Wednesday 18 December 2019

PERANG ANATOLOGI


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Urusan dunia tidak akan pernah habis.!
Maka biarlah hanya urusan yang bebaik sahaja dilakukan. Dan elakkan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

Jujurnya masa yang berlalu amat pantas.
Terlalu pantas sampaikan tidak sedar uban sudah meriah tumbuh di atas kepala ini.

Satu peringatan buat diri, akan senantiasa serius dan fokus dalam melakukan apa sahaja perkara.
Ada banyak manuskrip yang perlu disiapkan secepat yang mungkin. Dan berperang juga dengan masalah kewangan yang belum lagi stabil.

Harapannya dengan terhasilnya segala buku-buku anatologi dapatlah modal yang dikeluarkan berbaloi.

Bukan senang juga nak hasilkan satu penulisan dalam keadaan yang teramat sibuk.
Terikat dengan kerja utama dan juga tanggungjawab sebagai ibu dan ayah kepada dua cinta hati tersayang.

Beberapa projek anatologi sedang dalam process penerbitan. Berdoa juga agar pembayaran untuk process penerbitan buku-buku anatologi dapat diselesaikan secepat yang mungkin.

Jika tidak kerana masalah yang ada sekarang, pasti semuanya tidak mendatangkan masalah yang besar.

Apa pun mohon juga dari anda semua yang sudi membaca entri ini agar semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
Aamiin Ya Allah.


Sekian
Sariah Awang Senik

Wednesday 13 November 2019

DEMAM 11. 11 KEMBALI LAGI



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Tidak lama lagi, cuti sekolah pun akan bermula. Maka kelak ramailah ibubapa yang merancang untuk membawa anak-anak tersayang bercuti dan berjalan ke tempat-tempat yang menarik di mana sahaja.

Yang pasti rutin harian saya tetap berjalan seperti biasa.
Insyallah, ada rezeki berimpian juga untuk membawa kedua anak tersayang bercuti.

Selain musim cuti sekolah yang bakal hadir tak lama lagi, ada sesuatu yang menarik dan juga hebat dari Dexandra Eau De Parfum. Setiap tahun ada sahaja kejutan istimewa untuk semua peminat tegar perfume Dexandra Eau De Parfum ini.

Antara yang baru sahaja dilancarkan oleh hq Dexandra baru-baru ini adalah YES DEXANDRA yang sedang berlangsung dari 11/11/2019 hinggalah pada 31/12/2019.
Macam-macam tawaran menarik dari Dexandra untuk peminat-peminat perfumenya.

Siap berpeluang mememangi hadiah cabutan bertuah lagi. Syaratnya dah tentulah kena beli perfume Dexandra. Ambil gambar sikit dan daftar di link Dexandra yang telah disertakan dalam semua group seller Dexandra Eau De Parfum.

Kalau nak tahu lebih lanjut dan jelas, apakata klink sahaja di link ini http://sariahdexandratpg.wasap.my
Sesambil itu meh, tengok dulu segala pakej hebat bersempena dengan YES 11/11 ini ya.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Saturday 2 November 2019

KENANGAN MANIS SEGAR DI INGATAN



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook.com/sariahawangsenik

Asalnya nak menaip didada fb. Namun terfikir juga, berapa ramailah yang sudi membaca coretan yang tidak seberapa ini. Tambah sejenis manusia yang suka menaip panjang kalau sudah idea melimpah-ruah bagai lahar gunung berapi itu.

Syukur dan terima kasih Ya Allah. Idea itu juga merupakan satu bentuk rezeki. Kurniaan dari maha pencipta yang Allah terbitkan tidak secara langsung.

Alhamdulillah.

Malam ini, kedua anak tersayang pergi menziarah keluarga sebelah abahnya. Kata anak yang lelaki ada sedikit majlis makan-makan disana. Apa pun, tidak kisah sangat, asalkan abahnya berniat baik.

Jujurnya antara kami tidak pernah bercakap ataupun berbalas wasap. Tambah no wasap aku sendiri dibloknya sejak dari awal lagi. Mengapa begitu? 
Hanya tuhan yang tahu.

Biarlah dia berbuat apa sahaja. Hatta menghina dan memburukkan diri ini, aku tidak kisah. Sebab aku tahu , aku ada Allah. Dia maha melihat akan segalanya.
Dan bukan juga tugas aku untuk membalas segala perkara buruk yang telah dilakukan terhadap aku dahulu.

Seiring dengan masa, aku tidak punya banyak masa memikirkan hal yang telah berlalu. Namun semua yang berlaku ada hikmah terbesar disebaliknya.

Dan aku sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Allah dengan segala apa yang telah diaturkan untuk kehidupan aku dan anak-anak. Walau hanya menjalani kehidupan dengan anak-anak, kerja, perniagaan dan penulisan, tetap ada kebahagiaan yang tersendiri.

Satu masa dulu,ya aku pernah lalui lorong-lorong kesedihan itu, merasakan diri tidak berguna dan juga tidak dihargai. Merintih kepada makhluk Allah, hanya akan membuatkan diri tambah terseksa dan rendah diri.

Mujur aku dipertemukan dan dinasihati oleh seseorang. Tersedar bahawa aku perlu segera bangkit merawat kelukaan dengan berbalik kepada maha penciptaNya.
Dan paling penting memaafkan dan melepaskan segala rasa yang menghantui diri. Melihat dengan mata hati, bahawa ada ramai lagi insan tersayang yang perlukan perhatian dan kasih sayang ini.

Anak-ana tunggak utama kekuatan diri juga keluarga tersayang. Apa yang Allah rencanakan, digunakan sebaik yang mungkin untuk mencorakkan kehidupan yang lebih indah dan bahagia. Melakar jalur-jalur bahagia dengan warna yang tersendiri.

Benarlah. Jika memohon senantiasa dengan Allah, Allah akan aturkan jalannya yang tersendiri. Usah hairan, besar mana pun dugaan, pasti Allah ada jalan yang terbaik untuk kita dan anak-anak.

Saat bersendirian ini, terkenangkan segala kenangan manis. Bukan tak boleh lupakan, tapi selagi kita mampu tersenyum dek semua kenangan dan merasa bahagia, tak salah sesekali mengimbas kembali kenangan itu.

Yang pasti Allah sudah ada rancangan yang tersendiri.

Siapa tahu, kejayaan yang besar sedang menanti kita disana?

Maka akan terus berusaha dan berdoa setiap masa, agar diri ini tidak lalai dan alpha lagi.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Wednesday 23 October 2019

KUIH POPIA SAMBAL HATI TERTAWAN


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook.com/sariahawangsenik

Alhamdulillah. Walau dalam keadaan yang agak kurang sihat, namun demi tanggungjawab dan juga minat, saya usahakan juga untuk menaip entri terbaru mengenai sahabat AIM atau Amanah Ikhtiar Malaysia ini.

Secara jujurnya, saya patut join AIM ini sejak awal. Namun dek kerana kurang pendedahan dan juga ilmu dan hanya mendengar perkara buruk tentang Amanah Ikhtiar Malaysia ini, maka niat saya itu tertangguh begitu sahaja.

Sehinggalah pada awal bulan Ogos yang lalu, barulah dapat maklumat sebenar dan terkini tentang Amanah Ikhtiar Malaysia ini. Itupun diatas jasa baik rakan-rakan yang ada disekitar kawasan kejiranan saya ini.

