Tuesday 29 April 2014

PROMOSI TUDUNG SHAWL 2 TONE

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Facebook

Koleksi Shawl 2 tone yang cantik dan menarik ini sangat sesuai dipakai untuk ke majlis-majlis istimewa ataupun ke rumah saudara mara.
Diperbuat daripada kain Chiffon yang ringan dan selesa.
Panjangnya 68 dan lebarnya adalah 20.

Terdapat di dalam pelbagai warna-warna yang menarik. Harga amat berpatutan. Jika berkenaan bolehlah hubungi saya :

Sariah 019-4075634
Email sariah.awangsenik@gmail.com
Facebook Sariah Awang Senik

KAPSUAL MANJAKANI ASLI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Sendiri

Ingin menghilangkan masalah kewanitaan dengan tidak memerlukan belanja yang banyak, mampu menyelesaikan masalah kewanitaan yang dihadapi selama bertahun-tahun. Inilah dia Kapsual Manjakani Asli. Ramuan yang diadun asli dan tidak mempunyai bahan kimia yang lain.
Dapat mengatasi masalah kewanitaan seperti :
- Kedatangan haid yang tidak teratur
- Selalu merasa letih, lesu dan tidak bersemengat
- Masalah keputihan
- Peranakan jatuh
- Masalah hubungan intim di dalam rumahtangga
- Sebagai langkah awal mencegah barah rahim
- Menghadapi masalah anggota sulit wanita yang longgar dan berbau

Dengan mengamalkan pengambilan Kapsual Manjakani Asli, badan akan terasa lebih segar dan bersemengat dan kebaikannya ialah :
- Lebih sihat dan ceria
- Hubungan suami dan isteri kembali ceria
- Merapatkan kembali anggota sulit wanita
- Anggota sulit wanita bebas daripada masalah bau dan juga keputihan

Testimoni:
Sejak mengamalkan pengambilan Kapsual Manjakani Asli, badan terasa lebih ringan, bersemengat dan segala masalah kelesuan dapat diatasi.

Harga amat berpatutan dan memuaskan iaitu RM40 untuk 50 biji. Jika berkenaan dan ingin mencuba bolehlah hubungi saya;

No Tel : 019-4075635
Email : sariah.awangsenik@gmail.com
Facebook : Sariah Awang Senik

Sekian Tulus Ikhlas
Sariah Awang Senik

Wishlist:
- Ingin jadi usahawan online berjaya dan berkarisma
- Dapat manfantkan diri kepada orang lain
- Menjadi seorang penulis novel yang mempunyai aura penulisan tersendiri
- Teringin berkongsi kisah hidup bersama dengan orang lain
- Ingin tetap setia berbakti kepada keluarga.

Tuesday 22 April 2014

BERAKHIRNYA SEBUAH PENANTIAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google

Tiada kata yang tidak dapat diungkap tatkala menunggu keputusan yang diberikan oleh pihak yang berkuasa. Hari ini segala urusan dan rancangan yang diatur, semuanya berjalan dengan lancar. Hampir bertahun lamanya, segala tuntutan ini cuba di selesaikan sebaik yang mungkin. Walaupun keputusan dan tuntutan yang diterima tidak sebanyak mana, namun hati ini tetap bersyukur dengan segala ketentuan yang telahpun ditetapkan oleh Allah SWT.

Akan tetapi , selepas ini bakal berhadapan dengan cabaran yang lebih besar dan juga dugaan yang maha hebat bagi memastikan segala tuntutan dapat di bayar setiap bulan. Jumlah yang diterima memang tidak mencukupi tetapi dapat  membantu di saat di landa kesusahan. Masih teringat saat pertama kali terpaksa melalui segala peraturan-peraturan yang telah di tetapkan, terlalu banyak dugaan dan cabaran untuk menfailkan semua tuntutan ini dimahkamah. Sebaik sahaja berpisah, segala tuntutan nafkah terus difailkan di mahkamah, gara-gara tidak mempunyai peluang dan masa untuk berbincang secara baik dengan bekas suami. Biarpun segala yang terjadi telah ditakdirkan oleh Allah SWT. Tiada guna mengenang kembali apa yang berlaku kerana semuanya hanya melemahkan diri sendiri. Apa yang telah musnah dan hancur berkecai akan dikutip dan dicantumkan kembali . Semoga semua pencantuman itu bakal melakar kebahagiaan yang lebih abadi dan kekal lama. Segala amarah dan rasa benci harus dilemparkan jauh-jauh demi  mencipta sebuah kebahagiaan bersama-sama dengan anak-anak tersayang.

