebih mesra dengan panggilan mak ini juga mengajar bagaimana untuk menulis kisah hidup sendiri  dengan formula yang Puan Sri Diah kongsikan. 

Kemuncak bengkel ini ialah acara bertukar-tukar buku sesama peserta kursus. Rasa teruja kerana dapat menghadiahkan kepada peserta bengkel dengan buku antologi sendiri.

Yang pasti buku antologi tentang kisah penyusuan ibu yang baru diterbitkan itu menjadi satu kenangan manis buat diri saya.

Yalah, dapat hadiahkan buku antologi sendiri, rasa bangga dengan pencapaian yang tidak seberapa ini.

Apa pun yang berlaku pada bengkel penulisan hidup ini amat bermakna kepada diri ini agar berusaha lebih gigih lagi dalam memajukan diri dalam bidang penulisan.

Sekian

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...