Wednesday 28 October 2015

SELSEMA, BATUK DAN CUTI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah, hari ini semua urusan berjalan dengan lancar dan jayanya. Walaupun segala rutin harian tidaklah sehebat mana, namun cukup berpuas hati dapat selesaikannya sebaik yang mungkin. Berada di dalam keadaan yang kurang sihat seperti selsema dan juga batuk amat menduga hati supaya lebih bersabar menghadapinya.

Telah hampir beberapa hari selsema dan juga batuk. Entah di mana silapnya, saya pun kurang pasti. Mungkin akibat jerebu ataupun pernah terkena hujan dan tidak mandi selepas itu. Ataupun mungkin ini adalah suatu syarat bahawa daya tahanan tubuh badan makin berkurangan. Apa pun saya tetap berdoa semoga akan cepat sembuh di dalam dua ataupun tiga hari ini. Kebetulan juga hari ini saya bercuti rehat selama sehari. Dan dapatlah berehat sebentar dari tugas dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan.

Berehat di rumah dan melayani karenah adalah saat yang paling membahagiakan diri saya. Selain dapat membuat mereka berdua bahagia dan disayangi saya juga amat senang melayan kucing-kucing kesayangan dan menjaga kucing kesayangan tersebut. Saya mempunyai enam ekor kucing kesayangan termasuklah ibunya sekali. Kucing-kucing ini bagaikan anugerah yang tidak terhingga. Mereka jugalah terapi buat saya untuk melegakan sebarang rasa stress dek bebanan kerja dan segalanya.

Selepas memakan ubat, saya mengambil keputusan untuk berehat seketika untuk memberi peluang kepada daya tahanan tubuh badan bertindak balas. Hampir lewat petang dalam jam kira-kira enam petang barulah saya bangun semula dan menyelesaikan tugas yang lain.

Coretan Selsema Dan Batuk
Sariah Awang Senik

Monday 26 October 2015

PROMOSI NOVEL KALAU DAH JODOH

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamulaikum.
Semoga semua pembaca-pembaca blog berada di dalam keadaan yang sihat dan Allah akan permudahkan urusan anda semua.
Bagj mereka yang peminat tegar novel bahasa Melayu, saya memperkenalkan seorang penulis novel yang sangat berbakat dan mempunyai masa depan yang cerah. Penulis novel tersebut ialah Elee Mardiana yang kini telah berjaya menulis sebuah novel yang bertajuk  KALAU DAH JODOH.

Akibat daripada terpaksa menanggung pelbagai masalah di dalam kehidupanya, beliau kini sedang berusaha bangkit dan juga membina sebuah kehidupan yang lebih baik. Beliau berjaya juga menulis dan menerbitkan buku novel ini dengan jayanya.

Harga novel Kalau Dah Jodoh
RM 17 ( SM
RM 27  ( SS )

Atau RM 20 ( SM)
RM 27   ( SS )
Bagi kos penghantaran pos laju.
No akaun 158396028622

Ada yang berminat bolehlah hubungi penulis novel ini ataupun boleh call saya 019-4975634.

PROMOSI EBOOK OKTOBER BAKAL BERAKHIR

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Akademi Bekerja Dari Rumah
http://sariahawangsenik. blogspot.com

Promosi ebook dari AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH, bakal berakhir tidak lama lagi dan akan kembali kepada harga asal.
Dengan hanya membayar RM 100 anda akan mendapat 5 buah ebook.
Antara ebook-ebook yang anda bakal bawa pulang ialah :
@@@ Ebook SuperWahm/ Super Mom
@@@ Ebook  Yeay Mama Sudah Resign
@@@ Ebook Belajar Asas Blog
@@@ Ebook 101 Idea Home Based Busines.
@@@ Ebook Panduan Mula Bisnes Butik.

