Wednesday 26 February 2014

MENUJU SEBUAH KEJAYAAN

Teks : Sariah Awang Senik

Setiap daripada kita pasti inginkan sebuah kejayaan dan juga kebahagiaan di dalan kehidupan. Tetapi untuk mencapai sebuah kejayaan perlukan terlalu banyak pengorbanan.

Displin diri dan bersungguh-sungguh di dalam melakukan sesuatu bukanlah suatu perkara yang mudah. Apa sahaja masalah yang berlaku dan juga kesukaran menuntut banyak kesabaran di dalam mencipta sebuah kejayaan. Di dalam mengejar sesuatu yang diimpikan janganlah terlalu mengharap pertolongan daripada orang lain di dalam menyelesaikan masalah yang sedang di hadapi. Ada masa dan ketikanya kita boleh memohon pertolongan daripada orang lain tetapi janganlah hampir  setiap masa.
Kadang kala segala masalah dan dugaan harus di selesaikan secara bersendirian dan berusahalah di samping berdoa dan bertawakallah selalu kepada Allah SWT.

Kita sering mendengar orang-orang yang telah berjaya terpaksa melalui pelbagai masalah dan juga kesukaran, namun mereka tidak pernah merasa putus asa untuk bangun dan berjuang sekali lagi.
Itulah sebenarnga kekuatan orang-orang yang telah berjaya. Mereka tidak kenal putus asa dan senantiasa bersabar di dalam menghadapi segala cabaran.

Andai di kala dan saat ini segala usaha-usaha anda di dalam menuju sebuah kejayaan menemui kegagalan, janganlah cepat berputus asa. Bangkit dan berusahalah sekali lagi. Hadapi semuanya dengan penuh keikhlasan dan anggap apa yang gagal adalah sebahagian daripada suatu cabaran. Akhir kata janganlah pernah cepat berputus asa jika gagal mencapai kejayaan. Untuk mencapai sebuah kejayaan perlukan banyak pengorbanan. Insha Allah satu masa nanti kita akan berjaya juga. Amin.

Ikhlas Dari Sariah Awang Senik

AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH

Teks ; Sariah Awang Senik

Assalamulaikum, moga semua pembaca blog di luar sana sihat walafiat semuanya. Mungkin sekarang ramai di antara kita sedang sibuk memperkatakan tentang wang BRIM . Apapun jikalau ada rezeki kita insha Allah.

Untuk pengetahunan semua tentu ramai di antara kita yang sedang merancang untuk bekerja dari rumah sambil menguruskan rumahtangga. Secara jujurnya saya sendiri baru sahaja mengenali akademi ini dan tidak terlintas langsung untuk menyertainya. Mungkin suatu kebetulan salah satu latihan di dalam akademi ini adalah belajar buat blog dan secara tidak langsung kita harus serba sedikit belajar menulis. Memang sejak di bangku sekolah lagi saya memang minat mencoret tentang apa sahaja di dalam diary kecil saya. Apa sahaja yang berlaku setiap hari saya catat di dalam diary saya. Pada mulanya saya tidak terfikir yang pengalaman hidup yang di alami selama ini bakal jadi suatu perkongsian kepada orang lain.

Untuk pengetahunan semua segala kursus yang di anjurkan di akademi ini adalah diadakan secara online dan mengikut kesuaian masa yang kita ada. Dengan mempelajari blog secara lebih konsisten , produk yang kita ada boleh dipasarkan menerusi setiap entri baru yang kita terbitkan hampir setiap hari.

Apabila sudah menamatkan 44 entri yang perlu di selesaikan oleh semua pelajar, para pelajar tersebut boleh menjadi rakan kongsi akademi dan bakal melatih para pelajar baru.yang lain.

Di akademi ini juga ada juga di sediakan suatu ruangan khas untuk memaparkan dan memasarkan segala produk yang ada. Terdapat banyak kelebihan dengan menyertai akademi ini. Mungkin kita patut membuka minda dan hati kita untuk pelajari sesuatu yang baru.

Segala-gala yang kita pelajari di akademi ini adalah amat berguna dan tidak menganggu tugasan harian kita. Apa pun selamat datang kepada para pelajar yang baru dan senantiasa pastikan anda menulis secara lebih konsisten.

Ikhlas Dari Sariah Awang Senik

Monday 24 February 2014

TERLUKA , KECEWA DAN PERNAH JATUH

Teks : Sariah Awang Senik

Pasti ramai di antara kita pernah terluka kecewa dan sebagainya tetapi ada juga sebahagian daripada kita yang agar sukar untuk bangkit kembali meneruskan kehidupan lantaran terlalu terbelenggu oleh perasaan sedih dan juga. Namun apa sahaja perasaan yang kita sedang alami , ingat bahawa semuanya datang daripada Allah dan yakin segala apa yang terjadi ada hikmah di sebaliknya.

