Saturday 4 January 2014

Tips Hilangkan Kekecewaan Dengan Cepat

Assalamulaikum,

Di dalam kehidupan pasti kita akan melalui saat saat sedih dan juga gembria. Kadang kala kita akan sedih dan juga gembria. Semua perasaan itu adalah normal di dalam kehidupan seseorang. Melalui semua saat saat getir dan rasa pedih dan seksa amatlah menyedihkan. Bayangkan jika seseorang yang kita amat sayangi pergi  meninggalkan kita gara gara hatinya telah beralih kasih dan sayang.

Tetapi sebagai manusia biasa cubalah untuk terima semua kekecewaan dengan hati yang redha dan percayalah usah terlalu lama bersedih kelaknya memakan diri dan merugikan diri sendiri dan tidak mustahil masa depan kita akan gelap kerananya.

Untuk pengetahunan semua saya sendiri telah melalui pelbagai episode kedukaan di dalam kehidupan saya. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu bertapa perit dan derita saya
Ketika itu. Ditambah lagi yang melukakan hati saya adalah insan yang paling saya sayang dan saya selalu impikan akan menghabiskan sisa sisa kehidupan bersama samanya. Namun akhirnya saya pasrah dan redha dengan segala ketentuan yang telah di tetapkan oleh yang maha kuasa. Hanya dia sahaja yang tahu apa yang terbaik buat hamba hambanya.

Antara tips terpantas untuk lupakan semua kekecewaan ialah:

A) Ingat Allah dan kembalilah kepadanya.
B) Belajar menerima semuanya dengan hati yang tulus dan ikhlas kerana Allah.
C) Senantiasa sibuk kan diri dengan aktiviti aktiviti yang sihat..contohnya bersukan ataupun membaca buku yang berunsur motivasi
D) Yakin bahawa Allah telah mengaturkan sesuatu yang lebih baik untuk kita.
E) Jangan pernah berhenti berdoa kepada yang maha kuasa.
F) Jikalau sudah berkahwin dan mempunyai anak lihatlah senantiasa wajah mereka semasa sedang tidur nescaya segala kekecewaan kita akan lenyap dan kembali bersemengat menghadapi hari esok.
G) Jika masih bujang dan belum berkahwin ingatlah senantiasa kedua orang tua kita.
H) Yang paling penting belajar lah memaafkan orang lain walau yang melukakankan hati kita ialah orang yang paling kita sayangi. Terimalah hakikat bahawa tiada manusia yang sempurna. Begitu juga tentang diri kita.
I) Tukarkan semua kekecewaan daripada yang negatif kepada yang positif.

Dan yang terakhir belajarlah daripada kesilapan. Sekali kecewa tidak selamanya kecewa. Ingat Allah sedang menguji kita. Semoga berbahagia selalu kepada yang sudi singgah sebentar di ruangan saya yang tidak seberapa ini.

Sekian Terima Kasih
Tulus ikhlas dari
Sariah Awang Senik.

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...