Jika ada yang ingin dapatkan 5 buah ebook ini dengan harga yang istimewa, bolehlah hubungi saya Sariah Awang Senik 019-4075634 atau email sariah.awangsenik@gmail.com

Coretan Produk
Sariah Awang Senik

Sunday 25 October 2015

HARI PEPERIKSAAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Jam berbunyi tepat pukul 5 pagi. Alhamdulilah hari ini keadaan berjerebu makin berkurangan. Kalau nak ikutkan hati berasa sangat risau, kerana sekolah terpaksa ditutup angkara keadaan jerebu yang melanda di daerah saya ini beberapa hari yang lalu. Jadual peperiksaan pun terpaksa ditunda dan tidak dapat berjalan seperti biasa. Walaupun sekolah telah ditutup selama beberapa hari, sebagai ibu saya senantiasa menasihati anak-anak supaya tidak terlalu berasa gembria dengan cuti tersebut. Ada banyak perkara yang terpaksa di tunda dan telahpun banyak pihak yang lain.

Selama beberapa hari sekolah cuti, anak-anak sibuk mengulangkaji pelajaran dan menyemak apa yang patut sebagai persiapan di saat akhir. Adakalanya saya sangat risau jika mereka berdua tidak membuat persiapan yang secukupnya untuk menghadapi peperiksaan. Apa pun selain dari nasihat, saya tetap berdoa kepada Allah semoga hati dan perasaan mereka berada di dalam keadaan yang tenang dan mampu menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik dan betul.

Hari ini juga saya menjalankan rutin harian dengan menjalankan ibadah berpuasa sunat hari Isnin dan juga Khamis. Semua ini saya anggap sebagai amalan yang baik, yang dapat merehatkan sistem tubuh badan sendiri daripada pelbagai jenis penyakit.

Nampaknya hari sudah pun beransur tengahari dan saya baru sahaja selesai memasak juadah untuk tengahari buat santapan kedua anak tersayang. Selain daripada itu saya berdoa semoga anak-anak tersayang mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan mereka nanti.

Coretan Peperiksaan
Sariah Awang Senik

Friday 23 October 2015

MENGULANGKAJI PELAJARAN ALAF BARU

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah, hari ini anak-anak berada dan berehat sahaja dirumah. Keadaan jerebu masih lagi berterusan, walaupun semalam hujan turun membasahi bumi di daerah ini. Hampir seminggu juga anak-anak bercuti disebabkan jerebu yang teruk melanda hinggakan keadaan langit berwarna agak ke kuning-kuningan.

Itulah akibatnya jika manusia begitu rakus melakukan apa sahaja demi untuk mengejar kemewahan dan juga kemodenan. Sempena dengan keadaan yang masih lagi berjerebu diluar, saya perhatikan anak-anak sibuk bermain gajet dan langsung tidak memperdulikan apa yang sedang saya katakan ketika itu. Mulanya itu memang nak marah, namun lama-kelamaan anak dara tersayang memberitahu saya, bahawa dia sedang mengulangkaji pelajaran menerusi laman sosial whatshapp bersama guru Matematik dan juga Bahasa Inggerisnya di sekolah. Dalam hati saya berada kagum dengan daya kreatif guru yang berusaha menarik minat anak-anak muridnya mengulangkaji pelajaran dengan menggunakan aplikasi yang popular itu.

Beruntungnya anak-anak zaman sekarang mempunyai banyak alat bantuan belajar jika dibandingkan dengan zaman saya belajar waktu persekolahan dahulu. Selain dari matapelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris, anak saya juga telahpun mengulangkaji mata pelajaran Agama Islam bersama ustaznya di sekolah. Syukur juga kepada Allah, anak-anak tidak perlu keluar rumah dan terdedah kepada keadaan bahaya jerebu di luar rumah. Rasanya ramai lagi guru-guru yang sangat kreatif di dalam mengajar dan berusaha apa sahaja menarik minat anak-anak murid belajar tanpa mereka mudah berasa bosan apabila setiap kali berada dan menghabiskan masa santai di rumah.

Ini secara tidak langsung mengurangkan minat anak-anak yang suka bermain.game dirumah. Anak dara tersayang terpaksa membaca semula apa yang telah dipelajarinya kerana kelas tuisyennya telah pun habis belajar di sekolah. Mujur gurunya mempunyai pendekatan yang lain untuk mengalihkan minat anak muridnya yang suka bermain game. Apa pun sebagai seorang ibu itu bukanlah alasan untuk membiarkan anak-anak bersendirian melakukan sesuatu aktiviti di rumah.

