Sunday 25 September 2022

NEKAD DEMI HIDUP LEBIH INDAH

 Teks : Sariah Awang Senik

Sumber : Pinterest

https://www.facebook.com/sariah.awangsenik/


Sesekali bila dilanda kesakitan, fahamlah bahawa ketika itu adalah saatnya untuk berehat daripada sebarang kelelahan yang sangat memenatkan. Adakalanya kita terlalu kuat bekerja dan mengusahakan sesuatu hinggakan terlupa masa untu diri sendiri, keluarga dan juga sebagainya.

Hari ini berehat sebentar dari apa saja pekerjaan. Sebelah pagi sempat bersolat Dhuda, mengemas rumah, membersihkan kotoran si bulus , memasak dan kemudian berkelas online. Sebenarnya dalam usia yang hampir mencecah 50 an ini, perhatian perlu lebih banyak kepada diri sendiri.

Bergelar seorang ibu tunggal yang nekad membuat keputusan untuk tidak mahu mendirikan rumahtangga lagi bukanlah perkara mudah, Namun hati berasa sangat bersyukur dengan keputusan nekad ini. Tidak pernah berasa terbeban ataupun menyesal dengan keputusan yang dilakukan. Malah yakin bahawalah inilah jalan paling indah yang Allah aturkan demi kehidupan yang lebih bermakna dan indah. 


Diri hanya mahu mencapai satu impian tertangguh satu masa dahulu. Bercita-cita meninggalkan pekerjaan sekarang dan melakukan apa yang diinginkan selama ini. Dalam segi lain ada hikmah terindah yang Tuhan telah aturkan. Inilah masa paling sesuai untuk perbaiki diri dan buktikan kepada diri sendiri bahawa mampu mencapai impian kecil ini.

Hanya sesekali diri meriah disapa ujian sebagai peringatan buat diri sendiri. Dalam kesibukan menjalani rutin kehidupan, sesekali terbuai dengan dengan ujian kehidupan, maka perlu muhasabah diri sendiri. 

Untuk esok berdoa agar Allah mudahkan segala apa yang dirancang dan tidak cepat mengalah dengan ujian yang ada. 

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...