Secara jujurnya memang agak sukar dan kekadang memakan masa sedikit untuk melupakan semuanya dan meneruskan kehidupan ini seperti biasa. Dari pengalaman yang lepas cari kekuatan diri yang paling utama. Contohnya, anak-anak ataupun keluarga. Renungkan selalu ke dalam mata mereka apakah impian dan harapan mereka kepada kita. Tentu mereka ingin kita selalu bahagia dan berjaya di dalam apa sahaja bidang yang kita ceburi. Jangan sia-siakan harapan dan doa mereka kepada yang tidak pernah letih dan lelah di dalam berdoa kepada yang maha esa.

Terluka dan kecewa tidak selamanya kita hidup menderita. Walaupun jatuh ataupun gagal jangan pernah merasa berputus asa . Semua itu adalah suatu process di dalam menjalani sesuatu episode kehidupan. Tanpa semua ini kita tidak akan belajar daripada kesilapan dan juga cuba memperbaiki segala kelemahan diri.

Ikhlas Dari Sariah Awang Senik

Sunday 23 February 2014

PUR Q ACTIVE

Teks : Sariah Awang Senik

Assalamulaikum , tentu ramai ibubapa diluar sana yang masih tercari-cari produk makanan kesihatan yang sesuai untuk golongan kanak-kanak yang lebih senang di makan dan juga sedap.

Perkenalkan PUR Q ACTIVE satu lagi makanan tambahan yang berasaskan sunnah. Berbentuk jelly lembut dan sedap dimakan kerana rasanya yang agak manis

PUR Q ACTIVE mampu merangsang sel-sel kanak-kanak
Dan dapat atasi masalah kanak-kanak yang lemah di dalam pembelajaran dan juda dapat atasi kanak-kanak degil dan tidak mendengar kata.

Harga sangat berpatutan.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya Sariah di  019 4075634- Harga sangat berpatutan.

Ikhlas dati Sariah Awang Senkk

Saturday 22 February 2014

BURUK BAIKNYA PERANAN ORANG KE TIGA

Teks : Sariah Awang Senik

Assalamulaikum , rasanya baru beberapa hari sahaja tidak menulis di ruangan kesayangan ini. Sebenarnya saya merasa terlalu amat bersyukur kerana masih lagi di beri peluang untuk bernafas di muka bumi yang bertuah ini. Kini saya telah pun berusia 40 tahun dan semakin hari makin terlalu banyak pekara yang perlu belajar dan perbaiki lagi.

Hubungan suami dan isteri terlalu amat kompleks . Ada rumahtangga yang aman bahagia dan tidak kurang juga berlaku sebaliknya. Namun ingatlah walau terlalu banyak masalah yang melanda kehidupan berumahtangga jangan sesekali libatkan pihak ketiga antara suami dan isteri. Jikalau wujudnya pihak ketiga di dalam hubungan suami dan isteri cubalah untuk mencari ruang di dalam diri masing- masing untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaiaan bagi sesuatu permasalahan.

Kita tidak dapat membaca apa isi hati pihak ketiga. Jikalau mereka jujur dan dapat menghadapi semua masalah dengan bijak maka segala-gala akan dipermudahkannya.

Hati-hati agar sikap anak kita tidak di pengaruhi oleh pihak ketiga. Sama ada si suami ataupun si isteri perlu mengambil langkah berhati-hati apabila mendengar sebarang berita yang di sampaikan oleh pihak ketiga.

Sekarang terlalu banyak kes perceraian yang melibatkan pihak ketiga yang menyebabkan hubungan suami dan isteri menjadi hambar. Jangan terlalu banyak bercerita tentang suami dan juga isteri  terutama yang melibatkan hal-hal yang amat sensitif.

Senantiasalah berbincang dengan pihak suami terutama hal-hal yang memang sensitif.

Jangan biarkan pihak ke tiga memainkan peranannya di antara hubungan suami dan isteri.

Ikhlas dari Sariah Awang Senik

Wednesday 19 February 2014

SABUN MARRINE ESSENCE

Teks : Sariah Awang Senik

Sabun istimewa yang dapat menghilangkan segala masalah kulit di wajah dan badan. Antara masalah yang dapat di atasi dengan penggunaan sabun ini ialah ;
- Kesan Jerawat
- Kesan hitam di ketiak dan juga celah paha
- Mampu merawat excema
- Ruam di badan
- Panau dan juga kurap

1 kotak sabun mengandungi 3 ketul. Boleh di gunakan seisi keluarga. Harga sangat berpatutan RM  107 . Jika hendakkan lebih info boleh hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun boleh whatshapp saya.

Sekian Sariah Awang Senik

PERFUME TAHAN LAMA DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN

Teks : Sariah Awang Senik

Assalamulaikum, tentu ramai di antara kita yang suka memakai perfume dan selalunya kita ingin wangian tersebut kekal lama di badan kita. Selalunya kita ingin membeli perfume tersebut dengan harga yang amat berpatutan lagi.

Di ruangan ini  saya pamerkan sebahagian daripada koleksi minyak wangi yang boleh di dapati dengan harga yang amat memuaskan. Antara koleksi yang menjadi pilihan ialah ;

Boss
Versace
Christian Dior
Dunhill
Calvin klein
Chanel
Gucci
Escada
Clinique
Estee Lauder

Dan juga beberapa jenama terkenal yang lain. Jikalau berminat bolehlah menghubungi saya Sariah di talian 019 4075634. Bolehlah whatshapp untuk dapatkan lebih maklumat tentang wangian ini.