Apa sahaja aktiviti di laman-laman sosial seperti Facebook, Wechat dan juga Whatshapp haruslah dipantau sebaik yang mungkin bagi menggelakkan anak-anak terdedah kepada gejala sosial ciber yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Selain dari anak-anak suka menghabiskan waktu membaca, mereka juga gemar membaca novel ataupun komik secara online. Saya hanya dapat memantau dan memberikan mereka nasihat agar tidak membuat sesuatu kejahatan. Nasihat demi nasihat tidak pernah saya jemu melakukannya demi anak-anak tersayang. Pernah juga anak dara tersayang memberitahu bahawa selepas peperiksaan nanti, dia ingin membeli seberapa banyak novel untuk koleksi peribadinya.

Saya tahu, dia sangat minat membaca novel pilihan yang ditulis oleh penulis novel remaja terkenal iaitu Ain Maisarah. Apa pun setiap kali pergi ke pekan juga, dia tidak pernah lupa untuk singgah ke kedai buku pilihan yang selalu memberi maklumat terkini tentang apa buku yang terbaru dari penulis novel pilihannya.

Hari sudah pun beransur petang dan saya perlu bersiap sedia untuk tugasan dan juga tanggungjawab yang telah diamanahkan selama ini.
Semoga kita bertemu lagi di entri yang lain lagi kelak.

Coretan Alaf Baru
Sariah Awang Senik

Tuesday 20 October 2015

JEREBU OH JEREBU

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamulaikum. Alhamdulilah. Allah sedang menguji kita sekarang. Saat alam semesta indah dan mengasyikkan kita selalu lupa untuk menghargainya.  Langit yang sedang membiru dan dihiasi burung yang berkicauan di sana dan sini. Pemandangan itu tidak dapat lagi kita nikmati sekarang.

Walaupun hujan turun beberapa yang lepas, namun ianya masih tidak dapat mengurangkan masalah jerebu yang melanda di negara kita ini. Sekarang kebanyakan daerah telah mencapai ipu yang sangat merbahaya. Contohnya seperti Shah Alam yang bacaan ipunya adalah sebanyak 300. Kebanyakan sekolah terpaksa ditutup. Kanak-kanak dan juga orang dewasa yang tidak digalakkan menjalankan aktiviti diluar rumah. Kita digalakkan untuk memakai topeng ketika berada diluar rumah. Selain daripada itu, minumlah banyak air suam. Dan jika mengalami masalah kesihatan ataupun sesak nafas, anda digalakkan untuk mendapatkan rawatan secepat yang mungkin di hospital ataupun klinik yang berhampiran.

Ketika saya di dalam perjalanan ke tempat kerja pada petang tadi, saya dapat merasai mata teramat pedih. Tetapi saya masih lagi dapat bertahan hinggalah sampai ke tempat kerja. Apa pun usahlah kita merasa terlalu seronok dengan keadaan sedemikian. Bagi anak-anak yang sedang bersekolah dan terpaksa bercuti, usahlah berasa terlalu seronok dengan keadaan jerebu yang makin berlarutan ini.

Apabila bumi terlalu banyak menanggung dosa hamba-hambanya, maka alam semesta ini akan memberi amaran kepada sekalian manusia yang berada di bumi ini. Semua ini berlaku adalah kesan daripada sikap manusia yang terlalu tamak tanpa menghiraukan akan akibatnya kelak. Nyata kita hanya mampu berdoa dan memohon kembali kepada Allah akan masalah jerebu ini akan bertambah pulih dan sekaligus sekali rutin harian dapat dijalankan seperti biasa.

Ketika sedang menulis entri ini, suasan malam seakan terlalu gelap dan tidak bermaya. Selalunya waktu malam begini saya dapat melihat pelbagai bintang bertaburan menghiasi langit, tetapi malam ini pemandangan itu tidak wujud seperti selalu. Kepada Allah yang maha kuasa dan mengetahui, saya berdoa semoga masalah jerebu akan makin berkurangan esok dan juga hari-hari yang seterusny.
Oh jerebu, pergilah kau jauh-jauh dari alam semesta ini. Lenyaplah kau terus dari kamus sekalian kehidupan makhluk di bumi ini.