Dalam kumpulan AIM saya ini terdiri daripada lima orang. Rata-rata semuanya ada produk dan perniagaan mereka sendiri. Ada yang menjual karipap frozen, menjual popia, popia frozen, baju bundle, kerepek, barangan keperluan harian dan bermacam lagi.

Dalam entri kali ini, saya kali ini saya ingin memperkenalkan salah seorang dari sahabat AIM saya. Dia juga adalah pengerusi dalam kumpulan AIM saya ini.

Namanya ialah Norizah Binti Musa atau biasa dipanggil Izan ataupun Kak Izan bagi yang jauh lebih muda darinya. Dia juga adalah sebaya dengan diri ini dan juga adalah seorang ibu tunggal.

Sejak dulu dia membuat kuih popia sambal, popia frozen dan juga popia basah. Rasa sambal yang manis-manis pedas dan kulit popianya yang ranggup sangat menyelerakan. Tambahan pula isi sayur-sayuranya rasa segar dan enak. Kebiasaannya dia mengambil tempahan dahulu dan kemudianya menghantar terus kepada para pelanggan di kawasan Tanjung Malim, Bernam Jaya dan juga Hulu Bernam.


Syukur alhamdulillah, sambutannya sangat mengalakkan. Selain mengambil tempahan membuat kuih popia, dia juga ada menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada sesiapa sahaja yang tidak mempunyai kenderaan.

Selalunya jiran tetangga, para pelajar UPSI dan juga rakan-rakan terdekat. Untuk pengetahuan semua, Norizah ini tidak mempunyai laman sosial. Yang ada hanyalah group wasap. Melalui aplikasi wasaplah saya berhubung, bertukar pandangan dan sesekali meminta dia untuk ke mana sahaja tempat yang agak jauh dari rumah.

Apa pun kuih popia sambal dan juga popia basah senantiasa menjadi permintaan. Namun setakat ini hanya sekitar kawasan yang terdekat sahaja.

Jika ada sesiapa yang berminat untuk merasai kelazatan kuih popia sambal dan juga popia basahnya bolehlah hubungi beliau seperti di alamat di bawah.

Nama :Norizah @Noriah Binti Musa
No Tel :013 5086706
Alamat :No 12 Jalan Kemudi 2C,Taman Bernam Jaya 44100 Kerling Selangor
Nama bisnes / Syarikat
Maklumat ttg bisnes : Menjual popia frozen,Popia Sambal dan juga  menjahit Tudung Shawl ke bentuk mudah disarung.
Di mana boleh dapat produk : Popia Homemade Homeline secara cod
Waktu berniaga: Cod selepas jam 3 petang.
Nama fb atau ig kalau ada. Hanya ada email: 

Secara sampingan, dia juga boleh menjahit baju dan macam-macam lagi.

Mohon sesiapa sahaja yang berminat boleh terus sahaja hubungi beliau untuk dapatkan popia frozen dan juga popia sambalnya.

Didoakan semoga perniagaan kuih popianya berkembang baju dan begitu juga produk yang lain di samping perkhidmatan pengangkutanya. Insyaallah amiin Ya Allah.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Monday 21 October 2019

KEJUTAN YANG PALING BERMAKNA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Alhamdulillah. Syukur atas segala rahmat yang Allah kurniakan. Kata orang ibu ataupun bapa sanggup lakukan apa sahaja untuk bahagiakan anak-anak tersayang.
Dan ada masanya segala kesusahan ibubapa tidak akan langsung anak-anak tahu susah ataupun deritanya.

Apa pun semakin usia bertambah, perasaan ingin membalas segala jasa mereka walau bukan dalam bentuk wang ringgit bagaikan membuak-buak.

Sebenarnya segalanya tidaklah dirancang. Semua perancangan hanya secara akhir atau orang putih kata ' last minute'. Namun terfikir juga, adakah perkhidmatan surprise delivery sebegitu wujud di daerah yang paling saya sayang ini.

Kebetulan pula, hari itu adalah hari jadi abah yang ke 76 tahun. Terfikir di minda ini, nak buat surprise birthday delivery untuk abah. Pasti abah akan berasa gembira dan dihargai. Nak hadiahkan abah hadiah yang mahal-mahal, rasanya belum mampu lagi. Namun setia berdoa agar ada rezeki abah nanti.

Demi nak buat kejutan untuk abah ini, berusaha gigih mencari syarikat-syarikat yang buat surprise birthday delivery ini. Tapi kebanyakannya adalah bukan syarikat bumiputera. Dalam hati mesti ada syarikat bumiputera yang perkhidmatannya jauh lebih baik dari syarikat-syarikat yang ada.

Terus teringatkan akak senior masa sekolah menengah dulu. Walau jarang kami berjumpa, tapi senantiasa berbalas wasap dan bertanya khabar. Kebetulan dia juga ada menjalankan perniagaan puding rajanya secara sampingan.


Setelah berwasap dengan dia, dia terus memberi details tentang syarikat yang buat surprise birthday deliverynya.

Nama syarikat tersebut adalah, RIZAL DE PERFUME. Dan tuan punya syarikat ini adalah seorang anak muda yang masih lagi bekerja tapi menjalankan perniagaan ini secara sampingan. 

Tuan punya syarikat ini ialah Ahmad Samrizal Ahmad Nasir. Masih lagi muda dan sangat agresif serta aktif menjalankan perkhidmatannya demi memberikan yang terbaik buat semua para pelanggannya.

Kebetulan pula dia ada juga menjual perfume, handbag, kasut dan juga beberapa barang lagi.

Kepada seluruh daerah Kuala Lipis, Raub dan juga kawasan yang berdekatan dengannya bolehlah dapatkan khidmat birthday delivery surprise dari RIZAL DE PERFUME ini. Atau boleh follow beliau di Facebook atas nama Ahmad Samrizal dan juga Ignya rizaldeperfume.

Jika anda berminat untuk buat live video untuk penerima surprise birthday delivery ini, boleh juga minta beliau lakukan. Buat masa ini syarikat yang diusahakan oleh Ahmad Samrizal hanya memberikan perkhidmatannya sekitar kawasan yang berhampiran sahaja.

Namun tidak mustahil syarikat anak muda ini akan berkembang pesat satu masa nanti. Ingin tahu maklumat tentang perkhidmatan surprise birthday delivery ini bolehlah dapatkan maklumat lanjut seperti berikut ya.

Nama :Ahmad Samrizal
No Tel :0199788832
Alamat :Ahmad Samrizal Ahmad Nasir
No.5 Tingkat Atas Medan Stesen Keretapi Jalan Stesyen
27200 Kuala Lipis
Pahang Darul Makmur.
Nama bisnes / Syarikat : rizaldeperfume
Maklumat tentang bisnes : rizaldeperfume
Jual apa: Perfume,Handbouquet, Rayban, Kasut , Beg, Jam Tangan, Pomade
Di mana boleh dapatkan perkhidmatan ini : Kuala Lipis Pahang Darul Makmur
Waktu berniaga 24jam
Nama fb atau ig kalau ada Fb Ahmad Samrizal ig rizaldeperfume

Jika ada rakan-rakan yang berminat untuk dapatkan perkhidmatan surprise birthday delivery ini, boleh sahaja berhubung terus dengan beliau ya.