Sekian Sariah Awang Senik

KAPSUL MANJAKANI ASLI

Teks ; Sariah Awang Senik

Kapsul Manjakani Asli 100% tanpa bahan kimia. Tidak perlu membuang masa merebus berjam-jam lamanya untuk mendapat khasiat. Diperbuat di dalam bentuk kapsul  dan dibawa kemana-mana juga.

Kapsul ini sangat berkesan untuk menghilangkan masalah dalaman wanita contohnya ;
- Keputihan
- Masalah haid yang tidak teratur
- Sakit dan lenguh sendi
- Merawat peranakan turun ataupun " tombong"
- Meningkatkan hubungan intim suami dan isteri

Semua masalah tersebut di atas insha Allah dapat di selesaikan dengan memakan kapsul manjakani ini. Di samping merawat semua masalah tersebut kapsul ini juga dapat membuat kulit wajah seseorang tegang dan menarik.

Harga sangat berpatutan :
RM 40 - 50 biji

Jika berkenaan bolehlah menghubungi saya Sariah 019 4074634 ataupun boleh juga whatshapp saya.

Wednesday 12 February 2014

KASIH SAYANG SEORANG IBU

Teks : Sariah Awang Senik

Pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu tiada ternilainya di dunia ini. Apabila dia berada di samping kita, jarang sekali segala kasih sayang dan perhatiannya kita hargai. Namun apabila ibu tiada dan pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya barulah terasa segala kerinduan dan kasih sayangnya.

Arwah ibu telah lama meninggal  kerana menghidap penyakit kanser payudara. Masih segar di ingatan saya segala kenangan pahit dan manis bersama-samanya. Semasa hayatnya arwah emak memang seorang yang tegas dan agak teliti di dalam menguruskan segala hal ehwal rumahtangganya. Saya pula adalah anak sulung dan semasa kecil memang merupakan seorang anak yang agak nakal dan suka memberontak.

Walaupun arwah emak menghidap penyakit kanser payudara tetapi semengat dan kekuatannya melawan penyakit adalah suatu keajaiban bagi diri saya. Emak masih aktif bekerja dan melakukan segala aktiviti hariannya seperti biasa.
Dia masih lagi boleh memasak makanan kegemaran keluarganya , menjahit, menanam pokok dan memelihara beberapa ekor ayam kampung. Pernah dia memaksa saya belajar memasak kerana katanya suatu masa nanti kalau emak sudah tiada, siapa yang akan memasak untuk adik-adik yang lain. Di samping terpaksa mendengar segala leteran dan marahnya saya paksakan diri belajar memasak dan menjahit demi menjaga hati nya yang selalu risaukan saya dan adik-adik yang lain. Arwah emak seorang yang kemas dan pembersih. Boleh dikatakan hampir setiap hari sebelum pergi bekerja dia akan meninggalkan banyak pesanan untuk saya dan adik-adik .

Kini segala-galanya tinggal kenangan. Yang tinggal hanyalah sedikit kemahiran memasak dan menjahit yang sekarang menjadi punca pendapatan saya sekeluarga. Dan setelah saya bergelar seorang ibu barulah saya fahami hati dan perasaan seorang ibu. Besarnya kasih sayang mereka kepada anak-anak tiada gantinya di dunia ini.
Doa dan harapan seorang ibu kepada anak-anak senantiasa bermain di bibir mereka. Sesungguhnya memang wajarlah syurga di bawah telapak kaki ibu. Kerana kasihmu ibu membawa ke syurga.

Al-Fatihah kepada ibu tersayang
Siti Rokiah Abd Kadir.

Yang merinduimu ibu Sariah Awang Senik.

PRODUK TERHEBAT

Teks : Sariah Awang Senik

Produk yang berasaskan manjakani. 100% Asli tanpa bahan kimia. Tidak perlu merebus dan menanggung rasa pahit apabila memakannya. Lebih cepat dan menjimatkan masa.

Sangat sesuai untuk wanita yang sedang berpantang dan juga kepada mereka yang hendak mengekalkan kesihatan luaran dan dalaman wanita.
Berkesan merawat masalah dalaman wanita seperti :
Keputihan
Masalah peranakan turun dan juga tombong
Haid yang tidak teratur
Badan selalu lemah dan lesu
Mampu mengembalikan seri wajah
Merawat kesakitan di tumit kaki
Boleh mencegah barah pangkal rahim.
Harga produk ini sangat berpatutan. Rm40 biji untuk 50biji. Jika berkenaan boleh hubungi saya Sariah 019 4075634. Ataupun whatshapp saya seperti no yang tertera.

Ikhlas Dari Sariah Awang Senik

SEHELAI SELENDANG UNGGU

Teks : Sariah Awang Senik

Pagi ini cuaca terasa nyaman sekali. Kulihat anak dara sedang sibuk bersiap-siap hendak ke sekolah. Mood dia pagi ini nampaknya ceria sangat. Syukur ku ke hadrat Allah kerana segala yang di rancang berjalan dengan lancar.
Selesai tugas ku menghantar anak ke sekolah , aku meneruskan aktiviti harian ku dirumah seperti biasa.

