Friday 29 May 2020

CORETAN MASAK LEMAK CILI PADI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik

Syukur dapat juga sampaikan hajat anak dara nak makan masak lemak ketam cili padi.

Order ketam pun pagi-pagi tadi.
Mujur boleh hantar ke tempat kerja dan dapatlah masak untuk si anak dara seorang ini.

Yang si abangnya agak kurang makan ketam.
Tetapi  menjamah jugalah sedikit.
Ada sahaja lauk yang lain macam sambal ayam belacan tadi.

Sebenarnya dah lama juga anak dara nak makan ketam ini. 
Kalau tidak silap sejak bulan puasa lagi.

Tetapi selalu sahaja tidak kesampaian.
Sampai di pasar semua dah habis.
Nampak anak-anak makan berselera, rasa puas dalam hati ini.

Walaupun tidaklah berada dalam keadaan yang mewah juga tidak sesusah mana, tetapi tetap bersyukur atas segala nikmatnya.

Itulah yang dinamakan rezeki.
Sampai satu tahap kita sudah tidak kisah hal yang lain, sebab selalu fikir, hari ini aku dah jadi seorang ibu yang baik ke, pekerja yang amanah ke, ada ke aku dah buat hati orang tersinggung ke?

Semua itu selalu fikir saat belum melelapkan mata.
Dan yang maha penting, adakah aku dah buat apa yang Allah suka.

Jika masih ada yang kurang, maka berusahalah untuk buat yang lebih baik setiap hari.

Kehidupan ini sangat singkat.
Dan pilihan senantiasa ada. 
Nak ke syurga ataupun neraka. Itulah yang abah pesan sewaktu aku bujang lagi.

Sehingga kini kala usia makin bertambah, aku semakin memahami apa yang abah cakap dan pesan. 

Pesanan yang sama juga aku sampaikan pada anak-anak, bahawa Kehidupan harus belajar dahulu erti susah, berdikari, jujur dan berhati-hati dalam memilih sahabat.

Semoga anak-anak, Muhammad Aiman Hakimi dan Nur Damia Rifqah faham apa yang disampaikan dan tidak rasa tertekan jika hadapi satu kesusahan nanti.

Nota : Dah memalam baru jamu mata dengan masak lemak cili padi ini. Mentang-mentang duduk lama di Nilai dulu.😍😍😍

Thursday 28 May 2020

PROJEK WAKAF BUKU ANAK-ANAK YATIM

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Dari Group Telegram
https://www.facebook.com/sariah.awangseni


Hari ini kita mungkin ada segalanya. Namun tidak mustahil bakal hilang dalam sekelip mata.
Insan yang kita lihat setiap hari, belum tentu senantiasa ada di hadapan mata.

Allah menguji hambanya mengikut kemampuan hamba itu sendiri. Dan Allah tahu hambanya dapat melepasi segala ujian-ujian tersebut.

Bayangkan anak-anak yatim yang kehilangan ibubapa di usia yang masih terlalu hijau untuk mengenal pahit maung Kehidupan ini.
Namun anak-anak yatim juga anak-anak gelanggang ini terpaksa juga berjuang meneruskan kehidupan. Kenikmatan anak-anak yatim dan anak gelanggang ini tersekat dek segala ujian yang mereka terpaksa tempuhi.

Maka dengan masa yang makin tersisa ini, marilah kita usaha untuk ceriakan wajah anak-anak yatim dengan membaca buku-buku ilmiah dari BLINK.

Buku-buku BLINK banyak berkisar tentang kehidupan dari sudut pandangan yang tidak membebankan kepada anak-anak yang membacanya.

Bahasa yang digunakan sangat mudah difahami dan diterima oleg kebanyakan sekolah-sekolah di Malaysia.

Melalui Projek Kongsi Pahala BLINK ini, kita boleh memilih untuk membeli buku untuk diri sendiri dan sebahagian lagi akan disedekahkan ke rumah anak-anak yatim dan juga anak-anak gelandangan.

Namun dalam masa yang sama, kita juga punya pilihan untuk terus menwakafkan semua buku BLINK ke rumah anak-anak yatim.

Harga sebuah buku BLINK hanya serendah RM 12 sahaja. Boleh menwakafkan walau hanya dengan sebuah buku sahaja .

