Saturday 30 December 2017

BERAKHIRLAH TAHUN 2017

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
Http://sariahawangsenik.blogspot.com


Bakal berakhir tidak lama lagi tahun 2017.
Dan malam esok bersiap sedialah memyambut tahun 2018.
Syukur alhamdulillah, segala dugaan sepanjang tahun 2017 dapat dillalui dengan tabahnya.
Kadang semasa sedang hadapi sesuatu ujian itu, serasa teramat berat sangat.

Tapi hati kemudiannya rasa lega, bila memikirkan akan ada orang yang lebih susah lagi jika dibandingkan dengan
apa yang kita hadapi sekarang.

Apa pun, saya tidak berazam untuk membuat azam yang baru, kerana hampir setiap hari saya berusaha buat yang terbaik diantara yang terbaik


Mungkin juga cabaran yang bakal ditempuhi tahun 2018, makin hebat dari tahun 2017. Apa pun saya tetap berdoa agar tahun 2018 akan lebih memberikan banyak kebahagian dan juga rezeki yang melimpah-ruah.
Aamiin


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


Wednesday 27 December 2017

BUKU LAGI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
Http://sariahawangsenik.blogspot.com


Biasalah tiap kali cuti sekolah, pasti ada saja rancangan yang istimewa untuk anak-anak tersayang. Setiap tahun kalau tiba sahaja musim cuti sekolah ini, saya terpaksa bekerja lebih masa dan sebagainya.

Tapi memandangkan tahun ini adalah tahun terakhir anak dara bersekolah rendah, jadi adalah sedikit kelainan.

Apa pun ada masa saya kesian juga kepada anak-anak kerana tidak berapa nak mampu membawa anak-anak bercuti ke tempat-tempat yang istimewa.

Walau apa pun, saya tetap rasa bersyukur. Bersyukur sebab walau apa pun yang berlaku saya masih tetap menghabiskan masa bersama anak-anak walau hanya duduk bersantai sahaja.

Hari ini, saya cuti sehari.
Lantaran keadaan kesihatan yang agak kurang mengizinkan, saya mengambil keputusan untuk berehat dan tanpa fikirkan sangat tentang hal kerja.

Kebetulan pulak, anak dara tersayang baru saja balik dari rumah makciknya menghabiskan cuti sekolah bersama sepupu-sepupunya disana.

Yang makciknya pula suka melayan karenah si anak dara dan juga semua anak-anaknya. Selain membeli alat kelengkapan sekolah, yang anak dara saya seorang ini, sempat pulak membeli beberapa buah buku sebagai koleksi pembacaannya.


Kebanyakan buku yang dipilih, semuanya dalam bahasa Inggeris. Saya hanya melihat-lihat saja semua buku-bukunya.
Dalam hati sempat saya berbisik, ehem beli buku lagi budak ini.
Samalah juga dengan abang pun macam itu juga.


Selagi boleh saya nak kurangkan penggunaan gajet dirumah dan gantikan dengan buku-buku yang lebih berfaedah.


Apa pun, saya tetap juga berusaha memantau pengunan gajet dirumah walau sesibuk mana pun saya bekerja.
Sebenarnya banyak manfaatnya jika kita banyak habiskan membaca ini.


Banyak perkara yang kita boleh pelajari dan ada yang mungkin kita tidak tahu.
Sebagai seorang ibu yang ada anak-anak yang sedang meningkat remaja dan dewasa semua ini bukanlah satu perkara yang mudah.


Namun alhamdulillah.
Saya bersyukur anak-anak tidak banyak karenah dan dapat belajar tentang erti kesusahan dan berusaha memperbaiki diri masing-masing.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


Tuesday 26 December 2017

ADA APA DENGAN TAHUN 2017

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
Http://sariahawangsenik.blogspot.com

Hanya beberapa hari saja lagi, berlabuhlah tirai 2017.
Kalau ikutkan setahun itu, bukanlah lama sangat. Pejam celik dan kita sibuk dengan pelbagai tugas dan juga amanah.

Tengok sajalah anak- anak yang lahir. Sekejap sahaja dah pandai meniarap, merangkak dan sebagainya. Begitulah dalam process kehidupan kita seharian. Ada masa susah dan juga senang. Dan ada masa, kita diduga dengan dugaan yang maha hebat.

Dalam tahun 2017 ini, banyak benda yang telah saya lalui. Yang suka dan juga duka. Kisah duka biarkanlah berlalu dan jadikan dia sebagai satu pengajaran.

Usah membebankan diri memikirkan perkara-perkara yang telah berlalu. Lihat sahaja apa yang kita ada sekarang. Hargailah selagi masih ada.

Tahun 2017 ini juga saya rasa syukur sesangat kerana anak lelaki saya telah pun mendapat tempat melanjutkan pelajaran di Politeknik. Dan insha Allah adiknya pula bakal menyambung pelajaran ke tingkatan 1 disekolah akan yang ditawarkan tidak lama lagi.

Paling saya tidak lupa bagaimana saya secara serius melibatkan diri dalam perniagaan car boat sale dan juga beberapa event disalah sebuah pusat pengajian tinggi.

Jujur saya tidak pernah buat semua perkara tersebut. Tetapi disebabkan terlalu ingin menimba pengalaman, saya sengaja mencari peluang untuk menguji diri sejauh mana kekuatan saya untuk melalui semua itu.

Namun syukurlah berkat doa dan juga tunjuk ajar adik tersayang, saya mampu melakukannya semampu yang boleh.
Malah sambutannya sungguh mengalakkan.

Banyak kenangan terindah dan juga bagaimana saya hanya mampu berdoa dan berharap sepenuhnya terhadap Allah yang maha esa.

Semoga tahun 2018, bakal memberi lebih banyak manfaat dan juga rezeki yang lebih melimpah ruah.

Sekian Terima kasih
Sariah Awang Senik


Tuesday 5 December 2017

LAMBATNYA MASA INI BERLALU

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
Http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alahai!! Rasa lambatnya masa berlalu malam ini.
Tahu kurang staff hari ini.
Tapi pelanggan yang masuk ke kedai ini tidak putus-putus.

Entah apa yang menarik tentang kedai disini, rasanya kurang pasti.
Mungkin juga produk makanannya yang terkenal satu masa dahulu.

Dan malam ini buat pertama kalinya saya menulis 2 entri dalam satu hari.
Dah tidak tahu apa nak buat.
Kebetulan pulak idea tu datang mencurah-curah.
Apa lagi saya draft dulu dan nanti kalau entri ini dah ok, bolehlah saya terus publish.

Jujurnya, saya memang minat menulis.
Tambahan pulak pengalaman yang saya lalui sendiri dah bermacam-macam cara.
Susah atau senang saya tetap akan harungi juga.

Syukurlah saya tetap bersabar walau apa keadaan sekalipun.
Kadang hilang juga kesabaran saya.
Tapi bila fikir diri susah, rasanya ada yang lagi susah dan perit.
Betul tidak???

Lama betul jam ini nak sampai ke pukul 11.30 malam.
Berzaman rasa menunggunya.
Di mata ini dah terbayang muka anak dara tersayang dan juga semua bulus-bulus yang comel-comel ini.

Okey.
Saya stop disini dulu.
Nak kekemas sebab sekejap lagi saya nak balik.
Bye.

INDAH KHABAR DARI RUPA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
Http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah.
Hanya beberapa minggu lagi berakhirlah tahun 2017.
Dan tahun 2018 pun bakal menjelma tiba. Banyak yang berlaku dalam tahun ini. Dalam masa yang sama banyak juga dugaan-dugaan yang telah kita harungi.

Samalah dengan keadaan saya ini. Hampir berbelas tahun jugalah bekerja menjaga perniagaan orang.
Terlalu banyak juga pengalaman pahit dan manis disini.

Walau rasa payah nak harungi semua, namun syukur alhamdulillah dapat juga saya melepasi semua dugaan ini.

Apa pun sejak kebelakangan ini, banyak sangat tanda-tanda yang menguatkan alasan saya untuk mengundurkan diri. Memang perniagaan saya ini diusahakan oleh kaum berbangsa Cina.

Biasalah bangsa Cina memang handal dalam menguruskan apa saja . Tidak kira dari segi produk ataupun perkhidmatan. Perniagaan ini telah diuruskan dari satu generasi ke generasi yang terkini.