Dan asbab dari perkhidmatan yang disediakan oleh RIZAL DE PERFUME lah, abah rasa sangat gembira dan sempat juga memberitahu bahawa sepanjang hayatnya tidak pernah rasa gembira seperti pada hari jadinya yang ke 76 tu.


Terima kasih dan segunung ucapan tahniah kepada founder RIZAL DE PERFUME iaitu Ahmad Samrizal yang memberikan perkhidmatan paling cemerlang di saat-saat terakhir.

Didoakan semoga perniagaan perkhidmatannya terus berkembang maju dan dapat meluaskan empayar syarikatnya ke negeri yang lain pula. Insyaallah dan mohon doa juga bagi yang sudi singgah membaca entri ini ya.

Nota : Dah baca entri ini? Terima kasih dan jangan lupa tinggalkan jejak anda diruangan komen dan anda akan dapat satu hadiah, khas buat yang sudi singgah membacanya.

Sekian 
Sariah Awang Senik

Saturday 19 October 2019

GIGIH SANG HUJAN



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber :  Koleksi Peribadi
http://www.facebook.com/ sariahawangsenik


Hujan masih lagi gigih turunkan segala rahmatNYA.
Sementara jari-jemari ini tekun menaip sesuatu dari luahan gelodak hati ini.

Walau dihambat dengan sedikit kesakitan kurniaan dari Allah, namun tetap bersyukur Allah lorongkan kesakitan ini untuk lebih bermuhasabah diri.

Jujurnya diri ini tidaklah sehebat mana.
Keaiban diri ini Allah lindungikan dan rasa teramat bersyukur dengan perlindungan Allah ini.

Maka jika ada sesuatu keburukan yang sedang dipersembahkan hebat di depan mata ini, berusaha memujuk hati agar tidak  larut dalam mainan perasaan ini.

Benar, saat dan ketika ini hanya mahu perbaiki diri sendiri.
Kisah tentang insan yang lain, biarlah.
Kisah mereka yang berkata itu dan ini dibelakang, biarkanlah juga.

Yang pasti peluang dan ruang yang ada akan diguna sebaik yang mungkin agar benteng keimanan tak akan begitu mudah roboh dek rasukan perasaan itu lagi.


Sekian
Sariah Awang Senik
O

Monday 14 October 2019

KEPERITAN HIDUP, IKHLAS ATAU SEBALIKNYA



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Semua dari kita pasti akan lalui keperitan hidup yang tersendiri.
Namun sejauh manakah kita ikhlas dan redha dalam menghadapi semua ujian-ujian tersebut?

Adakah setiap kali dugaan bertandang, kita akan berubah menjadi manusia yang lebih baik ataupun menyalahkan orang lain atas dugaan yang singgah sebentar dalam hidup kita?

Sejujurnya pilihan senantiasa ada di kiri dan kanan.
Dan buatlah pilihan yang paling terbaik.

Yang molek dan cantiknya berusahalah untuk memaafkan segalanya.
Ketahuilah selagi tak melepaskan semuanya, tak akan mungkin kita dapat hidup lebih tenang.

Di malam dingin kala hujan tak jemu menyirami bumi, tahu dan sangat sedar yang kehidupan taklah sesenang dan sesusah mana.

Namun tak pernah sesali akan segalanya.
Percaya dan yakin bahagia sudah ada didepan mata.
Hanya perlu diserikan lagi dengan cahaya keimanan dan ketaqwaan kepada maha penciptaNya.

Duhai sahabat usah mengeluh akan segala kesulitan dan musibah.
Kerana musibah yang kita hadapi didunia ini tak sehebat dengan apa yang bakal kita hadapi disana nanti.

Semoga kita semua dapat bersama-sama berkumpul di syurga firdausi nanti.
Aamiin Ya Allah


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Sunday 13 October 2019

KELAS ONLINE DI TELEGRAM



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Facebook
http://www.facebook.my/sariahawangsenik


Ramai surirumah suka menulis. Di fb ni surirumah suka berkongsi cerita terutamanya bab masakan. Rajin tulis resepi untuk berkongsi dengan rakan-rakan yang lain.

Ada juga yang berkongsi tips kekeluargaan, tips anak-anak, tips kesihatan, tips menabung dan bermacam-macam lagi.

Secara tidak langsung perkongsian ini memberi inspirasi kepada yang lain. Selain memberi inspirasi, ramai surirumah diluar sana telah berjaya menjana pendapatan sebagai ghostwriter ataupun penulis upahan dengan menulis.

Nak tahu kisah bagaimana beberapa orang surirumah yang berjaya menjadikan kerjaya ini sebagai sumber pendapatan tambahan?

Boleh baca ebook Ghostwriter : The Confesion (edisi BM). Kisah 17 orang ghostwriter menjana pendapatan dengan menulis. Ada yang menjana pendapatan hingga 5 angka dengan menulis buku untuk orang lain.

Nak tahu bagaimana untuk menulis buku bagi pihak orang lain secara sambilan dari rumah?

Boleh join kelas Online Ghostwriter Junior. Kelas 19 - 20 Oktober ni masih ada lagi kekosongan.

Berita baik untuk surirumah. Ada DISKAUN RM20 sempena combo Oktober sale.

Boleh dapatkan info lanjut di link yang tertera ini ya.

http://upahmenulis.onpay.my/order/form/kelasonlinrghostwriter/Sariah1974



Sekian
Sariah Awang Senik



SEKOLAHKU SAYANG


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Kata orang zaman sekolahlah yang paling manis dan indah.
Terutamanya masa sekolah menengah.
Jujur diri ini bukan dari kalangan murid yang pandai dan baik.

Hakikatnya keluar masuk bilik displin itu sudah menjadi perkara biasa.
Abah selalu pening kepala dengan gelagat aku masa sekolah menengah dulu.

Ponteng kelas, tidur, kerja sekolah tak siap, semuanya pernah aku buat masa sekolah dulu. Siap pergi mandi sungai lagi.
Kena denda sebab berborak masa kawad pengakap pun ada.

Korang bayangkanlah kena panjat pokok dan jerit macam monyet tu.
Kau rasa gempak tak?

Rasanya kalau cikgu denda murid zaman sekarang, mahunya dah jadi viral satu Malaysia.

Tapi satu sahaja, walau semua kerja-kerja nakal aku buat zaman sekolah dulu, akhirnya lulus juga SPM walau taklah secemerlang mana.

Result ada jugaklah A, B dan juga C,D.
Paling best belajar subjek Bahasa Melayu, Sastera dan juga Lukisan.
Masa result SPM keluar, aku dah bekerja sambilan pada waktu itu.

Ingat nak sambung belajar form 6.
Tapi masa itu arwah emak sedang sakit dan adik-adik masih bersekolah.
Tak tergamak pulak nak biarkan abah tanggung semua perbelanjaan adik-beradik.

Maka aku mengambil keputusan untuk bekerja dan kalau ada masa menjaga arwah emak yang menghidap sakit kanser pada waktu itu.

Bersekolah di Sekolah Menengah Clifford Kuala Lipis Pahang atau Sekolah Menengah kebangsaan Clifford, itu adalah nama terbaru sekolah yang paling aku sayang ini.

Terlampau banyak memori manis yang aku tinggalkan di setiap blok kelas yang ada di sekolah ini.
Sayang dan rindu sangat nak kembali ke sekolah menengah Clifford ini.

