Friday 21 July 2017

MENJELANGNYA PEPERIKSAAN UPSR

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
Http://sariahawangsenik.blogspot.com

Rasanya cepat sangat masa berlalu. Anak dara tersayang pun dah berumur 12 tahun. Dulu masa kecil, anak dara ini memang anak yang tidak cerewet. Nama anak dara saya yang seorang ini ialah Nur Damia Rifqah Bin Ahmad Roslan.

Saya panggil dia Damia ataupun Mia. 
Masa nak bersalinkan dia dulu, saya dah terlewat beberapa hari.
Memang tahu dah lewat tapi yang peliknya langsung tidak rasa sakit nak bersalin.

Itulah sebabnya saya terpaksa pergi ke hospital Selayang untuk rujuk kes saya disana. Bila sampai disana, faham-faham jelah apa yang doktor buat.
Dipaksa bersalinlah apa lagi. Sakit rasa terpaksa bersalin ini, lain sikit dari bersalin biasa.

Jujur saya lebih suka bersalin biasa macam arwah kakaknya dan juga abangnya. Tapi dah tidak rezeki nak bersalin cara macam itu. Sejak dari kecil, dia memang tidak banyak ragam. Bila dah besar ini, lain pulak ceritanya.

Hobi dia yang paling utama adalah membaca dan juga suka tengok cerita Running Man dan drama Korea. Kadang bila dia bercerita tentang semua kisah Korea itu, saya sendiri pun susah nak faham.

Apa pun tidak lama lagi , iaitu minggu depan dia bakal menduduki peperiksaan percubaan UPSR. Dalam hati saya sebagai seorang ibu, bohong sangatlah kalau langsung tidak risau akan dirinya. Bila tengok setiap hari dia siapkan kerja sekolah pagi dan petang, rasa tidak sampai hati untuk terlalu menekan diri dia.

Nanti jadi lebih teruk pulak. Biarlah dia rasa releks dan dapat lepaskan segala rasa stress itu dengan lakukan perkara-perkara yang lebih bermanfaat. Semoga dia dapat lakukan yang terbaik dan lancar segala urusannya semasa hadapi peperiksaan percubaan UPSR nanti.

Mohon doa semua kepada sesiapa yang sudi baca entri ini ya.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik



Thursday 20 July 2017

MENULIS SATU TERAPI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
Http://sariahawangsenik.blogspot.com

Rasa macam dah lama sangat tidak menulis ini. Terasa pulak yang traffic pembaca yang singgah baca blog Travelog kehidupan ini makin kurang. Apa pun semuanya adalah salah sendiri.
Kalau konsisten menulis dengan entri-entri yang baru pasti ramai yang akan singgah membaca blog ini.

Jujurnya saya ini sedang berusaha untuk menulis dengan lebih santai lagi. Tidaklah terlalu skema sangat. Nanti bosan pulak orang yang membaca entri ini.

Bila tiap kali nak menulis ini, saya mesti bayangkan seolah-olah bercakap dengan seseorang. Kalau tidak saya masih terikut-ikut​ cara menulis karangan masa nak SPM dulu.

Masa sekolah subjek Bahasa Melayu dan Sastera adalah 2 subjek yang paling saya minat. Tiap kali buat karangan je, pasti ayat-ayat lebih dari beberapa patah perkataan yang telah ditetapkan. Kadang saya rasa menyesal juga sebab tidak belajar betul-betul dalam bidang penulisan ini.

Dulu , diari saya adalah rakan yang paling rapat sekali. Sebab bila setiap kali ada masalah je, semua rasa marah, benci dan sebagainya, saya luahkan dalam bentuk penulisan.

Jadi semua rasa marah, sedih dan sebagainya itu tidaklah terkena pada kepada orang lain. Yang paling kelakarnya, bila rasa sedih itu, penuh 2 atau 3 mukasurat dalam diari itu. Bila tidak ada idea, pendek-pendek je tulis. Memang menulis berikan saya satu kepuasan. Susah nak cakap, kepuasan iti macam mana.