Coretan Jerebu
Sariah Awang Senik

Sunday 18 October 2015

RINDU TERUBAT

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamulaikum.
Alhamdulilah, akhirnya terubat juga rindu kepada orangtua tersayang. Hampir dua minggu bekerja tanpa rehat. Ini kerana terpaksa memberi laluan kepada rakan sekerja yang sedang berada di hospital pada masa tersebut. Bidang pekerjaan ini tidaklah sesusah mana, namun setiap pekerjaan ada cabaran yang tersendiri.

Bercuti dari hari Jumaat hinggalah hari Ahad sangat melegakan hati ini. Hati memang tidak sabar-sabar hendak pulang ke kampung. Saya memberitahu ayah untuk pulang pada hari Jumaat yang lepas. Beberapa kali ayah asyik menelofon bertanya jadual perjalanan bas dan juga saya masih berada dimana.
Kali ini saya hanya balik ke kampung dengan hanya menaiki bas dan perjalanan adalah sangat selesa.

Walaupun cuti hanya sekejap, tetapi saya sangat berpuas hati kerana dapat berjumpa dan menatap wajah insan-insan yang sangat saya sayangi dan rindui selalu. Rumah ayah terletak diatas bukit dan itu memberikan saya ruang unthk saya merehatkan minda dengan secukupnya.

Alhamdulilah ayah dan juga mak cik saya semuanya berada di dalam keadaan yang sihat dan walafiat. Sakit ayah juga dah semakin berkurangan dan kini ayah aktif menjalankan segala aktivitinya seperti biasa.  Ayah memang seorang yang tidak pandai duduk diam walaupun di dalam keadaan yang kurang sihat. Dia juga seorang yang sangat kreatif dan pandai membuat sesuatu kraftangan.

Saya sempat bercerita serba sedikit kepada ayah tentang minat saya di dalam bidang penulisan. Banyak perkara yang ingin saya kongsikan bersama ayah tersayang. Syukur nampaknya dia memberi sokongan dan cuba memahami setiap apa yang saya usaha lakukan untuk memberi manfaat bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga orang lain disekeliling saya.

Saya menaiki bas dari kampung di dalam pukul 1 tengahari. Dan dalam pukul 4 petang saya telah pun selamat sampai di hentian pekeliling di Kuala Lumpur. Sepanjang perjalanan saya dan anak dara tersayang hanya tidur dan langsung tidak sempat untuk melihat pemandangan diluar bas.

Apa pun saya sangat berpuas hati dan lega kerana dapat melepaskan segala kerinduan saya kepada orangtua tersayang. Insha Allah pada penghujung tahun ini saya bercadang untuk pulang lagi bercuti di kampung halaman tersayang saya itu iaitu Kuala Lipis Pahang.

Coretan Kerinduan
Sariah Awang Senik

BUKU ILIMIAH

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Dropship Buku Ilimiah
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Buku istimewa dari Adam Corie.
Berkisar tentang penghijrahan beliau.
Kini dibuka untuk preorder.
Harga RM 28 termasuk postage.
Buku ini bertajuk Ada Iman, Baru Syok Ada Fight.

Jika berminat untuk mendapatkan buku ini, bolehlah hubungi saya Sariah Awang Senik 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Wednesday 14 October 2015

PROMOSI EBOOK OKTOBER

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Akademi Bekerja Dari Rumah
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Promosi ebook dari Akademi Bekerja Dari Rumah. Dapatkan semua ebook ini pada harga yang sangat menarik. Semua perkongsian yang ditulis di dalam ebook ini adalah pengalaman sebenar jemaah-jemaah ABDR yang telah pun berjaya bekerja dari rumah dan meraih pendapatan sendiri tanpa perlu keluar daripada rumah.

