Sunday 12 April 2020

KOLEKSI ANEKDOT DAN JUGA ANTOLOGI


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Sendiri
http://www.facebook.com/sariah.awangsenik

Sedar-sedar dah nak masuk tahap 3 tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dalam situasi wabak Covid-19 ini. Secara jujur walau hati teramat risau, namun redha atas segala apa yang Allah tentukan. Pasti ada sesuatu yang Allah ingin sampaikan demi menegur umat-umatnya yang makin hanyut dalam dunia yang tersendiri.

Apa pun segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Yang buruk adalah disebabkan oleh diri kita dan yang baik dan sempurna hanyalah dari Allah yang maha esa.

Dalam kegawatan kita mengharungi peperangan wabak ini, berusaha untuk selalu berdoa dan berusaha apa yang termampu untuk mencegah dari merebaknya lagi wabak ini. Yang pasti dari sudut pandangan sendiri banyak hikmah disebalik apa yang berlaku.

Dalam menyahut seruan kerajaan agar hanya duduk di rumah bersama keluarga tersayang, inilah masa yang paling sesuai untuk memahirkan diri dalam bidang penulisan. Walaupun sebelum ini hanya sebagai salah seorang penulis blog dan kemudiannya beralih kepada buku-buku anatologi untuk menulis dan berkongsi kisah kehidupan sendiri dengan harapan dapat memberi manfaat bagi yang sudi membeli siri buku anekdot dan juga antologi.

Berkat berada dalam kelompok penulis yang jauh berpengalaman, penghujung tahun lepas telah pun terbit buku anekdot pertama saya, iaitu bertajuk Mama, Kopi Dan Wifi.

Bergabung dengan penulis-penulis yang jauh berpengalaman dan juga mempunyai latar belakang pendidikan yang jauh berbeza,
saya bersyukur sepanjang proses penerbitan buku ini berjalan dengan lancar sekali.

Buku berbentuk dalam penulisan anekdot itu sebenarnya adalah kisah-kisah lucu yang dilalui oleh para ibu yang menjalankan perniagaan secara online dan setiap kisah pendek anekdot itu ada pengajarannya yang tersendiri.

Berharga RM 24 dan di selenggara dan diterbitkan oleh Puan Rubiatul Addawiyah.
Terdapat 19 orang penulis dan setiap daripadanya menyumbangkan 5 buah cerita anekdot yang lucu dan memberi pengajaran buat semua ibu-ibu yang sibuk menguruskan rumahtangga dan dalam masa yang sama berniaga secara online.

Kalau nak tahu bagaimana kisah anekdot ini , termasuk diri ini selaku salah seorang penulis bolehlah dapatkan buku ini dari saya sendiri.

Yang paling memberangsangkan selepas penerbitan siri buku anekdot ini, saya terus terlibat dalam beberapa lagi siri buku antologi yang banyak berkisar tentang kisah kehidupan yang telah saya lalui sejak lebih 10 tahun yang lepas.

Yang paling terbaru adalah terbitnya kisah antologi Warkah Untukmu Bonda yang mengisahkan kisah perjuangan ibu-ibu para penulis yang terpaksa mengharungi pelbagai rintangan demi mendidik anak-anak menjadi seorang insan yang berjaya.

Warkah Untukmu Bonda mempunyai sebanyak 33 buah kisah yang dizahirkan dalam bentuk warkah dari para penulis kepada ibu masing-masing. Terdapat banyak kisah-kisah yang mungkin boleh menjadi sumber inspirasi ataupun teladan yang baik kepada para pembaca yang sudi membeli dan seterusnya membaca  dari 2 buah buku ini. Buku ini berharga RM 30 dan tidak termasuk kos postage.

Jika ada yang berminat ingin membaca dua buah buku anekdot dan juga antologi saya ini, bolehlah hubungi saya di sini 019-4075634. Dan untuk pengetahuan semua sebahagian dari hasil penjualan buku saya ini akan didermakan kepada satu pertubuhan yang menjaga anak-anak yatim dan juga asnaf.

Anggaplah dengan setiap pembelian buku ini sebagai salah satu amal ibadah kita sebagai bekalan di sana nanti. Buku anekdot dan antologi ini adalah ' ready stok' dan anda boleh dapatkannya selagi stok masih ada 

Sekian
Sariah 

18 comments:

  1. It's MCO 3rd phase today onwards. yupe, lets stay at home and read a book to learn more knowledge in moment like this.

    ReplyDelete
  2. wahh tahniah atas penerbitan buku. musim pkp ni lah masanya untuk habiskan pembacaan yang tertangguh

    ReplyDelete
  3. yes. ni la masa para penulis nak kerah idea.
    stay home. tidak bergelumang dgn gi balik keje. lebih aman.
    pkp ni pun ntah ntah akan di extend lagi kan.
    kes kian meningkat. but yg sihat pun meningkat. alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  4. tahniah , dulu saya pun bercita2 nak hasilkan buku, tapi entah kenapa cita2 tu tinggal angan2 sahaja.

    ReplyDelete
  5. nice. time PKP ni boleh kot luangkan masa baca novel ke apa pun kan. selalunya menghadap kerja je dekat office. ;)

    ReplyDelete
  6. Waktu PKP dimanfaatkan dengan sesuatu yang mendatangkan hasil. Alhamdulillah dan tahniah puan.

    ReplyDelete
  7. Banyak juga ya anekdot dalam buku ni. Saya pasti semua cerita yang terselit dalam buku ni menarik belaka

    ReplyDelete
  8. Bagusnya pandai penulisan hingga ada buku. Za dulu mmg suka sbb belajar media, lebih cenderung ke buat skrip tapi za suka sci fi. Industri filembMalaysia ni belum lg terima sci fi berat. Haha

    ReplyDelete
  9. Menarik tajuk buku tu, Tahniah atas penerbitan, saya pun suka membaca novel, sebelumnya agak bz ada lebih kurang 20 buku kiraan tak rasmi belum dibaca, PKP ni bolehlah mula baca balik..

    ReplyDelete
  10. Masa-masa PKP nilah rajin sikit nak membaca bila tak ada apa nak buat. Zaman2 novel dah lama berakhir tapi rasa nak membaca semula untuk hilang bosan..hehehe

    ReplyDelete
  11. PKP ni memng ada masa sikit nak baca buku. Bagus juga buku ni..Hebat boleh hasilkan buku..tahniah

    ReplyDelete
  12. This is nice! Tapi I don't really read Novel melayu haha! Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  13. dah lama tak baca novel, dan beli nove. sesekali ada juga baca novel, lagi lagi masa PKP ni. Aduhai tepu dok rumah je kalau asyik dok hadap laman social kan, sesekali baca buku.

    Anyway congrats akak for the first karya. Keep it touch.

    InsyaAllah, nanti lepas PKP huda pergi kedai buku dan usha buku akak ni ok. Sebab huda pengumpul buku juga ni hahaha.

    ReplyDelete
  14. Tula da masuk fasa 3 pkp dah. Wahh dlm pkp ni dpt hasilkan buku.. Tahniah atas penerbitab buku baru. Semoga terus berjaya❤️

    ReplyDelete
  15. Seronok bila time ni boleh kita membaca bagi manfaatkan masa yang ada

    ReplyDelete
  16. Rajinnya baca novel. Tahniah sebab ada minat yang menarik macam ni ketika PKP. Saya ni sempat baca online newspaper je hari-hari

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah. Terima kasih atas semua komen-komennya. Semoga Allah mewahkan segala rezeki kalian.

    ReplyDelete
  18. Berminat nak dptkan buku tu
    0125306417

    ReplyDelete

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...