Maka produknya jugak telah terkenal sejak sebelum zaman merdeka lagi.
Tetapi sejak kebelakangan ini, kualiti produk ini amat menyedihkan.

Tidak tahu silapnya dimana.
Dan sudah berkali-kali jugalah saya menyuarakan pendapat saya ini.
Pada mulanya, majikan saya ambil kisah juga.
Lelama masalah yang sama berlaku lagi. Yang menyedihkan produknya makin kecil dan kualiti sangatlah menghampakan saya.

Saya sangat tahu, bahawa perniagaan ini bukanlah saya yang punya. Juga sangat sedar yang saya ini hanyalah sebagai seorang pekerja sahaja.

Tetapi yang menjual dan juga menghadap pelanggan adalah saya setiap hari dan hampir bertahun macam itu.
Ada masanya para pelanggan merungut kepada saya. Kadangkala ada juga yang memaki hamun, tapi apalah daya saya sebagai seorang pekerja.

Saya tidak punya kuasa untuk mengubah semua itu.
Sayangnya produk ini telah ada nama dan sangat terkenal.
Tapi kualiti jauh langit dengan bumi.

Umpama indah khabar dari rupanya begitulah tentang segala hal tentang produk ini. Sejak akhir-akhir ini, banyak hal yang telah berlaku. Dan kesabaran saya sebagai seorang jurujual teruji jua.

Hampir setiap hari saya berdoa, agar menemukan cara untuk keluar dari masalah ini. Apa pun sayq telah nekad membuat keputusan untuk berhenti kerja secepat yang mungkin.

Rasa rezeki tidak berkat.
Perasaan bersalah dan banyak hal yang tidak dapat saya nyatakan demi menjaga nama baik sesetengah pihak.

Mohon tolong doakan untuk saya supaya secepat mungkin untuk keluar dari masalah ini dan sama sekali tidak mahu bekerja lagi disini.

Inilah satu-satunya cara yang paling terbaik dan sangat sesuai buat masa ini. Lebih baik saya fokuskan kepada perniagaan yang saya usahakan secara sampingan dan lebih mempunyai masa depan yang lebih cerah dan baik.

Tolonglah aminkan doakan saya ini ya.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Wishlist :
Nak beli sebuah kereta dan juga modal yang cukup untuk berniaga.
Dan kalau nak berwangi-wangian whatshapp lah saya disini http://sariahdexandratpg.wasap.my

Monday 27 November 2017

SAAT USIA MAKIN BERTAMBAH



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
Http://sariahawangsenik.blogspot.com

Dah beberapa hari cuaca hujan dan mendung.
Kalau tidak petang hujan, malamnya pulak hujan.
Kadang pagi hanya panas seketika.
Apa pun syukurlah dengan apa jua keadaan cuaca sekalipun.

Malam ini, agak lewat sikit balik dari kerja.
Sepatutnya setiap hari Isnin, tutup awal. Tapi dek sebabkan agak ramai pelanggan tadi, macam lewat sikitlah tutup semuanya.

Masa tengah tulis entri ini, akhirnya bulus kesayangan dah pun duduk diatas riba.
Tadi tengah masak nasi.
Sementara nak tunggu nasi tu sejuk, bolehlah saya tulis entri ini terlebih dahulu.

Kucing dan kehidupan saya, tidak akan dapat dipisahkan.
Macam aur dengan tebing.
Irama dan lagu dan juga beberapa peribahasa yang lain.

Semua bulus kesayangan saya, sudah faham akan rutin harian mereka sendiri. Pagi sebelum solat subuh mereka hanya makan biskut kegemaran mereka.
Dah tengahari barulah makan nasi dan juga ayam rebus dan sedikit sayur.

Apa pun apa saja makanan, si bulus itu semua tetap memakannya.
Alhamdulilah.

Lagi beberapa hari, maka berakhirlah bulan November.
Dan ada lagi sebulan lagi dalam tahun 2017.
Bermakna usia saya makin bertambah.
2017 saya berumur 43 tahun. Bulan Februari 2018, genaplah usia saya 44 tahun.

Hampir 5 tahun lebih jugalah saya bergelar seorang ibu tunggal.
Tapi bukanlah saya nak bercakap tentang status ini.
Kerana gelaran seseorang langsung tidak memberi apa-apa makna bagi diri saya.

Saat usia makin bertambah ini, maka saya harus memperbanyakkan lagi bekalan untuk yang disana nanti.
Teringin juga nak jejak kaki ke tanah suci Mekah dan juga dapat membalas segala jasa ibubapa walaupun tidak semuanya.

Nampak memanglah susah.
Jadi saya ambil keputusan berdoa setiap hari.
Mana tahu Allah perkenankan dalam masa terdekat ini.
Betul tidak??

Kadang kita ingat semuanya mustahil. Tapi kalau dah Allah izinkan tiada yang mustahil.
Senang sangat Allah nak permudahkan segalanya.

Ehemm. Panjang pulak entri saya memalam ini.
Syukurlah Allah senantiasa kurniakan idea saya tulis entri ini walau hanya sekadar nak tulis status di Facebook sahaja.

Mujur saya sengaja tuliskan link blog di Facebook, kalau-kalau ada yang berminat nak singgah nak membacanya.
Mana tahu boleh dapat hadiah ke, dapat berkongsi ilmu atau sekadar mencari arah tujuan kehidupan ini.

Perjalanan kehidupan ini bukan hanya disaat kita masih bernafas, walau telah tiada pun perjalanan ini tetap diteruskan.
Menuju sebuah kehidupan yang abadi dan juga lebih indah.

Dah hampir pukul 2 pagi.
Sejuknya sampai terasa berangin di cuping telinga ini.

Nekad dah membuat suatu keputusan. Keputusan untuk lebih konsisten menulis entri di blog kesayangan Travelog kehidupan ini.

Tahun 2018 ini terasa nak buat suatu kejutan.
Kejutan dan juga hadiah buat yang sudi singgah membaca di blog kesayangan saya ini.
Mungkin juga merupakan satu sedekah dari saya yang dengan niat yang satu.

Apa dia ya??

Nak tahu?
Maka rerajinlah singgah baca blog saya ini.
Mana tahu ada rezeki.
Betul tidak??



Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


Thursday 23 November 2017

YANG TERBAIK

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
Http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah. Dia dah lakukan yang terbaik!!!
Sudah berusaha sehabis yang baik.
Dan Allah sudah tetapkan rezekinya macam itu.
Apa pun, saya rasa sangat bersyukur.

Syukur jugak saya tidak suka menghukum dan memarahi anak-anak.
Bukan sebab manja.
Tapi tahu mereka telah buat yang terbaik.

Kelmarin saya lihat keputusan Semester abangnya. Rasa terharu dia dapat pointer 3.33 untuk semester pertama.
Dan sekarang melanjutkan pelajarannya ke semester 2.

Yalah. Dengan keadaan soalan peperiksaan UPSR yang serba mencabar dan ditambah tekanan dari pelbagai sudut, saya tahu dan yakin dia telah berusaha yang paling terbaik.

Bukan mudah juga bagi anak-anak saya untuk mengharungi semua ini. Dan tidak fikir bahawa kami tiga beranak sahaja yang susah di Malaysia.

Rasa syukur dan tidak bermegah diri. Membantu sesama sendiri dan tidak membalas segala keburukan yang orang telah lakukan terhadap diri kita.
Solat paling utama nak dijaga .
Juga harus belajar memberi walaupun sedikit.

Dengan keputusan peperiksaan UPSR 4A 1B dan 1C itu, sudah cukup membuatkan diri saya bahagia. Pedulikan apa yang orang fikir. Sebab kecemerlangan bukan dilihat dari sudut akademik sahaja.

Malah lebih daripada itu. Ini adalah langkah anak dara saya yang pertama dalam menuju episode kehidupan yang selanjutnya.
Ada hikmahnya Allah tetapkan perjalanan hidup saya dan anak-anak sedemikian.

Abang dan adik secara jujurnya membesar dalam keadaan yang kekurangan kasih sayang seorang ayah. Selepas saya berpisah dengan ayah mereka, hubungan saya dan ayahnya terpisah jauh.

Sejak itu, tidak pernah abang dan adik menyatakan perasaan rindu mereka terhadap ayah mereka. Ada masanya saya tahu mereka ini sangat bijak menyembunyikan perasaan mereka.

Tapi bila lihat dan renung ke dalam mata anak-anak saya tahu, mereka berdua sangat rindukan belaian kasih sayang seorang ayah.