Penantian ini mungkin telah berakhir, namum masih ada perjuangan yang belum selesai.
Semoga perkongsian ini dapat memberi pengajaran kepada semua, terutama yang senasib dengan keadaan yang telah saya alami selama ini. Segala tuntutan bukanlah bertujuan untuk menyusahkan dan membebankan sesiapa terutama bekas suami, tetapi kepada kesedaran kepada suami dan isteri supaya dapat selesaikan secara baik jika berlaku perceraian terutama soal nafkah anak dan juga hal-hal yang berkaitan dengan anak-anak.

Sebagaimana pihak bekas suami ingin bahagia membina kehidupan yang baru, begitu jugalah hal yang sama dengan pihak isteri. Masing-masing berhak untuk hidup bahagia bersama dengan anak yang tersayang. Untuk mereka yang masih bergelar seorang isteri, hargailah setiap detik yang dilalui kerana pelbagai kemungkinan dan dugaan akan berlaku di dalam sebuah rumahtangga. Andai bijak dan penuh keimanan menghadapi segala rintangan dan bertolak ansur sesama sendiri insha Allah segala masalah dapat diselesaikan dengan baik.

Coretan Ikhlas Dari Sariah Awang Senik

WISHLIST :
- Ingin menjadi seorang novelis yang mempunyai gaya penulisan tersendiri
- Ingin berkongsi kisah pengalaman hidup
- Menjadi seorang usahawan wanita online dan membantu orang lain.

Sunday 20 April 2014

AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih diberi peluang untuk berkongsi idea dan juga pengalaman.
Secara jujurnya, hampir beberapa tahun yang lepas cuba mencari informasi dan juga maklumat di alam maya ini yang dapat memberi manfaat sekaligus membuka peluang untuk memajukan diri dan juga keluarga. Masih ingat beberapa tahun yang lepas apabila terjumpa suatu perkataan yang mengatakan boleh bekerja dari rumah sambil menjana pendapatan untuk keluarga. Ketika itu hanya mampu menjadi pemerhati tetapi sikap ingin tahu di dalam diri senantiasa menghantui diri ini. Hinggalah suatu saat berkenalan dengan seorang wanita yang hebat yang juga sekarang guru online iaitu Anys Idayu Zakaria yang telah membuka peluang dan juga minda tentang kebaikan menyertai Akademi Bekerja Dari Rumah ini.

Tidak disangka rupanya wujud kelas yang diadakan secara online mengikut kesesuaian masa kita dirumah. Antara kelas yang diadakan secara online adalah;
- Kelas asas blog dan penulisan
- Kelas asas blog, fanpage dan mula berbisness
- Kelas asas blog dan penulisan kreatif
- Kelas belajar beriklan di mudah.my
- Kelas asas urus WAHM/SOHO
- Kelas penulisan ebook pertama
- Pendaftaran pengurus online

Semua kelas ini dijalankan secara online mengikut masa yang anda tentukan sendiri. Jika ingin mengetahui lebih lanjut tentang semua kelas yang dijalankan bolehlah hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email saya di sariah.awangsenik@gmail.com


Wishlist:
Ingin menjadi seorang penulis
Berkongsi tentang kisah dan pengalaman hidup
Ingin menjadi seorang usahawan wanita online
                              

-

Friday 18 April 2014

PROMOSI TERHEBAT NOVEL DARI EMP

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber: Koleksi Sendiri

Tentu anda minat membaca novel dan sering meminjam daripada kawan-kawan untuk membaca novel kegemaran anda. Anda teringin membeli novel dengan harga yang paling berpatutan tetapi dapat memiliki novel yang bukan sahaja 1 buah buku novel malah daripada satu buah novel.