Harga bagi 5 buah ebook ini ialah RM 100. Jika ada yang berkenaan untuk dapatkan ebook ini, boleh hubungi saya seperti dibawah.
Sariah Awang Senik
Whatshapp/Sms 019-4075634
Email sariah.awangsenik@gmail.com

SALAM MAAL HIJRAH 1437H

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Daripada Abdullah Bin Amru r.a. katanya,
Seorang lelaki menghadap Rasulullah lalu berkata, " Aku mengikat janji dengan engkau untuk turut serta berhijrah dan berjuang ( jihad) untuk menuntut ganjaran pahala daripada Allah.
" Rasulullah bertanya, " Adakah salah seorang orang tuamu masih hidup?"
Jawabnya, " Ya, bahkan kedua-duanya masih hidup." Rasulullah bertanya lagi
" Engkau mahukah menuntut pahala daripada Allah?" Jawabnya, " Ya."
Kata Rasulullah, " Pulanglah kepada kedua-dua ibu bapamu dan berbuat baiklah kepada kedua-duanya."
( H.R. Bukhairi dan Muslim)

Salam Maal Hijrah buat semua rakan-rakan dan juga pembaca blog yang sudi singgah sebentar membaca entri saya pada kali ini. Alhamdulilah juga awal pagi ini saya masih lagi dapat bangun dan menjalani kehidupan seperti biasa.

Hujan lebat yang turun menyembah bumi di daerah saya pada petang semalam, rupanya telah membasuh bersih segala sisa-sisa jerebu yang telah melanda di daerah kesayangan sejak beberapa minggu yang lepas. Sepanjang perjalanan semasa menghantar anak dara tersayang ke sekolah saya sempat melihat pemandangan yang serba indah dengan dihiasi bunyi burung-burung yang berkicauan yang mana sibuk meninggalkan sarang masing-masing untuk keluar mencari serba sedikit rezeki untuk anak-anaknya nanti.

Begitu jugalah hal yang sama berlaku di sekeliling saya. Bertemu jiran tetangga, singgah sebentar membeli sedikit kuih buat sarapan pada pagi ini. Berbual seketika dengan makcik dan pakcik yang sangat ramah dan mesra. Bertanya khabar sesama sendiri dan saling mengambil berat akan satu sama yang lain. Hidup berjiran dengan pelbagai bangsa dan agama. Namun masih kekal  mengamalkan sikap mengambil berat di antara sesama sendiri.

Itulah indahnya kehidupan ini. Tidak perlu terlalu kaya dan ada kedudukan untuk saling mengambil berat dan membahagiakan orang lain. Walaupun hanya sekadar berbalas senyuman tetapi cukup melegakan hati saat dilanda satu kesusahan. Tahun demi tahun silih berganti. Maka sikap diri harus bertambah baik dan tidak lagi bersikap negatif.

Sempena awal bulan Muharram ini, marilah tinggalkan semua perasaan negatif dan terapkan nilai-nilai positif di dalam diri masing-masing. Tidak perlu terlalu bersedih, jika punyai kehidupan yang tidak seindah mana. Jangan lupa kita masih punya anak-anak yang perlu didikan yang sebaik mungkin, keluarga dan semua rakan-rakan yang tetap setia bersama-sama mengharungi kehidupan seharian. Cabaran dan masalah tetap akan ada dan wujud di setiap penjuru kehidupan ini. Itulah indahnya kehidupan ini. Dihiasi dengan warna-warninya yang tersendiri.

Saat dilanda kegagalan, kekecewaan saat itulah kita akan mendapat pengajaran dan belajar daripadanya. Dan juga menjadi semakin matang dari semasa ke semasa. Belajarlah menghadapi semua permasalahan dan berusaha mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa terlalu asyik membuang masa memikirkan segala permasalahan tersebut.

Buat semua rakan-rakan yang sangat dihormati, Salam Maal Hijrah buat semua, dan semoga apa yang kalian rancangkan akan berjalan dengan lancar sebaik yang mungkin.

Coretan Maal Hijrah
Sariah Awang Senik

Tuesday 6 October 2015

MENGAPA KITA MALAS

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamulaikum.
Alhamdulilah di daerah ini tidak lagi berjerebu. Masih dapat lihat kembali langit yang cerah dan hati sangat rindu akan semua pemandangan tersebut. Semoga ianya tetap kekal dan tidak dicemari lagi.

Anak-anak tersayang semua sudah ke sekolah. Saya seperti biasa sibuk menjalankan segala urusan rumahtangga. Hari ini saya tidak dapat bercuti, kerana rakan sekerja sedang sakit dan terpaksa ditahan di wad. Semoga dia cepat sembuh dan dapat kembali bertugas seperti biasa.

