Wednesday, 18 March 2020

KUIH KERIA PENGUBAT RINDU




Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook.com/sariah.awangsenik


Ada hikmahnya apabila berlaku kejadian ini.
Hikmah yang paling besar adalah peluang untuk mengeratkan hubungan kasih sayang dengan keluarga tersayang.

Semalam memandangkan semua kedai makan tutup, maka Kak Long berusaha sedaya mungkin untuk memasak buat kedua cinta😍 Kak Long.

Tak perlu resipi yang susah-susah.
Dan paling penting apa yang tersedia ada di rumah.

Ada beberapa biji ubi keledek yang di bawa dari kampung, Kak Long rebus dan buat kuih Keria.
Rupanya anak dara sangat suka makan ubi keledek ini.

Masa buat kuih ini Kak Long teringat kepada arwah emak.
Dulu selalu menolong arwah emak membuat Kuih Cek Mek Molek dan Kuih Keria ini.

Sedapnya kuih buatan arwah memang tidak akan pernah lupa.
Mungkin arwah emak membuatnya dengan penuh kasih sayang.

Maka petang semalam, anak dara menolong mengupas membuang kulit ubi keledek, sementara Kak Long melenyek semua isinya dan kemudian di campurkan dengan tepung.

Hasilnya tidaklah sempurna mana.
Namun sangat puas sebab kuih Keria habis dan tidak bersisa.
Alhamdulillah.

Sekian 

No comments:

Post a Comment

HANYA MAHU BEREHAT SEBENTAR

Rabu 12 Disember 2024 Hulu Bernam, Selangor Alhamdulilah syukur atas segala rahmat dari-Nya. Berehat pada hari cuti am memang sangat jarang....