Setiap kali balik kampung, terlalu sibuk nak melawat sekolah lama aku ini.
Hanya mampu memandangnya dari jauh.

Kadang-kadang anak-anak selalu tanya, ibu nakal ya masa sekolah dulu.
Sambil tersenyum aku diamkan diri sahaja.

Hanya sempat berpesan jangan nakal macam ibu masa sekolah tau.

Hari Khamis yang lepas ada satu karnival telah berlansung di sekolah menengah kebangsaan Clifford ini. Karnival #cliffordkugemilang ini telah pun berlansung selama beberapa hari.

Karnival penutupan #cliffordkugemilang ini telah dirasmikan oleh Dato Sri Siti Nurhaliza.
Siapa yang tidak kenal penyanyi tersohor ini. Masa aku di form 5,rasanya di dah pun di form 2, kalau tak silaplah.

Pernah jugaklah satu kelas dengan adik lelaki aku. Memang masa sekolah dulu, selalu Dato Sri Siti Nurhaliza yang akan buat persembahan.

Aku cuma jadi tukang sorak, tukang tepuk dan juga tukang sibuk jelah.

Biarpun sekarang tidaklah berjaya macam Dato Sri Siti Nurhaliza, namun tetap terhutang budi dengan semua guru-guru yang tidak jemu mengajar murid nakal macam diri ini.

Sekurang-kurangnya aku tak gentar dalam menghadapi segala cabaran hidup.
Bermula dari murid yang nakal sehingga berubah seperti sekarang.
Syukur alhamdulillah.

Dan terima kasih juga sebab sudi baca coretan ini hingga ke akhirnya.
Buat rakan-rakan yang pernah bersekolah di Sekolah Menengah kebangsaan Clifford ini, rindu korang semua dan berdoa ada rezeki dapat berjumpa lagi.

Nota : Yang pernah bersekolah di SMK Clifford, sudilah korang share batch bersekolah di sekolah yang bersejarah ini.


Sekian
Sariah Awang Senik

Friday 11 October 2019

KISAH SEMALAM


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Kali terakhir lihat dia menangis dan merayu sewaktu tahu sahaja perpisahan antara ibu dan abahnya.

Itulah kali terakhir dia menitiskan airmata pada usia 12 tahun.
Kebetulan masa itu baru sahaja menerima result UPSRnya.

Bayangkan kejayaan result UPSR diraikan dalam masa yang sama menerima berita yang tidak disangka-sangka itu.

Hanya tuhan yang tahu bagaimana hati anak-anak tersayang.

Namun perancangan Allah maha hebat.
Kisah perit suka dan duka sedikit demi sedikit lenyap dengan hikmah yang Allah kurniakan disebalik kisah duka itu.

Dia terus belajar berdikari, berusaha dan bekerja secara part time untuk mencari duit belanja sekolahnya pada waktu itu.

Alhamdulillah.
Terima kasih Ya Allah.
Anak-anak makin belajar erti kesusahan, belajar berdikari. Jaga antara satu sama yang lain juga uruskan segala hal rumahtangga.

Semoga kasih sayang Allah senantiasa bersama abang dan adik.
Melihat dia kini , semua kenangan yang menyakitkan itu terhapus begitu sahaja.


Sekian
Sariah Awang Senik


Wednesday 2 October 2019

HUJAN RAHMAT



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Hujan turun.
Sesekali lebat adakalanya reda kembali.
Namun disebalik titisan mutiara dari Allah itu pasti ada kehidupan baru yang bermula disebaliknya.

Begitulah perasaan seorang yang bernama manusia.
Sukar diramal dan senantiasa berubah. Pandangan zahir dan nbatin tak akan sama.

Adakalanya kita makin leka.
Asyik dengan dunia tersendiri.
Terlalu inginkan sesuatu yanh diluar jangkaan kita sampaikan terlupa menghargai apa yang ada di depan mata.

Sangat sedar dan tahu diri tidaklah sesenang mana juga tidaklah seperit kehidupan yang lebih melarat.

Namun tidak rasa malu untuk mengakui akan semua kebenaran ini.
Dan mungkin juga inilah gudang pahala sebagai bekalan disana nanti.

Buat semua sahabat, hanya maaf dipinta andai ada yang pernah terluka.
Ketahuilah kekurangan ini adalah peluang untuk diri lebih peka dalam usaha untuk memberi manfaat buat yang lain.

#bilakaklongmenulis


Sekian
Sariah Awang Senik

Saturday 28 September 2019

COMBO SALE OKTOBER


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Facebook
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Bagaimana saya nak promote diri saya sebagai ghostwriter tapi saya belum pernah ada job.

Senang je dik. Buat review produk. Kitakan ada kawan-kawan yang berbisnes. Kita review produk mereka secara percuma. Mesti mereka suka.

Menulis review produk juga merupakan satu latihan untuk menulis. Tulis agar mereka yang membaca faham tentang sesuatu produk.

Ada rakan-rakan di fb ni nak kami reviewkan produk anda. Sila letakkan produk anda di ruangan komen.

Oh ya sebelum terlupa. Ada promo combo sale oktober dari kami. Klik link ini
http://upahmenulis.onpay.my/order/form/kelasonlineghostwriter
untuk dapatkan info terkini tentang kelas online ini.


Sekian
Sariah Awang Senik

AKU MELANGKAH LAGI


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


AKU MELANGKAH LAGI

Pagi ini
Aku melangkah lagi menyusuri
jalan ini
Aku melangkah lagi dengan segunung
harapan
Aku melangkah lagi demi insan-insan tersayang agar mereka tidak akan rasa segala kekurangan

Pagi ini
Aku melangkah demi satu cinta dan cita
yang pernah terbiar sepi
Aku melangkah berbekalkan naskah pengalaman nan lalu
Aku melangkah dan terus belajar dan mengejar bahagia di sana nanti
Aku melangkah lagi walau tiada yang peduli

Pagi ini
Aku melangkah dan yakin perjuangan ini
bakal sampai ke penghujungnya
Aku melangkah dan tahu maha pencipta menunggu aku di sana
Aku melangkah dan meraih kejayaan demi kejayaan

Pagi ini
Aku melangkah walau tahu pernah berada dalam penjara kekurangan
Aku melangkah dan membina kesempurnaan demi sebuah puncak kejayaan

Pagi ini
Aku melangkah dan pecahkan segala tembok yang menghalang
Aku melangkah dan tidak akan peduli lagi akan segala kata dan nista
Aku melangkah dan aku tahu tuhan yang selalu ada dan senantiasa setia bersama
hingga ke akhir nafas ini.

Hasil Nukilan
Sariah Awang Senik

LELAKI ITU


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://facebook.com/sariahawangsenik


LELAKI ITU

Lelaki itu
Terima kasih ku ucapkan
Yang membenarkan diriku tumpang
berteduh dan berkasih sayang
Yang mengajar diriku mengenali cinta
walau cintanya hanya sebentar singgah pada diri ini

Lelaki itu
Tidak hanya mengajar diri ini
tentang makna sebuah perhubungan
bahkan juga dia menjadikan diriku lebih
kuat dengan satu perisai kesabaran

Lelaki itu
Mungkin aura kasihnya telah hilang terhadap seorang yang bernama
perempuan juga yang bernama isteri
Namun aku yakin pasti suatu hari kasih dan cintanya bakal berputik lagi

Lelaki itu
Mungkin dia puas dan bangga dengan harta egonya
Namun egonya itulah yang bakal memusnahkan seluruh kehidupan nya

Lelaki itu
Walau apa pun cerita derita yang telah dilakar dan tinggalkan parut dalam hidup ini namun sebagai manusia dan hambanya yang lemah, tetap jua ku beri satu kemaafan.

