Saturday 25 April 2020

MINAT MEMBACA DI KALANGAN ANAK-ANAK SEMASA TEMPOH PKP


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Dari Group Telegram
http://www.facebook.com/sariah.awangsenik

Alhamdulillah. Selesai menunaikan puasa dan bersolat Terawih pada hari yang ke 2 Ramadan. Walaupun berpuasa dan bersolat terawih dalam keadaan yang sungguh berbeza di sebabkan pandemik Covid-19, namun jauh dihati ini tetap rasa bersyukur.

Perkara yang paling bermakna adalah dapat memeriahkan bulan puasa dan bersolat terawih bersama dengan anak-anak tersayang. Biarpun anak-anak dah remaja dan dewasa, tetapi itu tidak bermakna mereka berdua tidak perlukan lagi perhatian, malah inilah masa terbaik untuk merapatkan hubungan mesra antara kami anak-beranak.

Memandangkan tempoh PKP ini dilanjutkan lagi sehingga ke 12/5/2020 ini, maka secara tidak langsung anak-anak menghabiskan cuti yang agak lama di rumah. Bagi anak-anak yang dah agak besar dan remaja, pasti mereka ada agenda tersendiri menghabiskan masa yang terluang di rumah. 

Asalkan perkara yang mereka ingin lakukan itu tidak membawa kelalaian mereka kepada tanggungjawab menguruskan rumahtangga. Itu bagi anak-anak yang dah agak besar.

Bagi anak-anak yang masih kecil dalam lingkungan umur 7-17 tahun, masa yang ada ini dapat diisikan dengan aktiviti-aktivi yang lebih berfaedah, contohnya dengan membaca buku cerita, novel, komik dan sebagainya.

Masih saya ingat anak dara ketika masih bersekolah rendah, amat gemar membaca buku novel remaja, yang penulisnya bernama Ain Maisarah. Penulis Ain Maisarah ini telah banyak menulis buku-buku novel remaja untuk kanak- kanak dan mempunyai satu syarikat yang menerbitkan semua buku-buku yang beliau tulis iatu BLINK. 

Terdapat banyak buku-buku untuk anak-anak dan juga remaja yang sesuai antara umur 7-17 tahun.  Kisah-kisahnya sangat ringan dan disampaikan dalam bahasa yang mudah difahami oleh anak-anak dan remaja.

Semua buku ada pakej-pakej yang tersendiri. Dan yang bestnya ada satu berbentuk baru yang dinamakan sebagai Nomik iaitu gabungan novel dan juga komik. 
Agak menarik bukan? 

Rasanya zaman penulis dahulu tidak ada lagi Nomik ini. Semua lukisan-lukisan yang ada dalam setiap buku keluaran BLINK adalah berwarna-warni dan boleh membuatkan anak-anak tidak jemu membacanya.

Jika ada yang nak tahu apakah senarai buku yang ada dalam BLINK ini bolehlah lihat di lampiran katalog yang disediakan ini.

Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi saya di link wasap yang saya sertakan dibawah. 

Dan kalau anda membeli lebih dari 5 buah buku, bakal mendapat 1 buah buku secara percuma. Best kan macam itu?

Kesimpulannya dalam tempoh PKP ini dapatlah lagi menambah minat anak-anak untuk membaca selain asyik memegang gajet yang boleh membuatkan mereka terleka dalam dunia mereka yang tersendiri.

Apabila habis sahaja tempoh PKP ini, anak-anak makin bijak dan pandai membaca sekaligus dapat menjadikan mereka lebih bersedia untuk belajar matapelajaran yang lain.





Dengan adanya buku-buku BLINK ini dapatlah mengisi masa lapang yang ada dan anak-anak tidak cepat merasa bosan di rumah.


Sekian






Friday 24 April 2020

AKHIRNYA RAMADAN PUN TIBA


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook/sariah.awangsenik@gmail.com

Syukurlah bulan Ramadan disambut dalam penuh keinsafan dan ketenangan.
Walau menyambutnya dalam keadaan yang jauh berbeza seperti kebiasaannya, namun tetap berasa bersyukur. Meraikan bulan Ramadan dalam kekalutan memerangi wabak penyakit Covid-19 ini bukanlah satu perkara yang mudah.

