Tuesday 27 May 2014

MUSIM CUTI SEKOLAH

Teks : Sariah Awang Senik

Assalamulaikum, tidak lama lagi cuti sekolah akan bermula selama hampir 3 minggu. Seperti biasa,.banyak yang anak-anak rancang untuk ke sana dan ke sini tetapi masih belum tahu akan kedudukan kewangan dan juga masa kerja yang terlalu panjang yang terpaksa ibunya lalui selama ini.

Walaubagaimana pun aku berdoa, semoga cuti sekolah ini akan berjalan dengan lancar dan jayanya. Hari Khamis nanti anak lelakiku akan pulang dari asrama dan sebagai seorang ibu,aku merasa teramat teruja sekali. Biarpun hanya kami 3 beranak yang berada di rumah, namun itulah masanya kami sekeluarga dapat bersama-sama semula sebagai sebuah keluarga.

Cuma yang bezanya, akulah ibu dan begitu jugalah sebagai seorang ayah. Perjalanan kami 3 beranak masih jauh dan berliku namun aku dan anak-anak tetap tabah menghadapinya dan berdoa segala urusan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Coretan Ikhlas
Sariah Awang Senik

Monday 26 May 2014

ULASAN KELAS BLOG

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook

Minat menulis banyak yang telah mendorong saya untuk membuat satu blog yang banyak berkisar tentang kisah kehidupan beberapa tahun yang lepas. Dengan blog tersebut, hampir setiap hari menulis tentang apa yang terjadi di dalam kehidupan seharian. Apabila telah selesai menulisnya, dan membacanya semula, baru saya terfikir adakah ada orang yang sudi singgah membaca blog saya tersebut.
Semasa membuat blog tersebut, memang tidak terfikir di fikiran saya apakah tujuan dan siapakah sasaran pembaca untuk membaca blog tersebut.

Sehinggalah suatu hari saya terbaca suatu kenyataan, bahawa bekerja dari rumah boleh menjana pendapatan berdasarkan minat yang kita ada. Pertemuan yang tidak sangka, di saat sedang tercari-cari peluang untuk memajukan diri dan bangkit semula dengan semengat yang baru setelah melalui pelbagai episode kedukaan yang terlalu perit di dalam kehidupan yang lepas. Hamba Allah tersebut ialah Anys Idayu Zakaria, yang telah banyak menyedarkan saya bahawa pengaruh blog terhadap perniagaan dan produk yang sedang usahakan amatlah luas.

Tidak sangka dengan minat menulis yang ada pada diri, bakal merubah segala tujuan kehidupan selama ini. Blog sangat berpengaruh dan ianya bersahabat rapat dengan Google kerana semua maklumat terdapat di papan Google tersebut. Dengan hanya menaip beberapa patah perkataan di Google , secara automatik semua maklumat akan tertera di situ. Pendaftaran untuk menyertai kelas asas blog dan penulisan amatlah berpatutan. Apalah harganya RM200 dengan ilmu yang kita pelajari hasil daripada ilmu yang kita dapat di dalam kelas asas blog dan penulisan tersebut.

Syarat yang paling utama setelah menyertai Akademi Bekerja Dari Rumah ini, adalah setiap ahlinya wajib menyiapkan 44 entri yang  berdasarkan latarbelakang pendidikan dan juga pengalaman kerja sehinggalah kepada apa yang sedang kita lakukan sekarang. Pada awalnya memang tidak faham kenapa harus menyiapkan 44 entri, namun setelah di terangkan lebih lanjut bahawa dengan menyiapkan 44 entri ini kita dapat meningkatkan aliran traffic pembaca untuk singgah membaca ke blog tersebut. Memang benar seperti yang di jangka bahawa aliran traffic pembaca yang membaca di blog tersebut meningkat dari semasa ke semasa.