Daripada mengemas hinggalah memasak semua tugasan ku selesaikan sendirian. Ketika ku sedang sibuk menjemur pakaian ku di luar rumah, kelihatan 2 ekor anjing jiran ku berada di luar kebiasaan. Kebiasaannya kalau jiran ku tiada di rumah, dia mengikat kedua ekor anjing tersebut. Walaupun begitu anjing jiranku
amat jinak sekali kalau bersama aku dan juga anak-anakku. Dia tidak pernah mengigit ataupun mengejarku malah akan selalu menghantar aku dan anak separuh jalan kalau aku pergi ke kedai berhampiran. Nasib dia seekor anjing kalaulah dia seekor kucing sudah lama aku belai dan manjakannya.

Nampaknya anjing jiranku seronok berkejar ke sana dan sini dan aku masuk ke rumah untuk meneruskan kembali aktiviti harian ku. Tepat jam 12.45 tengahari anak dara aku pun pulang dari sekolah. Dari jauh ku sudah terdengar suaranya yang memanggil " Ibu, ibu , cepat keluar, Didi pakai selendang ibu. Aku terkejut tetapi terasa lucu pun ada. Hendak marah, pasti dia tidak memahaminya kerana dia cuma seekor anjing. Apabila keluar rumah ku lihat anjing Didi dengan mata terkebil-kebil memandang ke arah aku dan anak sekali. Nampaknya Didi terasa sekali apabila tudung tu dah berada di atas kepalanya itu. Anak dara aku ketawa terbahak-bahak melihat muka Didi yang selamba itu. Mia berkata lagi " Comel la ibu , Didi pakai selendang " anak aku kata mungkin Didi tumpang berteduh sahaja. Lalu.angin bertiup maka selendang iti pun jatuh ke atas kepala Didi

Apa pun Didi nampak selesa bila selendang tersebut jatuh di atas kepalanya itu. Mungkin.dia merasa panas sangat.

Hakikatnya biarpun cuma seekor anjing tetapi dia dapat merasai segala kasih dan sayang seorang yang bernama manusia. Hanya manusia sekarang yang semakin hilang rasa kasih dan sayang.

Ikhlas Dari Sariah Awanh

SEGALANYA BERMULA PADA 40 TAHUN

Teks : Sariah Awang Senik

Assalamulaikum, bersyukur ku ke hadrat Allah SWt kerana masih di beri peluang untuk bernafas dan menjalankan segala tanggungjawab sebagai seorang ibu dan berusaha mendidik semua kedua anugerah dan amanah yang sungguh tidak ternilai ini. Kata orang " Life begin at fourty" mungkin ada kebenaran kata-kata yang tertulis namun sebenarnya banyak maksud yang tersurat disebalik ungkapan inggeris ini. 

Mungkin pada sesetengah orang usia 40 kehidupan seseorang itu telah pun stabil dan sudah hampir mencapai beberapa kejayaan namun bagi diriku usia 40 ini semakin terasa terlalu banyak kekurangan yang harus diperbaiki lagi. Ketika usia inilah barulah ada banyak peluang yang selama ini tidak ku sedari. Di dalam al-quran juga ada terdapat suatu cerita tentang usia 40 an. Seharusnya apabila usia sudah hampir mencecah 40 banyak perkara yang haru di ambil kira di dalam kehidupan seseorang insan.


Antaranya adalah pada usia ini lah seseorang sudah mencapai puncak kehidupan baik dari segi mental dan juga fizikal, intelektual , emosi dan juga spiritual. Di ketika inilah seseorang telah benar-benar berubah meninggalkan usia mudanya kepada usia dewasa yang sebenarnya. Kebiasaannya seseorang akan lebih berkeyakinan untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Melalui pengalaman yang lepas mungkin inilah yang dikatakan hikmah di atas semua dugaan dan rintagan yang berlaku selama ini. Walaupun diri telah hampir beberapa tahun bergelar seorang ibu tunggal, namun secara jujurnya tidak pernah menyesali apa sahaja yang berlaku kerana setiap apa yang berlaku ada ganjarannya yang tersendiri.


Sebenarnya setelah melalui pelbagai episode kedukaan di dalam kehidupan ku ini, baru sekarang tanpa di sedari peluang terbuka satu persatu. Peluang untuk memperbaiki segala kelemahan diri dan juga untuk mendalami dan mempelajari tentang agama yang suci ini secara lebih terperinci. Benar kata orang apabila sudah mencapai umur 40 maka sebagai hamba Allah dan umat ini, banyak pekara yang perlu peka dan yang paling penting perlu memperkukuhkan lagi kefahaman tentang kehidupan ini terutamanya tentang agama.
Akan tetapi jikalau masih juga leka dan tidak mahu berubah maka akan dikuatiri seseorang akan terus leka dengan hal-hal duniawi sahaja.
Seharusnya ku perlu lebih mempersiapkan diri untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan pada hari esok. Moga esok segalanya akan bermula dengan lebih baik lagi daripada hari semalam.