Setiap kali kerisauan timbul, maka saat itulah terus sahaja berdoa kepada Allah agar permudahkan segala ibadah ini. Yang pasti setiap kesukaran ini, ada anak-anak disamping dan itulah kekuatan yang paling utama.

Apa sahaja yang Allah aturkan ini pasti ada hikmahnya yang tertentu. Siapa tahu Allah aturkan hikmah yang maha besar dan luar biasa. Jadi buat masa sekarang, teruskanlah berdoa dan berusahalah mematuhi apa yang kerajaan telah tetapkan.

Insyaallah. Walau keadaan selepas dari wabak ini mungkin tidak akan sama, namun sekurang-kurangnya kita dapat berusaha bersama-sama lakukan yang paling terbaik.
Biarpun bulan Ramadan yang hadir dengan nafas yang berbeza namun pertingkatkan lagi dalam soal amal ibadah kita kelak.

Insyaallah. Selamat menyambut bulan Ramadan dan semoga amal ibadah kita diterima oleh Allah yang maha esa.


Sekian 

Tuesday 21 April 2020

RINDU ALAM


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Dari Group Telegram
http:www.facebook.com/sariah.awangsenik

Sedar tak sedar dah nak hampir sebulan duduk di rumah akibat wabak Covid-19. Di sebabkan penularan wabak inilah, kerajaan mengadakan tempoh PKP 1,2 dan juga PKP 3. Tidak pasti apa yang bakal berlaku selepas pada tarikh 28/4/2020.

Yang pasti segalanya pasti akan berubah. Tidak boleh lagi bersalam ataupun melakukan segala aktiviti seperti kebiasaanya. 

Apa pun demi untuk memutuskan rantaian wabak ini, maka kita perlu tingkatkan lagi tahap kesabaran untuk membantu barisan frontline agar segala penat lelah mereka tidak disia-siakan. 

Selama tempoh PKP ini, bermula dari PKP 1,2 dan 3 belum pernah lagi rasa bosan. Sebab yang paling utama, adalah senantiasa bersama anak-anak tersayang. Yang si abang di Ipoh dan adiknya bersekolah asrama. Maka secara tidak langsung sudah terbiasa hidup bersendirian.

Bila mereka berdua ada di depan mata, terasa lebih bersemangat dan kadangkala berbeza pendapat. Apa pun keadaan itu tidaklah lama. Kerana antara anak dan diri ini, kami menyukai satu hal yang sama sejak dulu. Kami tiga beranak suka dan sayangkan kucing. Walau hanya kucing kampung, sayangnya tetap sama. 

Itulah yang menyatukan kami tiga beranak. Setiap hari apabila masuk sahaja ke ruang dapur pasti akan terlihat di kawasan belakang rumah ini. Terdengar bunyi burung, air sungai yang mengalir, suara ayam bersahut girang dan sebagainya.

Indah dan mahal sungguh nikmat itu. Satu masa dulu, selalu menghabiskan masa melakukan rutin harian. Sebelah pagi menghantar anak dara ke sekolah rendah dengan hanya berjalan kaki, kerana sekolah kebangsaannya tidak jauh dari kawasan perumahan ini. 

Kemudian sebelah petang pula, menghantar anak dara ke sekolah rendah agama. Yang sekolah rendah agama ini agak jauh. Terpaksa bersabar berpanas hujan berjalan kaki menghantar anak ke sekolah rendah agama. Bertahun-tahun di sepanjang perjalanan itu terpalit sejuta kenangan indah. Semua tumbuhan, pokok dan juga rumput menjadi saksi akan segala perjuangan ini.

Sesekali saat lelah, berhenti sejenak menikmati keadaan sekeliling. Betapa di daerah ini keindahannya masih terpelihara. 

Kini hanya mampu memandangnya dari kejauhan jendela teratak ini. Hanya sesekali terasa hembusan bayu yang singgah bertandang. 

