Sunday 6 April 2014

BENGKEL BRANDING YOURSELF AND BUSINESS STRATEGIES

Teks : Sariah Awang Senik

Assalamulaikum, alhamdulilah segala urusan dipermudahkan kan bermula mengorak langkah untuk majlis menuntut ilmu dengan menghadirkan diri ke BENGKEL BRANDING YOURSELF AND BUSINESS STRATEGIES. Walaupun tajuk bengkel di dalam bahasa Inggeris , namun penyampaian isi dan kandungan bengkel semuanya di dalam Bahasa Melayu. Sebenarnya diri rasa bertuah dan beruntung kerana diberi kepercayaan untuk menjadi krew di bengkel tersebut. Bukan wang ringgit yang dikejar tetapi lebih kepada ilmu dan pendedahan serta bertemu dengan semua rakan-rakan yang baru.

Tidak sangka doa diperkenaan oleh Allah SWT untuk bertemu dengan rakan-rakan yang baru termakbul jua. Walaupun doa itu hampir dah terlupa di fikiran namun ternyata Allah senantiasa tidak melupakan segala doa yang di pohon oleh semua hambanya. Dengan mengosongkan minda dan menerima semuanya dengan lapang dada, kelas bermula agak rancak sekali. Tidak sangka pertemuan dan perbualan yang selama ini berlangsung di alam maya telah dapat menghasilkan suatu hubungan yang teramat erat sekali. Berbincang dan saling bertukar pandangan seolah-olah telah kenal hampir bertahun lamanya.

Kelas dimulakan dengan bacaan doa dudha dan dimulakan kata-kata pengenalan oleh cikgu Nisa Nua. Orangnya berpenampilan sederhana dan tidak keterlaluan.
Antara isi kandungan bengkel adalah bagaimana menwujudkan peluang, senantiasa mendirikan solat dhuha , berdoa kepada Allah terlebih dahulu sebelum memulakan sesuatu perniagaan ataupun perkhidmatan. Niat memulakan perniagaan dan juga perkhidmatan untuk apa dan sebagainya. Kenapa kita hendak berniaga dan mengapa kita melakukan sesuatu perniagaan . 9/10 rezeki adalah daripada perniagaan dan berniaga adalah sunnah nabi Muhamad SAW. Apabila berniaga , seseorang dapat memupuk semengat menjadi insan yang lebih berjaya, bertanggungjawab , jujur didalam melakukan sesuatu urusan perniagaan dan juga tidak melupakan insan yang didalam kesusahan apabila sudah mencapai sesuatu kejayaan.

Di dalam perniagaan segala keuntungan bukan sahaja dapat dimanfaatkan kepada diri dan keluarga malah digalakkan untuk berkongsi segala keuntungan bersama rakan dan juga orang-orang di sekeliling kita. Nyata perniagaan bukanlah bermakna keuntungan yang diperolehi oleh perseorangan tapi lebih bermakna keuntungan dikongsi bersama dibawah satu bumbung ataupun organisasi.

Antara isi kandungan lain yang di sentuh oleh cikgu Nisa ialah:
- Mengubah teknik penjualan sesuatu produk ataupun perkhidmatan kepada lebih ke arah membantu para pelanggan menyelesaikan segala masalah yang sedang mereka hadapi.
- Cuba sentuh hati para pelanggan dengan bertanya apa masalah yang sedang menghantui mereka.
- Berusaha dan belajar berdikari dan jangan pernah takut kepada kegagalan dan juga kesilapan. Setiap daripada kita semua mempelajari sesuatu apabila gagal dan sebenarnya itulah titik permulaan sebuah kejayaan.
-Bertindak sekarang dan lakukan sesuatu perubahan
- Membantu antara satu sama lain dengan cara membuat blog dan dalam masa yang sama mempromosikankan juga blog orang lain.
- Membuat sesuatu kelainan ke atas produk dan juga perkhidmatan kita. Contohnya, nak tidak saya reka ataupun jahit baju yang agak berlainan sedikit daripada orang lain.
- Buat logo berdasarkan produk dan perkhidmatan yang kita pasarkan. Logo produk dan perkhidmatan haruslah berdasarkan kepada 5 warna yang terpilih contohnya: Biru, Hijau, Merah, Kuning dan juga hitam.

Sebenarnya banyak lagi yang ingin saya kongsikan disini selepas menghadiri bengkel ini.
Mungkin di lain masa kita akan berkongsi beberapa tips ataupun rahsia lagi. Moga anda diluar sana terus setia dan sudi membaca sambil mengambil apa yang berfaedah yang dapat di gunakan di dalam produk dan juga perkhidmatan yang anda sedang lakukan.

Akhir kata selamat majujaya di dalam semua urusan yang sedang ataupun bakal anda lakukan diluar sana. Insha Allah saya akan terus menulis dan juga cuba untuk berkongsi segala ilmu dan perkara yang dapat mendatangkan kebaikan kepada semua.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Nisa dan juga kerjasama krew-krew yang lain.

Ikhlas Dari Sariah Awang Senik

Nota - Segala perkongsian adalah tulus dan ikhlas. Dan kepada sesiapa yang berniat untuk lebih mengetahui lebih details tentang blog yang tidak seberapa ini silalah hubungi saya Sariah di no tel: 019-4075634 untuk maklumat lebih lanjut.

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...