Ayah mereka tidaklah berada jauh mana. Dan saya pula sama sekali tidak melarang mereka berdua untuk bertemu dengan ayah mereka. Bila-bila masa sahaja mereka bebas untuk bertemu dengan ayah mereka.

Agaknya mungkin ayah mereka mereka ada masalah. Walau apa pun masalah ayahnya, saya tetap berdoa agar segalanya dipermudahkan.

Sebagai seorang ibu tunggal, saya sama sekali tidak percaya kepada status. Biarlah sesiapa sahaja membuat pelbagai andaian mereka sendiri terhadap status ini. Sementara saya lebih suka memikirkan hanya yang baik-baik sahaja.

Nekad saya untuk lebih mengutamakan kebahagiaan anak-anak mengatasi kebahagiaan saya sendiri sejak dua atau tiga tahun nyata berbaloi. Sejak beberapa tahun yang lepas saya berusaha yang terbaik untuk memberi kasih sayang dan perhatian yang secukupnya.

Ada masanya saya rasa kekurangan dimana-mana. Namun saya tahu Allah lebih tahu akan segala niat saya itu.

Siang tadi apabila melihat wajah anak dara saya, saya tahu dia sangat perlukan sokongan saya sebagai seorang ibu. Saya telah memberitahunya bahawa apa saja keputusan, saya tetap terima seadanya. Masih banyak lagi peperiksaan yang harus anak dara saya lalui. Contohnya seperti peperiksaan PT3 dan juga SPM.

Perjalanan masih jauh dan dia tidak perlu gentar untuk melalui sebuah kegagalan. Dari satu kegagalan kita dapat belajar banyak perkara darinya.
Tanpa kegagalan tidak akan wujud sebuah kejayaan.

Umpama menaiki satu anak tangga . Jika jatuh berusaha untuk bangkit kembali dan begitulah seterusnya. Biar sakit dan bersusah payah sekarang daripada terpaksa melaluinya di kemudian hari.

Terima kasih Ya Allah atas segala anugerahMu ini.
Nyata Allah telah kurniakan begitu banyak nikmat lebih dari yang sepatutnya. Allah lebih sayangkan anak perempuan yang sulung. Tetapi dalam masa yang sama Allah ' Hadiah' kan dua orang cahaya mata yang teramat istimewa.

Dengan hadirnya anak lelaki dan perempuan, bagaikan satu anugerah yang tiada ternilainya. Melihat segala perkembangan mereka dan membesar menjadi seorang insan yang lasak dalam hadapi pelbagai halangan.

Buat adik, Nur Damia Rifqah dan abang, Muhamad Aiman Hakimi, percayalah doa ibu akan selalu mengiringi setiap langkah dalam menuju ke arah kebaikan dan kejayaan. Semoga jadi jadi anak yang soleh dan solehah serta berjaya dunia dan akhirat.
Aamiin.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


Thursday 16 November 2017

CAKAP BAGAIKAN SATU DOA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Amboi!!
Gelap betul hujan kat luar tu.
Rasa-rasanya macam nak hujan tidak lama lagi.
Semenjak dua menjak ini, ramai pulak pelanggan yang datang berhenti rehat kat R&R ini.

Bila dah singgah tu, maka banyaklah sikit kerja Kak Long ini. Dah berbelas tahun Kak Long bekerja kat sini. Jadi dah lali dengan apa keadaan sekalipun.

Ada masa sampai dah rasa tahap gaban dah mencari rezeki disini. Apa pun Kak Long memang rancang nak fokus sahaja pada perniagaan perfume Kak Long nanti.

Asbab dengan itulah, selalu sahaja Kak Long bayangkan, tulis dan cakap semoga dalam tahun depan dapat berhenti kerja dan hanya fokus pada bidang perniagaan dan penulisan sahaja.

Kalau diikutkan memanglah agak mustahil. Tapi bagi Allah tiada mustahil betul tidak!!

Semua itu urusan dia. Dan kita ini sebagai manusia, janganlah bersikap sombong dengan yang maha esa ini.

Kak Long membayangkan nanti setelah berhenti kerja, Kak Long rancang nak mohon lesen perniagaan untuk menjual dipasar Tani, pasar malam dan juga Car Boat Sale.

Setiap hari Kak Long membayangkan macam itu. Dan tidak lupa tulis juga dalam diari dan sebagainya.

Ada masanya memang terfikir. Boleh ke tercapai dalam masa yang terdekat ini??
Tapi kuasa Allah, manalah tahu kan!!
Jadi tugas kita ini hanyalah berdoa, berusaha dan buat yang terbaik.

Kadang kita fikir sangat susah, tapi bagi Allah tu, apalah sangat.
Kalau Allah tidak diizinkan, tiada yang mustahil.

Alhamdulilah. Turun jugak hujan, masa tengah habiskan tulis entri ini.
Dalam hati tetap berdoa dan terus berdoa semoga segala apa yang dirancang dan dibayangkan akan tercapai

Bagi yang singgah baca entri ini, mohon aminkan ya apa yang Kak Long cakap dan rancangkan ini.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Nota : Semoga segala apa yang dirancang dan didoakan dalam masa terdekat akan tercapai.

