Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Dari Group Telegram
https://www.facebook.com/sariahawangsenik
Memulakan rutin harian seperti biasa.
Walau sesekali di buru rasa kebosanan, namun rasa syukur perlu senantiasa ada dalam diri ini. Yalah, kena senantiasa berasa bersyukur kerana ada pekerjaan dan juga rumah untuk berteduh.
Biarpun rumah yang ada sekarang, hanyalah sebuah rumah sewa. Lihat sahajalah orang-orang yang hidupnya teramat susah yang hanya berbumbungkan terus langit nan terbentang luas.
Saat ada sahaja rasa kebosanan diri ini mencari jalan alternatif untuk lenyapkan semua rasa kebosanan tersebut. Antaranya ialah mencari gambar-gambar pemandangan yang cantik dan sejuk setiap kali melihatkan.
Jika bernasib baik atau ada idea sendiri bolehlah mereka sendiri mutiara kata dan di letakkan di atas gambar pemandangan yang indah ini.
Cuba tengok, cantik tak gambar bunga ini?
Selalu bermimpi dan berdoa agar dapat melihat pemandangan gambar bunga ini secara live.
Siapa tahu bakal jadi kenyataan bukan?
Mohon doa juga dari semua pembaca yang sudi singgah membaca entri di blog ini ya.
Sekian
No comments:
Post a Comment