Masa sedang tulis entri ini pun saya sedang sibuk bekerja. Tapi usaha curi-curi masa tulis entri ini. Ada masanya saya tulis dan simpan dulu. Kemudian bila ada masa je, barulah saya publishkan.

Itulah cara saya gunakan penulisan sebagai satu terapi nak hilangkan stress. Bila tulis itu sedaya upaya janganlah tulis benda-benda yang negatif. Usahakan untuk tulis hanya yang positif saja.

Dan tidak mustahil juga dari minat menulis juga boleh juga menambah pendapatan sampingan.



Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Monday 17 July 2017

TUHAN, JAGAKAN INSAN-INSAN TERSAYANG INI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
Http://sariahawangsenik.blogsot.com


Inilah wajah-wajah kesayangan yang senantiasa memberikan kekuatan kepada saya untuk mengharungi seluruh kehidupan ini. Percaya dan yakin bahawa setiap apa yang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri. Abah, mak cik dan juga adik yang paling bongsu sekali.

Tidak lama lagi abah, mak cik dan adik bakal berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadat haji pada 28 haribulan 7 ini. Syukur setelah hampir 5 atau 6 tahun penantian, akhiratnya cita-cita abah dan makcik termakbul jua.

Sebak rasa mengenangkan segala susah payah abah membesarkan kami adik-beradik sejak arwah emak meninggal akibat penyakit kanser Payudara. Waktu itu, abah menguruskan segala urusan rumahtangga dan menjaga arwah emak sebaik dan semampu yang boleh. Walau banyak kekurangan dan tidak selengkap arwah emak, namun abah telah melakukan yang terbaik buat kami adik-beradik.

Abah banyak berusaha dan juga hidup berdikari . Segala kemahiran abah, abah gunakan untuk mencari pendapatan sampingan. Kebetulan kemahiran abah dalam bidang pertukangan rumah dan juga melakukan aktiviti pertukangan seperti membuat almari, tempat kasut, kabinet dapur dan pelbagai hasil dari seni pertukangan.

Boleh katakan semua hasil pertukangan abah ada dirumah. Dia seorang yang tidak suka membuang masa , kemas dan juga pandai memasak. 

Apa pun saya dan adik-beradik yang lain berdoa semoga segala urusan abah, makcik dan adik berjalan dengan lancar. Semoga segala ibadah abah, makcik dan adik diterima Allah dan tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku.

Ya, Allah, kau lindungilah insan-insan tersayang ini . Rahmatilah mereka dengan sepenuh kasih sayangMu , Ya Allah. Terimalah segala amal ibadah mereka dan kurniakan mereka haji yang mabrur.

Terharu dan rasa teruja. 
Tidak pernah dengan abah sebegini lama.
Semoga selamat sampai ke tanah suci Mekah dan kembali semula ke pangkuan kami adik-beradik.

Mohon DOA dari sahabat yang singgah membaca blog ini agar semua urusan dan perjalanan abah, makcik dan juga adik dipermudahkan sebaik yang mungkin.
Aamiin.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

RINDU SEORANG IBU

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
Http://sariahawangsenik.blogspot.com

Semakin hari, makin cepat masa berlalu. Hari itu si anak bujang tersayang sudah melanjutkan pelajarannya di Politeknik Kuantan. Yang tinggal hanyalah si anak dara yang selalu tidak sependapat. Apa pun sejak abangnya tidak ada ini, dia makin pandai hidup berdikari dan belajar segala urusan rumahtangga.

Sejak abangnya tidak ada ini, saya kerapkali juga menghabiskan masa bersama. Yalah, tidak lama lagi si anak dara akan menduduki peperiksaan UPSR dan insha Allah ada rezeki, pasti dia nak melanjutkan pelajarannya di sekolah berasrama penuh. Sebagai seorang ibu, saya senantiasa mendoakan yang terbaik buat kedua anak tercinta.