Lelaki itu
Kemaafan bukan bermakna kalah
tapi lebih takutkan murka Allah yang maha esa

Lelaki itu
Alhamdulillah kini aku makin bahagia
Makin gigih persiapkan diri untuk kehidupan abadi nanti
Kerana entah bila bakal dijemput pulang

Lelaki itu
Usah risau aku sudah
maafkan kamu dunia akhirat
Juga kemaafan dipohon dari kamu andai aku tak dapat menjadi wanita terhebat dalam hidupmu
Mohon ampunkan aku dan halalkan segala makan minum aku.


Hasil Nukilan
Sariah Awang Senik

Thursday 26 September 2019

ABANG


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://facebook.com.my/sariahawangsenik


ABANG

Abang
Hari ini genaplah usiamu 20 tahun
Hari ini permulaan bagi satu hari yang baru
Hari ini abang makin berani mengorak langkah untuk mencapai satu impian

Abang
Di sepanjang hidupmu tak pernah susahkan ibu
Tak pernah jua kau berkeluh kesah akan segala dugaan yang bertamu
Tak pernah jua kau meminta-minta untuk dipenuhi segala keinginanmu

Abang
Walau terlalu banyak kekurangan dalam hidupmu
Namun tak pernah sesekali kau jadikan satu tembok penghalang
Penghalang kepada sebuah impian dan juga cita-cita

Abang
Ibu tahu tanggungjawabmu maha berat
bergelar abang, bergelar anak dan juga sebagai seorang ketua keluarga dalam syurga kecil kita ini

Abang
Teruslah berjuang
Teruslah melakar impian
Teruskan mendaki puncak kejayaan
Teruskan segala usaha-usaha sehingga berjaya

Abang
Doa ibu senantiasa setia bersama abang
Dan disetiap detik nafas ini tak pernah sesekali alpa dalam mendoakan segala kejayaan abang dan adik

Abang
Selamat Hari Jadi
Semoga abang berjaya dunia dan akhirat juga jangan sesekali abaikan segala tanggungjawab kepada maha penciptaNya.


Nota

Friday 13 September 2019

KAK LONG MENULIS LAGI



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook.my/sariahawangsenik

Syukur atas rezeki hari ini.
Baru saja elok batuk, dah kena batuk balik.
Batuk berkahak tak pe.
Ini jenis yang kering dan bila batuk rasa macam nak garu je tekak ini.

Bertabahlah lalui dugaan ini.
Dalam keadaan batuk itu, berusaha untuk uruskan bahagian atap dapur yang pecah dek hujan dan angin kuat semalam.

Mujurlah atap rumah tak melayang macam jiran selang dua buah rumah Kak Long itu.
Walau hujan semalam tak lama, namun cukup buatkan Kak Long rasa berdebar-debar.

Rumah sewa  Kak Long ini pun dah lama.
Dah hampir 20 tahun lebih.
Maka banyaklah rosak sana dan sini.

Apa pun bagi Kak Long walau rumah tak cantik mana, di syurga kecil inilah satu kisah dan satu impian baru bermula.
Impian zaman persekolahan yang usaha Kak Long capai satu persatu.

Biar pun usia makin bertambah tapi impian ini harus jadi kenyataan.
Yang pasti tahun inilah Kak Long ada buku sendiri dan bakal menyusul satu buku tentang kisah perjuangan ibu-ibu yang menyusu dan juga ada beberapa lagi projek penulisan.

Tahu ilmu yang ada taklah banyak mana.
Dan sedar juga banyak kekurangan diri.

Sungguh pun demikian semangat untuk menjadi seorang yang penulis yang baik tidak pernah pudar.

Gigih membaca dan usaha jadikan aktiviti ini satu terapi.
Fikir Kak Long tadi nak naik atas tidur.
Rupanya anak dara tidur dulu.

Hailah anak dara nan seorang ini.
Bila tidak ada rindu macam lahar gunung berapi.
Bila ada depan mata cakap kita pada dia berapi-api pun susah nak dengar.

Dah kuat suara kita barulah dia kelam-kabut.
Itu belum ada si abangnya lagi.

Sekali abangnya bersuara, rasa nak runtuh rumah dibuatnya.


Sekian
Sariah Awang Senik

Tuesday 10 September 2019

EBOOK GHOSTWRITER CONFESS



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Group Telegram
http://www.facebook.my/sariahawangsenik

Ghostwriter ternyata sama sekali bukan penulis kisah-kisah hantu atau seram. Wikipedia menyebutkan ghostwriter adalah penulis buku, artikel, cerita, laporan atau teks untuk diakui oleh orang lain.

Siapa yang perlu ghostwriter?

Selebriti,  eksekutif, tokoh politik,  produksi film, yang tidak punya waktu atau tidak mampu menghasilkan sendiri karya tulis kerana tuntutan kerjaya mereka.

Ghostwriter tak hanya menulis. Ia juga mampu menyunting, mencantikkan dan merapikan karya tulis orang lain.

Beberapa ahli politik, bisnes, artis, dan profesional lainnya menggunakan jasa ghost writer untuk menulis autobiografinya.

Ketiadaan waktu biasanya menjadi alasan menggunakan jasa ghost writer atau penulis upahan. Selain itu menyusun kata hingga menjadi sebuah karya bukanlah perkara mudah.

Mereka berani membayar mahal karena seimbang dengan hasil yang mereka harapkan. Bagi ghost writer, bayaran tinggi juga sesuai dengan beban kerja mereka. Menulis  adalah pekerjaan intelektual.

Dia tidak berdiri sendiri hanya sekadar menyusun huruf menjadi kata, kata menjadi frasa, frasa menjadi kalimat, kalimat menjadi paragraf dan membentuk sebuah karya yang utuh.

Menulis adalah juga pekerjaan otak yang memerlukan energi besar. Maka sewajarnya pekerjaan ghost writer layak dihargai.

Nak tahu bagaimana ghostwriter menjana pendapatan hingga 5 angka?

Dapatkan ebook Ghostwriter : The CONFESSIONS. Kisah pengakuan 17 orang Ghostwriter buat duit dengan menulis.


Sekian
Sariah Awang Senik

Wednesday 21 August 2019

CINTA AGUNG



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Kita selalu di momokkan yang cinta hanya sesama makhluk tuhan.
Dalam kesibukan mencari dan mengejar erti cinta, kita semakin lupa yang cinta sejati sudah setia ada di sisi kita.

Cuma ianya makin pudar.
Layu dan di biarkan sepi.

Sementara kita masih lagi sibuk mengejar satu cinta yang entahkan kekal sampai ke mana.
Belajarlah untuk serikan kembali cinta kepada maha penciptaNya.

Nescaya cinta yang lain akan datang sendirinya.
Semai dan siramilah cinta agung kepada Allah dengan benih-benih ibadah.
Usaha dan tanamkan azam untuk tingkatkan amalan.

Lakukan semuanya hanya kerana satu cinta kepada Allah yang maha kuasa.
Bukan selainnya.
Yakinlah cinta itu makin mekar dan berseri dan harumannya mekar hingga ke syurga firdausi.