Kini di EMP sekarang menawarkan jualan kombo untuk 5 buah tajuk novel yang.terpilih. Antara tajuk yang menjadi pilihan EMP yang dijual.secara kombo ialah,
- Kabus Rindu - Monalita Mansor
- Kerana Dia Bidadari Syurgaku- Nana Rumaysa
- Hati Yang Kau Sentuh- Siti Hanisah
- Suami Terhangat- Rafina Abdullah
- Kerdipan Bintang Cinta- Yumi Zinnita

Kesemua 5 buah novel ini boleh didapati secara kombo dengan harga RM100 . Tawaran ini sedang terbuka dan akan ditutup tidak lama lagi. Jika ada yang berminat ingin memiliki novel ini, bolahlah hubungi saya Sariah 019-4075635 ataupun melalui email saya sariah.awangsenik@gmail.com. Cepat dapatkan novel ini semua sementara stok masih ada.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Tuesday 15 April 2014

CARA UNIK ORANG CINA BERNIAGA

Teks : Sariah Awang Senik

Sumber : Koleksi Peribadi

Hampir bertahun-tahun lamanya bekerja dan menetap di sini. Dahulu terasa agak kekok bertemu dan melayan karenah para pelanggan yang bermacam-macam dengan ragam. Walaupun hanya sebagai satu kedai minumam yang terletak di tepi highway menghala arah ke Kuala Lumpur, namun segala produk dan beberapa jenis minuman semuanya diusahakannya sendiri. Tuan punya kedai ini adalah bangsa Cina dan amat pandai menguruskan perniagaan walaupun empayar perniagaannya tidaklah sehebat mana. Namun cara bagaiman dia melayan kehendak pelanggan, itulah daya tarikan utama pelanggan akan berkunjung lagi ke kedai ini. 

Perniagaan yang diusahakan, sebenarnya adalah " Family Bisness" ataupun turun temurun daripada datuk ke ayah dan juga cucu-cucunya. Nama produk yang diusahakannya hampir berpuluh abad lamanya. Penulis sendiri belum wujud lagi ke dunia ini, tetapi produk dan perkhidmatan telah pun wujud. Apa yang di kongsika disini bukanlah bertujuan untuk merendahkan keupayaan kaum sendiri, tetapi mengambil sikap positif supaya dapat diamalkan di dalam mengusahakan perniagaan ataupun perkhidmatan yang bakal dijalankan tidak lama lagi. 

Secara kebetulan penulis mengenalinya ialah ketika ingin memohon bekerja di kedainya beberapa tahun yang lepas. Orang nya agak pendiam tetapi tegas di dalam membuat sebarang keputusan. Dia pernah memberitahu yang kedainya cuma kedai biasa tetapi cara bekerja agak berat dan memerlukan kekuatan tenaga yang maksimum. Jikalau hari biasa mungkin pelanggan tidak berapa ramai, tetapi akan bertukar wajah menjadi suatu perhentian yang sesak apabila tiba hujung minggu dan juga musim perayaan. 

Uniknya cara dia melayan pelanggan ialah, dia menganggap pelanggan bagai raja. Apa sahaja ketidakpuasaan pelanggan  dia akan berusaha untuk memenuhinya semampu yang boleh. Setiap keuntungan yang diprolehi tidak pernah terlalu banyak berkira. Biarpun untungnya cuma RM500 ataupun RM600 namun dia tidak pernah merasa lelah untuk meneruskan perniagaan keluarganya.

Kebanyakan adik beradiknya dihantar belajar hingga ke luar negeri, namun setelah tamat pengajian, masing-masing tidak pernah merasa segan untuk meneruskan segala usaha dan titik peluh ayah dan datuk mereka. Masih ingat di fikiran penulis, tentang sikap para pelanggan yang sengaja mengumpan marah pekerjanya, supaya senantiasa bersabar dan mencuba sebaik yang mungkin untuk tidak berkasar dengan para pelanggan nya. Majikan pernah berkata walau bertapa banyak masalah dan perkara yang tidak sepatutnya dirumah supaya jangan mencampur adukkan masalah tersebut dengan hal pekerjaan di kedai. Katanya, setiap pekerjanya haruslah bersikap secara profesional dan senantiasa kemas penampilan para pekerjanya.

