Friday, 13 September 2019

KAK LONG MENULIS LAGI



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook.my/sariahawangsenik

Syukur atas rezeki hari ini.
Baru saja elok batuk, dah kena batuk balik.
Batuk berkahak tak pe.
Ini jenis yang kering dan bila batuk rasa macam nak garu je tekak ini.

Bertabahlah lalui dugaan ini.
Dalam keadaan batuk itu, berusaha untuk uruskan bahagian atap dapur yang pecah dek hujan dan angin kuat semalam.

Mujurlah atap rumah tak melayang macam jiran selang dua buah rumah Kak Long itu.
Walau hujan semalam tak lama, namun cukup buatkan Kak Long rasa berdebar-debar.

Rumah sewa  Kak Long ini pun dah lama.
Dah hampir 20 tahun lebih.
Maka banyaklah rosak sana dan sini.

Apa pun bagi Kak Long walau rumah tak cantik mana, di syurga kecil inilah satu kisah dan satu impian baru bermula.
Impian zaman persekolahan yang usaha Kak Long capai satu persatu.

Biar pun usia makin bertambah tapi impian ini harus jadi kenyataan.
Yang pasti tahun inilah Kak Long ada buku sendiri dan bakal menyusul satu buku tentang kisah perjuangan ibu-ibu yang menyusu dan juga ada beberapa lagi projek penulisan.

Tahu ilmu yang ada taklah banyak mana.
Dan sedar juga banyak kekurangan diri.

Sungguh pun demikian semangat untuk menjadi seorang yang penulis yang baik tidak pernah pudar.

Gigih membaca dan usaha jadikan aktiviti ini satu terapi.
Fikir Kak Long tadi nak naik atas tidur.
Rupanya anak dara tidur dulu.

Hailah anak dara nan seorang ini.
Bila tidak ada rindu macam lahar gunung berapi.
Bila ada depan mata cakap kita pada dia berapi-api pun susah nak dengar.

Dah kuat suara kita barulah dia kelam-kabut.
Itu belum ada si abangnya lagi.

Sekali abangnya bersuara, rasa nak runtuh rumah dibuatnya.


Sekian
Sariah Awang Senik

1 comment:

HANYA MAHU BEREHAT SEBENTAR

Rabu 12 Disember 2024 Hulu Bernam, Selangor Alhamdulilah syukur atas segala rahmat dari-Nya. Berehat pada hari cuti am memang sangat jarang....