Setelah hampir setiap hari dan secara konsisten menulis, barulah saya sedar di mana minat dan kekuatan saya selama ini. Di dalam kelas blog dan penulisan segala hasil penulisan akan di pantau secara online oleh Anys Idayu Zakaria dan akan di postkan di facebook untuk menarik pihak yang lain membacanya. Walaupun cara menulis agak santai, namun segala kesalahan ejaan seperti koma, tanda titik dan juga tanda adalah amat di titik beratkan. Sebagai langkah awal bagi menggelakkan sebarang kesilapan, sebelum di terbitkan sesuatu blog, di baca terlebih dahulu dan kemudiannya di terbitkan. Dengan minat menulis juga, kita mampu menceritakan secara lebih terperinci tentang sesuatu produk dan juga perkhidmatan yang sedang di usahakan. Itulah kelebihan dan kebaikan menulis kerana kita mampu menceritakan apa sahaja tentang perniagaan kita. Di kelas asas blog , selalu di ingatkan agar tidak menulis dengan cara syok sendiri kerana akan mengakibatkan para pembaca merasa bosan untuk membacanya. Tulislah sesuatu yang lebih positif dan dapat memberikan lebih maklumat kepada semua pembaca di luar sana.

Dengan jaringan ukhuwah yang terjalin di antara semua ahli akademi akan dapat mempercepatkan process aliran traffic pembaca ke blog kita tersebut. Siapa sangka ada di antara kita sedang mencari-cari maklumat yang sangat berguna tentang produk ataupun perniagaan mereka.

Kini setelah hampir beberapa bulan menyiapkan segala tugasan tersebut, segala keyakinan dan kekuatan untuk menulis makin membara. Berazam untuk menulis sesuatu yang lebih bermanfaat dan juga sangat berguna kepada semua pembaca di luar sana.

Yang Ikhlas Menulis
Sariah Awang Senik

Saturday 24 May 2014

CUTI HUJUNG MINGGU

Teks : Sariah Awang Senik

Tidak berapa lama lagi, akan tiba musim cuti persekolahan selama hampir 3 minggu. Kalau diikutkan, minggu ini, anak bujang yang duduk di asrama memang tidak boleh balik ke rumah . Tetapi dek kerana terlalu rindukan suasana rumah,anak bujang aku memohon juga untuk balik ke rumah walaupun hanya beberapa hari.

Sejak hari Jumaat lagi, dia beria-ria hendak pulang ke rumah. Anak bujang yang seorang ini memang agak pendiam sedikit. Namun sebagai seorang ibu dan juga bergelar ibu tunggal itu bukanlah alasan terbaik untuk mendidik anak secara ala kadar sahaja. Percaya setiap apa yang dilakukan kepada anak-anak pasti akan anak-anak lakukan hal yang sama kepada kedua ibu dan bapanya.

Bila balik ke rumah, anak bujang yang seorang ini, selalu meminta diriku memasak sesuatu masakan kegemarannya. Apa sahaja yang makanan kegemarannya pasti aku akan berusaha memasaknya sepenuh rasa kasih dan sayang.

Sebelum balik ke asrama, anak bujang yang seorang ini meminta aku menolongnya untuk mengemaskan barang-barangnya yang akan dibawa ke asrama. Walau hanya beberapa hari pulang ke rumah, namun sudah cukup menghilangkan rasa rindu kepada anak lelakiku ini.

Sebagai seorang ibu, aku berdoa semoga kedua putera dan puteri ini akan menjadi anak-anak yang taat dan solehah.

Coretan Ikhlas Sariah Awang Senik

WISHLIST

Menjadi usahawan wanita online dan juga membantu orang lain untuk berjaya juga di dalam perniagaan.
Menjadi agent dropship yang berjaya.
Berkongsi kisah kehidupan dengan orang lain.