Kata orang naluri seorang ibu itu sangat kuat. Apa saja yang berlaku kepada anak-anaknya, hati seorang ibu itu dapat merasai hal yang sama juga. 

Dengan keadaan saya sebagai seorang ibu sekaligus seorang ayah, terlalu banyak perkara yang perlu saya selesaikan seberapa segera. Bila dah sibuk itu, ada masanya saya terlepas pandang juga. Memandangkan anak dara tersayang bakal menduduki peperiksaan percubaan UPSR pada 24 bulan Julai ini, saya tidaklah mendesak dia untuk tidak terlalu stress.

Saya mencuba sedaya-upaya untuk membuat dia tenang dan dapat belajar dalam keadaan yang aman. Kalau nak tahu setiap hari dan masa saya usaha luangkan masa yang ada untuk bertanya khabar tentang anak dara dan juga abangnya yang sedang belajar di Kuantan.

Alhamdulilah. Abangnya sihat seadanya dan berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam pelajaran dan juga agama. Solat dan mengaji juga sedekah tidak pernah lupa untuk selalu ingatkan anak-anak tersayang.

Begitu juga dengan hal kepada si anak dara tersayang. Saya doakan agar kedua anak tersayang bukan saja cemerlang di dunia malah diakhirat jua nanti. 
Insha Allah.
Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Saturday 15 July 2017

CEPATNYA MASA BERLALU

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
Http://sariahawangsenik.blogspot.com


Cepatnya masa berlalu. Sekarang pun dah nak masuk pertengahan bulan 7. Dan tidak lama lagi anak dara tersayang bakal menduduki peperiksaan percubaan UPSRnya. Kalau tahun saya sibuk dengan abangnya yang menduduki peperiksaan SPM . Kini tibalah pula giliran si adiknya pula.

Sekarang anak bujang tersayang telah pun melanjutkan pelajarannya di Politeknik Kuantan di Semambu Kuantan. Alhamdulilah. Syukur seadanya, saya telah berusaha yang terbaik buat kedua anak-anak tersayang. 

Apa pun bukan mudah apabila menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu dan juga ayah ini. Bukan mengeluh, malah bersyukur kerana Allah telah memilih saya dalam mengharungi dugaan ini.

Kini hampir bertahun lamanya saya cub membina kembali segala impian yang berkecai satu masa dahulu. Ada hikmah semua ini terjadi. Mengajar saya untuk lebih berdikari dan berusaha lebih gigih lagi dalam membina kehidupan yang bukan saja untuk dunia malah yang pasti akhirat kelak.

Saya berdoa juga semoga kedua anak tersayang berjaya dunia dan akhirat. Semoga dengan sedikit perkongsian tentang pengalaman kehidupan ini akan dapat memberikan pengajaran buat semua pembaca blog yang sudi singgah membaca entri yang tidak seberapa ini.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Tuesday 4 July 2017

MEMBULI DAN DIBULI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Rasa ngeri pula, bila dengar macam-macam kes tentang buli. Dan yang jadi makin serius bila perlakuan ini telah menyebabkan kematian. Paling menyedihkan ianya berlaku disalah sebuah pusat pengajian tinggi. Sepatutnya kes buli seperti ini tidak berlaku lagi dimasa hadapan.

Banyak cerita yang tidak sepatutnya tentang kes buli ini. Mengapa dan sebab dan sebagainya , harus diteliti secara lebih terperinci. Semua yang berlaku mungkin ada hikmahnya. Sebagai salah seorang ahli dalam sesuatu masyarakat menyalahkan mana-mana pihak , menunding jari dan menghukum bukanlah salah satu langkah yang paling bijak.

Semalam sempat mendengar tentang isu ini yang dibincangkan secara terbuka dalam rancangan Malaysia Hari Ini di TV3. Seorang penceramah terkenal, iaitu Profesor Datuk Muhya ada pandangannya yang tersendiri. Kemungkinan besar, anak-anak yang jadi pembuli ini, dia kurang mendapat perhatian kasih sayang yang secukupnya. 

