Thursday 27 August 2020

MASA YANG SEMAKIN SUNTUK

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Gambar Dari Pinterest
https://www.facebook.my/sariahawangsenik

Lama juga tidak menaip entri baru dalam blog kesayangan ini.
Asyik sibuk sampai terlupa nak update perkembangan entri yang baru.

Apa pun sejak kebelakangan ini banyak sekali dugaan bertandang. Dihambat dengan kesibukan bekerja, menguruskan anak-anak bulus juga tidak kurang juga menjaga bulus yang sedang sakit.

Entah apa hikmahnya menjaga si bulus yang sakit ini.
Dalam masa yang sama semoga Allah kurniakan juga kesihatan yang baik supaya dapat menjaga semua binatang kesayangan dengan lebih sempurna lagi.

Baru-baru ini diuji Allah dengan demam selsema dan juga batuk. Timbul sedikit kerisauan dihati. 

Maka tanpa berlengah untuk membuat temujanji dengan doktor supaya tiada penyakit yang lain ada bersembunyi dalam badan ini.

Benarlah, apabila diuji Allah dengan kesakitan ini, masa itulah banyak sangat perkara yang dilakukan.

Mungkin terlampau mengingati dunia tanpa sedar akhirat makin mendekat.
Muhasabah diri dan berasa begitu berdosa.

Teringat banyaknya benih-benih dosa yang dilakukan hampir setiap hari tanpa sedar.
Rasa insaf dan kerdilnya diri ini.

Asbab mengenangkan itu semualah berazam dan berdoa kepada Allah agar dijemput pulang ke pangkuannya dalam keadaan yang diredai oleh Allah yang maha esa.

Menghabiskan sisa-sisa usia yang masih bersisa ini hanya ingin perbaiki diri, mencapai segala impian dan menambah bekalan amalan buat di sana nanti.

Semoga Allah mengampunkan segala kekhilafan diri ini atas segala dosa-dosa yang telah dilakukan tidak kira dahulu mahupun sekarang.
Insya-Allah. Aamiin Ya Allah Ya Fattah Ya Razzaq.


Sekian

Thursday 20 August 2020

SALAM MAAL HIJRAH


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Group Wasap
https://www.facebook.my/sariahawangsenik


Salam Maal Hijrah 1442H buat semua pembaca blog yang sudi membaca entri yang tidak seberapa ini.

Syukur Allah masih kurniakan idea untuk untuk menukang askara bagi catatan ini
Sangat besar makna hijrah pada tahun ini.

Paling penting bagaimana untuk terus merubah diri agar lebih istiqamah dalam lakukan segala amalan dan fokus dalam mencapai impian yang satu ini.

Hijrah sangat menuntut satu pengorbanan.
Malah bukan sekali berkorban tetapi terlalu banyak.

Pengorbanan yang dilakukan biarlah seikhlas yang mungkin agar satu hari nanti tidak menyesal di kemudian hari.

Yang paling terindah dan mahal adalah asbab dari satu pengorbanan itu membuatkan diri yang khilaf ini semakin dekat kepada Allah yang maha esa.

Terlalu banyak dosa dalam diri ini. Tetapi masih menyimpan satu nekad untuk ke syurga di sana nanti.

Kepada Allah memohon kekuatan agar dapat kekalkan istiqamah dan tidak lagi berada dalam kelalaian lagi.

Aamiin  Ya Allah.

Sekian

Monday 17 August 2020

BOLANG, DAMAILAH DI SANA


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook.my/sariahawangsenik


Alhamdulillah. Syukur kepada Allah.
Tidak sangka begini akhirnya kisah hidup Bolang, kucing yang aku bela sejak masih kecil lagi.

Bolang adalah kucing kampung yang aku terjumpa di sebuah hentian Rehat & Rawat tempat aku bekerja.

Hanya kucing kampung.
Namun kecomelannya telah membuatkan aku jatuh hati dan bercadang membawanya balik ke rumah serta dapat menjaganya.

Setelah agak beberapa lama, Bolang banyak menghabiskan masanya di luar rumah. 

Sejak kehadiran Puteh, seekor lagi kucing jantan, Bolang seakan-akan merajuk. Agak lama juga Bolang tidak balik ke rumah.
Namun beberapa yang lepas Bolang tiba-tiba sahaja munculkan diri.

Namun keadaan Bolang amat menyedihkan. Bolang cedera terus. Bahagian lehernya seperti di gigit dan terkena hampir sebahagian dari mulutnya.

Yang menyedihkan, kesa luka tersebut telah berulat dan banyak ulat yang berada di leher Bolang.

Sedih dan sayu aku melihatnya.

Terasa diri berdosa kerana mengabaikan segala keperluan Bolang. Melihat keadaan Bolang yang kesakitan itu, aku berbincang dengan anak bujang untuk membawa Bolang ke sebuah klinik veterinar.