Tuesday 7 November 2017

PENGALAMAN HIDUP SUMBER INSPIRASI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
Http://sariahawangsenik.blogspot.com
Kata orang semakin jauh perjalanan, maka makin banyaklah pengalaman hidup kita ini.
Mungkin ada benarnya juga fakta ini.
Rasa nak biasakan diri Kak Longlah, biar entri ini harapan dapat memberi tindak balas yang lebih positif.
Sebelum tu, Al-Fatihah buat diri sendiri dan juga semua insan-insan tersayang yang sangat bermakna dalam hidup Kak Long ini.
Jujurnya, Kak Long ini bukanlah berpelajaran tinggi sangat. Belajar pun hanya setakat sampai SPM je. Cuma satu, Kak Long sangat suka menulis, melukis dan juga membaca. Masa sekolah dulu, Kak Long suka sangat habiskan masa dengan membaca buku Novel.
Selalunya masa itu, yang jadi pilihan novel Kak Long ialah kisah kehidupan dan kisah cinta. Jadi tidak hairanlah hobi suka membaca ini, anak lelaki dan anak perempuan Kak Long pun dah mewarisinya dari Kak Long.
Waktu itu, masa form 4 dan 5 , Kak Long berada dalam kelas aliran Sastera. Jadi masa buat karangan Bahasa Malaysia dan masa nak reka puisi, lagilah jadikan Kak Long makin kreatif.
Rasa menyesal pulak masa itu tidak sambung belajar dalam bidang yang Kak Long suka. Sekarang kalau nak sambung belajar, entahkan boleh atau tidak agaknya.
Tapi kalau tidak cuba, manalah kita tahu, kan?
Insha Allah rasanya Kak Long nak cuba jugak satu hari nanti.
Ok. Berbalik kepada kisah hidup Kak Long ini tidaklah seindah mana. Dan ada juga masa yang sangat menguji kesabaran Kak Long ini. Kak Long bernikah pada usia yang agak muda. Tidak silap Kak Long masa itu, dalam lingkungan umur 20 tahun.
Memandangkan arwah emak Kak Long masa itu baru saja beberapa tahun meninggal dunia, jadinya abah Kak Long risau akan diri Kak Long pada masa itu. Dahlah itu Kak Long pulak satu pejabat dengan bekas suami Kak Long.
Bagi mengelakkan perkara yang tidak baik berlaku, maka kedua belah pihak bersetuju dan Kak Long dan bekas suami disatukan dalam majlis perkahwinan yang amat sederhana.
Dan beberapa tahun selepas itu, Kak Long pun dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan yang sangat comel.
Ingatkan semuanya ok saja selepas kelahiran puteri sulong Kak Long tu.
Rupanya tidak sama sekali.
Dalam usianya yang tidak sampai sebulan lebih pada waktu itu, puteri sulung Kak Long disahkan menghidap penyakit Biliary Artesia. Itu nama saintifiknya. Atau pun kegagalan fungsi saluran hempedu ke hati dan sebagainya.
Patutlah sejal lahir dia susah nak tidur. Dan asyik menangis saja. Dia terpaksa membuat satu pembedahan yang agak besar untuk membetulkan saluran hempedunya.
Namun semuanya gagal. Satu-satunya cara yang paling terbaik untuk menyelamatkan dia, adalah melalui pembedahan Hati, tapi perlukan kos yang sangat tinggi. Masa itu penyakit ini tidak dikenali sangat.
Hanya beberapa tahun selepas itu sahajalah, wujud pelbagai dana bagi menampung kos pembedahan dan sebagainya. Itu belum lagi dikira kos selepas pembedahan.
Puteri sulung yang Kak Long namakan Siti Nur Balqis akhirnya meninggal dunia juga selepas 3 tahun lebih menanggung penderitaan penyakit ini. Yang pasti banyak perkara yang Kak Long belajar daripadanya.
Masih ingat lagi ramalan doktor bahawa arwah hanya mampu bertahun selama setahun lebih sahaja. Tapi disebabkan kuasa Allah mengatasi segala, maka hayatnya menjangkau hinggalah ke usia hampir 3 tahun lebih. Melihat arwah anak menjalani kehidupan seharian sangat menginsafkan Kak Long.
Semangat dia untuk terus hidup sangat tinggi. Dia berjuang habis-habisan melawan penyakitnya. Bahkan dah terbiasa menahan kesakitan setiap kali ambil darah dan cucuk sana sini di badannya yang kecil itu.
Sungguh semua itu bagaikan satu rahmat buat Kak Long. Peluang dari Allah untuk Kak Long membuat pahala sebagai bekalan di akhirat nanti. Dan itulah pengalaman Kak Long yang paling manis dan indah sekali.
Ada banyak lagi episod dugaan dalam kehidupan Kak Long. Bagaimana Kak Long mengorbankan sebahagian dari masa Kak Long untuk menjadi arwah mak mertua yang sedang sakit.
Walaupun tidak sepanjang masa menjaganya, tapi sangat menguji kesabaran Kak Long. Arwah emak mertua meninggal beberapa tahun selepas itu.
Setelah itu Kak Long diuji lagi dengan dugaan yang maha hebat. Satu dugaan yang membuatkan kehidupan Kak Long bertukar 360 darjah.  Dugaan diuji dengan pergolakan rumahtangga yang membawa kepada sebuah perceraian.
Itu semua tidak pernah terfikir yang Kak Long akan alaminya. Fikir Kak Long segala yang Kak Long lakukan dan korbankan dah terlalu banyak. Rupanya sangkaan Kak Long meleset sama sekali.
Bayangkan orang yang Kak Long cinta dan kasih selama ini berpaling tadah atas sebab-sebab yang sangat remeh. Apa pun selama ini Kak Long benar-benar pasrah atas semua dugaan.
Justeru, Kak Long bangkit membina kembali sebuah kehidupan yang baru. Membina kembali segala impian yang telah musnah. Yang pasti semua itu Kak Long lalui bersama-sama  dengan kedua cinta hati Kak Long iaitu anak-anak tersayang. Kini hampir 6 tahun Kak long berstatus seorang ibu tunggal.
Tidak kisah sangat pada status yang Kak Long ada dan tidak juga meraih simpati daripadanya. Sampai bila nak bersedih hati dan terus menyimpan dendam.
Kini semua kisah kehidupan ini benar-benar memberi inspirasi kepada Kak Long untuk terus menulis dan berkongsi di blog kesayangan iaitu Travelog kehidupan.
Semua ini Kak Long lakukan dengan satu harapan. Semoga yang singgah membacanya boleh dijadikan sebagai salah satu panduan kehidupan dan pengajaran.
Yang penting tahu nak buat sesuatu jika tersalaha langkah atau sudah jatuh.
Bangkitlah dengan penuh semangat dan senyumlah bahawa segalanya akan berlalu dan usah gentar saat diduga.
Kerana ada hikmah yang sangat besar menanti disebaliknya.
Percaya dan yakinlah.
Insha Allah.
Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik
Nota : Teringin nak tulis buku sendiri tentang kisah hidup ini. Namun belum ada rezeki dan ilmu yang cukup untuk semua itu. Semoga satu hari termakbul segala doa. Aamiin

Monday 6 November 2017

LAYAKKAH AKU AKAN NIKMAT INI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
Http://sariahawangsenik.blogspot.com

Dah bulan November ini.
Dalam dua atau tiga hari ini asyik hujan je. Kadang seharian mendung dan langsung tidak panas.

Agaknya dah nak masuk musim tengkujuh agaknya.
Apa pun apa saja, bersyukurlah seadanya. Walau hujan ataupun panas, alhamdulilah kita masih lagi merasai apa saja keadaan cuaca.

Kelmarin, kita digemparkan dengan negeri Pulau Pinang dan juga Kedah yang banjir. Dengan hujan yang kadang tidak menentu, apa saja boleh terjadi. Ditambah pulak setiap kali hujan juga turut bawa bersama angin ribut yang kuat.

Agaknya ada sesuatu yang Allah ingin ingatkan kepada semua hamba-hambanya. Bukanlah nak kata rakyat jelata Pulau Pinang ada banyak dosa atau sebagainya, tapi inilah teguran kasih sayang dari Allah.

Betapa walau ada masanya kita selalu lalai, Allah tetap juga mendengar akan segala permintaan kita.
Cumanya, segala doa itu ada masanya dimakbulkan secepat yang mungkin atau lambat sedikit.

Kalaupun lambat, usahlah berasa kecewa.
Mungkin Allah nak kita berusaha lebih gigih lagi dan mengutamakan Allah dahulu dalam setiap segi kehidupan kita.

Tapi itulah, biar lambat mana pun Allah tunaikan, dia tetap mengambil berat akan semua hambanya.
Tidak kiralah macam mana pun keadaan hambanya.
Tua, muda, susah atau senang. Tetap sama disisi Allah yang maha esa.

Dari pengalaman saya sendiri sejak dulu sehinggalah kini, Allah tetap menunaikan akan segala doanya.
Lagilah kalau saya sedang diuji akan sesuatu dugaan, maka bagi saya, saat itulah Allah begitu rapat dengan saya.

Bila berdoa kepada Allah secara bersungguh-sungguh, maka automatiknya Allah sedang menilai daya kekuatan keimana kita.
Maknanya tahap mana daya kesabaran kita dalam mengharungi sesuatu dugaan.

Adakah kita cepat mengalah??
Atau cepat marah???
Atau suka menyalahkan orang lain atas segala dugaan yang sedang kita dihadapi??

Pada saya apa yang disebutkan tadi, jika kita terus berada dalam keadaan itu, memang tidak akan membawa apa-apa kebaikan.

Ada baiknya, segala masalah atau apa saja perasaan kita luahkan semuanya hanya pada Allah. Allah akan maha segalanya. Dan dia sangat tahu apa yang terbaik untuk kita dan juga keluarga.

Tapi itulah, kita ini selalu lalai. Walau dah merasai akan sesuatu nikmat, kita sombong dengan Allah dan lupa untuk ucapkan terima kasih pada Allah.

Terukkan perangai kita!!
Rasa malu yang amat sangat!!

Kadang saya terfikir juga, walau ada masanya saya lambat untuk buat sesuatu yang wajib, tetapi Allah tetap saja memakbulkan doa saya satu persatu.

Ada masanya tertanya-tanya juga, adakah saya layak untuk kecapi semua nikmat ini lagi.

Oleh kerana semua itu, saya nekad untuk lebih mengutamakan Allah dalam setiap inci kehidupan saya.
Bukanlah hanya sekadar cakap-cakap kosong, tapi saya sedang berusaha gigih untuk ke arah itu.

Semoga apa yang ingin saya lakukan ini tercapai jua satu masa nanti. Dan tidak mustahil Allah akan tunaikannya secepat yang mungkin.
Terima Kasih Ya Allah, atas segala rahmatMu.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Friday 3 November 2017

PERJALANAN MASIH PANJANG

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
Http://sariahawangsenik.blogspot.com

Malam ini terasa panjang pulak. Selalunya rasa cepat sangat masa berlalu. Tapi tadi agak kurang pelanggan di tempat saya bekerja tu. Masuk kerja tadi agak lambat jugak.
Dalam pukul 3.30 petang lebih kurang macam itulah.

Apa pun demi namanya sebuah tanggungjawab dan amanah, saya harus selesaikannya sebaik yang mungkin.

Jujurnya saya sedang merancang sesuatu yang lebih baik daripada apa yang saya lakukan sekarang. Rasanya dah tiba masanya saya melepaskan segala amanah ini kepada orang lain yang lebih baik daripada saya.

