Wednesday 29 March 2017

HADIAH CABUTAN BERTUAH LAGI

Teks : Sariah Awang Senik

Sumber : Koleksi Group Whatshapp

http://sariahawangsenik.blogspot.com

Tadi,  masa nak datang kerja, tidaklah mengantuk sangat. Tapi bila dah masuk kerja dan buat semua kerja dalam kedai, terasa rasa mengantuk itu, bagai terbuai-buai je.

Petang ini pelanggan ramai sedikit. Saya yang sedang sibuk menyusun pau pun, tidak habis-habis orang yang nak order pau.
Dalam hati, terkadang fikir jugak apalah yang sedap sangat makan pau ini.

Apa pun, kalau orang berhenti rehat disini, memang tidak sah, kalau tidak beli atau makan pau disini.

Dalam sibuk menulis entri ini pun, pelanggan tidak putus-putus masuk ke dalam kedai ini.

Tidak lama lagi, akan berakhirlah bulan Mac 2017. Hari ini pun dah masuk 1 haribulan Rejab. Cuma nak beritahu, yang peluang nak menang hadiah cabutan bertuah masih terbuka luas.

Syaratnya ialah, kena beli 1 botol perfume Dexandra dengan harga RM 65, 35ml.
Kalau beli 2 botol pulak, berharga RM 120 dan akan dapat percuma 1 botol tester 3ml.

Tidak kisah apa jenis perfume yang dibeli, anda layak menang cabutan bertuah tersebut.
Macam mana nak masuk atau daftarnya, saya boleh daftarkannya.

Nak tidak?

Kalau berminat, boleh terus whatshapp atau telefon saya disini 019-4075634.

Tuesday 28 March 2017

BERUSAHA SELAGI TERMAMPU


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulillah. Si anak dara telah pun ke sekolah kerana ada aktiviti sukan disekolahnya petang ini.
Cuaca kat luar agak mendung. Dan bila-bila hujan akan turun.

Apa pun, syukur kerana selepas beberapa tahun, saya berjaya juga membina kehidupan sendiri walaupun tidak semewah mana.

Mempunyai pekerjaan, menguruskan rumahtangga bersama anak-anak tersayang, Muhamad Aiman Hakimi dan juga Nur Damia Rifqah.

Mujur selepas beberapa tahun, anak-anak semakin berdikari dan tahu apa yang perlu mereka lakukan dirumah semasa saya tiada dan keluar bekerja.

Si abangnya baru saja menerima keputusan SPM dan bakal lanjutkan pelajarannya pada bila-bila masa sahaja. Sementara anak dara tersayang bakal menduduki peperiksaan UPSRnya pada tahun ini.

Walau beribu halangan dan dugaan yang perlu ditempuhi, saya harus hadapinya dan tidak akan sesekali menyerah kalah dan cepat berputus asa.

Dan yangv pasti, saya akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai apa yang diimpikan dan berjaya dunia dan juga akhirat.

Semoga kedua anak tersayang berjaya dunia dan akhirat dan jadi anak taat , soleh dan juga solehah.


Sekian
Sariah Awang Senik

Monday 13 March 2017

HADIAH ISTIMEWA SETIAP BULAN DARI DEXANDRA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Rasanya bukan semua produk yang ada, yang menawarkan hadiah cabutan setiap bulan. Dan yang paling rasa tertarik dan menarik ialah kesemua hadiah yang disediakan sangatlah lumayan.

Bukan hanya setakat membeli dan memakainya, malah bila-bila saja kita berpeluang menang hadiah cabutan bertuah tersebut.

Produk minyak wangi yang sangat laris abad ini, ialah produk minyak wangi dari DEXANDRA INSPIRED PERFUME.

Setaraf dengan jenama yang terkenal dan kualitinya setanding dengan jenama antarabangsa yang berharga ratusan ribu ringgit. Banyak jenis yang sesuai untuk lelaki dan juga perempuan. Kalau nak diceritakan banyak jenis.

Diasaskan oleh Pn Ernayanee Nur Julaimi. Seratus peratus produk bumiputra, tahan lebih daripada 8 jam.
Mudah dibawa kemana saja. Pati orginal dan alkohol first grade. Boleh terus dibawa bersolat dan inspirasi dari perfume jenama antarabangsa.

Hampir setiap bulan mengadakan cabutan bertuah kepada setiap pelanggan yang bertuah. Syarat yang paling utama, dah tentulah kena beli dahulu perfume Dexandra dan rasailah sendiri, pengalaman anda setelah memakai perfume Dexandra.

Untuk pengetahunan, harga perfume Dexandra adalah harga tetap.

Sebotol perfume Dexandra 35ml berharga RM 65.
Jika 2 botol, RM 120 dan anda jimat RM 10 dan percuma 1 botol tester 3ml.

Jika berminat ingin tahu lebih lanjut tentang cabutan bertuah dari Dexandra ini, bolehlah hubungi saya seperti dibawah.

Sariah Awang Senik
Whatshapp 019-4075634 atau email sariah.awangsenik@gmail.com

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Sunday 12 March 2017

JIWA-JIWA YANG KENTAL


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulillah. Syukur atas segala rahmat.
Hari ini juga saya bercuti sehari. Bukan selalu cuti hari Ahad ini. Kalau tidak ada hal yang penting, memang susahlah nak cuti ini.