PERCA KAIN

Teks : Sariah Awang Senik
Koleksi : Sendiri

Assalamulaikum, moga semuanya dan segala yang di rancang berjalan dengan lancar. Lama juga tidak mencoret di ruangan kesayangan ini. Mengikut perancangan, ruangan ini hendaklah di kemas kinikan selalu.
Beberapa minggu yang lalu, saya telah menerima banyak perca kain terbuang tetapi semuanya masih boleh di gunakan semula.
Walaupun sekarang mesin jahit kesayangan rosak, namun itulah bukanlah halangan saya untuk meneruskan minat saya di dalam bidang jahitan.
Di fikiran saya telah terbayang untuk membuat sarung bantal segera dengan hanya menjahitnya dengan tangan saya sendiri. Process untuk membuatnya adalah sama seperti menjahit sarung bantal yang lain. Cuma bezanya dengan hanya jahitan tangan. Jahitannya haruslah kemas dan juga teliti. Sejak dari petang menjahit, hingga ke malam barulah selesai menjahit sarung bantal segera tersebut.
Namun di dalam masa terdekat ini, saya berazam untuk membeli mesin jahit yang baru, memandangkan ianya amatlah di perlukan di musim perayaan ini.
Gembrianya rasa hati kerana telah menjahit sarung bantal ini dengan hanya menggunakan tangan. Apabila saya melihat semua perca kain tersebut, memang semua kainnya masih cantik dan menarik. Insha Allah dengan perca kain terbuang, ianya dapat menghasil kraftangan yang amat berguna.
Coretan Ikhlas Dari,
Sariah Awang Senik
WISHLIST
Ingin menjadi seorang penulis novel yang mempunyai aura yang tersendiri.
Berkongsi kisah pengalaman hidup pahit dan juga manis.
Ingin membantu orang lain berjaya bersama-sama.
Menjadi seorang usahawan wanita online yang berjaya.

Tuesday 20 May 2014

DROPSHIP RAMADHAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook

Terasa terlalu cepat masa berlalu. Kini kita semakin hampir ke pertengahan tahun. Tidak lama lagi, kita akan menyambut bulan ramadhan iaitu bulan yang paling mulia sekali.

Sebagai seorang wanita yang senantiasa sibuk dengan kerja dan juga rumahtangga, pasti segala urusan masak-memasak ingin di selesaikan secepat yang mungkin.
Kita juga senantiasa memikirkan apakah juadah istimewa yang dapat kita sediakan untuk santapan keluarga di dalam jangka masa yang singkat.
Antara yang resipi yang istimewa ialah :

PES NASI ARAB
Terdiri daripada nasi mandy ayam.dan juga kambing. Set ini juga mengandungi beras basmathi serta rempah nasi arab. Cara memasak ada tertera pada kotak nasi arab tersebut.
Hidangan sesuai untuk 5-6 orang tetamu. Harganya ialah RM15.

PES MEE BANDUNG
Berat 400gm.
Pes ini sangat sedap dan menyelerakan dan ianya sangat sesuai sebagai hidangan di waktu petang ataupun juadah istimewa berbuka puasa. Hidangan ini juga sesuai untuk hidangan 5-6 orang.

SAMBAL KENTANG
Berat 500 gm. Sesuai di makan sebagai snek yang sedap untuk keluarga dan juga anak-anak.
Harga paling menarik iaitu RM15.

Jika berkenaan dengan salah satu produk di atas bolehlah hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com.

Coretan Ikhlas Dari
Sariah Awang Senik.

Monday 19 May 2014

PROGRAM MOTIVASI KE IBUBAPAAN. UNTUK KELAS PEPERIKSAAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber ; Facebook

Assalamulaikum, terasa terlalu lama tidak menulis di ruangan yang paling diminati ini. Masa berlalu begitu pantas dan semakin hari kita sebagai ibubapa terlalu leka dengan kesibukan dan tanggungjawab masing-masing. Anak-anak pula tanpa disedari oleh ibubapa membesar terlalu cepat sekali dan senantiasa menagih kasih sayang dan perhatian daripada ibubapa mereka.

Pada hari Ahad yang lepas, saya berkesempatan menghadiri majlis motivasi yang diadakan di sekolah anak lelaki yang terletak dengan kawasan felda. Kursus ini diadakan untuk murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan khasnya untuk murid-murid yang berada di tingkatan 3,4 dan juga 5.

Antara intipati kursus motivasi tersebut ialah:
Sikap ibubapa yang terlalu cepat menghukum anak, jika anak-anak melakukan sesuatu kesilapan.
sikap ibubapa kaum melayu yang sukar memberikan penghargaan kepada anak-anak jika anak mencapai sesuatu kejayaan.
Setiap percakapaan ibubapa.adalah suatu doa.
Menerapkan nilai-nilai positif kepada diri anak-anak.
Elakkan memberikan nilai negatif kepada diri anak-anak.