Masih jelas di minda akan pepohon hijau tumbuh meliar juga bunga-bungaan yang indah di halaman rumah jiran tetangga. 

Bunga seperti bunga kertas menjadi bunga wajib yang ada di setiap kejiranan.

Namun sejak tempoh PKP ini, masih lagi tidak dapat bebas keluar tanpa ada alasan yang tertentu. Rasa kerinduan terhadap alam yang Allah ciptakan ini, hanya Dia yang mengetahuinya.

Dahulu masa dihadapan mata jarang nak menghargai. Kini Allah tarik kenikmatan sebentar dan digantikan dengan nikmat yang lain pula. Maka senantiasa muhasabah diri agar tidak lalai dengan segala nikmat yang diberi.

Demi nak hilangkan rasa kerinduan terhadap alam, sengaja kongsikan gambar-gambar pemandangan yang menarik di entri ini. Biarpun masih tidak berkesempatan untuk menikmati segala, keindahan ini bakal terlukis terdampar indah diruangan mata hati. 
Insyaallah.

Sekian


Saturday 18 April 2020

KOLEKSI BUKU KANAK-KANAK


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Dari Group Telegram
http:www.facebook.com/sariah.awangsenik

Amboi! Bukan main lagi si anak teruna masak nasi goreng Cinanya.
Siang tadi hanya masak tom yam sup dan sambal sotong. Malam ini anak teruna masak sendiri nasi goreng Cinanya. Alhamdulillah. Dah besar, jadi pepandailah dia masak sendiri.

Apa pun semenjak tenpoh PKP ini, macam-macam resipi bebudak ini. Mujur jugalah si abang dah besar dan adiknya pun dah anak dara. Jadi kalau rasa boring, maka kedua beradik ini masaklah apa yang nak dimakan.

Itu alkisah anak yang dah besar. Sudah semakin besar dewasa dan remaja, maka macam-macamlah aktiviti yang mereka lakukan. Kalau tidak ada homework atau kelas secara online, ada yang baca buku ataupun hanya main game.

Tetapi yang main game tu tidaklah selalu. Bercakap tentang tempoh PKP yang telah dilanjutkan sampai 28/4/2020, pasti anak- anak ada banyak masa terluang dirumah. Kalau nak dihitung dah hampir sebulan lebih jugalah anak-anak dicutikan sebab pandemik Covid-19 ini. Bukan setakat itu, peperiksaan besar rasmi negara seperti UPSR dan juga PT3 pun telah dibatalkan asbab wabak penyakit ini.

Jadi memandangkan anak-anak ada banyak masa dirumah, mungkin anak-anak boleh isikan masa yang ada dengan belajar ataupun membuat ulangkaji bersama dengan ibubapa.

Sebenarnya ada banyak sahaja buku-buku yang menarik untuk kanak-kanak.
Dengan gambar-gambarnya yang berwarna-warni dan soalan latihan yang tidak terlalu menyusahkan, pasti anak-anak teruja untuk belajar, menbaca dan secara langsung membuat segala latihan yang disediakan.

Antara buku-buku koleksi anak-anak ini adalah buku latihan Bahasa Melayu, Matematik dan ada juga buku untuk anak-anak yang berminat mahu belajar dalam bahasa Mandarin. 

Catatan dalam setiap buku- buku latihan kanak-kanak ini pula tidaklah terlalu komplited. Semuanya ringkas dan mudah faham. Selain itu ada juga buku untuk anak-anak yang gemar mewarna. 

Harga setiap buku pula, tidaklah terlalu membebankan. Setiap satu daripadanya ada pakejnya yang tersendiri.




Yang paling bestnya ada buku istimewa iaitu buku Diari Ramadan untuk kanak-kanak bagi memberikan anak-anak lebih bersemangat untuk menunaikan ibadah puasa. Dan untuk pengetahuan semua buku-buku tidak didapati dari kedai-kedai buku yang biasa. 