Dalam sibuk menaip entri ini, saya sedang membayangkan sesuatu yang lebih mencabar namun dari sudut lain saya rasa senang melakukannya.

Perjalanan dan perjuangan ini masih panjang. Saya dan anak-anak tersayang harus menghadapi dengan hati yang tabah dan lebih berani.

InshaAllah satu hari nanti saya dan anak-anak akan berjaya jua satu hari nanti. Mohon doa dari para sahabat yang sudi singgah membaca entri yang tidak seberapa ini.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Wishlist :
Berhenti kerja awal tahun 2018.
Fokus pada bisnes De'Xandra.
Fokus pada penulisan di blog.

DAH BESAR DAH, ANAK IBU

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
Http://sariahawangsenik.blogspot.com

Sekejap je dah besar.
Dan dah genap pun 12 tahun umurnya.
Rasa-rasanya baru semalam mengandung dan melahirkan.
Macam tidak puas je, nak peluk dan cium dia selalu.

Itulah namanya seorang ibu.
Tidak akan pernah rasa letih atau sikit pun lelah apabila bercerita soal anak-anak ini.

Sejak kecil anak dara yang seorang ini tidak banyak karenah. Dilahirkan pada bulan April tahun 2005 bertarikh 5  haribulan.
Tepat jam 12 tengahari, lahirlah dia ke dunia yang serba indah ini.

Dia dilahirkan secara induce berikutan pintu rahim yang hanya terbuka 3 cm sahaja. Waktu itu, saya langsung tidak merasa sakit.
Siap boleh goyang-goyang kaki lagi diatas katil.

Tapi esok harinya, dalam hati ingat lambat lagi bersalin. Lepas doktor memeriksa saya pagi itu, dia terus memberitahu saya untuk dimasukkan ke wad untuk bersalin.

Sakit melahirkan secara normal agak berbeza sakit bersalin secara induce.
Atau senang cakap dipaksa bersalin.
Perasaan saya ketika itu, nyawa bagaikan dihujung tanduk.
Tidak henti-henti, mulut saya mengucap dan berdoa memohon kepada Allah, agar semuanya dipermudahkan.

Selepas dilahirkan, dia tidak banyak karenah. Sebaik dilahirkan, saya sudah boleh terus menyusukannya. Memang dia langsung tidak kenal susu formula.
Dari lahir sampailah berumur 2 tahun, memang saya menyusukannya seratus peratus.

Alhamdulilah. Anak dara tersayang jarang diserang apa-apa penyakit seperti deman ataupun selsema. Kalau puas dia menyusu, dia memang lama tidur. Dari kecil, dia hanya tidur dalam baby coat dan tidak sesekali saya tidurkannya dalam buaian.

Jadi saya senang bawa dia ke mana saja. Waktu itu abangnya sedang bersekolah tadika dan masa itu, abangnya sangat sayangkan adiknya.

Semua kenangan indah itu tidak akan pernah saya lupakan buat selamanya.
Sekarang dia dah pun genap berumur 12 tahun dan sekarang sudah pun menjadi seorang anak dara sunti.

Tidak lama dia bakal meninggalkan sekolah rendah dan melanjutkan pelajarannya ke sekolah menengah pula. Saya berdoa semoga dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan peperiksaan PSRA sekolah agamanya.

Dan saya juga doakan dia berjaya dunia dan akhirat dan jadi anak yang solehah.
Al-Fatihah untuk Nur Damia Rifqah dan juga abangnya Muhammad Aiman Hakimi.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Nota: Saya mohon doa dari para pembaca blog yang singgah baca entri agar dapat bersama-sama mendoakan kejayaan anak dara dalam peperiksaan UPSR dan PSRAnya.


Wednesday 25 October 2017

SELESAI SUDAH 5 HARI YANG MEMENATKAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
Http://sariahawangsenik.blogspot.com


Kata orang bukan senang nak senang. Kena usaha lebih gigih lagi untuk mencapai sesuatu matlamat. Pada cuti raya Deepavali yang lepas, saya terpaksa bekerja lebih masa dari pagi hinggalah ke petang. Jujur kalau nak ikutkan, bukanlah larat sangat nak kerja dari pagi sampailah ke malam.  Mujur masa itu anak  dara cuti sekolah dan si abangnya pulak cuti semester . Jadi ada orang yang boleh jaga anak dara saya tu dirumah. Masa bekerja dari jam 10 atau 10.30 pagi sampailah ke malam dalam pukul 11.30.  Kerja tanpa rehat yang betul dan agak sukar nak keluar bersolat. Nak-nak saya bekerja di hentian rehat dan rawat. Bila cuti umum atau cuti perayaan, memang orang ramai berhenti untuk berehat, makan dan sebagainya. Hampir berbelas tahun jugalah saya bekerja disini. Sejak anak dara berumur dalam 2 tahun setengah.


Bukan satu perkara yang mudah untuk  buat semua pekerjaan ini. Lagilah terasa perit, kerja yang buat sekarang bukanlah atas dasar minat. Semuanya hanyalah semata mencari pendapatan sendiri bagi menampung kos kehidupan yang makin meningkat.  Kerja pulak dari pukul 10.30 pagi sampai malam. Makan pulak hanya berkesempatan pada waktu tengahari saja. Bila sampai barang-barang nak kena bagi tag harga dan kemudiannya susun lagi. Kalau lambat nanti ramai pulak pelanggan yang datang nanti. 


Kalau nak tahu, saya hanya bekerja sebagai seorang pembantu kedai. Kedai saya adalah hanyalah menjual kuih pau dan juga air. Dan kuih pau itu adalah produk utama di kedai saya itu. 


Jadi kalau cuti umum ataupun perayaan, ramailah para pelanggan yang singgah berhenti rehat di R&R. Apa pun sepanjang lima hari bekerja itu, memang amatlah memenatkan . Namun saya bersyukur dapat menjalankan segala amanah dengan sebaik yang mungkin.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


Tuesday 10 October 2017

AJAIBNYA SEDEKAH

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber :Koleksi Peribadi
Http://sariahawangsenik.blogspot.com


Syukur dalam dua atau tiga hari ini, hujan turun mencurah-curah
Kalau pagi tadi panas terik.
Tapi bila dah masuk pukul 1 tengahari, cuaca pun berubah wajah.
Apa pun saya tetap bersyukur kerana dapat merasai panas dan hujan.
Buatnya panas terik atau ribu taufan melanda negara kita Malaysia,lagilah susahnya.

Tengah duduk-duduk tidak ada custumer ini, saya teringat pengalaman indah masa berbooth di Fiesta FunKAB UPSI baru-baru ini. 
Jujur hari pertama masa memula buka booth tu,memang agak kelam-kabut sikit. Yalah, inilah pengalaman pertama saya dan adik berbooth bersama-sama. Jadi semuanya mesti saya dan adik lakukan sendiri.

Walau agak lambat buka booth pada hari pertama, namun sambutannya, alhamdulilah, amatlah mengalakkan. Rata-rata para pelajar UPSI tu sudah tahu akan kewujudan perfume De'Xandra yang saya dan adik jual itu.
Oleh kerana pelajar-pelajar UPSI tu dah tahu akan perfume De'Xandra ini, maka agak mudahlah saya dan adik melakukan aktiviti penjualan.

Hari kedua, sambutan agak sederhana. Tapi saya dan adik tetap rasa bersyukur dengan rezeki yang ada, walau hanya dapat menjual perfume De'Xandra botol yang kecik sahaja.

Dan pada hari Sabtu itulah, satu keajaiban berlaku.
Memang kebetulan pada hari itu, para pelajar UPSI tiada kelas.
Namun kurang ramai pada sebelah tengaharinya. Dalam pada kurang orang hari itu, datanglah seorang perempuannya. Adik saya yang melayan perempuan tersebut dan bertanyalah sedikit latar belakang puan ini.

Katanya dia suka dengan wangian De'Xandra. Tahan lama dan boleh saja terus dibawa bersolat. Puan ini sebenarnya mempunyai sebuah pusat jagaan anak-anak yatim piatu. Kata Puan ini, kalau perfume De'Xandra ini dispraykan sedikit pada anak-anak yatim ini, pasti anak-anak yatim piatu ini akan lebih wangi dan gembira.

