Saturday 27 September 2014

BERATNYA DOSA INI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Dosa adalah sesuatu kesalahan yang kita lakukan sama ada secara sedar ataupun tidak. Ianya mudah dilakukan apabila keimanan seseorang semakin tipis dan nipis. Namun bersyukurlah jikalau kita diberi hidayah dan petunjuk untuk mengingati segala dosa yang kita lalukan.

Semakin meningkat umur seseorang maka akan bertambahlah segala dosa dan juga pahalanya. Begitu juga dengan diri seseorang. Dosa tidak mengenal umur ataupun status seseorang. Sesiapa sahaja boleh terjebak dengan dosa dek kerana terlalu diburu oleh kepuasan hati masing-masing.

Fikirkanlah apakah dosa yang kita lakukan di dalam sehari? Adakah kita senang ketawakan orang atas kelemahan, kekurangan dan juga fizikalnya yang kurang cantik dan menarik?

Dan adakah kita sudah terlalu sempurna dari segala segi? Adakah dengan hanya berpakaian cantik dan update sudah boleh menjamin kedudukan kita di syurga nanti? Dengan menutupi wajah kita dari segala kedutan dan juga cacat cela dengan make up atau pun bedak alas yang mahal, maka Allah tidak nampak akan segala dosa-dosa yang kita telah lakukan. Sebenarnya Allah berada bersama kita setiap minit dan saat. Dia datangkan kita dengan pelbagai dugaan dan cabaran sebagai suatu latihan kekuatan keimanan diri kita. Sejauh mana kita menghadapi semua dugaan dan juga apakah cara untuk kita bertenang apabila di timpa sesuatu musibah.

Penulis juga tidak lari dari melakukan dosa setiap hari. Selalunya jarang sangat memikirkan hal yang lain kecuali diri, anak-anak, keluarga dan juga sahabat andai. Dahulu pernah terlalu sensitif apabila ada hamba Allah mengata di belakang, akan tetapi tidak sekarang. Yang mengata kita mereka sebenarnya berlaku jujur tentang diri kerana yang berada rapat dan mesra belum tentu tahu keadaannya apabila berada di belakang kita.

Di keliling dengan hamba Allah yang negatif bukanlah perkara yang mudah. Berusaha sebaik yang mungkin berfikir positif walau jelas kelihatan hanya perkara negatif di depan mata.
Bukan mudah bukan? Tetapi itulah yang penulis hadapi setiap hari.

Saban hari penulis mendengar mereka mengumpat, menghina, bercerita kisah keaiban suami sendiri, mendengar cerita-cerita yang tidak sepatutnya dan bermacam lagi. Tetapi penulis tidak mampu berkata apa. Nasihat tidak mampu secara terus dikuartiri akan menyinggung hati dan perasaan orang lain.

Namun hati tetap bersyukur kerana ada insan yang masih peduli tentang semua itu. Masih ada rakan-rakan yang memberi semengat walaupun belum pernah bertemu. Senantiasa memberi sokongan walau kekadang rasa lemah dan kurang semengat menguasai diri.

Berdoa moga rakan yang berfikir negatif akan bertukar positif. Moga Allah memberikan peluang dan juga kesempatan untuk menebus semua dosa-dosa ini. kelekaan dan lalai janganlah sesekali menjengah di kehidupan ini.
Insha Allah suatu masa nanti akan dapat bebas sepenuhnya daripada sebarang dosa. Amin.

Coretan Dosa
Sariah Awang Senik

1 comment:

  1. Sariah maksudkan up to date utk perkataan update tu ke?

    terbaik. terima kasih atas peringatan.

    ReplyDelete

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...