Ianya hanya boleh didapati hanya dari pengedar buku yang sah sahaja. Jika ada ibubapa yang berminat nak dapatkan buku koleksi untuk kanak-kanak ini, bolehlah terus wasap saya disini 019-4075634.

Dengan adanya buku-buku ini, masa anak-anak terisi dan tidaklah masa yang ada terbuang begitu sahaja.


Sekian

Sunday 12 April 2020

KOLEKSI ANEKDOT DAN JUGA ANTOLOGI


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Sendiri
http://www.facebook.com/sariah.awangsenik

Sedar-sedar dah nak masuk tahap 3 tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dalam situasi wabak Covid-19 ini. Secara jujur walau hati teramat risau, namun redha atas segala apa yang Allah tentukan. Pasti ada sesuatu yang Allah ingin sampaikan demi menegur umat-umatnya yang makin hanyut dalam dunia yang tersendiri.

Apa pun segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Yang buruk adalah disebabkan oleh diri kita dan yang baik dan sempurna hanyalah dari Allah yang maha esa.

Dalam kegawatan kita mengharungi peperangan wabak ini, berusaha untuk selalu berdoa dan berusaha apa yang termampu untuk mencegah dari merebaknya lagi wabak ini. Yang pasti dari sudut pandangan sendiri banyak hikmah disebalik apa yang berlaku.

Dalam menyahut seruan kerajaan agar hanya duduk di rumah bersama keluarga tersayang, inilah masa yang paling sesuai untuk memahirkan diri dalam bidang penulisan. Walaupun sebelum ini hanya sebagai salah seorang penulis blog dan kemudiannya beralih kepada buku-buku anatologi untuk menulis dan berkongsi kisah kehidupan sendiri dengan harapan dapat memberi manfaat bagi yang sudi membeli siri buku anekdot dan juga antologi.

Berkat berada dalam kelompok penulis yang jauh berpengalaman, penghujung tahun lepas telah pun terbit buku anekdot pertama saya, iaitu bertajuk Mama, Kopi Dan Wifi.

Bergabung dengan penulis-penulis yang jauh berpengalaman dan juga mempunyai latar belakang pendidikan yang jauh berbeza,
saya bersyukur sepanjang proses penerbitan buku ini berjalan dengan lancar sekali.

Buku berbentuk dalam penulisan anekdot itu sebenarnya adalah kisah-kisah lucu yang dilalui oleh para ibu yang menjalankan perniagaan secara online dan setiap kisah pendek anekdot itu ada pengajarannya yang tersendiri.

Berharga RM 24 dan di selenggara dan diterbitkan oleh Puan Rubiatul Addawiyah.
Terdapat 19 orang penulis dan setiap daripadanya menyumbangkan 5 buah cerita anekdot yang lucu dan memberi pengajaran buat semua ibu-ibu yang sibuk menguruskan rumahtangga dan dalam masa yang sama berniaga secara online.

Kalau nak tahu bagaimana kisah anekdot ini , termasuk diri ini selaku salah seorang penulis bolehlah dapatkan buku ini dari saya sendiri.

Yang paling memberangsangkan selepas penerbitan siri buku anekdot ini, saya terus terlibat dalam beberapa lagi siri buku antologi yang banyak berkisar tentang kisah kehidupan yang telah saya lalui sejak lebih 10 tahun yang lepas.

Yang paling terbaru adalah terbitnya kisah antologi Warkah Untukmu Bonda yang mengisahkan kisah perjuangan ibu-ibu para penulis yang terpaksa mengharungi pelbagai rintangan demi mendidik anak-anak menjadi seorang insan yang berjaya.

Warkah Untukmu Bonda mempunyai sebanyak 33 buah kisah yang dizahirkan dalam bentuk warkah dari para penulis kepada ibu masing-masing. Terdapat banyak kisah-kisah yang mungkin boleh menjadi sumber inspirasi ataupun teladan yang baik kepada para pembaca yang sudi membeli dan seterusnya membaca  dari 2 buah buku ini. Buku ini berharga RM 30 dan tidak termasuk kos postage.