Senantiasa menjalinkan hubungan erat antara anak-anak dan juga ibubapa. Jangan membiarkan anak-anak dengan dunia mereka yang tersendiri. Setiap ibubapa adalah hamba Allah yang biasa yang juga tidak lari daripada melakukan sebarang kesilapan.
Akhirkata senantiasalah mengawasi setiap pergerakan anak-anak.dan menjelaskan sesuatu kesalahan sebab dan alasan mengapa anak-anak tidak boleh mengulangi kesalahan tersebut. Jangan jatuhkan airmuka anak-anak dan memarahi anak-anak di hadapan orang lain. Hargailah anak-anak dan juga anak-anak patut menghargai ibubapa mereka sementara masih ada.

Coretan Ikhlas Sariah Awang Senik

----------------------------------------------------------------------------------------

PES NASI ARAB
Terdiri daripada nasi mandy agam.dan juga kambing. Mengandungi beras basmathi. Semua cara memasak telah tertera di kotak nasi arab.
Setiap 1 kotak boleh dimakan untuk 5-6 orang. Harga sangat memuaskan iaitu RM15.
Jika ingin mencuba resipi istimewa ini sila hubungi saya:
Sariah 019-4075635 ataupun email saya sariah.awangsenik@gmail.com

Tuesday 13 May 2014

KERANA ALATAN GAJET HUBUNGAN KEKELUARGAAN SEMAKIN RENGGANG

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber ; Google
Assalaumulaikum, dunia semakin moden dan berubah. Begitu juga dengan manusia berubah mengikut peredaran masa dan juga arus kemajuan. Di sekeliling kita, begitu banyak alatan moden yang semakin melalaikan kita dan hampir merenggangkan hubungan persaudaraan dan juga persahabatan. Sudah menjadi suatu kemestian ramai di antara kita pasti akan mempunyai telefon bimbit, Tab, Ipad dan juga laptop sebagai salah satu pelengkap kehidupan. Semua kemudahan itu senang di miliki dengan harga yang berpatutan.
Di dalam sesebuah keluarga, ayah,ibu, abang, kakak, adik, nenek dan juga datuk pasti dilihat memiliki telefon bimbit sebagai salah satu kemudahan asas kehidupan. Tidak salah memilikinya namum disetiap satu alatan gajet terdapat buruk dan juga baiknya. Telefon bimbit yang kita miliki pasti mempunyai kemudahan internet dan itulah yang membuatkan seseorang semakin leka dan asyik dengan telefon bimbit dan juga alatan gajetnya. Cuba anda perhatikan semasa menaiki bas, teksi, Lrt dan apa sahaja kemudahan awam, kita akan lihat mereka asyik menatap telefon bimbit dan juga tab mereka. Jarang kita cuba beramah mesra semasa sendiri semasa menggunakan kemudahan awam. Hanya sedikit daripada kita menggunakan masa yang ada dengan membaca dan juga berbual dengan orang lain.
Sejak pagi keluar dari rumah dan bekerja dari jam 9 hingga 5 petang dan kekadang pulang lewat ke rumah kerana bekerja lebih masa dan juga sebagainya. Pulang ke rumah, kita sibuk dengan urusan rumahtangga dan juga anak-anak setelah penat pasti kita sibuk melayari internet dengan melihat laman sosial seperti Facebook, Wechat, Twitter dan juga beberapa laman sosial yang lain. Di sebabkan kita semakin leka, kita terlupa meluangkan lebih banyak masa bersama-sama dengan anak-anak dan juga ahli keluarga yang lain.
Betapa kita terlalu asyik dan taksub dengan alatan gajet yang menjarakkan lagi hubungan kekeluargaan yang lain. Segala ciri-ciri tersebut boleh menyebabkan keruntuhan rumahtangga seseorang. Si suami dan isteri sibuk bermain sms dan juga berwechat dan whatshapp bersama dengan sahabat handai masing-masing. Tidak salah menggunakan namun biarlah segala penggunaannya dihadkan pada masa yang tertentu. Ketika berada bersama keluarga dan juga sanak saudara, cubalah hadkan penggunaan telefon, tab, laptop dan juga alatan gajet yang lain. Usahalah habiskan masa yang ada dengan sebaik yang mungkin dan nikmatilah segala kehidupan dengan lebih berhati-hati. Kasih sayang, cinta adalah terlalu amat berharga dan tiada nilainya jika dibandingkan dengan alatan gajet yang dimiliki.
Begitu juga dengan pembesaran anak-anak. Bila kita terlalu terleka dengan gajet yang ada, kita tidak sedar yang anak-anak dah semakin membesar dan sudah semakin jauh daripada jauh daripada kasih dan sayang mereka sebagai ibubapa. Walau apa pun kemudahan yang kita ada janganlah ianya sampai melekakan dan membuatkan kita lupa akan tanggungjawab masing-masing.
Segala peristiwa dan juga kenangan pahit dan manis tidak akan berulang lagi di dalam kehidupan ini. Hargainya dan nikmatilah semuanya sebelum terlambat dan tersedar bahawa apa yang kita ada semakin jauh secara perlahan-lahan.
Coretan Ikhlas Dari Sariah Awang Senik
WISHLIST:
Ingin menjadi penulis yang mempunyai aura yang tersendiri.
Ingin jadi usahawan online dan sekaligus membantu orang lain turut berjaya.
Ingin berkongsi kisah kehidupan.