Bukanlah nak salahkan semua ibubapa seratus-peratus​ tapi dek terlalu sibuk untuk menambah pendapatan keluarga, adakalanya kita terlepas pandang tentang beberapa perkara. Sebagai ibubapa bila terlalu sibuk dengan segala tugasan yang diamanahkan, pasti kita akan berasa letih apabila pulang ke rumah.

Kalau boleh masa bila sampai dirumah itu, nak semuanya dalam keadaan yang kemas dan menyenangkan hati. Tapi bukan selalu keadaan begitu berlaku. Pulang saja ke rumah terpaksa melayan karenah anak-anak dahulu, mengemas dan juga memasak untuk hidangan keluarga tersayang. Semuanya​ membuatkan kita rasa terlalu penat dan terlupa untuk memberi lebih perhatian terhadap anak-anak tersayang. 

Dalam keadaan yang letih itu, kita akan berasa marah dan minda hanya mahu berehat tanpa diganggu oleh sesiapa saja termasuklah anak-anak. Keadaan ini menyebabkan anak-anak terpaksa membuat sesuatu untuk menarik perhatian kedua ibubapanya. Bila ibubapa kurang memberi perhatian dan asyik memarahi apa saja perlakuan anak-anak, jika setiap hari jadi begitu boleh mencetuskan satu tanggapan yang negatif pada anak-anak.

Sebagai ibubapa kita haruslah lebih menghargai anak-anak kita. Anak-anak adalah amanah Allah yang telah dianugerahkan kepada kita. Terpulang kepada kita ibubapanya untuk mencorakkan masa hadapan yang lebih baik. 

Antara aspek-aspek yang telah Profesor​ Datuk Muhya nyatakan sebagai ibubapa kita haruslah lebih menghargai anak-anak, memberikan kasih dan sayang yang secukupnya. Bukan selalu memarahi dan juga memukul anak-anak. Apa pun sama ada sebagai ibubapa, ahli masyarakat ataupun sesiapa saja, kita haruslah bekerjasama menghadapi isu Buli ini dan sama-sama mengatasinya agar tidak berlaku lagi dimasa hadapan.



Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Monday 3 July 2017

PENGORBANAN DI AIDILFITRI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogsot.com

Alhamdulilah. Syukur seadanya dan terima kasih Ya Allah atas segala rahmat dan anugerahnya.

Masa berlalu amat pantas. Sekejap sahaja dah berakhir bulan Ramadan. Dan tibalah bulan Syawal dengan penuh keberkatan dan kerahmatan. Walaupun saya terpaksa berkorban untuk bekerja di hari raya pada tahun ini, saya redha dan pasrah.

Percaya semua ini mungkin ada hikmah yang tersendiri.
Pada tahun ini, inilah kali pertama saya menyambut hari raya Aidilfitri hanya bersama anak-anak tersayang dan jauh daripada ayah dan mak cik .

Adik-beradik yang tersayang pun hanya sempat berjumpa pada hari raya yang ke tiga.

Apa pun saya masih tetap berasa bersyukur, kerana kemeriahan hari raya dapat dirasai saat pergi mengerjakan solat Aidilfitri bersama anak-anak tersayang.

Walaupun semua persiapan Aidilfitri hanya ala kadar saja, namun tetap bersyukur atas segala rahmat yang Allah telah tetapkan.

Masih lagi dibulan Syawal yang indah ini, masih belum terlambat  lagi untuk saya dan anak-anak tersayang mengucapkan Selamat Hari Raya Dan Maaf Zahir Batin.

Juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pembaca blog yang sudi singgah membaca semua entri-entri di blog saya walaupun tidak sehebat mana.

Jika ada sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi saya Sariah Awang Senik 019-4075634

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...