Jika ada yang ingin berkongsi kegembiraan dengan anak-anak yatim juga anak-anak gelanggang ini, silalah klink di link iniπŸ‘‡πŸ‘‡
www.wasap.my/60194075634/PKPB

Dan setiap perkembangan wakaf buku akan di update dari masa ke semasa. Insyaallah.

REZEKI PADA SI BULUS

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik


Percaya atau tidak sejak ada 5 ekor bulus di rumah, ada sahaja rezeki yang masuk.
Rezeki bukan pada wang ringgit malah lebih dari itu.

Rezeki sihat.
Mudah segala urusan dan tidak pernah rasa terbeban saat di landa satu dugaan.

Awal tahun ini, ada mendapat beberapa bantuan. Syukur kepada Allah.
Walau hanya bergelar binatang namun percayalah , itu pun makhluk Allah jua.

Kucing yang ada dirumah itu kebanyakannya dari kaki lima R&R.
Berkeliaran dan kadangkala meminta sedikit makanan.

Ada masanya ternampak beberapa ekor bulus mati kerana dilanggar lori ataupun kereta.
Kesiannya, sampai rasa bersalah dalam diri.

Kalau tidak memikirkan rumah yang diduduki sekarang rumah sewa, rasanya banyak dah si bulus yang Kak Long pelihara.

Bulus-bulus ini sangat setia.
Cepat memahami dan sangat berdisiplin.
Dia tahu bila masa tuannya pergi dan balik dari kerja.

Paling terharu setiap kali lepas solat, yang lima ekor bulus duduk tertib di tepi sejadah menunggu Kak Long selesai bersolat.
Entah apa yang difikirkan oleh si bulus, hanya Allah yang tahu.

Tambah anak-anak pun sangat suka dengan kucing dan menjadi sebahagian dari keluarga kecil kak Long ini.

Berimpian nak ada sebuah rumah juga bilik khas untuk bulus tersayang. 
Dah banyak terhutang budi dengan mereka. Terutama sewaktu seekor ular masuk ke rumah dahulu.

Si buluslah yang mengadai nyawa menghalang binatang berbisa ini.
Mujur ketika itu anak bujang ada di rumah. 
Harapkan Kak Long, tidak dapat nak dibayangkan macam mana.

Sekarang Kak Long rasa sangat bersyukur.
Dari seekor kucing Kak Long belajar banyak perkara. 
Tentang hidup juga kembali kepada fitrah yang sepatutnya.

Walau hakikatnya diri Kak Long tidaklah sesempurna mana, namun nekad dihati untuk persiapkan diri apa yang patut.

Insyaallah ada rezeki lebih nak bagi vitamin dan rawat mereka sebaik yang mungkin.

#sayangbulusduniaakhirat

Wednesday 27 May 2020

KORBAN RAYA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.wasap.my/sariah.awangsenik

Kalau semalam kecoh dengan jem orang balik raya dari arah utara Plus highway ke Kuala Lumpur.

Hari ini diuji pula dengan satu kemalangan membabitkan lori tanker dan van securiforce.
Sudahlah dari arah utara hanya satu lorong.

Bila kemalangan tengahari tadi, maka kedua laluan tutup sepenuhnya.
Siang tadi kalau nak pergi ke utara memang kena masuk jalan lama.

Tidak pasti atau tidak, dengar khabarnya pemandu lori tanker mengantuk.
Namun di lokasi Behrang itu, memang selalu kemalangan berlaku.

Inilah korban raya.
Hari ini kenderaan berat banyak kelihatan.
Dari lori biasa, van dan juga kontena.

Apa pun tidak pasti, keadaan traffic sekarang bagaimana. Biasanya selalu sahaja mendapat maklumat terkini dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Harapannya esok, semuanya berjalan dengan lancar dan dilindungi dari segala musibah.

Sengaja menulis dan berkongsi kisah walaupun hanya sekadar pemerhati yang tidak bertauliah di tepi sebuah hentian rehat dan rawat.

#coretandarihghway

Tuesday 26 May 2020

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI NORMA BARU TAHUN 2020



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik


Berakhirlah bulan Ramadan bagi tahun 2020.  Sambutan hari raya Aidilfitri tahun 2020 ini sangat bermakna. Apabila negara Malaysia yang tercinta di landa ombak pandemik Covid-19 yang maha kecil lagi tidak nampak dek mata kasar manusia.