Antara ciri-ciri unik orang berbangsa Cina berniaga adalah;
- Berusaha sebaik yang mungkin mengusahakan sesuatu perniagaan.

- Tidak pernah merasa tergugat walaupun ada banyak perniagaan yang hampir sama dengannya.
- Usaha secara berterusan dan tidak pernah berhenti.
- Membuka perniagaan seawal yang mungkin.
- Senantiasa mencari kepercayaan para pelanggan dan memastikan akan datang lagi ke kedainya.
- Senantiasa berfikiran positif walaupun keuntungan tidak sebanyak mana.
- Berdisplin setiap kali membuat sebarang keputusan.
- Memberi kepercayaan yang sepenuhnya terhadap pekerjanya untuk menjalankan perniagaannya.
- Bertindak balas cepat terhadap sebarang rungutan dan juga masalah di antara para pelanggan dan juga produk-produknya yang tersendiri.
- Sedaya upaya berusaha menjual produknya sendiri dengan cara yang kreatif. Contohnya, kenapa pelanggan perlu membeli produk yang dijualnya sendiri. 
- Setiap produk yang di keluarkan ada keistimewaannya yang tersendiri. 
- Setiap masalah yang timbul harus diselesaikan secepat yang mungkin. 
- Segala keuntungan dan juga kerugiaan dicatatkan secara terperinci.
- Tidak terlalu wujud perbezaan antara pekerja dan juga majikan. Hormat menghormati di antara satu sama yang lain.
- Setiap para pekerjanya mampu menjalankan pelbagai tanggungjawab. Contohnya, mampu mengira, membuat air minumam para pelangan dan berbagai-bagai yang lain.

Sehingga kini, penulis masih tetap bekerja di kedai minumam ini. Walaupun gajinya tidaklah setinggi mana, namun alhamdulilah mampu menyara kehidupan anak-anak sekeluarga. Azam penulis mengutip seberapa banyak pengalaman supaya suatu hari nanti mampu juga membuka perniagaan dan juga produk berjenama sendiri. 

Segala sikap yang positif haruslah di ambil sebagai salah satu pengalaman kehidupan dan cuba sebaik yang mungkin menerapkannya ke dalam perniagaan yang bakal diusahakan suatu hari nanti. Sikap bangsa Cina yang tidak suka makan gaji dan lebih suka membuka perniagaan sendiri adalah suatu usaha yang harus di contohi oleh kaum melayu kita.
Memang sekarang ramai kaum melayu yang telah berjaya di dalam bidang perniagaan, namun setiap golongan muda lebih suka bekerja dengan sesuatu syarikat sebelum membuat keputusan untuk membuka perniagaan sendiri. 

Coretan Tulus Ikhlas Sariah Awang Senik.



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH

Suatu pusat ataupun informasi maklumat bagi memberikan khidmat dan juga nasihat kepada para surirumahtangga dan juga wanita yang sedang bekerja bagi mencari pendapatan sampingan di rumah. Disini juga ada menyediakan beberapa kelas yang boleh dipelajari secara online mengikut kesesuaian masa anda sendiri di samping menguruskan urusan rumahtangga. 

Antara kelas-kelas yang terdapat disini ialah;
- Kelas Asas blog dan penulisan
- Kelas asas blog dan fanpage mula bisness
- Kelas penulisan kreatif
- Kelas beriklan di mudah.my
- Kelas urus akaun WAHM dan SOHO.
- Kelas penulisan ebook.
- Pendaftaran pengurus online pertanyann dan juga pendaftaran

Semua kelas dikendalikan oleh para pengurus online yang terlatih. Jika berminat ingin ketahui lebih lanjut tentang semua kelas-kelas ini bolehlah hubungi saya Sariah Awang Senik di no tel-019 4075634 ataupun email saya sariah.awangsenik@gmail.com


MUSIBAH SEBAGAI SUATU RAHMAT

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Google

Tiada siapa yang mahu ditimpa sesuatu musibah dan juga dugaan di dalam kehidupan. Rata-rata hampir semua daripada kita impikan sebuah kehidupan yang aman dan bahagia. Sepanjang perjalanan hidup seseorang, semuanya telah ditentukan oleh Allah SWT.

