Monday 6 January 2014

TIPS MENGGALAKKAN ANAK-ANAK MINAT MEMBACA

Assalamulaikum,                                                                                                                Tentu seronok kan jikalau kita mempunyai anak anak yang rajin membaca dan suka membaca. Sebenarnya saya dan anak-anak mempunyai hobi yang sama yang kami kongsikan bersama iaitu minat membaca dan suka memgumpul apa sahaja bahan bacaan di rumah. Untuk pengetahunan semua saya tidak lah terlalu memaksa anak-anak minat membaca. Cuma semasa mengandung dan selepas melahirkan anak-anak minat tersebut tidak pernah hilang di dalam kehidupan saya. Saya bersyukur kerana secara tidak langsung minat saya tersebut di warisi oleh kedua orang cahaya mata saya. Kedua anak saya suka membaca. Tidak kira apa sahaja bahan bacaan sama ada berunsur sains, sejarah, khayalan ataupun komedi selalu menjadi tumpuan kedua orang anak saya. Apa yang saya amalkan selalu kepada anak-anak saya untuk memupuk minat membaca ialah walau ke mana pun mereka pergi saya tidak pernah lokek untuk membelanjakan sedikit wang untuk menjadi bahan bacaaan mereka. Anak yang sulung amat gemar membaca komik di samping majalah yang lain contohnya, INFINITI, MASTIKA dan beberapa lagi majalah yang lain. Begitu juga dengan anak yang kedua. Dia amat gemar membaca tentang kisah-kisah nabi, kisah binatang, novel remaja yang tidak terlalu berat dan juga tentang sains.

Antara tips yang saya amalkan untuk senantiasa memastikan hobi anak-anak saya kekal membaca adalah;

A) Galakkan anak-anak membaca semasa waktu santai mereka iaitu waktu selepas belajar, berehat dan juga tidur.
B) Jangan terlalu biarkan anak-anak bermain dengan alat-alat gadget mereka contohnya, pc, hphone, tab di dalam jangka waktu yang terlalu lama.
C) Senantiasa pastikan buku-buku dan juga bahan bacaan yang ringan berada di tempat mereka seperti ruang tamu, bilik rehat dan juga bilik tidur masing-masing.
D) Jika berkunjung ke pusat membeli belah pastikan bawa anak-anak ke kedai buku untuk mencari buku-buku yang mereka minati.
E) Jangan terlalu berkira di dalam soal membeli bahan bacaan anak-anak. Kalau kita sebagai ibubapa sanggup berbelanja ratusan ribu ringgit untuk semua perhiasan di rumah peruntukan sedikit perbelanjaan untuk anak-anak.
F) Dan yang terakhir, selalulah bersama-sama dengan anak-anak semasa mereka berehat, bermain dan yang paling utama semasa mereka sedang membaca. Wujudkan suasana yang tenang dan gembria semasa bersama anak-anak.

Itu adalah tips saya sebagai seorang ibu untuk menggalakkan anak-anak membaca. Saya tidak pernah memaksa mereka membaca sebagaimana saya yang memang membaca dan juga menulis sejak dari bangku sekolah lagi. Mungkin kebanyakan masa saya membaca banyak diperhatikan oleh anak-anak maka secara tidak langsung minat tersebut . Sejak mereka masih bayi dan membesar hinggalah sekarang minat tersebut tidak pernah hilang. Saya bersyukur dengan mereka berdua.

Moga apa yang saya coretkan disini menjadi panduan kepada ibu-ibu di luar sana. InI hanyalah sebahagian dari pengalaman saya semasa memdidik dan juga membesarkan kedua orang cahayamata saya. Ingat jangan terlalu memaksa mereka untuk mengikut apa yang kita suka. Untuk memastikan anak-anak buat apa yang kita suka pastikan kita sebagai ibubapa terlebih dahulu buat apa yang kita inginkan daripada anak-anak.
Jadikan anak-anak sebagai teman rapat kita untuk berkongsi apa sahaja masalah. Anak-anak adalah anugerah Allah SWT. Jangan abaikan mereka. Hargailah mereka dan sayangilah mereka.


Ikhlas Dari Sariah Awang Senik.                                                                                                    

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...