Thursday 4 September 2014

NIKMAT MENYUSUKAN ANAK

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri Dan Google

Beberapa hari yang lepas, ketika menyusun semua gambar-gambar anak sewaktu mereka masih kecil, teringat suatu waktu dahulu berusaha yang terbaik untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak.

Semasa mengandung anak pertama memang tidak banyak pengetahunan tentang penyusuan ibu. Waktu itu memang agar sukar untuk mendapatkan lebih pengetahunan tentang penyusuan ibu berbanding sekarang. Namun nikmat menyusukan anak bermula apabila lahirnya anak yang kedua dan juga yang bongsu.

Semasa anak yang kedua memang menyusukannya penuh cabaran yang kuat. Masa amat terhad waktu itu kerana terpaksa membahagikan masa menjaga arwah kakaknya yang sedang sakit juga sekaligus menyusukan adiknya pula. Walaupun begitu saya tetap meneruskan juga penyusuan kepada anak yang kedua kerana telah banyak pengetahunan tentang kebaikan penyusuan ibu.

Tetapi saya tidak dapat berbuat demikian sepenuhnya kerana terpaksa berulang alik menjaga arwah anak yang pertama kerana sakitnya yang kronik itu.

Setelah pemergian anak yang pertama saya mula menumpukan perhatian terhadap penyusuan anak yang bongsu. Walapun anak yang bongsu terpaksa bersalin secara induce namun sebagai ibu saya tetap berdoa agar semuanya selamat termasuklah anak yang kecil. Sebaik dilahirkan saya terus menyusukan anak yang bongsu walaupun ketika itu dia asyik dan kuat tidur.

Setelah menyusukan di kedua-dua belah dada barulah anak yang bongsu ini dapat tidur dengan lenanya. Menjaga dan menyusukan anak yang ketiga tidak banyak masalah sebab saya telah melalui pengalaman yang sama bersama anak yang pertama dan juga kedua. Selama hampir 2 tahun saya berhenti kerja dan menyusukan anak dengan sepenuhnya. Memang banyak perbezaan antara anak yang menyusu susu formula dengan menyusu badan dengan sepenuhnya. Antaranya ialah :
## Daya tahan melawan penyakit
kuat.
## Tidak mudah terkena sebarang penyakit berjangkit seperti selsema, batuk ataupun demam.
## Mempunyai daya pemikiran yang lebih cerdas dan juga pintar
## Perkembangan fizikal dan juga mental bertambah baik.

Kini anak yang bongsu telahpun berusia 9 tahun dan juga merupakan seorang kanak-kanak yang cerdas dan juga aktif. Selain dapat menjimatkan ekonomi rumahtangga dengan tidak payah mengeluarkan belanja yang banyak untuk membeli susu formula.

Coretan Ikhlas
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...