Jika ada yang berminat ingin membaca dua buah buku anekdot dan juga antologi saya ini, bolehlah hubungi saya di sini 019-4075634. Dan untuk pengetahuan semua sebahagian dari hasil penjualan buku saya ini akan didermakan kepada satu pertubuhan yang menjaga anak-anak yatim dan juga asnaf.

Anggaplah dengan setiap pembelian buku ini sebagai salah satu amal ibadah kita sebagai bekalan di sana nanti. Buku anekdot dan antologi ini adalah ' ready stok' dan anda boleh dapatkannya selagi stok masih ada 

Sekian
Sariah 

Thursday 9 April 2020

HARGAILAH PENGORBANAN DAN PERJUANGAN MEREKA


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook/sariah.awangsenik

Baru beberapa lepas, telah keluar ke pekan untuk membeli barang keperluan harian. Tidaklah merancang untuk membeli dalam kuantiti yang banyak, kerana masih lagi boleh keluar dalam masa dua ataupun tiga hari yang akan datang.

Sebelum itu, jiran sebelah juga telah berpesan agar mengikut jalan lain, kerana jalan yang biasa sudah pun ditutup. Menetap di Hulu Selangor dan berhampiran dengan pekan yang terdekat iaitu Tanjung Malim.

Ketika melalui satu sekatan jalanraya, pelbagai soalan ditanya oleh polis. Antaranya hendak ke mana, berapa lama, berpesan berada dalam jarak yang betul serta tidak mengambil masa yang terlalu lama membeli barang keperluan, kerana ada ramai lagi orang yang juga ingin membeli barang keperluan juga.

Melihat mereka begitu komited serta tegas menjalankan tugasan dalam panas terik, hampir membuatkan diri terasa teramat sayu. Pasti rata-rata daripada mereka yang sudah berkeluarga dan juga mempunyai keluarga tersayang.

Jika kita masih lagi berdegil dan tidak mematuhi arahan sepanjang tempoh PKP, bagaimanalah nanti kesihatan para polis dan juga askar ini. Riak wajah mereka yang kelihatan, namun tampak lagi masih mampu tersenyum dan gigih menjalankan dengan penuh dedikasi.

Seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia amat bertuah jika dibandingkan dengan negara yang lain. Terdengar juga kisah askar seperti di negara China yang lagi garang dan ada yang terus menembak jika tidak mematuhi arahan.

Harapannya askar ataupun polis di Malaysia tidaklah begitu. Rata-ratanya masih lagi ada budi bicara dan bercakap dengan orang awam dengan cara yang lebih berhemah. Kecuali jika ada segelintir yang degil, maka merek diberi kuasa untuk menangkap dan terus ke balai polis yang berhampiran.

Perjuangan dan pengorbanan yang telah mereka lakukan dalam menjaga keselamatan negara bukanlah satu perkara yang diambil mudah. Baik askar, polis pertugas frontline, yang bekerja sebagai penghantar makanan atau foodpanda, pengutip sampah, semuanya mempunyai peranan masing-masing.

Ingatlah jika kita rasa penat berada di rumah bayangkan kita berada di tempat mereka sebagai salah seorang petugas frontline, polis, askar dan apa-apa sahaja.

Maka dengan itu, marilah kita bersatu, berkerjasama membantu memberikan sokongan agar mereka semua tidak dijangkiti oleh virus yang teramat bahaya ini.
Insyaallah. Nanti negara kita akan pulih kembali dan aman seperti dahulu dan bebas menjalankan aktiviti yang kita sukai.


Sekian

Tuesday 7 April 2020

SATU PERSEDIAAN


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook/sariah.awangsenik


Tak kira berniaga offline, online ataupun sebuah organisasi yang besar, pasti ada tugasnya masing.

Yang berniaga punya kedai, jika anda adalah seorang tauke pasti perlukan beberapa orang kuli untuk menjaga perniagaan anda.

Jika hati pekerja bawahannya tak dijaga dan kau sebagai tauke bersikap sambil lewa, tak mustahil perniagaan kau akan terjejas.

