Tuesday 31 March 2020

REVIEW DRAMA CINA ART IN LOVE


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik

Dah 14 kita habiskan masa di rumah bersama dengan anak-anak tersayang. Dan tempoh PKP ini dilanjutkan lagi sehinggalah ke 14/4/2020. Hampir sebulan jugaklah kita duduk di rumah kan? 

Tak pelah. Sesekali bukan selalu. Bukannya kerajaan suka nak buat macam ini. Demi nak memutuskan rantaian virus Covid-19 ini, maka perintah ini dikuatkan sejak dua minggu yang lepas. Dalam masa yang sangat singkat, tanpa sedar 14 hari tu, berlalu sepantas kilat.

Apa khabar ya, rakan- rakan semua di petang Selasa ini? Semoga semuanya sihat sejahtera dan dilindungi oleh Allah selalu. Sambil menikmati menu petang bersama kek pisang dan juga teh o panas, terlintas di hati ini nak menulis satu review drama yang sangat menarik.

Walaupun dramanya adalah drama Cina, namun plot ceritanya sangat menarik. Berkisar tentang kisah cinta yang tidak kesampaian sejak dari zaman universiti. Drama Cina bertajuk Art In Love ini dibawakan oleh dua orang pelakon hero dan heroinnya yang sangat mantap dan bersahaja. 

Masa mula-mula tengok drama ini, ingat cerita Korea. Rupa-rupanya cerita Cina. Dengan penampilan barisan pelakonnya yang kacak dan jelita, secara jujur memang tak puas tengok dari satu episod hinggalah ke episod terakhir.

Drama Art In Love ini mempunyai sebanyak 39 episode. Bermula dengan pertemuan buat pertama kali watak heronya iatu Tao Yuei Pei ( George Hu) dan juga heroinnya Li Cheng Yin ( Kang Oing Zi) . Tao Yuei Pei adalah seorang pelajar yang minat melukis, agak pendiam dan suka bersendirian. Manakala Li Cheng Yin pula, seorang gadis yang periang, pantang dicabar dan tidak pernah menyerah kalah.


Pelbagai kisah lucu dan dramatik tentang pertemuan pertama mereka. Demi nak siapkan satu tugasan maka hubungan Tao Yuei Pei dan Li Cheng Yin makin erat dari hari ke hari. Namun disaat sedang berputiknya rasa cinta dan kasih antara keduanya, Tao Yuei Pei mengambil keputusan drastik meninggalkan Li Cheng Yin untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. 

Putuslah seketika hubungan cinta mereka. Dan setelah hampir 7 tahun Tao Yuei Pei dan Li Cheng Yin bertemu semula buat pertama kali. Keadaan memasing sudah berubah. Tao Yuei Pei telah pun menjadi seorang pelukis yang terkenal sementara Li Cheng Yin menjadi seorang broker lukisan dan bertanggungjawab menyusun pertunjukan menarik dari pelukis terkenal untuk mempromosikan hasil lukisan mereka.

Sekali lagi Tao Yuei Pei jatuh hati lagi dengan Li Cheng Yin. Rupanya perasaan cinta antara Tao Yuei Pei kepada Li Cheng Yin tak pernah berubah sejak 7 tahun yang lalu. Apa pun lain pula halnya dengan keadaan diri Li Cheng Yin. Dalam masa yang sama dia sedang menjalinkan hubungan percintaan dengan pemain bola keranjang yang terkenal di zaman universiti dahulu. 

Banyak plot yang dramtik dan ada juga yang menyentuh perasaan. Di babak- babak terakhir drama Art In Love ini, Li Cheng Yin disahkan buta dan berusaha sebaik yang mungkin untuk hidup berdikari tanpa menjadi bebanan kepada kekasih hatinya Tao Yuei Pei. 

Ketika di ambang persiapan perkahwinan Tao Yuei Pei dan Li Cheng Yin, Li Cheng Yin pula meninggalkan Tao Yuei Pei di saat akhir. Pemergiannya adalah demi untuk merawat matanya ke luar negara.

Bagaimana kesudahan kisah cinta ini? 

Kalau nak tahu usahalah cari drama Cina ini di saluran YouTube dan pasti anda tidak sabar-sabar untuk mengetahui kesudahan kisah cinta ini. Sesungguhnya perjalanan kisah cinta mereka berdua juga bagaikan satu lukisan yang penuh dengan makna yang tersirat.

Jangan lupa ya tengok drama Art In Love ini sempena dengan tempoh PKP ini.
Selamat menonton.


Sekian

16 comments:

  1. Seronok layan cerita sementara cuti panjang musim PKP ni kan. Hehe.

    ReplyDelete
  2. Tengok kat mana ni? Lama tak layan drama cina, dulu pernah jugak. Sekarang selalu layan Korea je haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba tengok kat link ini untuk episode 1
      https://youtu.be/wuOglvqc_Qg

      Delete
  3. rare ni wak.. hee~ selalu baca review kdrama je ni drama cina, macam best plak tu.. nanti nak try layan kalau sempat..

    ReplyDelete
  4. Skrg layan cerita Korea kt Netflix . Hihihi PKP ni boleh layan cite episode ni.

    ReplyDelete
  5. Sekarang ni kalau tak ngadap laptop, ngadap tv je lah..sampai dah tak tahu nak nengok cite apa. Nanti bolehlah tgok cite ni pulak

    ReplyDelete
  6. Layan juga cite Cina ni. Kalau Bella asal best jalan cerita memang ok sahaja. Later akan tonton la drama ni. Takot ketagih maraton sampai habis pulak nanti.

    ReplyDelete
  7. lama gakla tak tengok citer Cina. sampai dah tak kenal artis cina. not bad la drama ni

    ReplyDelete
  8. Macam best juga ni, bukan senang nak tengok cite cina yang jalan ceritanya best ending...bolehlah masuk dalam senarai nak menonton nanti..lama gak tak layan cite cinta gini hehehehe

    ReplyDelete
  9. teringat 2-3 hari lepas aida bertanya dgn anak sulung, "kak, xde ke drama episod korea nak kita layan?" ha ha ah ha
    tahap boring dah kan tgk tv biasa.
    boleh la kot lepas ni layan drama cina ni plak.
    mcm menarik jalan cerita. santai...

    ReplyDelete
  10. Banyak kan series boleh layan time Movement Control Order nie kan. Tapi Rawlins kena disiplin - kalau tak Rawlins tak buat kerja kat rumah kelak hahaha

    ReplyDelete
  11. lama x tgk drama cina..nampak menarik dengan jalan cerita dia..nanti nak cari la heheh

    ReplyDelete
  12. Uwahhhhh....!!! sama la kita, tp kita xlayan drama cina. kita fokus pada rancangan tertentu je nie... Selalu maraton je, sejak pakai Astro ULTRA HD nie....

    ReplyDelete
  13. Bestnya dapat tengok drama..iena takde masa lagi nak layan drama sebab since PKP kene work from home..bila work from home kerja tu banyak ya amat.lebih bnyk dari hari biasa..bos risau staff x buat keje..dia bg tugasan banyak ler T_____T

    ReplyDelete
  14. Macam menarik juga leh la tengok walaupun kat rumah ni asyik mengadap drama korea je haha

    ReplyDelete

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...