Ikhlas Dari Sariah Awang Senik.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
   AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH.

Kepada sesiapa yang masih lagi berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang akademi ini bolehlah menghubungi Anys Idayu Zakaria. Akademi ini menawarkan kursus yang boleh dipelajari secara online mengikut kesuaian masa anda. Antara kelas online yang dianjurkan ialah :
-Kelas online asas bina blog penulisan.
-Kelas online asas blog fanpage
-Kelas beriklan di mudah.my
-Kelas penulisan kreatif- bagi yang bercita-cita menulis cerpen dan kemudiannya novel
-Rakan niaga/Pengurus online akademi
-Kelas urus niaga akaun bisnes kecil

Kelas ini terbuka kepada semua yang mahu memulakan bisnes secara online.
Bagi yang berminat untuk menyertai akademi ini bolehlah email: anysidayuzakaria@gmail.com ataupun whatshapp ; 0177912993
Anys Idayu Zakaria.

Sekian Terima Kasih

Monday 10 February 2014

PENGHIJRAHAN

Teks : Sariah Awang Senik

Kata orang bukan mudah hendak membuat sesuatu perubahan. Lebih-lebih lagi jikalau perubahan itu melibatkan seluruh kehidupan harian . Di dalam sesebuah organisasi kekeluargaan yang berada di sekeliling kita pasti akan ada keluarga yang kehidupannya bahagia dan begitulah juganya sebaliknya.

Sesuatu penghijrahan adalah perlu di dalam kehidupan seseorang. Apa juga bentuk penghijrahan yang cuba di lakukan oleh seseorang manusia yang bergelar hamba Allah pasti melibatkan banyak faktor. Antaranya adalah:

- Faktor usia
- Mempunyai keluarga yang tidak bahagia
- Sudah terlalu lama berada di suatu tahap
- Tidak pernah mengecapi sebuah kebahagiaan.
- Kurang keyakinan diri
- Teringin hendak mencipta sebuah kejayaan hasil usaha sendiri

Hijrah memang memerlukan masa yang agak panjang. Bukan mudah untuk kita senantiasa mengekalkan sesuatu perkara jikalau diri kita sendiri yang tidak mahu berubah.

Kekuatan keimanan, kesabaran dan sifat rendah diri perlu ada di dalam kehidupan setiap insan.
Akhir kata jikalau penghijrahan itu membawa seribu satu macam dugaan, maka sedekahkan selalu surah Kusri, Al-fatihah dan sebagainya.

Ikhlas Dari Sariah Awang senik

Sunday 9 February 2014

KERANA RINDU KU SEDEKAHKAN AL-FATIHAH

Teks : Sariah Awang Senik

Terasa terlalu cepat masa ini berlalu. Kekadang waktu yang hadir dari saat ke minit semakin mencemburui aku. Semakin cepat aku mengorak langkah demi langkah makin tidak terasa segala apa yang berlaku di sekeliling aku. Amanah yang kau kurniakan kepada diriku melengkapkan lagi kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu. Walaupun gelaran suri itu hanya tinggal sejarah namun tetap bersyukur dengan segala nikmat yang diberi. 

Baru sahaja semalam aku mengandung dan melahirkan kedua cahaya mata kesayangan aku. Dan dari detik itu bermulalah kehidupan seorang perempuan yang bergelar seorang ibu. Cabaran dan dugaan terlalu hebat rupanya. Kekadang airmata ini mengalir juga akhirnya apabila hati di landa seribu kekecewaan di segenap ruang naluri keibuan ini.

Kedua-dua anugerah ini membesar terlalu cepat sekali, di saat tangan ini masih belum puas membelai , memeluk dan mengusap seluruh tubuh mu . Hampir berbelas tahun bergelar seorang ibu, aku masih belum lagi terasa lelah di dalam menghadapi segala tingkah dan laku wahai putera dan puteri aku. 

Sekarang , puteraku sudah pun hampir meningkat dewasa dan puteriku yang bongsu bakal menjadi remaja. Apabila kalian semua pergi jauh meninggalkan ibu lantaran tuntutan ilmu, kerinduan hati ibumu ini makin terasa. Tiada harta dan wang ringgit yang dapat ibu wariskan untuk kalian berdua. Apa yang mampu ibu lakukan dan bekalkan hanyalah doa dan harapan ibu yang tidak pernah putus yang senantiasa ibu mohon apabila ibu menghadap yang maha esa.

Di atas sekeping sejadah yang hampir usang ini, doa sentiasa bermain di bibir ibu mu ini. Surah Al-Fatihah selalu ibu kirimkan apabila kerinduan makin membuak-buak di dada ini. Apabila terlalu asyik berdoa, tidak sedar secara tiba-tiba airmata ini mengalir terlalu deras dan hangat membasahi pipi ini. Segala bebanan dan penderitaan ini akan terlerai apabila nanti melihat kejayaan yang bakal kalian berdua kecapi nanti. Kerana kalian berdua ibu sanggup melupakan semua kebahagiaan ibu lantaran tidak mahu kehilangan segala kasih dan sayang kalian berdua. Apalah sangat kebahagiaan ibu mu ini jika di bandingkan nanti dengan kebahagiaan kalian berdua.