Dalam tempoh PKP ini banyak perniagaan yang terjejas.
Termasuk diri ini juga terjejas.
Namun usahalah untuk lihat perkara ini dari sudut positif.

Adakah semua yang terjadi benar-benar menginsafkan diri kita?

Adakah kita masih berdegil dengan perangai lama dengan hanya sekadar menunggu atau berusaha sesuatu?

Maaf. 
Diri ini bukanlah bergembira dalam tempoh PKP ini.
Cuma melihat banyak sudut positif.
Selain ini hanya bekerja makan gaji. 
Kini berusaha 200 peratus tumpukan pada online dengan perniagaan wangian dan juga penulisan.

Nyata.
Walau rezeki yang datang tak banyak mana, namun ianya sangat membantu.

Kalau hari ini tiada close sale, anggap sahaja rezeki berkongsi perkara yang bermanfaat dengan orang lain.

Sebagai alternatif diri ini juga mencadangkan beberapa pekerjaan kepada anak-anak sebagai salah satu persediaan.

Dalam keadaan sekarang, bukan lagi masa untuk bergaduh sesama sendiri.
Rezeki yang ada syukuri.
Atau berkongsilah dengan orang lain.

Sebabnya kita tak tahu bagaimana lagi keadaan pada masa hadapan.
Adakah tempoh PKP akan disambung lagi atau bagaimana?

Jadi tak kira anda siapa, majikan, pekerja bawahan semuanya ada peranan masing-masing.

Lakulah apa sahaja persediaan dari sekarang.

#StayAtHome

Wednesday 1 April 2020

TENANGLAH DAN RAIKAN SETIAP HARI


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik

Hari ke 15, tempoh PKP fasa ke 2 bermula. Tak banyak yang berubah dalam aktiviti harian ini. Selain melayan anak-anak, memasak, mengemas rumah dan lakukan apa yang termampu. Kalau dulu, waktu bekerja nak lakukan hal-hal yang lain memang tak sempat. 


Jadi inilah masa yang paling sesuai untuk lakukan segala hal. Paling penting anak-anak ada di hadapan mata dan dapat bersama-sama menghadapi saat-saat yang perit ini. Pada awal tempoh PKP ini, keadaan memang agak kelam-kabut. Yalah, selama hampir 46 tahun menyusuri kehidupan ini tak sangka akan mengharungi dugaan yang maha besar ini.

Namun dari segi lain ada hikmahnya. Masih ingat 5 tahun yang lepas pernah berimpian untuk bekerja dari rumah sambil menguruskan rumahtangga. Kini doa itu dimakbulkan oleh Allah dalam keadaan yang sungguh berbeza. 

Biar segalanya perit, namun demi pengorbanan barisan frontline, anggota KKM, polis dan juga askar, maka haruslah memberi kerjasama dan sokongan yang kuat untuk memutuskan rangkaian virus Covid-19 ini.

Selain berdoa dan lakukan segala amalan, diri ini cuba meraikan setiap detik yang berlaku dengan penuh kesyukuran. Biarpun anak-anak sibuk dengan aktiviti mereka sendiri namun sebagai seorang ibu dan sekaligus seorang ayah dapat memantau pergerakan anak-anak tersayang.

Mujur jugalah anak-anak jenis yang tidak suka menghabiskan masa diluar. Mereka berdua gemar bermain dengan kucing dan melayan dan melihat gelagat lucu kucing-kucing peliharaan mereka. Yang si bulus tu pun seakan faham apa yang berlaku.

Dah nak hampir waktu tidur ini, hanya berdoa dan berharap agar esok dapat bangun seawal mungkin demi untuk misi kepada Allah yang maha esa. Dengan penuh rasa keinsafan, berdoa agar virus Covid-19 dapat segera lenyap dan dapat berpeluang menyambut bulan Ramadan dengan penuh rasa kesyukuran.

Sebelum tidur, ini maafkan segala kekhilafan diri dan memang diri ini tak pernah sempurna. Yang serba sempurna hanyalah Allah yang berkuasa keatas semuanya di muka bumi ini.


Sekian

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...