Pada pagi tadi saya sempat menonton suatu video ringkas ataupun tips pantas yang telah dirakam secara spontan oleh jutawan muda internet iaitu Irfan Khairi.
Sangat tertarik dengan apa yang diperkatakan tentang sifat MALAS ataupun Mengapa Kita Malas.
Antara yang sempat saya kongsikan di entri ini ialah ada 3 sebab paling utama dan biasa kita lihat dan juga mungkin pernah alaminya dahulu ataupun sekarang. Sebab tersebut ialah :
1) Tiada matlamat.
Kita melakukan sesuatu perkara tanpa sebarang matlamat. Suatu perkerjaan yang kita lakukan tanpa ingin mencapai tahap yang tertentu ataupun paling tinggi. Katakan jika kita sedang bekerja, kita hanya ingin bekerja dan mendapat gaji sahaja tanpa perlu melihat lebih jauh disebalik pekerjaan yang kita sedang lakukan. Walaupun bekerja sebagai pembantu kedai dan menjaga perniagaan orang lain, kita tidak mahu belajar tentang selok belok bagaimana majikan kita belajar untuk mempertahankan perniagaannya sebegitu lama. Kita harus belajar cara menguruskan perniagaan, belajar akaun, stok barang dan juga cara-cara mengendalikan para pelanggan. Itulah yang harus kita belajar supaya suatu hari nanti dapat mempunyai perniagaan sendiri.
Sebab yang kedua adalah :
2) Tiada desakan daripada orang lain.
Jika kita sedang membuat apa yang kita lakukan, kita harus berkawan dan bercampur gaul dengan rakan-rakan yang membuat perkara yang sama dengan kita. Maksudnya punyai rakan-rakan yang senantiasa berfikir secara positif tentang sesuatu perkara dan berusahalah jauhkan diri dari mereka yang negatif. Kerana mereka yang negatif akan selalu bercakap dan berfikir tentang perkara-perkara yang langsung tidak mendatangkan kebaikan bukan sahaja pada diri tetapi juga orang lain.
Selain daripada itu, sebab yang terakhir pula ialah :
3) Terlalu berasa selesa.
Kita merasakan kehidupan yang kita lalui terlalu selesa dan tidak mahu berusaha lebih membuat sesuatu perkara. Selesa dengan gaji yang kita nikmati tiap bulan, punyai segala kemudahan seperti kereta ataupun rumah. Semua ini akan menyebabkan kita rasa terlalu selesa dan akan cepat membuatkan kita jadi malas untuk berbuat sesuatu yang luar biasa.

Jadi sebagai seorang yang dewasa yang dikurniakan oleh Allah akal dan pemikiran yang baik, untuk hindarkan kita menjadi malas, kita harus elakkan 3 sebab diatas. Tetapkan matlamat, berkawan dengan rakan-rakan yang positif dan berjaya. Semangat dan aura rakan-rakan tersebut secara tidak langsung akan mempengaruhi segala perjalanan dan juga tindakan yang bakal kita lakukan.

Jangan rasa diri terlalu selesa dengan apa yang kita ada. Apa sahaja bakal berlaku di dalam kehidupan harian kita tanpa kita sedari. Jadi pastikan kehidupan hari ini lebih baik daripada semalam dan janganlah tergolong di dalam kalangan mereka yang gagal. Gagal bermakna kehidupan hari ini lebih teruk daripada semalam.

Semoga perkongsiaan ini dapat memberi manfaat dan juga pengajaran kepada semua rakan-rakan yang singgah membaca entri saya pada hari ini. Insha Allah.

Coretan Malas
Sariah Awang Senik

Monday 5 October 2015

PROMOSI EBOOK OKTOBER

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamulaikum.
Alhamdulilah syukur nikmat yang Allah berikan selama ini. Suasana di negara kita masih lagi berjerebu. Namun itu bukanlah alasan untuk kita menghentikan segala keadaan harian kita.

Kita masih lagi berkemampuan menjalankan aktiviti tanpa perlu keluar dari rumah. Di samping sibuk menguruskan segala hal ehwal rumahtangga, segala aktiviti sampingan juga boleh dilakukan bersama anak-anak tersayang.