Ya, Allah moga dia senantiasa tetapkan keimanan ibu dan kesabaran yang lebih berganda di dalam menghadapi arus kehidupan yang sementara ini. Airmata hampir kering, mata semakin layu, tetapi tangan ini tidak pernah penat menadah tangan untuk terus memohon dan berdoa untuk kalian berdua tiap minit dan saat. Segalanya ibu lakukan kerana ibu tahu doa seorang ibu selalu di perkenankan oleh yang maha kuasa.

Buat kedua putera dan puteriku...hanya Al-Fatihah ibu kirimkan di saat kerinduan ibu makin terasa di hati ibu tuamu ini. Al-Fatihah sekali lagi....nikmat dan syukur yang nya di atas anugerah terhebat ini.


Keluhan Hati Ibu Sariah Awang Senik

Anak-anak tersayang Muhamad Aiman Hakimi Dan Nur Damia Rifqah......

PROMOSI TELEKUNG LYCRA DAN SELUAR STRECTHBLE




Teks ; Sariah Awang Senik

PROMOSI TELEKUNG LYCRA DAN SELUAR STRECTHBLE


Telekung Lycra di perbuat daripada kain yang cantik dan selesa. Setiap telekung mempunyai pelbagai warna-warna yang menarik dan cantik. Harga amat berpatutan. Selain boleh di pakai sendiri ianya juga sesuai di  jadikan sebagai hadiah perkahwinan ataupun sebagai cenderahati untuk insan tersayang seperti, kakak, adik, isteri, ibu dan juga sahabat sejati. Harga tersangat menarik RM74 sudah termasuk postage.

Seluar strecthble pula adalah dari jenis kain cotton yang selesa di pakai. Berbentuk straightcut dan sesuai di pakai untuk bekerja ataupun keluar bersantai. Harganya pun amat istimewa iaitu RM 56 juga sudah termasuk postage.

Jikalau berkenaan boleh hubungi ataupun whatshapp saya Sariah 019 4075634.

Ikhlas Dari Sariah Awang Senik

Saturday 8 February 2014

JANGAN MENZALIMI DIRI ANDA

Teks : Sariah Awang Senik
Assalamulaikum, hampir setiap hari diri kita di duga dengan pelbagai masalah dan cabaran kehidupan, namun sebagai hamba Allah yang lemah dan serba kekurangan ini segala -gala yang berlaku harus hadapi dengan redha dan pasrah.
Apabila telah melalui berbagai kesusahan ternyata kita selalu memikirkan jalan penyelesaiannya. Selalunya kita akan memikirkan cara untuk selesaikan sesuatu masalah dengan cara yang paling baik dan tidak menyakiti mana-mana pihak yang lain. 

Apabila segala masalah yang di hadapi telah selesai barulah kita boleh menarik nafas lega dan meneruskan segala usaha-usaha yang lain.  Namun kekadang kita harus merasa kasihan kepada diri kita sendiri. Jika sesuatu usaha yang sedang di kerjakan menemui jalan kegagalan jangan cepat berputus asa.  Anggap segala kegagalan yang berlaku bagai suatu cabaran di dalam mengejar impian dan juga cita-cita yang selalu di angan-angankan. Jangan menzalimi diri anda sendiri memikirkan hal-hal yang langsung tiada kaitan dengan impian yang sedang anda bina sekarang. Ketepikan semua perkara yang menganggu pemikiran anda. Fokuskan kepada apa yang anda selalu impikan. 

Kesalahan yang terbesar di dalam kehidupan seseorang yang sedang mengejar ataupun membina sebuah kejayaan adalah takut kepada sebuah kegagalan dan kurangnya keyakinan di samping sibuk membandingkan diri sendiri dengan orang lain di sekeliling anda. Percayalah setiap hamba Allah yang hidup di muka bumi sudah tertulis segala suratan yang telah pun tertulis sejak di dalam rahim seorang ibu lagi.

Jika suka berkhayal sekarang sudah tiba masanya untuk hidup menghadapi semua kenyataan. Seharusnya kita menikmati segala detik yang di cipta di dalam menuju sebuah kejayaan.

Walau bertapa banyak kegagalan dan penderitaan namun suatu masa nanti kita akan juga berpeluang menikmati kejayaan kita sendiri yang sering kita angan-angankan selalu. Percayalah pada diri dan jangan pernah berhenti berdoa kepada yang satu.

Ikhlas Dari Sariah Awang Senik.

Thursday 6 February 2014

SIKAP MANUSIA

Teks : Sariah Awang Senik

Di dalam sesebuah masyarakat kita akan menghadapi pelbagai ragam dan bentuk perangai manusia yang berada di sekeliling kita. Secara sedar ataupun tidak hampir 99% sikap manusia yang berada di sekeliling kita , akan menpengaruhi setiap keputusan dan tindakan yang kita ambil. Sama ada ianya mendatangkan kebaikan ataupun sebaliknya hanya Allah SWT sahaja yang maha mengetahuinya. Tetapi sebagai hamba Allah yang sentiasa cuba untuk berfikiran positif di dalam menghadapi apa jua bentuk permasalahan yang sedang berlaku memang memerlukan kekuatan mental dan fizikal.