Tuesday 6 May 2014

PUR Q ACTIVE

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook

P Q ACTIVE, adalah salah satu makanan minda yang berasaskan minda. Ianya berbentuk jelly yang berwarna-warni dan amat menarik perhatian kanak-kanak untuk memakannya.
Di makan 2 kali sehari sebelum makan. Rasanya yang kurang manis, memang membuatkan kanak-kanak tertarik memakannya.

Harga amat menarik iaitu RM 60 untuk 2 botol. Jika ingin mencuba dan untuk dapatkan lebih maklumat bolehlah hubungi saya:
Sariah 019-4075634
Email sariah.awangsenik@gmail.com
Face book Sariah Awang Senik

Ikhlas Dari Sariah Awang Senik.

Monday 5 May 2014

MASA PENENTU KEJAYAAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook

Masa terlalu amat bernilai dan terlampau cepat berlalu. Andai bijak mengatur masa, segala apa yang dirancang berjalan dengan lancar. Jikalau terleka dengan keselesaan yang ada, maka akan berlalulah masa yang ada begitu sahaja.

Untuk mencapai sebuah kejayaan, seseorang haruslah pandai membahagikan masa yang ada dengan sebaik yang mungkin. Setiap masa yang ada haruslah disini dengan aktiviti yang berkait rapat dengan kejayaan yang ingin dicapai. Sesuatu kejayaan itu haruslah juga disertakan dengan doa yang tidak pernah putus dan ianya haruslah diteruskan sebaik yang mungkin.

Walaupun kejayaan yang ingin dikecapi masih terlalu jauh, namun tiada yang mustahil di dunia ini. Jika kejayaan itu telah ditetapkan oleh Allah SWT, tiada satu pun yang dapat menghalangnya. Cepat ataupun lambat, bukanlah faktor utama. Tetapi yang paling penting adalah usaha dan pengurusan masa yang bijak.

Sebagai seorang hamba Allah yang terlalu banyak kekurangan, ada masanya hati bagaikan merasa keliru dengan segala perancangan yang terlalu padat. Nyata menyusun jadual sendiri dirumah adalah salah satu jalan penyelesaian yang paling bijak. Cuba mendisplinkan diri umpama mengikut jadual waktu pada zaman sekolah menengah yang lalu.

Kerana mengejar kejayaan biarlah kejayaan itu lebih bermakna dan tahan lama dan juga kejayaan yang ingin dicapai dapat dikongsi bersama-sama dengan orang lain agar dapat bersama-sama berjaya di dalam bidang yang diceburi nanti.

Nyata sekali pengurusan masa adalah penentu sesebuah kejayaan. Pengurusan masa yang dijadualkan haruslah bersifat kekal agar diri tidak selesa hidup di zon selesa. Biarlah kejayaan yang dicapai dapat dikekalkan dan dapat membantu insan yang lain untuk berjaya, insha Allah.

Perkongsiaan Ikhlas
Sariah Awang Senik

WISHLIST:

- Menjadi seorang penulis yang mempunyai aura tersendiri
- Menjadi usahawan wanita online sendiri
- Berkongsi kisah keperitan kehidupan
- Selesaikan tunggakan dengan.secepat yang boleh.