Kini promosi ebook dari AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH datang lagi dengan tawaran yang sangat hebat dan juga menarik. Anda berpeluang memiliki dan juga membaca ebook ini tanpa mengeluarkan modal yang banyak. Tapi perlu ingat ini semua adalah ebook secara digital dan bukan buku fizikal.
Dengan membayar sebanyak RM 100 anda akan memiliki ebook-ebook yang sangat menarik dari ABDR.

Sebanyak 5 buah ebook yang ditawarkan dengan harga yang sangat istimewa.
Ebook-ebook tersebut ialah :
@@@ Ebook Super WAHM/MOM
@@@  Ebook Yeay Mama Sudah Resign
@@@ Ebook  Belajar Asas Blog
@@@ Ebook 101 Idea Home Based Busines
@@@ Ebook Panduan Mula Busines Butik.

Anda ingin membeli dan mendapatkannya, bolehlah hubungi saya Sariah Awang Senik  019-4075634 ataupun  email sariah.awangsenik@gmail.com

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Sunday 4 October 2015

JEREBU DAN AKTIVITI HARIAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamulaikum.
Alhamdulilah saya masih lagi berpeluang bernafas dan menjalankan segala aktiviti seperti biasa. Itulah nikmat tidak ternilai yang sering kita lekakan selama ini. Keadaan diluar rumah masih lagi berjerebu. Pemandangan langit dan juga bukit-bukau langsung tidak kelihatan. Hari ini anak-anak tersayang bercuti akibat jerebu selama 2 hari. Bermakna hari ini dan juga esok. Masing-masing bangun agak lewat. Namun itu bukan alasannya untuk mereka berdua membuang masa tanpa sebarang aktiviti.

Anak yang lelaki sedang pergi ke kedai kerana hendak membeli beberapa barang keperluan. Saya pula sibuk menjalankan beberapa urusan yang lain di rumah. Hari ini sihuk berurusan dengan jabatan kerajaan. Bukan mudah juga hendak mendapatkan mereka semua dengan keadaan talian yang selalu sibuk. Berurusan dengan Mahkamah Syariah, Pusat Zakat dan juga Lembaga Hartanah kerajaan Selangor. Semuanya bukan mudah, namun syukur urusan dipermudahkan oleh Allah yang maha esa. Sebenarnya ada beberapa lagi tugasan yang lain yang harus dikemaskinikan.

Menulis entri di blog ini juga adalah salah satu tugasan yang harus saya selesaikan hampir setiap hari. Tetapi adakalanya saya terleka untuk menulisnya dan juga menerbitkannya sekaligus. Bekerja sebagai seorang pembantu kedai juga terpaksa melalui banyak cabaran. Bagi saya apa pun bidang pekerjaan, pasti akan melalui dugaan yang tersendiri.

Setiap hari saya ke tempat kerja dengan.hanya berjalan kaki. Dan terpaksa menempuh suasana jerebu yang sesak dan adakalanya memedihkan mata. Namun demi tugas dan juga tanggungjawab yang telah diamanahkan saya bersyukur dapat melaluinya sebaik yang mungkin.

Kini saya sedang merangka satu entri tentang pengilbatan saya di beberapa majalah. Walaupun tidak sehebat mana, saya tetap bersyukur kerana ada juga pihak-pihak media yang bergerak aktif di kumpulan sokongan yang sangat dihormati iaitu AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH. Nama pun bekerja dari rumah. Jadi hampir seratus peratus aktiviti adalah secara online.

Dah hampir tengahari. Jejari saya masih lagi ingin menari-nari menaip sesuatu. Perut pula sedang rancak berbunyi. Lupa hari ini saya sedang berpuasa sunat. Anak-anak masih sibuk bertanyakan apa juadah untuk tengahari nanti. Untuk itu, saya terpaksa berhenti di sini dahulu. Nanti akan saya kongsikan entri tentang penglibatan saya di beberapa majalah beberapa bulan yang lepas. Insha Allah. Doakan semoga semua urusan dipermudahkan.

Coretan Berjerebu
Sariah Awang Senik

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...