Terima kasih
Sariah Awang Senik

KISAH GHOSTWRITER YANG TELAH BERJAYA



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Saya suka kerja menulis dan kerja dari rumah kerana saya boleh buat apa-apa pergerakan bebas tanpa dilihat orang lain. Suasana yang saya design untuk keselesaan sendiri bagi menghadirkan mood yang saya mahukan.

Sejak Ogos 2018, saya mula ceburi dunia Ghostwriting atau nama melayu tidak rasminya, upah menulis, di mana saya menyediakan khidmat servis menulis bagi pihak pelanggan tanpa dikreditkan nama saya.

- Puan Arina Amin.

Nak tahu bagaimana Puan Arina seorang surirumah yang membina  kerjaya ghostwriter boleh dapatkan ebook Ghostwriter : The Confessions.

==============

Sila letak link ini untuk tahu maklumat lebih lanjut http://upahmenulis.onpay.com/order/form/ebookconfess/Sariah1974

Atau boleh dapatkan ebook tentang kisah ghostwriter ini dengan harga yang paling menawan iaitu pada harga RM 50. Harga asal adalah RM 79.
Tawaran bermula dari 15 Ogos sehingga ke 31 Ogos 2019.


Sekian Terima Kasih

Tuesday 20 August 2019

GHOSTWRITER


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Seorang penulis biografi yang dikenali dengan gelaran 'The Ghost' diminta oleh mantan Perdana Menteri Inggeris Adam Lang untuk meneruskan menulis biografi dirinya.

Sebelunmya penulis awal buku biografi Lang mati. Mayatnya dijumpai dipesisiran pantai.

The Ghost yang tidak tahu apa-apa bersetuju menjadi penulis biografi Lang kerana bayarannya lumayan.

Namun kejadian demi kejadian aneh berlaku hingga membuatnya menyingkap rahsia yang ada dalam lingkungan politik mantan Perdana Menteri itu.

Apakah yang sebenarnya terjadi? Berjayakah The Ghost memyelesaikan penulisan biografi itu.

Filem Ghoswriter ini dibintangi oleh Ewan McGregor dan Pierce Bronsonan.

Tapi jika anda ingin tahu kisah pengakuan 17 orang yang menjadikan ghoswriter sebagai kerjaya mereka, anda boleh dapatkan ebook Ghostwriter : The Confessions.

Promosi Raya Merdeka sehingga 31 Ogos 2019. Sila klik ini untuk maklumat lanjut http://upahmenulis.onpay.my/order/form/ebookconfess/Sariah1974


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

UKHUWAH KEKAL HINGGA AKHIRNYA


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook.com/sariahawangsenik

Agaknya ramai yang dah dalam process nak tidur.
Kak Long pun sama lah jugak macam rakan yang lain.
Cumanya tak sah kalau tak taip posting sebelum nak tidur ini.

Kejadian hari ini Kak Long cuti.
Dah kerja pagi sampai malam dengan rehat yang tak menentu, bila cuti macam ini memang Kak Long akan lupakan soal kerja seketika.

Kerja memang tak akan pernah habis.
Namun sibuk macam mana pun, tetap Kak Long akan luangkan masa dengan rakan-rakan dalam aliran yang sama.

Iaitu rakan-rakan yang minat berniaga.
Mereka banyak berniaga secara offline.
Ada seorang yang juga bergerak berniaga secara online.
Kebanyakan berniaga makanan dan juga pakaian dan juga beg.

Kak Long banyak bertukar-tukar fikiran tentang selok belok perniagaan yang mereka sedang usahakan.
Potensi mereka sangat besar dalam perniagaan ini.

Dalam masa yang sama Kak Long juga memasarkan produk makanan mereka.
Ini adalah satu amal jariah Kak Long. Bukan nak kaut keuntungan sangat tapi lebih kepada raih pahala disana nanti.

Mereka juga sangat berminat dengan produk Kak Long dan tahu Kak Long adalah seorang penulis. Kalau nak tulis surat atau apa-apa, maka Kak Long akan usahakan untuk membantu apa yang termampu.

Harapannya agar ukhuwah ini kekal erat sampai ke akhirnya.
Mohon doa juga dari semua rakan fb untuk doakan Kak Long dan rakan-rakan niaga Kak Long yang lain ya.

#SrikandiInspirasi
#SICircle
#Circlebidadari


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Monday 19 August 2019

WAVEYOURSCENT SALE DEXANDRA 2019



Teks: Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Dari Group Telegram
http://www.facebook.my/sariahawangsenik


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Assalamualaikum & salam bahagia

Saya nak kongsi berita gembira ni😀

Benda boleh jimat buat apa bayar lebih?

De’xandra sekarang ada SALE tau.

Ada 3 pakej menarik untuk di grab dari 19/8/19 hingga 19/9/19

Berminat ?

Klik saja di link ini ya http://sariahdexandratpg.wasap.my


Sekian
Sariah Awang Senik

Sunday 18 August 2019

KENANGAN DI HARI RAYA AIDILADHA


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook.com/sariahawangsenik



Alhamdulilah. Dah pun selesai seminggu anak-anak menghabiskan cuti di rumah bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha. Tahun ini seperti tahun-tahun yang sebelum saya dan anak-anak tidak pulang ke kampung. 

Saya memberi peluang kepada anak-anak pulak untuk meraikan Hari Raya Aidiladha bersama dengan keluarga sebelah abahnya. Walau telah lama berpisah, saya tetap memberi kebebasan kepada anak-anak untuk mengenali semua ahli keluarga besar sebelah abahnya.

Namun tahun ini ada sedikit kejutan atau memang Allah telah aturkan sebegitu cantik kejadiannya. Secara umumnya saya dan bekas suami telah agak lama berpisah. Sejak kami berpisah, belum pernah lagi kami bercakap secara berhadapan. Selama tempoh itu juga saya agak sibuk dengan urusan kerja, anak-anak, perniagaan dan juga aktiviti penulisan saya.

Apa pun saya tetap juga berusaha memberikan satu kehidupan yang terbaik buat anak-anak tersayang. Syukur jugalah kepada Allah anak-anak makin sibuk dengan pembelajaran dan juga mencapai cita-cita mereka.

Hari raya Aidiladha pada tahun ini jatuh pada hari Ahad. Memandangkan saya tidak dapat bercuti dan kini bekerja di sebelah pagi maka saya membuat keputusan untuk masuk agak lewat sedikit iaitu selepas menunaikan solat Hari Raya Aidiladha. Tuhan sahaja yang tahu bagaimana teruja hati ini nak menunaikan solat hari raya Aidiladha dengan anak-anak tersayang.

Menjelangnya pagi raya Aidiladha, saya dah sabar-sabar nak kejutkan anak-anak dan mengajak mereka bersolat hari raya Aidiladha.

Secara kebetulan, anak dara sedang uzur dan hanya saya dan anak bujang sahaja yang pergi bersolat hari raya Aidiladha. Kata anak teruna dia akan menghantar abahnya dulu ke masjid untuk bersolat hari raya aidiladha sebelum kembali semula ke rumah dan mengambil saya untuk ke masjid pulak.