Friday 2 May 2014

PERSEDIAAN BANGUN SOLAT TAHAJJUD

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber: Facebook Dan Google

Assalamulaikum nampak mudah dan simple, tapi untuk tetap dan memastikan senantiasa setiap amalan itu tetap dilakukan, amatlah sukar sekali. Terpanggil untuk berkongsi sesuatu berdasarkan pengalaman yang dilalui dan semoga perkongsiaan ini dapat membantu rakan-rakan lain, agar lebih konsisten di dalam melakukan sesuatu walaupun hanyalah setakat solat sunat tahajjud.

Berusaha setiap hari menjadi yang terbaik walaupun setiap hari ada sahaja salah dan silap di mana-mana. Dahulu, memang agak sukar mengerjakan solat wajib, kerana selalu dahulukan apa yang difikirkan penting selain solat. Mungkin di masa itu, kurangnya pendedahan dan tidak sedar segala rezeki dan nikmat yang dinikmati datangnya dari Allah SWT. Walau bertapa sibuk segala urusan yang sedang dilakukan, kita haruslah berusaha meluangkan masa yang ada untuk menambahkan segala amalan-amalan kita.

Selain daripada solat 5 waktu, zikir dan mengaji, kita juga digalakkan untuk mengerjakan solat-solat sunat contohnya, solat hajat ataupun solat tahajjud. Bagi yang biasa mengerjakan solat tahajjud tentu tidak menghadapi masalah tetapi bagi yang baru hendak melakukannya pasti melalui pelbagai halangan untuk melakukannya.

Antara persediaan yang harus dilakukan adalah ;
- Berdoa dan mohon kepada Allah SWT ajar segala yang dirancang berjalan dengan lancar.
- Elakkan memakan terlalu lambat contohnya, makan pada pukul 10 malam.
- Cuba untuk tidur awal setiap hari, agak kita mempunyai cukup tenaga untuk melakukan segala ibadah kita.
- Selesai segala kerja dan tanggungjawab kepada keluarga sebaik yang mungkin.
- Terus berdoa kepada Allah, moga kita diberi sepenuh kekuatan mental dan juga fizikal untuk bangun di tengah malam,sekaligus mengerjakan amalan sebaik yang mungkin.

Itu adalah segala perkongsiaan dan juga pengalaman yang saya lalui sebagai persediaan untuk bangun solat tahajjud. Jujur saya akui bukan mudah untuk melakukan segala persediaan semuanya pada peringkat awal.
Setelah mencuba dan berusaha beberapa kali,barulah dapat mendisplinkan diri dan bangun tepat pada waktunya. Insha Allah segala usaha yang berterusan pasti akan membuahkan kejayaan. Moga kita akan terus tabah dan bersedia untuk meningkatkan segala amalan kita.

Perkongsiaan Ikhlas Dari
Sariah Awang Senik

----------------------------------------------------------------------------------------

    PES MEE BANDUNG

Bagi surirumah yang selalu menerima para tetamu tentu selalu menghadapi masalah untuk menyediakan sajian yang cepat dan ringkas tetapi enak.

Dengan adanya pes mee bandung segera ini, segala masakan anda akan menjimatkan lagi masa anda.

- Berat 400gm
- Hidangan sesuai untuk 5-6 orang
- Harga RM12

Jika berminat dan ingin mencuba, bolehlah hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email saya sariah.awangsenik@gmail.com



Thursday 1 May 2014

PROMOSI MAXI DAN JUBAH CANTIK

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Facebook

Di sini ada disediakan koleksi terbaru dari butik kami. Antara koleksi baju serta maxi jubah yang menarik ialah ;

- Floral Outer Jacket with inner maxi jubah dress. Terdapat di dalam pelbagai warna yang menarik.
- Black, Green and Red
-Shoulder 33cm
- Sleeve 55cm
- Bust 74-88cm
- Waist 66-82cm
- Lenght 54cm

Harga tersangat menarik RM49 postage RM6.
Jika berkenaan sila hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun boleh whatshapp ataupun email saya.

Facebook - Sariah Awang Senik
Email - sariah.awangsenik@gmail.com

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...