Sunday 5 January 2014

Kelebihan Bangun Awal Pagi Dan Solat Subuh

Assalamulaikum,

Tentu ada di antara kita yang liat bangun pagi dan juga solat subuh kan. Saya sendiri juga pernah mengalami nya selama beberapa tahun. Semasa saya kecil , arwah emak selalu meleteri saya dengan tabiat buruk ini. Namun saya juga berusaha untuk membuang tabiat buruk ini.

Masa berlalu begitu pantas semakin saya dewasa dan berumahtangga ternyata ada kebenaran kata-kata arwah ibu saya. Sekarang saya mempunyai 2 orang cahaya mata yang sedang meningkat remaja dan membesar. Semestinya semua tabiat saya yang buruk itu telah lama saya tinggal sebabnya ianya lebih banyak keburukannya daripada kebaikan.

Untuk pengetahunan semua bangun di awal pagi dan seterusnya bersolat subuh terlalu banyak kebaikannya dan bagi saya tiada keburukannya. Sebab setelah saya bangun pagi dan mandi, badan rasa segar dan fikiran pun lapang dan jiwa rasa lebih tenteram selepas menunaikan solat subuh.

Segala aktiviti harian saya pada hari tersebut berjalan dengan lancar malah rezeki pun murah. Walau kekadang rezeki yang Allah beri bukan berbentuk wang ringgit namun ianya sangat melegakan saya. Kalau semasa bekerja pun kalau masalah yang datang saya tidak akan rasa terlalu berat untuk menghadapinya dan selalunya masalah tersebut ada jalan penyelesaian.

Dan jika ada orang yang berniat tidak baik pada kita insha Allah segala niat buruknya tidak akan sampai kepada kita dan segala rancangan buruknya itu akan berbalik kepadanya.

Tujuan saya bercerita tentang ini semua bukanlah hendak menunjuk nunjuk jauh sekali rasa bangga diri tetapi adalah untuk berkongsi pengalaman bersama sama teman teman di luar sana.

Katakanlah jika saya tidak bangun awal dan solat subuh saya akan menghadapi pelbagai masalah sepanjang hari. Dengan badan yang lemah riak muka yang tidak berseri dan banyak masalah yang datang. Antaranya masalah dengan anak-anak juga masalah di tempat kerja. Hidup saya pada hari tersebut berserabut dan fikiran pun kusut. Tetapi kalau dah bangun.awal dan bersolat subuh semua masalah dapat saya atasi dengan lancarnya. Nak awet muda pun boleh.

Antara kelebihan Dan Kebaikan nya Bangun Pagi Dan Bersolat Subuh ialah :
* Melatih diri berdisplin dan
    lebih bermotivasi.
* Badan jadi lebih segar dan
    fikiran jadi lebih lapang.
* Suasana di waktu awal pagi
   amat tenang dan boleh buat
    ibadah yang lain seperti
    mengaji, berzikir dan solat
    solat sunat yang lain.
* Senantiasa dekatkan diri
    kepada Allah terlebih dahulu
    sebelum menjalankan
    tanggungjawab yang lain.
* Dapat berdoa dan bermohon
    kepada Allah terlebih dahulu 
    sebelum memulakan sesuatu
    perkerjaan yang lain.
* Di awal permulaan harilah
    semua rezeki yang kita
    mohon kepada Allah insha
    Allah akan ditunaikannya.

Dan yang terakhir ialah dengan bangun awal pagi dan bersolat subuh bukan sahaja dapat melatih diri untuk lebih berdisplin bahkan juga dapat melatih semua ahli keluarga kita untuk lebih bersedia menghadapi segala cabaran dan rintangan di masa akan datang.

Segala masalah ataupun apa jua rintangan pasti akan ada jalan penyelesaian. Apa yang perlu kita buat adalah berdoa dan terus berdoa dan yakin setiap masalah yang wujud ada hikmahnya yang tersendiri. Amin

Ikhlas Dari sariah awang senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...