Namun dalam kehangatan wabak penyakit, kita masih juga tetap berusaha gigih memerangi pandemik ini sekaligus memutuskan rantaian virus ini dari terus merebak.

Syukur alhamdulillah. Walau tidak dapat meraikan hari raya Aidilfitri ini bersama abah dan juga makcik, namun melihat mereka melalui video call dapat menghilangkan segala lara yang ada.

Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui betapa puasnya rasa hati dapat meraikan hari raya Aidilfitri ini bersama dengan adik-adik juga tidak lupa anak-anak tersayang.

Hari raya Aidilfitri tahun 2020, ini sangat bermakna dan juga bakal menjadi sejarah dalam negara Malaysia, kerana menyambut sambutan hari raya ketika negara sedang dilanda musibah Covid-19.

Buat diri ini, tetap merasa bersyukur kerana anak-anak senantiasa ada bermasa di hadapan mata. Susah dan senang sama-sama bertolak ansur dan tolong-menololng apa sahaja yang termampu.

Di kesempatan ini, diri ini memohon sedikit ruang dan juga peluang ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua adik-beradik juga sepupu-sepupu yang lain.

BERHARI RAYA TANPA ABAH

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook.com/ sariah.awangsenik


Alhamdulillah. Raya Aidilfitri 2020 ini dapat diraikan dalam suasana yang sungguh berbeza namun tetap meriah.

Biarpun tak dapat balik ke kampung, sempatlah juga bervideo call dengan abah, makcik dan juga adik lelaki yang bongsu.

Syukur juga abah dan makcik sihat seadanya. Rambut abah pun dah makin memutih. Abah nampak kekok dalam bervideo call ini. Tetapi dia tetap tersenyum puas dapat melihat dan mendengar semua suara cucu-cucunya.

Hanya Allah sahajalah yang tahu betapa rindunya hati pada suasana di rumah abah.

Setiap kali musim perayaan, abah dan makcik akan sibuk memasak rendang, menempah lemang dan juga beberapa juadah hari raya yang lain.

Semua gara-gara nak berhari raya bersama keluarga tercinta .
Namun tahun ini akibat dari pandemik Covid-19, Allah tidak izinkan buat sementara untuk menikmati suasana seperti kebiasaannya.

Apa pun, tetap bersyukur selalu, kerana meraikan sambutan Aidilfitri bersama dengan kedua adik beradik tersayang. Mujurlah kami tiga beradik menetap di daerah yang sama. 

Hanya perjalanan merentas daerah sahaja yang dibenarkan. Dalam hati berkira-kira juga nak ziarah rumah mak saudara di Shah Alam, namun memikirkan pelbagai risiko, maka hasrat itu dibatalkan. 

Mak saudara dan pak saudara pun adalah golongan berisiko dijangkiti pandemik ini.

Walaubagaimanapun, senantiasa berdoa agar wabak ini akan berakhir dan sekaligus lenyap dari bumi Allah ini. 

Sementara itu, marilah kita bersatu hati menyahut seruan PM agar mengurangkan pergerakan keluar dari rumah. Keluar dari rumah pun, hanya untuk aktiviti yang tertentu sahaja 

Kita jaga diri kita, untuk semua demi memerangi wabak penyakit ini .

Ya Allah, saat kau turunkan musibah, rupanya kau anugerahkan juga rahmat pada yang maha indah disebaliknya.


Sekian

Saturday 16 May 2020

HADIAH UNTUK GURU TERSAYANG

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik

-16 Mei adalah tarikh paling keramat dalam diari seorang yang bergelar guru, cikgu, ustaz dan juga ustaz ataupun teacher. 

Tak kisahlah apa panggilan pun, pasti korang masih ingat nama-nama cikgu yang pernah mengajar kita kan?πŸ˜„
-
Jangan pening dan risau nak fikir apa yang korang nak buat untuk suprisekan guru korang kerana De'Xandra ada untuk membantu. 

