Wednesday 1 April 2020

TENANGLAH DAN RAIKAN SETIAP HARI


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik

Hari ke 15, tempoh PKP fasa ke 2 bermula. Tak banyak yang berubah dalam aktiviti harian ini. Selain melayan anak-anak, memasak, mengemas rumah dan lakukan apa yang termampu. Kalau dulu, waktu bekerja nak lakukan hal-hal yang lain memang tak sempat. 


Jadi inilah masa yang paling sesuai untuk lakukan segala hal. Paling penting anak-anak ada di hadapan mata dan dapat bersama-sama menghadapi saat-saat yang perit ini. Pada awal tempoh PKP ini, keadaan memang agak kelam-kabut. Yalah, selama hampir 46 tahun menyusuri kehidupan ini tak sangka akan mengharungi dugaan yang maha besar ini.

Namun dari segi lain ada hikmahnya. Masih ingat 5 tahun yang lepas pernah berimpian untuk bekerja dari rumah sambil menguruskan rumahtangga. Kini doa itu dimakbulkan oleh Allah dalam keadaan yang sungguh berbeza. 

Biar segalanya perit, namun demi pengorbanan barisan frontline, anggota KKM, polis dan juga askar, maka haruslah memberi kerjasama dan sokongan yang kuat untuk memutuskan rangkaian virus Covid-19 ini.

Selain berdoa dan lakukan segala amalan, diri ini cuba meraikan setiap detik yang berlaku dengan penuh kesyukuran. Biarpun anak-anak sibuk dengan aktiviti mereka sendiri namun sebagai seorang ibu dan sekaligus seorang ayah dapat memantau pergerakan anak-anak tersayang.

Mujur jugalah anak-anak jenis yang tidak suka menghabiskan masa diluar. Mereka berdua gemar bermain dengan kucing dan melayan dan melihat gelagat lucu kucing-kucing peliharaan mereka. Yang si bulus tu pun seakan faham apa yang berlaku.

Dah nak hampir waktu tidur ini, hanya berdoa dan berharap agar esok dapat bangun seawal mungkin demi untuk misi kepada Allah yang maha esa. Dengan penuh rasa keinsafan, berdoa agar virus Covid-19 dapat segera lenyap dan dapat berpeluang menyambut bulan Ramadan dengan penuh rasa kesyukuran.

Sebelum tidur, ini maafkan segala kekhilafan diri dan memang diri ini tak pernah sempurna. Yang serba sempurna hanyalah Allah yang berkuasa keatas semuanya di muka bumi ini.


Sekian

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...