Bukan mudah mempunyai sahabat-sahabat yang selalu berfikir negatif sementara kita sendiri ingin selalu fikir positif dalam menghadapi apa jua bentuk masalah yang sedang kita hadapi. Ketika sedang di landa masalah, pemikiran kita haruslah fokus pada apa yang kita inginkan selama ini. Contohnya , jikalau mempunyai hutang yang banyak, fikirkanlah cara terbaik untuk selesaikan semua tunggakan tersebut secepat yang mungkin. Kekadang sahabat yang berada di samping kita mungkin sengaja melemahkan kita dengan segala masalah yang melanda kehidupan kita. Berdoa senantiasa kepada yang maha esa moga kita senantiasa dilindungi daripada masalah dan juga moga hati dan perasaan kita senantiasa tetap pada yang maha kuasa. 

Sahabat yang berada di samping kita sekarang, mungkin adalah sahabat yang baik dan juga sebaliknya. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahuinya apa yang tersurat di hati sahabat andai yang bersama kita sekarang.

Ketahuilah bukan mudah untuk senantiasa berada di dalam keadaan positif apabila menghadapi sesuatu keadaan yang merumitkan perjalanan kehidupan kita.
Tanamkan di dalam jiwa kita bahawa apa sahaja permasalahan yang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri dan segala perasaan yang di hadapi anggaplah umpama iklan bergerak yang berada di kaca televisyen kita di rumah. Ingat banyak lagi kejayaan yang belum kita kecapi dan ingin kita capai. Adakah kita ingin mengundurkan hanya semata-mata masalah yang sedang membelenggu diri kita.

Setiap yang berlaku akan ada akhirnya. Begitu juga dengan segala kesedihan yang melanda di dalam diri kita. Jika kawan-kawan yang berada di sekeliling kita adalah hamba Allah yang negatif, positifkan diri kita senantiasa. Insha Allah segala aura positif yang berada di dalam diri kita akan mempengaruhi sahabat kita akhirnya nanti.

Doa adalah senjata yang paling utama di dalam menghadapi sikap manusia yang terlalu negatif. Jangan pernah putus berdoa setiap masa. Konsisten di dalam melakukan sesuatu pekara. Hargai setiap masa yang ada. Masa umpama wang terlalu berharga dan tidak akan berulang lagi. Hargai setiap detik yang indah yang berlaku di dalam kehidupan kita. Leka dan suka bertangguh di dalam melakukan sesuatu pekara adalah sifat yang boleh melumpuhkan segala apa yang di cita-citakan .

Akhir sekali, jangan melihat sesuatu masalah yang berlaku dari suatu pandangan sahaja. Lihat daripada banyak faktor. Tukarkan senantiasa yang negatf menjadi positif. Selalu berkata pada diri, aku mampu melepasi semua halangan ini.
Itu adalah mantera keajaiban yang mampu mengubah semua halangan dan juga rintangan yang kita sedang hadapi.

Ikhlas Dari Sariah Awang Senik

--------------------------------------------------------------------------

         PROMOSI BARANGAN TERBAIK DARI LADANG!!!!!!!!


Bedak Arab
Bedak Tanaka
Ibu Putih
3 Barang Dengan Harga RM70



Dapatkan sekarang sementara stok masih ada. Jika berminat boleh whatshapp ataupun wechat saya Sariah 019 4075634.

PROMOSI SABUN MARRINE ESSENCE

Teks : Sariah Awang Senik
Sabun Marrine Essence dirumus khas untuk menyihatkan, melembapkan dan meremajakan kulit. Ia diperkaya dengan antioksidan dan minyak asli untuk memberikan manfaat yang terbaik untuk kulit anda.

Ramuan Ekslusif Serta Bermanfaat Untuk Kulit yang Lembut, Licin Dan berseri :

1- Garam Buloh 
2- Gliserin
3-Pheno-SFE ( Estrak Teh Pu-erh)
4-Tea tree Oil
5-Aloe Vera
6-Ekstrak Liquorice
7- Vitamin E

Kesemua bahan-bahan di atas adalah bahan utama yang terdapat di dalam Sabun Marrine Essence. Sabun ini berkesan merawat masalah kulit di badan dan juga kulit wajah.

Harga amatlah berpatutan iaitu Rm107. Di dalam 1 kotak ada mengandungi 3 ketul sabun. Jika berkenaan dengan sabun yang berwarna hijau dan lutsinar ini bolehlah menghubungi saya seperti di bawah;

Sariah Awang Senik
Tel : 019 4075634
Boleh juga menghubungi saya di wechat dan juga whatshapp.

Sekian Dari Sariah Awang Senik


Wednesday 5 February 2014

ANAK-ANAK BUAH TERSAYANG

-Teks : Sariah Awang Senik

Di saat badan masih belum pulih sepenuhnya daripada batuk, deman dan juga sakit gigi yang teruk , hati terasa terubat dan merasa lega apabila menatap wajah-wajah yang comel dan mencuit hatiku ini. Inilah anak-anak buah kesayangan aku iaitu , Ajaala, Naufal , Abil, Ayyad dan juga Iman ( Tiada dalam gambar) . Mereka semuanya anak-anak yang cerdik dan aktif semuanya.