Dalam sibuk-sibuk puan ini melihat-lihat dan bau wangian De'Xandra yang ada, adik saya terus menyuruh dia memilih wangian mana yang dia suka dan nak sedekahkan perfume De'Xandra itu secara percuma.

Masa itu, duit tidaklah banyak mana.
Yang ada hanyalah perfume De'Xandra. Jadi adik saya rasa tidak salah nak sedekahkan perfume De'Xandra ini kepada Puan ini untuk kegunaan anak-anak yatim disana nanti.

Dalam 2 atau 3 jam selepas adik saya berbuat demikian, tidak disangka-sangka saya dan adik dapat menjual 4 botol besar. Mulanya tidak perasan. Lama- lama baru saya dan adik teringat yang petang tadi, kami telah sedekahkan sebotol perfume De'Xandra kepada Puan yang mempunyai pusat jagaan anak-anak yatim piatu.

Memang benarlah, dalam menjalankan sesuatu perniagaan, sedekah amat penting. Bila kita sudah bersedekah seikhlas hati, insha Allah rezeki yang datang tanpa disangka-sangka. Benarlah berniaga bukan hanya setakat untung atau rugi tapi bagaimana kita perlu menjaga hubungan yanh baik dengan yang memberi kita rezeki dan segala nikmat yang kita nikmati setiap hari.

Itulah besarnya kuasa sebuah sedekah.
Nampak remeh tapi impaknya sangatlah besar.
Walau hanya berniat memberi sebotol perfume De'Xandra, tapi nikmat yang Allah beri lebih daripada itu.

Apa pun, syukur atas segala rahmat Allah.
Maka sejak daripada hari itu, saya nekad untuk bersedekah terlebih dahulu sebelum me tumulakan apa-apa urusan perniagaan.
Alhamdulilah.



Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Thursday 5 October 2017

OKTOBER DATANG LAGI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
Http://sariahawangsenik.blogspot.com

Bulan Oktober datang lagi. 
Cepat sangat masa berlalu. Lagi dua bulan, bermulalah 
pulak era baru. Anak dara tersayang juga baru saja habis peperiksaan UPSR dan juga PSRAnya.
Alhamdulilah segalanya berjalan dengan lancar dan jayanya.

Apa pun bulan Oktober ini terlalu banyak yang perlu saya uruskan.
Terutamanya komitmen dalam kerja dan juga perniagaan perfume De'Xandra yang sedang saya usahakan.

Jujurnya saya tidaklah begitu berminat nak teruskan pekerjaan sekarang, tapi memandangkan ada yang masalah, maka saya haruslah bersabar terlebih dahulu.

Minggu depan pulak anak teruna tersayang nak balik bercuti. Cuti pun sebab tidak lama lagi akan hari raya Deepavali. Jadi agak seronoklah sikit dan tidaklah rasa sunyi sangat.

Semoga bulan Oktober 2017 ini tiada apa yang buruk berlaku dan semuanya akan berjalan dengan lancar dan jayanya.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Thursday 28 September 2017

BERKARNIVAL DI FUNKAB UPSI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
Http://sariahawangsenik.blogspot.com


Alhamdulilah. Inilah kali kedua saya berbooth di UPSI ini.
Jujur rasa berdebar jugak. Sebab pengalaman yang ini mungkin tidak sama macam yang pertama dulu.

Dulu ada lagi 2 atau 3 orang rakan yang membantu. Tapi kini hanya saya dan adik yang berusaha sebaik yang mungkin. 
Apa saja kekurangan dan juga harus kami atasi sebaik yang mungkin.
Kebetulan hujan lebat pulak hari ini. Patutnya boleh awal. Tapi adik tersayang terpaksa ambil semua stok di Putrajaya.

Dalam hati tidak pernah berhenti berdoa agar semua yang kami berdua rancang akan berjalan dengan lancar.
Walau pengalaman saya dan adik tidak sebanyak mana, tapi kekurangan bukanlah alasan bagi sebuah kejayaan.

Yang penting usaha, konsisten dan berdoa kepada Allah yang maha esa.
Mungkin ada hikmahnya, kenapa Allah aturkan semua ini.

Dan yang pasti selama 4 hari ini, saya bukanlah seorang penjual pau tapi adalah seorang penjual minyak wangi yang tugasnya mewangikan lagi semua insan-insan kesayangan anda.

Kalau yang belum kahwin itu, janganlah wangi sangat. Nak lagi wangi harum semerbak, cepat-cepatlah nikah ya, agar kita semua dijauhkan dari segala fitnah. Masih lagi hujan, tapi belum lagi berputus asa
Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Monday 11 September 2017

PERJUANGAN BARU BERMULA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
Http://sariahawangsenik.blogspot.com


Syukur alhamdulillah. Peperiksaan UPSR pun dah bermula semalam.
Macam-macam perasaan yang ada.
Kalau cakap pasal risau tu, hanya tuhan sahaja tahu.
Dah tidak tahu nak buat apa, saya hanya mampu agar anak dara tersayang dapat menjawab semua soalan UPSRnya dengan lancar dan betul.

Saya tahu, saya tidak mampu nak hantar dia pergi tuisyen yang memahal. Nak beli vitamin pun, hanya yang harganya murah-murah saja.
Itu itu bukanlah kayu pengukurnya.
Rezeki bukan manusia yang tentukan. Insha Allah jika anak dara tersayang dah berusaha sebaik yang mungkin, insha Allah rezeki untuk dia tetap ada.

Pagi tadi saya hanya mampu dan memberikan dia kata-kata semangat. Nampak dia ceria sahaja pagi ini. Sesekali saya kerap pesan kat dia supaya perbanyakkan berdoa dan berserah kepada Allah yang maha kuasa.

Apa pun semoga anak tersayang Nur Damia Rifqah dan juga semua anak-anak yang sebaya dengan anak yang menduduki peperiksaan UPSR tahun 2017 akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segalanya.
Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Saturday 2 September 2017

HARI RAYA AIDILADHA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Dari Group Whatshapp
Http://sariahawangsenik.blogspot.com


Alhamdulillah. Hari ini adalah hari 3, hari raya Aidiladha. Syukur saya masih lagi berpeluang menyambut bersama kedua  anak tersayang.
Macam biasalah, tahun ini saya dan anak-anak  hanya sambut secara sederhana saja. Lagipun abah, mak cik dan juga adik yang bongsu, sekarang berada di Mekah, sedang mengerjakan ibadah haji.
Harap-harapnya satu hari nanti, saya berdoa semoga saya dan kedua anak tersayang juga dapat mengerjakan ibadah haji suatu hari nanti.
Sebenarnya, banyak sangat maksudnya tentang hari raya haji ini. Bukan saja melakukan penyembelihan terhadap haiwan , tapi lebih dari itu.
Secara kebetulan pulak, hari raya haji pada tahun ini jatuh sehari selepas sambutan Hari Kemerdekaan negara Malaysia yang ke 60 tahun.
Jadi molek sangatlah dengan maksud hari raya Aidiladha pada tahun ini.
Bukan senang nak mencapai sebuah kemerdekaan ini. Bukan saja terpaksa berkorban nyawa malah lebih daripada itu. Dan bukan mudah jugalah untuk satukan semua bangsa yang ada pada masa itu.  Kita tahu kan ketika itu yang ada hanyalah bangsa Melayu, Cina  dan juga India. Faham-faham sajalah keadaan pada masa itu. Tapi alhamdulilah  kita dapat bersatu padu , bertolak ansur dan hidup aman damai demi sebuah negara yang dinamakan Malaysia. Amboi! Macam berceramah pula saya ini. 

Jadi sebagai generasi yang tidak berapa nak muda atau tua ini, adalah menjadi kewajiban untuk sama-sama kekalkan keharmonian dan kerukunan negara Malaysia ini. Patutnya kita rasa bertuah, sebab walaupun hidup tidaklah semewah mana, tapi kita diberi banyak pilihan dan juga bantuan. Walau tidaklah semua, tapi saya tetap rasa bersyukur dan senantiasa berdoa agar negara Malaysia senantiasa selamat daripada segala malapetaka dan juga anasir-anasir jahat diluar sana.

Tengok jelah bila tiba hari-hari perayaan. 
Tidak kira raya Gong Xi Fai Chai ataupun Deepevali dan juga hari raya puasa, tiga bangsa tetap tidak lepaskan peluang balik bercuti menghabiskan masa bersama keluarga tersayang. Tetap meriah dengan cara yang tersendiri. Tetap dapat hidup bebas berjalan ke sana dan juga ke  mari. 