Dengan penjelasan anak bujang itu, saya menyuruh anak bujang selesaikan apa yang terpenting dahulu dan mengalah kerana tidak mahu menyusahkan anak bujang nan seorang ini.
Setelah selesai dia menghantar abahnya ke masjid, dia terus menjemput saya pula untuk masjid berhampiran untuk tunaikan solat hari raya Aidiladha. Buat pengetahuan semua di daerah ini ada dua buah masjid . Satu masjid yang agak lama dan dah berusia hampir 100 tahun. Juga ada sebuah masjid baru yang berdekatan dengan sebuah sekolah rendah agama dan juga balai polis.

Kebiasaannya saya selalu ke masjid yang baru. Kerana kedudukannya berdekatan dengan jalan raya dan kawasan perumahan. Masjid yang lama pula berhadapan dengan lampu isyarat dan juga jalan besar menghala ke pekan. Jujur sejak menetap di daerah ini memang saya tidak pernah bersolat di masjid lama ini.

Tapi itulah kuasa Allah dalam mengerakkan hati manusia termasuk anak bujang saya ini. Dia membawa saya bersolat hari raya Aidiladha di masjid lama dan masjid yang sama bekas suami bersolat hari raya Aidiladha. Perasaan gementar pada hari itu hanya Allah yang tahu. Kata anak bujang dia malas berulang alik dari masjid baru dan juga masjid yang bersejarah itu. 

Dalam hati saya berdoa agar bekas suami tidak salah faham ataupun mengesyaki apa-apa. Masjid kan tempat bersolat dan niat saya hanyalah untuk bersolat hari raya sahaja dan tidak lebih dari itu. Ajaibnya kuasa Allah dari mula bersolat raya hinggalah selesai, tidak Allah nampakkan bekas suami di hadapan saya. 

Mungkin sebab terlalu ramai dan juga setelah selesai, saya mesti balik awal ke rumah untuk bersiap-siap pergi kerja. Kalaupun bekas suami nampak, biarlah. Rumah Allah, semua orang berhak untuk bersolat di masjid lama tersebut. 

Sempat juga anak bujang bertanya, sama ada saya ok ataupun tidak. Dalam selamba dan hati berdebar-debar, saya kata ok dan terus mendiamkan diri sahaja. Bukan marah, sebaliknya agak terkejut dengan apa yang dilakukannya. Anak bujang pulak hanya tersenyum dan mungkin juga hatinya berkata akan sesuatu.

Itulah satu kenangan yang paling saya tidak sangkakan. Agak terkejut dan saya berusaha berfikir hanya yang bebaik sahaja. Dan dalam masa yang sama tidak mahu menyusahkan anak bujang tersayang.

Balik ke rumah saya ceritakan pada anak dara pula. Dia pun hanya tersenyum dan katanya apa yang berlaku adalah di luar jangkaan. 

Segala apa yang kongsikan ini, adalah satu kejutan dan kenangan di hari raya Aidiladha. Mungkin juga Allah sedang aturkan sesuatu dan berdoa semoga hanya yang baik untuk saya dan anak-anak tersayang.

Sekian
Sariah Awang Senik

Monday 22 July 2019

TARBIAH HATI


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Ada sedikit getaran dihati ini. Bimbang sang syaitan membisikkan sesuatu yang tak sepatutnya, maka pilihan yang pertama adalah lebih baik.

Jika sudah ada sebesar zarah pun dosa yang sedang bercambah dihati ini, hanya keampunan dipohon daripada yang maha esa.
Sesungguhnya manusia tak akan pernah sempurna.

Dalam nekad pilih untuk buat lebih banyak kebaikan, ujian tak akan pernah sunyi dalam hidup ini.
Irama musibah dahulu agak berbeza dari sekarang.

Dendangannya lebih halus dan menusuk kalbu.
Maka perisai keimanan mesti diperkukuhkan lagi.
Ingatan buat diri segalanya terjadi dan dipertemukan dengan izinnya.

Maka kepada Allah jualah memohon agar dipermudahkan segala urusan ini.
Boleh sahaja membuat pilihan untuk memohon pertolongan dari keluarga tercinta.

Tapi sampai bila?
Masih ingat lagi pesanan abah tersayang.
Berusaha, berdikari dan berdoa jangan sesekali lupa.

Insyaallah. Walau perit untuk hari ini, namun mengalah tidak sesekali sebelum berjuang.
Jikalau sudah mampu melepasi sang ombak yang pernah membadai dan menghancurkan mahligai impian, jadi tiada bezanya ujian ini.

Diri, kau mesti boleh.
Ikutlah rentak yang sama, dan pasakkan senjata kesabaran dan keimanan mengatasi segalanya.
Dan siapa tahu nikmat kemanisannya ujian ini Allah telah aturkan pahala yang maha besar.
Insyaallah. Aamiin Ya Allah.


Sekian
Sariah Awang Senik

Sunday 14 July 2019

CORETAN R&R HIGHWAY


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://www.facebook.my/sariahawangsenik

Semalam dalam sibuk bekerja, sempat jugalah tengok temuramah penulis Tuan Khairul Abdullah dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1.

Dalam slot bedah buku itu, Tuan Khairul membincangkan tentang bukunya iaitu Mentaliti Masih Jamban.
Bukunya bersambung kisah dengan buku yang terdahulu iaitu Mentaliti Jamban.

Secara ringkasnya bukunya berkisar tentang sikap kita yang terlalu mementingkan diri sendiri sehingga ada yang menyusahkan orang lain.

Sebenarnya bercakap akan kisah pentingkan diri ini, setiap hari Kak Long terpaksa berhadapan dengan manusia-manusia yang sebegini.

Bukan kata diri Kak Long dah cukup sempurna tapi berazam untuk jadi lebih baik hanya untuk diri sendiri dan keluarga.
Sikap manusia yang sengaja melupuskan
erti kesabaran dalam menuntut satu perkhidmatan yang terbaik

Ya, Kak Long sedar pekerjaan sebagai seorang pembantu kedai ini bukanlah satu pekerjaan yang jadi impian orang ramai.

Namun tanpa sumbangan kami golongan pertengahan ini mana mungkin sistem lebuhraya dapat berfungsi dengan baik.
Yang paling menyedihkan silap sikit layanan yang diberikan kamilah yang terpaksa menanggung bahangnya.

Pernah juga berhadapan sikap pelanggan yang menganggap kami ini bagaikan seekor anjing kurap.
Bercakap kasar tidak sopan dan bermacam lagi.

Terfikir Kak Long, kalau golongan macam Kak Long ini kurang ajar sikit terus mengadu kepada pihak atasan, tapi bagaimana kalau pelanggan yang kurang ajar terhadap kami?

Memang pelanggan selalunya betul tapi tak akan mengabaikan hak Kak Long sebagai seorang pekerja juga.
Apa pun bila mendengar perbincangan Tuan Khairul semalam, ada kebenarannya.

Bukanlah nak mintak selalu dihargai tapi sesekali berusaha untuk berfikir dalam keadaan seperti golongan macam Kak Long ini.
Pekerja tandas, tukang sapu, pembantu gerai, pekerja tol dan highway semuanya bukan satu tugas yang mudah.

Dalam keadaan panas, hujan, kami selalu sedia berkhidmat.
Walau nampak kami tersenyum melayan para pelanggan, namun pernah tak terfikir apa yang ada dalam minda kami?