Kekadang apabila membina sebuah kehidupan, kita selalu berharap akan kebahagiaan akan selalu berada di samping kita. Namun tanpa diduga, musibah datang dan sebagai seorang hamba Allah, kita harus menghadapinya dengan penuh redha dan takwa.
Sebenarnya sesuatu dugaan dan juga musibah yang datang dan hadir didalam kehidupan seharian terlalu banyak hikmahnya yang tersendiri.
Apabila musibah berlaku di dalam kehidupan seseorang, kita selalu berfikir, kenapa kita diuji, mengapa aku yang dipilih untuk menghadapi semua permasalahan ini. Kenyataan yang sedemikian bukan sahaja melemahkan kekuatan keimanan seseorang bahkan menjadikan diri seseorang tidak redha dengan segala yang berlaku di dalam kehidupannya.

Semakin banyak dugaan dan cabaran yang berlaku, ianya akan menjadikan diri seseorang lebih tabah kuat dan juga mempunyai kekuatan keimanan yang tersendiri. Itulah sebenarnya rahmat dan hikmah yang tersembunyi disebalik musibah yang berlaku di dalam kehidupan. Kemanisannya hanya yang pernah mengalami sesuatu sahaja yang maha mengetahuinya sahaja. Berdasarkan pengalaman penulis sendiri, sesuatu musibah itu selalu datang dan pergi daripada kehidupan ini. Memang agak sukar melaluinya, namun apabila selalu berdoa dan mendekatkan diri kepada yang maha esa, terasa bagai ada suatu kekuatan luar biasa yang dapat mengatasi segala cabaran kehidupan.

Setiap musibah yang datang dan pergi di dalam kehidupan kita, anggap sahaja sebagai salah satu cabaran di dalam kehidupan seharian. Bersedih janganlah terlalu lama dan berusaha lah untuk membina kembali kehidupan yang hampir musnah.

Berkatalah kepada diri bahawa semuanyalah ditetapkan oleh yang maha esa. Walau sesusah mana kehidupan yang dilalui oleh seseorang, percayalah akan ada kebahagiaanya yang tersendiri. Kita insan hebat dan terpilih dan sebab itulah Allah SWT selalu berada bersama-sama dengan kita. Bersabar dan jangan pernah berhenti berdoa. Percaya kita tidak mengharapkan hamba Allah untuk mencari kebahagiaan dan cukuplah dengan rahmat dan kasih sayang Allah yang maha esa.

Nukilan Rasa Sariah Awang Senik

----------------------------------------------------------------------------------------

Ingin membeli perfume yang berjenama dan tahan lama.
Masih tercari-cari perfume yang berjenama dengan harga yang berpatutan.

Cubalah Reject Branded Perfume. Terdapat banyak jenama terkenal di sini antaranya ialah:

Boss
Dunhill
Paris
Jenifer Lopez

Dan bermacam-macam lagi. Jika ingin tahu lebih lanjut sila hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun whatshapp saya. Boleh juga email saya di sariah.awangsenik@gmail.com

Sunday 13 April 2014

BIASA KEPADA YANG LUARBIASA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google

Agak lama tidak menulis entri baru untuk ruangan kesayangan ini. Bertapa banyak halangan dan dugaan untuk terpaksa di lalui di dalam berbuat sesuatu yang baru dan berfaedah. Selama ini diri sudah terlalu lama berada di zon hinggakan terlepas banyak peluang dan juga rakan-rakan yang baru.