Cuba lihat berita dan tengok segala berita tentang perang seperti di Palestin, Syria , Rohingya dan sebagainya. Betapa susah dan peritnya hidup mereka. Rumah tidak ada, apatah lagi makanan. Ada yang sampai mati kebuluran kerana tidak makan selama beberapa hari.
Yang sedihnya adalah kanak-kanak, wanita dan juga orang-orang tua. Mereka terpaksa berkorban nyawa demi nak dapatkan sesuap nasi ataupun minuman. Jadi kita patutlah selalu rasa bersyukur dan janganlah pulak lupa untuk terus berdoa agar negara yang kita sayangi ini, iaitu negara Malaysia terus dilindungi daripada segala perkara yang buruk berlaku terhadap negara Malaysia.



Jom kita sedekahkan bacaan  Al-Fatihah sebagai rasa bersyukur kepada Allah yang maha kuasa. 

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Thursday 24 August 2017

MENCARI CINTA ILAHI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
Http://sariahawangsenik.blogspot.com


Alhamdulilah. Dah pun hari Jumaat.
Terasa cepat sangat masa berlalu kan.
Pejam celik masa pun berlalu macam tu je.
Usia pulak makin bertambah. Dan bebila masa
saja ajal datang menjemput kita.

Apa pun selagi masa masih ada tetap saya berdoa semoga 
senantiasa dapat buat kebaikan setiap hari.
Pernah tidak dalam hidup kita ini, semua orang
yang kita sayang tinggalkan kita begitu saja?

Jika berpisah dek kematian, kita ini tidaklah rasa
terlalu perit sangat. Tapi jika berpisah hidup contohnya
berlalu perceraian dalam kehidupan memang pada 
peringatan mula-mula tu rasa perit sikit.

Segala apa yang berlaku pasti ada sebabnya.
Mungkin ada hikmah Allah aturkan jadi begitu.
Allah mungkin nak kita lebih dekat dan selalu berkasih sayang terhadap
Allah yang maha esa.

Bersempena dengan hari Jumaat yang paling mulia diantara banyak hari ini, saya cuba mencapai misi untuk mencari cinta Ilahi dengan usaha perbanyakkan lagi zikir setiap hari.
Teringin juga merasai sendiri akan hikmah daripada berzikir ini.
Zikir adalah satu satu pengubat dari segala macam jenis penyakit. Zikir juga dapat menghilangkan rasa sedih dan kecewa dalam menjalani kehidupan seharian ini.

Ajaibkan zikir ini.
Maka dengan sebab itulah, saya usaha sedaya upaya untuk banyakkan
zikir walaupun hanya sempat berbuat demikian dalam masa yang paling singkat.

Usaha nak buat secara lebih konsisten dan istiqamah.
Bila selalu amalkan terasa diri lebih tenang dan bebas dari semua rasa resah. Walau banyak masalah menghantui diri, namun tetap rasa tenang untuk menghadapinya.

Doakan saya untuk lebih konsisten dalam mencari cinta yang lebih sejati ini. Memang benar walau apa keadaan kita sekalipun, tidak sesekali Allah tinggalkan kita, malah tetap berada disamping kita dalam setiap teguran kasih sayangnya.



Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Monday 7 August 2017

BERTAHAN SELAGI MAMPU

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
Http://sariahawangsenik.blogspot.com


Ada masanya kita ini patut bersyukur atas segala apa
yang kita nikmati sekarang. Dan adakalanya bukan
mudah kita nak hadapi sesuatu dugaan. Tapi kalau
langsung tidak ada dugaan dalam hidup kita mana 
kita akan belajar dan sedar akan kekurangan diri kita 
bukan?

Itulah yang selalu saya hadapi dalam kehidupan 
seharian saya. Walau apa pun gelaran saya, itu bukan
kayu pengukur untuk saya terus lemah dan kalah
dengan apa jua cabaran yang mendatang.

Saat diduga oleh dengan pelbagai cabaran, saya 
hanya lebih suka mengambil langkah untuk tenangkan 
diri dan usahakan luahkan rasa tidak puas hati atau
pun dengan cara tersendiri.

Adakalanya saya suka berbuat sesuatu untuk
mencari dan selesaikan segala masalah 
dengan cara yang tersendiri.

Bertahan selagi mampu dan tidak rasa tertekan 
atau sebagainya. Biar semakin banyak
cabaran, makan saya percaya hikmah
disebaliknya pun besar.


Sekian Terima Kasih
Sariah 

Tuesday 1 August 2017

BULAN OGOS BULAN KEMERDEKAAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
Http://sariahawangsenik.blogspot.com

Sekejap je dah masuk bulan Ogos 2017. Dan tidak lama lagi masuk pulak tahun 2018. Tapi bulan Ogos ini adalah bulan kemerdekaan dan kita patut lebih menghargainya lagi.

Apa pun janganlah tunggu bulan Ogos baru kita nak hargai dan pupuk lagi semangat patriotiknya. Apa pun nikmat kita dapat sekarang bukannya mudah. Nak dapatkan satu kebebasan pada zaman dahulu terpaksa berkorban nyawa dan sebagainya.

Dan terpaksa lalui pelbagai dugaan dan juga cabaran. Bulan Ogos ini bukan hanya semangat patriotik terhadap negara tapi lebih daripada itu. Maknanya kita harus bebaskan juga diri kita dari semua aura-aura yang negatif dan kekalkan selalu aura positif.

Memang ada kalanya bercakap tidak semudah nak melakukannya.
Tapi sampai bilalah kita harus letakkan diri kita dalam aura yang negatif. Sebab rasa negatif itu bukannya menguntungkan diri tapi merugikan kepada diri sendiri.

Bila rasa negatif itu terus ada dalam diri maka memang susahlah kita nak capai satu-satu kejayaan. Secara automatiknya bila nak berjaya, suka atau tidak semua perasaan negatif itu harus dibuang serta merta.

Bersempena dengan bulan kemerdekaan ini, kita haruslah juga bebaskan diri kita dari semua perasaan negatif dan bangkit dengan semangat yang baru.


Sekian Terima Kasih
Sariah Aw

PANGGILAN HAJI BUAT ABAH TERSAYANG

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
Http://sariahawangsenik.blogspot.com

Syukur alhamdulillah, pada 28/7/2017 yang lepas, abah tersayang juga mak cik dan adik telah pun berangkat ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Abah dan makcik telah bertahun lamanya berada dalam senarai menunggu untuk ke tanah suci kota Mekah. Dan tahun ini 2017, adalah tahun yang paling bermakna buat mereka berdua.

Secara kebetulan abah baru saja menjalani pembedahan dibahagian matanya dan semoga abah tidak mengalami apa-apa kesakitan sepanjang menjalankan ibadah haji ini. Pelbagai perasaan yang sukar saya jelaskan. Apa pun walau tidak mampu membantu abah untuk perbelanjaan tunaikan haji tersebut, saya tidak henti-henti berdoa agar segala perjalanan untuk jalankan apa saja ibadahnya agar semuanya dipermudahkan dan abah, mak cik dan adik senantiasa dibawah rahmat Allah.


Baru beberapa yang lepas, abah, makcik dan juga adik telah berada di  Madinah. Dan ketika itu, sempatlah juga adik beberapa keping gambar-gambar yang menarik. Doa saya semoga abah, makcik dan adik mendapat haji mabrur dan segala ibadah sepanjang berada di Mekah dipermudahkan semuanya.

Tidak mampu beri wang ringgit yang banyak, hanya berdoa dan terus berdoa agar mereka senantiasa dibawah rahmat dan kasih sayang Allah.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Friday 21 July 2017

MENJELANGNYA PEPERIKSAAN UPSR

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
Http://sariahawangsenik.blogspot.com

Rasanya cepat sangat masa berlalu. Anak dara tersayang pun dah berumur 12 tahun. Dulu masa kecil, anak dara ini memang anak yang tidak cerewet. Nama anak dara saya yang seorang ini ialah Nur Damia Rifqah Bin Ahmad Roslan.

Saya panggil dia Damia ataupun Mia. 
Masa nak bersalinkan dia dulu, saya dah terlewat beberapa hari.
Memang tahu dah lewat tapi yang peliknya langsung tidak rasa sakit nak bersalin.