Berkerja shift macam saya ini, memang susah nak cuti dihujung minggu. Tapi sesekali perlu juga ambil cuti hari Ahad ini.

Dan kebetulan pula, saya dah lama tidak tulis entri yang baru untuk blog kesayangan iaitu TRAVELOG KEHIDUPAN ini. Bukanlah masalah idea, idea itu selalu ada. Tapi masa selalu tidak mengizinkan.

Nak-nak tahun ini, anak dara bakal menduduki peperiksaan UPSR. Jadi banyaklah kelas tuisyen yang perlu dia datang dan belajar apa yang patut.

Hampir enam tahun bergelar seorang ibu tunggal, banyak pengalaman pahit dan juga manis yang perlu saya lalui. Pada mulanya masalah status adalah perkara utama yang buatkan saya malu.

Namun semua itu, saya dapat atasi satu persatu. Kadang sampai bila saya asyik merayu-rayu mohon simpati yang tiada kesudahannya.

Atas nasihat seorang teman yang juga bergelar seorang ustaz, saya mengambil keputusan untuk melupakan semuanya dan berusaha maafkan semua orang yang pernah mengecewakan hati saya.

Sampai bila nak hidup berdendam kan?

Berdendam ini bukan pun boleh buatkan kita kaya atau tenang, tapi bakal membenihkan penyakit dalam diri dan jiwa kita dan boleh menjejaskan kehidupan kita seharian.

Masa susah dan perit dan juga rasa bahagia, harus dilalui sebaik yang mungkin dengan semangat yang lebih kuat dan ikhlas hadapi apa jua dugaan.

Apabila kita jadi makin kuat dan sabar, secara automatik aura tersebut akan juga mempengaruhi kehidupan anak-anak. Dan yang paling penting anak-anak semakin berjiwa kental hadapi segala masalah dalam kehidupan seharian.

Jika ditakdirkan gagal mereka berdua akan bangkit semula dengan semangat untuk terus berjuang sehinggalah mencapai segala impian yang mereka berdua impikan selama ini.

Dan jika kejayaan sudah pun mereka kecapi, mereka tidak akan sesekali cepat berasa sombong dan terus lupa diri

Cepat sungguh masa berlalu. Dah pun pukul duabelas malam. Saya berhenti disini dulu dan insha Allah akan saya tulis lagi entri-entri  yang mungkin akan jadi pengajaran buat semua yang singgah sudi membaca entri yang tidak seberapa ini.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Tuesday 7 March 2017

BERSYUKUR DAN MENGHARGAI


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Dari Dexandra
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Pagi yang indah dan nyaman sekali.
Assalamualaikum. Syukur seadanya atas segala rahmat Allah. 

Awal pagi tadi sibuk uruskan anak dara tersayang ke sekolah. Walau dah gerakkannya sejak dari awal, tapi ada saja yang belum siap.

Padahal, sejak malam tadi dah berkali-kali ingatkan si anak dara agar siapkan segala kelengkapan sekolahnya awal-awal lagi.

Apa pun, anak dara, tidak lama lagi akan mencecah 12 tahun. Cepat sangat masa berlalu. Abangnya tidak lama lagi, akan genaplah juga 18 tahun.

Memang budak berdua ini, cepat sangat membesar. Walaupun membesar tanpa kasih sayang yang secukup dari seorang yang ayah, abah, papa dan sewaktu dengannya, namun itu bukanlah alasan yang mereka berdua tidak berjaya dalam pelajaran dan juga kehidupan.

Sementara mereka berdua masih berada bersama di depan mata, saya sebagai seorang ibu tidak sesekali mengabaikan mereka dan insha Allah akan berusaha yang terbaik buat mereka berdua.

Syukur juga mereka berdua adalah anak-anak yang tidak bermasalah. Ada kalanya memanglah mereka berdua agak degil sedikit,tapi saya tetap akan nasihat mereka berdua sebaik yang mungkin.

Semoga kita akan senantiasa selalu bersyukur dan menghargai semua orang yang selalu berada disamping kita.

Yang Benar
Sariah Awang Senik

Wishlist:

Ingin menjadi seorang penulis yang menulis berdasarkan pengalaman sendiri.

Wednesday 1 March 2017

MAC YANG PENUH INDAH

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulillah. Dah pun masuk bulan Mac 2017. Cepat sungguh masa berlalu.
Syukur juga pagi tadi dapat siapkan si anak dara sebaik yang mungkin.

Sebenarnya pagi tadi dah terbangun agak lewat sikit. Maklumlah setiap hari balik saja dari kerja, ada saja kerja lain yang nak dibuat.

Bekerja shift . Masuknya petang dan balik pukul 11.30 malam. Jadi bila sampai dirumah je, anak dara sudah pun lena dibuai mimpi nan indah.

Terpaksa kemaskan dulu apa yang patut sebelum dapat berehat dan sebagainya. Apa pun syukur alhamdulillah, semuanya dapat saya uruskan sebaik yang mungkin.

Apa pun, walau dah masuk bulan Mac, kehidupan harus dilalui seperti biasa dan hadapi semua dugaan dengan penuh kesabaran dan keimanan.

Semoga bulan Mac akan lebih membawa kebahagiaan dan juga keindahan buat semua sahabat dan juga sesiapa saja yang singgah membaca di blog ini.

Insha Allah. Aamiin.

Sekian Terima Kasih

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...