Mungkin ada hikmahnya berlaku sesuatu musibah di dalam diri seseorang. Jikalau tidak berlaku sesuatu perkara ataupun sesuatu dugaan , seseorang tidak akan pernah belajar daripada sebuah kesilapan. Kebiasaannya diru sudah terbiasa melakukan hal-hal yang biasa, umpamanya menguruskan rumahtangga dan anak-anak dan sebelah petang pula memulakan tanggungjawab sebagai seorang pekerja tetapi sekarang walau perbezaannya tidak banyak daripada segi tugas dan tanggungjawab namun semua nya itu bakal berubah. Ingin berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi wanita luar biasa kerana hampir terlalu lama menjadi wanita biasa yang hanya menguruskan rumahtangga dan anak-anak.

Ingin luar biasa menghadapi segala kesukaran, pelbagai rintangan dan dugaan di dalam mengejar sebuah cita-cita. Sebagai seorang ibu, ingin luar biasa mendidik anak-anak  dan menjadikan mereka insan yang berguna dunia dan akhirat kelak. Bertindak dan berusha mencari peluang memajukan diri dan senantiasa fokus kepada apa yang diimpikan selama ini.

Sekarang semua usaha sedang dilakukan sebaik yang mungkin dan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai segala-galanya.

Nuklian Rasa Oleh Sariah

Thursday 10 April 2014

KEGIATAN HARIAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google

Assalamulaikum, alhamdulilah bersyukur kepada Allah SWT kerana masih berpeluang untuk mencoretkan sesuatu di ruangan kesayangan ini. Sebenar nya terlalu banyak urusan dan juga perkara yang penting yang harus diselesaikam terlebih dahulu.
Antara perkara penting itu, adalah menguruskan anak pergi ke sekolah di samping memastikan segala kerja sekolahnya berjalan dengan lancar.

Memang sejak anak perempuan yang seorang ini memegang pelbagai jawatan di sekolah, masanya agak sibuk dan kekadang dia akan mengalami keletihan . Selesai dengan menguruskan anak-anak disebelah pagi, kini tibalah untuk mengemas rumah dan juga memasak untuk diri sendiri juga anak perempuan tersayang. Setelah siap semua urusan berkaitan dengan rumahtangga, maka sampailah giliran perniagaan atas talian yang sudah berjalan lancar selama hampir beberapa bulan kebelakangan ini.

Terlalu banyak perkara yang remeh temeh yang perlu diselesaikan secara beransur-ansur. Namun berkat doa dan kesungguhan semua urusan tersebut dapat dihabiskan lewat petang tadi.

Kalau diikutkan memang banyak yang perlu dikemas kinikan sekali lagi. Apa pun berdoa dan berharap agar semuanya esok berjalan dengan lancar. Selagi ada khudrat ini, insha Allah segala usaha akan diselesaikan sebaik yang mungkin.

Ikhlas Dari Sariah Awang Senik

-----------------------------------------------------------------------------------------

PUR Q ACTIVE
Sangat berkesan untuk masalah kanak-kanak yang kurang daya tumpuan dan juga sesuai untuk wanita yang mengandung.

Harga sangat berpatutan. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya Sariah ataupun boleh whatshapp .

Sekian,
Sariah Awang Senik

Sunday 6 April 2014

BENGKEL BRANDING YOURSELF AND BUSINESS STRATEGIES

Teks : Sariah Awang Senik

Assalamulaikum, alhamdulilah segala urusan dipermudahkan kan bermula mengorak langkah untuk majlis menuntut ilmu dengan menghadirkan diri ke BENGKEL BRANDING YOURSELF AND BUSINESS STRATEGIES. Walaupun tajuk bengkel di dalam bahasa Inggeris , namun penyampaian isi dan kandungan bengkel semuanya di dalam Bahasa Melayu. Sebenarnya diri rasa bertuah dan beruntung kerana diberi kepercayaan untuk menjadi krew di bengkel tersebut. Bukan wang ringgit yang dikejar tetapi lebih kepada ilmu dan pendedahan serta bertemu dengan semua rakan-rakan yang baru.

Tidak sangka doa diperkenaan oleh Allah SWT untuk bertemu dengan rakan-rakan yang baru termakbul jua. Walaupun doa itu hampir dah terlupa di fikiran namun ternyata Allah senantiasa tidak melupakan segala doa yang di pohon oleh semua hambanya. Dengan mengosongkan minda dan menerima semuanya dengan lapang dada, kelas bermula agak rancak sekali. Tidak sangka pertemuan dan perbualan yang selama ini berlangsung di alam maya telah dapat menghasilkan suatu hubungan yang teramat erat sekali. Berbincang dan saling bertukar pandangan seolah-olah telah kenal hampir bertahun lamanya.