Setelah anak bujang membuat appointment, maka pada hari Sabtu yang lepas, dengan hanya menaiki motor, anak bujang terus menghantarnya ke klinik tersebut.

Menurut anak bujang sukar untuk Bolang kembali hidup seperti biasa.
Luka dilehernya sangat dalam. Namun tetap juga merawat Bolang dan menyantuni Bolang umpama anak sendiri.

Yang banyak memainkan peranan dalam merawat Bolang adalah anak bujang sendiri. Dipangkunya Bolang dan panggil Bolang. Susu yang disediakan khas buat Bolang juga segala ubat-ubatannya.

Namun sebanyak mana pun sayangnya kami dua beranak kepada Bolang, Allah lebih sayangkannya. 

Bolang pergi jua ke pangkuan abadi pada pagi hari Isnin yang lepas. Tidak berhenti-henti air mata ini mengalir. Pelbagai perasaan yang berkecamuk dalam kolam hati ini.

Terutamanya perasaan bersalah kerana tidak menjaga Bolang sebaik yang mungkin. 

Tubuh Bolang disemadikan tidak jauh dari rumah ini. Betul-betul terletak di persimpangan jalan. Setiap kali melewati jalan itu untuk keluar bekerja pasti akan terpandangkan tempat Bolang disemadikan.

Bolang damailah dan tenanglah kau di sana. Ampunilah segala kekhilafan diri tuanmu ini yang selalu sahaja lalai.


Sekian

Sunday 16 August 2020

BUKU ANTOLOGI TITISAN BERHARGA BUAT SI MANJA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook.my/sariahawangsenik

Akhirnya sampai juga ke tangan.
Selama beberapa hari menanti dalam penuh debaran.

Buku antologi Titisan Berharga Buat Si Manja sudah pun berada dalam simpanan.

Seramai 42 orang penulis baru dan juga lama bergabung berkongsi tentang kisah penyusuan anak masing-masing.

Semoga segala perkongsian dapat memberi manfaat kepada ibu atau bakal ibu yang bercadang untuk menyusukan anak.

Setiap kisah keistimewaan yang tersendiri.

Ingin dapatkan buku antologi ini sebagai salah satu panduan bagi memantapkan diri tentang ilmu penyusuan?

Anda boleh dapatkan maklumatnya di link yang telah disediakan.
www.wasap.my/60194075634/TitisanBerhargaBuatSiManja

Friday 14 August 2020

PERJALANAN MASIH PANJANG

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
https://www.facebook.com/sariahawangsenik

Pelbagai perkara yang berlaku hari ini. 
Semuanya banyak menguji benteng keimanan dan juga kesabaran. Untuk mengalah tidak sesekali.

Namun adakala si syaitan berbisik-bisik membuat hati menjadi gundah gelana. Almaklum sahajalah diri ini tidaklah sebaik mana. Masih berusaha gigih perbaiki diri dan menambah amal sebagai bekalan di sana nanti.

Adakalanya perjalanan berliku-liku dan sangat melelahkan. 
Maka itulah peperangan yang selalu wujud yang membuatkan diri cepat berasa berputus-asa.

Tersangat sedar akan segala kekurangan diri.

Namun tetap berdegil ingin mencapai bintang di langit dalam keadaan diri yang serba kekurangan.

Kekuatan paling utama hanyalah doa dan semangat yang ada dalam meneruskan perjalanan ini.

Semoga suatu hari nanti, impian bakal jadi kenyataan dan yakin Allah sudah aturkan yang paling terbaik buat hamba-hambanya.

Sekian

ANATOLOGI TITISAN BERHARGA BUAT SI MANJA

Teks : Sariah Awang Senik

Sumber : Koleksi Peribadi

https://www.facebook.com/sariahawangsenik


 Semakin teruja nak baca dan pegang buku antologi ini.


Tambah membaca kisah tentang pengalaman menyusukan anak dahulu ada dikongsikan dalam antologi ini.


Pengalaman menyusukan anak dahulu walau agak berbeza.

Dahulu jika ada kesukaran untuk menyusukan tidak payah alat- alat yang menbantu penyusuan ibu.


Kini bermacam-macam alatan bantuan yang ada di farmasi.


Hanya tinggal ibu sahaja yang mahu menyusukan anak sepenuhnya ataupun hanya sementara sahaja.


Semoga dengan buku Antologi Titisan Berharga Buat Si Manja ini dapat memberi manfaat bagi ibu-ibu yang mahu menyusukan anak kelak.


Juga sesuai bagi para suami sebagai salah satu rujukan serta dapat memberi sokongan terhadap isteri agar proses penyusuan ibu berjalan dengan lancar.


Dapatkan maklumat tentang buku ini pada link di ruangan komen.


#AntologiTitisanBerhargaBuatSiManja

#pengalamanpalingmahal

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...