Sebenarnya hampir beberapa bulan aku sudah lama tidak bertemu dengan mereka semua dek kerana kesibukan tugas dan juga tanggungjawab masing-masing. Namun hati tetap merasa bersyukur apabila berpeluang bertemu dengan mereka semua pada cuti hari raya Cina yang lepas. Ayah aku adalah orang yang paling gembria apabila melihat semua cucu-cucunya pulang ke kampung. Gelagat dan tingkah laku mereka amat mencuit hati aku dan aku hampir tidak menang tangan melayan mereka semua. 

Yang paling lasak adalah Naufal dan juga Ayyad. Mereka berdua ini sibuk bercerita tentang super hero masing-masing. Antara super hero kegemaran mereka ialah , Ben Ten, Ultraman, Upin dan Ipin dan beberapa lagi cerita animasi yang ada sekarang.

Naufal memang agak sukar di pegang tangannya apabila berjalan-jalan ke taman. Yang lain-lainnya masih lagi boleh di kawal tetapi yang seorang ini memang agak payah sedikit. Hobinya suka memakan coklat dan juga kismis. Makan coklat dan juga kismis ini umpama memakan nasi bagi Naufal. 
Ayyad sudah pun bersekolah tadika, dahulu Ayyad agar sukar makan tetapi sejak bersekolah tadika ini dan juga berkawan dengan budak-budak yang lain , dia dah pandai makan sendiri.

Mereka semua memanggil aku mak long kerana aku adalah kakak sulung kepada 4 beradik semuanya. Melihat mereka bermain dan bergurau sesama sendiri amat menbahagiakan aku. Aku bersyukur kerana mereka semuanya membesar dan belajar seperti mana kanak-kanak yang lain.

Selepas ini aku bercadang untuk bertemu lagi dengan mereka semua jika ada kelapangan. Insha Allah kalau tidak sibuk mungkin bulan hadapan aku akan bersua dengan mereka semula.

Kepada semua anak-anak buah aku, aku doakan mereka semua menjadi anak-anak yang taat dan solehah. 

Ikhlas dari Sariah Awang Senik

HUBUNGAN KEKELUARGAAN

Teks : Sariah Awang Senik

Assalamulaikum, rasanya sudah terlalu lama tidak menulis di ruangan kesayangan ini. Walaupun belum pulih sepenuhnya daripada deman dan juga sakit, tetapi kerana minat dan semengat saya teruskan juga coretan yang tidak seberapa ini. Sebenarnya pada cuti hari raya Cina yang lepas , saya telah pulang ke kampung halaman saya untuk menjenguk kedua orang tua saya dan juga menghadiri kenduri kahwin  sepupu lelaki saya.

Memang sudah agak lama saya tidak pulang ke kampung dek kerana terlalu sibuk dengan kerja dan juga hal-hal yang lain.
Saya bersyukur kerana kedua orang  tua saya sihat alhamdulilah .
Begitu juga dengan semua saudara mara saya. 

Keadaan di kampung halaman tidak banyak berbeza. Banyak kawasan perumahan sedang giat di bina sana dan sini. Apa pun saya tahu yang kampung halaman saya sedang di landa arus permodenan.

Semasa menghadiri majlis perkahwinan sepupu lelaki saya, saya berpeluang bertemu dengan semua saudara mara sebelah emak dan juga arwah ibu saya. Arwah emak memang sudah lama meninggalkan saya dan juga adik-adik tetapi hubungan kekeluargaan tetap erat sampai lah sekarang. Adik beradik sebelah emak sekarang hanya tinggal 2 orang sahaja. Iaitu mak Cu dan juga mak Anjang saya. Mereka berdua adalah adik-adik kepada arwah emak. 

Sekarang mereka berdua semakin tua dan menghidap penyakit kencing manis dan juga darah tinggi. Kekadang risau juga sebab saya bukan selalu berjumpa dengan mereka.
Kalau memang saya balik ke kampung selalunya saya akan singgah menjenguk mereka. 

Susana majlis perkahwinan sepupu saya semuanya berjalan dengan lancar sekali. Bila semua tetamu sudah pulang, yang tinggal hanyalah saudara mara dan juga sahabat andai. Di ketika ini lah bermacam cerita dan juga isu yang selalu di bincangkan sesama saudara mara. 

Lewat petang setelah semuanya selesai, saya dan juga adik
beradik saya meminta izin untuk pulang. Selepas ini saya tidak pasti bila akan bertemu dengan mereka lagi. Doa saya semoga semua saudara mara sihat belaka dan bahagia di samping tersayang. 

Ikhlas Dari Sariah Awang Senik

--------------------------------------------------------

Jika berminat mempelajari dan mengetahui tentang lebih lanjut tentang akademi ini boleh sahaja menghubungi saya Sariah 019 4075634 dan juga boleh wechat dan juga whatshapp saya.

Sekian.

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...