Itulah sebabnya saya terpaksa pergi ke hospital Selayang untuk rujuk kes saya disana. Bila sampai disana, faham-faham jelah apa yang doktor buat.
Dipaksa bersalinlah apa lagi. Sakit rasa terpaksa bersalin ini, lain sikit dari bersalin biasa.

Jujur saya lebih suka bersalin biasa macam arwah kakaknya dan juga abangnya. Tapi dah tidak rezeki nak bersalin cara macam itu. Sejak dari kecil, dia memang tidak banyak ragam. Bila dah besar ini, lain pulak ceritanya.

Hobi dia yang paling utama adalah membaca dan juga suka tengok cerita Running Man dan drama Korea. Kadang bila dia bercerita tentang semua kisah Korea itu, saya sendiri pun susah nak faham.

Apa pun tidak lama lagi , iaitu minggu depan dia bakal menduduki peperiksaan percubaan UPSR. Dalam hati saya sebagai seorang ibu, bohong sangatlah kalau langsung tidak risau akan dirinya. Bila tengok setiap hari dia siapkan kerja sekolah pagi dan petang, rasa tidak sampai hati untuk terlalu menekan diri dia.

Nanti jadi lebih teruk pulak. Biarlah dia rasa releks dan dapat lepaskan segala rasa stress itu dengan lakukan perkara-perkara yang lebih bermanfaat. Semoga dia dapat lakukan yang terbaik dan lancar segala urusannya semasa hadapi peperiksaan percubaan UPSR nanti.

Mohon doa semua kepada sesiapa yang sudi baca entri ini ya.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik



Thursday 20 July 2017

MENULIS SATU TERAPI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
Http://sariahawangsenik.blogspot.com

Rasa macam dah lama sangat tidak menulis ini. Terasa pulak yang traffic pembaca yang singgah baca blog Travelog kehidupan ini makin kurang. Apa pun semuanya adalah salah sendiri.
Kalau konsisten menulis dengan entri-entri yang baru pasti ramai yang akan singgah membaca blog ini.

Jujurnya saya ini sedang berusaha untuk menulis dengan lebih santai lagi. Tidaklah terlalu skema sangat. Nanti bosan pulak orang yang membaca entri ini.

Bila tiap kali nak menulis ini, saya mesti bayangkan seolah-olah bercakap dengan seseorang. Kalau tidak saya masih terikut-ikut​ cara menulis karangan masa nak SPM dulu.

Masa sekolah subjek Bahasa Melayu dan Sastera adalah 2 subjek yang paling saya minat. Tiap kali buat karangan je, pasti ayat-ayat lebih dari beberapa patah perkataan yang telah ditetapkan. Kadang saya rasa menyesal juga sebab tidak belajar betul-betul dalam bidang penulisan ini.

Dulu , diari saya adalah rakan yang paling rapat sekali. Sebab bila setiap kali ada masalah je, semua rasa marah, benci dan sebagainya, saya luahkan dalam bentuk penulisan.

Jadi semua rasa marah, sedih dan sebagainya itu tidaklah terkena pada kepada orang lain. Yang paling kelakarnya, bila rasa sedih itu, penuh 2 atau 3 mukasurat dalam diari itu. Bila tidak ada idea, pendek-pendek je tulis. Memang menulis berikan saya satu kepuasan. Susah nak cakap, kepuasan iti macam mana.

Masa sedang tulis entri ini pun saya sedang sibuk bekerja. Tapi usaha curi-curi masa tulis entri ini. Ada masanya saya tulis dan simpan dulu. Kemudian bila ada masa je, barulah saya publishkan.

Itulah cara saya gunakan penulisan sebagai satu terapi nak hilangkan stress. Bila tulis itu sedaya upaya janganlah tulis benda-benda yang negatif. Usahakan untuk tulis hanya yang positif saja.

Dan tidak mustahil juga dari minat menulis juga boleh juga menambah pendapatan sampingan.



Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Monday 17 July 2017

TUHAN, JAGAKAN INSAN-INSAN TERSAYANG INI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
Http://sariahawangsenik.blogsot.com


Inilah wajah-wajah kesayangan yang senantiasa memberikan kekuatan kepada saya untuk mengharungi seluruh kehidupan ini. Percaya dan yakin bahawa setiap apa yang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri. Abah, mak cik dan juga adik yang paling bongsu sekali.

Tidak lama lagi abah, mak cik dan adik bakal berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadat haji pada 28 haribulan 7 ini. Syukur setelah hampir 5 atau 6 tahun penantian, akhiratnya cita-cita abah dan makcik termakbul jua.

Sebak rasa mengenangkan segala susah payah abah membesarkan kami adik-beradik sejak arwah emak meninggal akibat penyakit kanser Payudara. Waktu itu, abah menguruskan segala urusan rumahtangga dan menjaga arwah emak sebaik dan semampu yang boleh. Walau banyak kekurangan dan tidak selengkap arwah emak, namun abah telah melakukan yang terbaik buat kami adik-beradik.

Abah banyak berusaha dan juga hidup berdikari . Segala kemahiran abah, abah gunakan untuk mencari pendapatan sampingan. Kebetulan kemahiran abah dalam bidang pertukangan rumah dan juga melakukan aktiviti pertukangan seperti membuat almari, tempat kasut, kabinet dapur dan pelbagai hasil dari seni pertukangan.

Boleh katakan semua hasil pertukangan abah ada dirumah. Dia seorang yang tidak suka membuang masa , kemas dan juga pandai memasak. 

Apa pun saya dan adik-beradik yang lain berdoa semoga segala urusan abah, makcik dan adik berjalan dengan lancar. Semoga segala ibadah abah, makcik dan adik diterima Allah dan tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku.

Ya, Allah, kau lindungilah insan-insan tersayang ini . Rahmatilah mereka dengan sepenuh kasih sayangMu , Ya Allah. Terimalah segala amal ibadah mereka dan kurniakan mereka haji yang mabrur.

Terharu dan rasa teruja. 
Tidak pernah dengan abah sebegini lama.
Semoga selamat sampai ke tanah suci Mekah dan kembali semula ke pangkuan kami adik-beradik.

Mohon DOA dari sahabat yang singgah membaca blog ini agar semua urusan dan perjalanan abah, makcik dan juga adik dipermudahkan sebaik yang mungkin.
Aamiin.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

RINDU SEORANG IBU

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
Http://sariahawangsenik.blogspot.com

Semakin hari, makin cepat masa berlalu. Hari itu si anak bujang tersayang sudah melanjutkan pelajarannya di Politeknik Kuantan. Yang tinggal hanyalah si anak dara yang selalu tidak sependapat. Apa pun sejak abangnya tidak ada ini, dia makin pandai hidup berdikari dan belajar segala urusan rumahtangga.

Sejak abangnya tidak ada ini, saya kerapkali juga menghabiskan masa bersama. Yalah, tidak lama lagi si anak dara akan menduduki peperiksaan UPSR dan insha Allah ada rezeki, pasti dia nak melanjutkan pelajarannya di sekolah berasrama penuh. Sebagai seorang ibu, saya senantiasa mendoakan yang terbaik buat kedua anak tercinta.

Kata orang naluri seorang ibu itu sangat kuat. Apa saja yang berlaku kepada anak-anaknya, hati seorang ibu itu dapat merasai hal yang sama juga. 

Dengan keadaan saya sebagai seorang ibu sekaligus seorang ayah, terlalu banyak perkara yang perlu saya selesaikan seberapa segera. Bila dah sibuk itu, ada masanya saya terlepas pandang juga. Memandangkan anak dara tersayang bakal menduduki peperiksaan percubaan UPSR pada 24 bulan Julai ini, saya tidaklah mendesak dia untuk tidak terlalu stress.

Saya mencuba sedaya-upaya untuk membuat dia tenang dan dapat belajar dalam keadaan yang aman. Kalau nak tahu setiap hari dan masa saya usaha luangkan masa yang ada untuk bertanya khabar tentang anak dara dan juga abangnya yang sedang belajar di Kuantan.

Alhamdulilah. Abangnya sihat seadanya dan berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam pelajaran dan juga agama. Solat dan mengaji juga sedekah tidak pernah lupa untuk selalu ingatkan anak-anak tersayang.

Begitu juga dengan hal kepada si anak dara tersayang. Saya doakan agar kedua anak tersayang bukan saja cemerlang di dunia malah diakhirat jua nanti. 
Insha Allah.
Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...