Kelas dimulakan dengan bacaan doa dudha dan dimulakan kata-kata pengenalan oleh cikgu Nisa Nua. Orangnya berpenampilan sederhana dan tidak keterlaluan.
Antara isi kandungan bengkel adalah bagaimana menwujudkan peluang, senantiasa mendirikan solat dhuha , berdoa kepada Allah terlebih dahulu sebelum memulakan sesuatu perniagaan ataupun perkhidmatan. Niat memulakan perniagaan dan juga perkhidmatan untuk apa dan sebagainya. Kenapa kita hendak berniaga dan mengapa kita melakukan sesuatu perniagaan . 9/10 rezeki adalah daripada perniagaan dan berniaga adalah sunnah nabi Muhamad SAW. Apabila berniaga , seseorang dapat memupuk semengat menjadi insan yang lebih berjaya, bertanggungjawab , jujur didalam melakukan sesuatu urusan perniagaan dan juga tidak melupakan insan yang didalam kesusahan apabila sudah mencapai sesuatu kejayaan.

Di dalam perniagaan segala keuntungan bukan sahaja dapat dimanfaatkan kepada diri dan keluarga malah digalakkan untuk berkongsi segala keuntungan bersama rakan dan juga orang-orang di sekeliling kita. Nyata perniagaan bukanlah bermakna keuntungan yang diperolehi oleh perseorangan tapi lebih bermakna keuntungan dikongsi bersama dibawah satu bumbung ataupun organisasi.

Antara isi kandungan lain yang di sentuh oleh cikgu Nisa ialah:
- Mengubah teknik penjualan sesuatu produk ataupun perkhidmatan kepada lebih ke arah membantu para pelanggan menyelesaikan segala masalah yang sedang mereka hadapi.
- Cuba sentuh hati para pelanggan dengan bertanya apa masalah yang sedang menghantui mereka.
- Berusaha dan belajar berdikari dan jangan pernah takut kepada kegagalan dan juga kesilapan. Setiap daripada kita semua mempelajari sesuatu apabila gagal dan sebenarnya itulah titik permulaan sebuah kejayaan.
-Bertindak sekarang dan lakukan sesuatu perubahan
- Membantu antara satu sama lain dengan cara membuat blog dan dalam masa yang sama mempromosikankan juga blog orang lain.
- Membuat sesuatu kelainan ke atas produk dan juga perkhidmatan kita. Contohnya, nak tidak saya reka ataupun jahit baju yang agak berlainan sedikit daripada orang lain.
- Buat logo berdasarkan produk dan perkhidmatan yang kita pasarkan. Logo produk dan perkhidmatan haruslah berdasarkan kepada 5 warna yang terpilih contohnya: Biru, Hijau, Merah, Kuning dan juga hitam.

Sebenarnya banyak lagi yang ingin saya kongsikan disini selepas menghadiri bengkel ini.
Mungkin di lain masa kita akan berkongsi beberapa tips ataupun rahsia lagi. Moga anda diluar sana terus setia dan sudi membaca sambil mengambil apa yang berfaedah yang dapat di gunakan di dalam produk dan juga perkhidmatan yang anda sedang lakukan.

Akhir kata selamat majujaya di dalam semua urusan yang sedang ataupun bakal anda lakukan diluar sana. Insha Allah saya akan terus menulis dan juga cuba untuk berkongsi segala ilmu dan perkara yang dapat mendatangkan kebaikan kepada semua.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Nisa dan juga kerjasama krew-krew yang lain.

Ikhlas Dari Sariah Awang Senik

Nota - Segala perkongsian adalah tulus dan ikhlas. Dan kepada sesiapa yang berniat untuk lebih mengetahui lebih details tentang blog yang tidak seberapa ini silalah hubungi saya Sariah di no tel: 019-4075634 untuk maklumat lebih lanjut.

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...