Di minda kami, teringin juga seperti anda semua.
Bawa keluarga berjalan-jalan, cuti Sabtu dan Ahad.
Tapi tak mampu sebab Sabtu dan Ahadlah orang ramai dan kenalah bekerja kerana pada hari Sabtu dan Ahadlah bayaran agak mahal.

Dan ada juga yang terpaksa kerja sampai malam demi menyara keluarga tercinta.
Anak-anak yang bersekolah, belajar, ibu dan ayah yang uzur dan pelbagai lagi seribu satu kisah.

Harapan dengan adanya buku seperti Mentaliti Masih Jamban ini dapatlah menyedarkan dan mendidik lagi masyarakat bahawa sikap pentingkan diri tidak akan menguntungkan sesiapa malah memburukkan lagi keadaan.


Sekian
Sariah Awang Senik

Monday 8 July 2019

LAMAN SOSIAL GEDUNG PAHALA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Syukur atas segala rahmatNYA yang dikurniakan kepada hambanya walau tahu hambanya tak sebaik mana. Namun Allah tetap jua aturkan sesuatu supaya hambanya kepada bertaqwa kepada Allah yang maha esa. Berkongsi kisah ini bukanlah bertujuan untuk menunjukkan diri baik atau apa. Perkongsian adalah sekadar satu pengalaman bahawa kesusahan yang sedemikian rupa boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Untuk membuat kebaikan tidak Allah tetapkan kepada hambanya hanya kepada bangsa atau seagama sahaja. Malah Allah suka umatnya membuat kebaikan terhadap sesiapa sahaja. Hatta juga kepada seekor binatang.

Kejadian hari ini memberi satu keinsafan buat diri ini. Mungkin juga satu peringatan.
Mohon juga abaikan wajah saya yang tak berapa nak cantik jelita itu. Almaklumlah bekerja dalam keadaan panas dan tempat yang terhad, banyak menguji gunung kesabaran ini.

Bekerja sebagai seorang pembantu kedai, banyak memberi peluang kepada diri ini untuk bertemu dengan sejuta ragam manusia. Ada manusia yang elok budi pekertinya dan tak kurang juga sebaliknya. Namun itulah juga sumber inspirasi saya untuk terus menulis dan juga memberi manfaat buat semua.

Alkisahnya, semalam rakan sekerja yang berbangsa India telah terjumpa satu dompet di depan kedai di tempat saya dan juga rakan-rakan yang lain bekerja.
Semalam adalah hari Ahad, maka ramailah pelanggan yang singgah untuk rehat dan minum di R&R tempat saya bekerja.

Rakan saya itu pada mulanya sudah lama ternampak dompet itu. Namun hampir beberapa ketika tiada yang mengambil dompet tersebut. Risau akan sesuatu, rakan saya tadi memberi tahu kepada rakan yang lain supaya mengambil dompet tersebut dan simpan di dalam kedai tempat saya dan rakan yang lain bekerja.
Menurut rakan saya, tiada ic dalam dompet tersebut.

Yang ada hanya beberapa not duit RM 50 yang agak banyak jugak. Selain daripada itu terdapat kad bank juga kad macam ic berserta nama dan juga syarikat tempat dia bekerja. Jelas hamba Allah ini bukanlah rakyat Malaysia. Dia warganegara India dan datang bekerja di salah sebuah syarikat di bukit Jalil. Dalam hati macam mana nak cari no telefon syarikat ini. Tiba-tiba terfikir nak cari segalanya di Google.

Laju sahaja jari jemari ini mencari maklumat. Selagi tak cari rasa hati ini bagai tak tenteram.
Terkenangkan duit tunai yang ada dalam dompet tersebut. Lagilah bertambah runsing jadinya. Rakan sekerja saya memang tahu yang saya agak aktif di laman sosial. Mana tahu hamba Allah ini ada akaun fb dan sebagainya.


Setelah beberapa lama saya mencari maklumat, barulah terjumpa no tel syarikat tempat hamba Allah ini bekerja. Waktu bekerja pejabat itu bermula pada pukul 9 pagi.
Memandangkan tadi masih awal, maka saya mengambil keputusan untuk menunggu seketika. Sementara itu saya berusaha mencari maklumat di laman fb.
Mungkin saya dapat hantar message di fb akaun messenger.

Alhamdulillah. Rupanya hamba Allah ini akaun fb. Dari fbnya jelas dia bukan warganegara India yang biasa-biasa. Berlatar belakangkan seorang yang berpendidikan tinggi dan mungkin berjawatan agak tinggi di syarikat di tempat dia bekerja sekarang.
Sudah pun bernikah dan rasanya pernikahan hamba Allah ini baru sahaja berlangsung.
Lega dengan maklumat yang terkini, saya langsung memberitahu rakan sekerja akan perkembangan tuan punya dompet ini.


Kira-kira pukul 9.30, saya berusaha menghubungi hamba Allah tersebut.
Namun hampa kerana menurut operator tadi, dia belum lagi masuk ke pejabatnya.
Dalam pukul 11, lagi sekali saya menelefon dan tinggalkan semua detail dan sebagainya kepada operator tersebut.

Rasa syukur yang teramat sangat, bila hamba Allah yang bernama Mr Ravi ini call saya pada kira-kira 12 tengahari. Sewaktu menjawab panggilan beliau dia terus bertanya akan dompetnya dan lokasi kedai tempat saya bekerja. Tak sampai beberapa minit, baru saya terperasan yang Mr Ravi ini sudah pun berada di dalam kedai saya.

Mr Ravi dan isterinya rasa sangat terkejut dan berpelukan sesama sendiri.
Mungkin juga mereka berdua rasa terharu dan seakan tak percaya akan terjumpa dompet berserta duit tunai mereka berdua.
Sebenarnya bagi pihak diri saya, rasa sangat bersyukur dapat pulangkan dompet kepada tuannya sendiri. Membantu bukan atas dasar apa-apa hanya berharap Allah jua yang membalasnya.

Kerana kita tidak tahu bila akan ditimpa sesuatu kesusahan. Cubalah bayangkan kita berada di negara orang dan telah kehilangan pengenalan diri.
Tentu sangat susah dan perit. Yang memudahkan semuanya hanyalah Allah yang maha esa.
Sementara Google dan fb ada hero dan juga heroin saya untuk cari segala maklumat.
Yalah, sekarang kan maklumat dihujung jari.

Pasti hampir semua dari kita dah ada akaun fb. Jadi samalah halnya dengan Mr Ravi dan isterinya. Malam ini dah tentulah Mr Ravi dan isterinya dapat tidur dengan lena. Esok bolehlah Mr Ravi masuk ke office seperti biasa.
Sebagai rakyat Malaysia, wajiblah tunjukkan contoh yang baik kepada rakyat negara yang lain. Supaya nama Malaysia semakin terkenal bukan sahaja makanannya tetapi juga rakyat negara Malaysia sendiri. Tapi bukanlah nak puji diri sendiri pulak ya.

Apa pun laman fb adalah satu tempat untuk bersosial.
Gunakan laman sosial ini untuk berbuat seberapa banyak amal kebaikan.
Berusahalah untuk berkongsi kebaikan dan juga sebaliknya.
Maka tak mustahil juga boleh dijadikan sebagai salah satu gedung pahala buat di kampung abadi nanti.
Insyaallah.

Nota : Maaf keadaan diri yang kurang cantik sebab ada kipas yang buatkan tudung jadi tak kemas.😅😅


Sekian
Sariah Awang Senik

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...