Jom hadiah guru korang dengan gift set De'Xandra. Yang penting De'Xandra belanja postage okay! Penghantaran secara PERCUMA sampai ke depan pintu.😍
-
Cepat2 order untuk gembirakan cikgu kesayangan kita lagi-lagi musim PKP ni.
Ingat kena kawal pergerakan dan amalkan norma kehidupan yang baru.

Masih sempat order tambah lagi promosi Eid De Rumah sehingga 31/5/2020 ini. 
Atau klink sahaja disini -16 Mei adalah tarikh paling keramat dalam diari seorang yang bergelar guru, cikgu, ustaz dan juga ustaz ataupun teacher. 

Tak kisahlah apa panggilan pun, pasti korang masih ingat nama-nama cikgu yang pernah mengajar kita kan?πŸ˜„
-
Jangan pening dan risau nak fikir apa yang korang nak buat untuk suprisekan guru korang kerana De'Xandra ada untuk membantu. 

Jom hadiah guru korang dengan gift set De'Xandra. Yang penting De'Xandra belanja postage okay! Penghantaran secara PERCUMA sampai ke depan pintu.😍
-
Cepat2 order untuk gembirakan cikgu kesayangan kita lagi-lagi musim PKP ni.
Ingat kena kawal pergerakan dan amalkan norma kehidupan yang baru.

Masih sempat order tambah lagi promosi Eid De Rumah sehingga 31/5/2020 ini. 
Atau klink sahaja disini

#eidderumah
#DSB686
#teamperfumegarden

Sekian

KISAH UMMAR AL- KHATTAB

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik
Seseorang yang menawarkan diri untuk membunuh nabi Muhammad SAW.
Namun kemudiannya menjadi benteng pertahanan nabi Muhammad setelah memeluk ajaran agama Islam.
Sanggup mengadaikan nyawa demi mempertahankan apa sahaja demi nabi Muhammad dan agama Islam dari terus dicerca. 
Itulah dia Ummar Al-Khattab.
Sahabat nabi yang berjuang dan sanggup mengadaikan apa sahaja demi ajaran Islam.
Kisah selanjutnya ada dalam buku siri Sahabat Nabi dari BLINK.
Terdapat pelbagai kisah menarik dalam buku Kisah Hidup Ummar Al-Khattab. Nak tahu akan kisah selanjutnya, klink saja disiniπŸ‘‡πŸ‘‡
http://www.wasap.my/60194075634/SayaNakBukuBlink
Sekian

Friday 15 May 2020

TINGKATKAN SEGALA AMALAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Dari Group Telegram
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik

Tidak lama lagi bulan Ramadan bakal berakhir.
Maka di saat 10 malam yang terakhir ini, marilah kita tingkatkan lagi segala amalan yang dituntut. Perbanyakkan zikir, sedekah, solat sunat juga mengaji Al-Quran. 

Selain daripada lakukan amal kebaikan yang lain. Terutamanya tentang menjaga hati dari terus diselubungi oleh sifat-sifat yang negatif. Senantiasa pasakkan dalam diri bahawa apa sahaja yang hendak dilakukan hanya semata Allah yang maha besar dan bukan selainnya.

Ketahuilah Allah mampu dengan mudah membaca segala isihati yang terkandung dalam hati setiap hambanya.

Bertaubatlah bersungguh-sungguh atas segala kekhilafan diri kita. Mohonlah ampun daripada Allah, agar Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita yang lalu.

Kenyataannya memang perjalanan menuju syurga ini tidaklah mudah. Kerana memang sifat manusia yang cepat berputus-asa dan juga selalu keletihan.

Paling penting tanamkan rasa istiqamah dalam diri supaya sukakan kebaikan dan menjauhkan diri dari segala kejahatan.

Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa silam kita. Juga tetapkan hati pada keimanan juga kebaikan. 

Ramadan bakal berakhir. Namun segala amalan kita janganlah juga berakhir. Malah harus kekalkannya sepanjang hayat.


Sekian

Monday 11 May 2020

PROJEK WAKAF BUKU

Semakin kita bersedekah, kita tak akan pernah menjadi papa.
Malah rezeki makin bertambah dan berlipat kali ganda 

Begitulah juga kalau kita bersedekah buku, barang keperluan dan sebagainya.
Peluang untuk menambah pahala di bulan Ramadan ini terbuka luas.
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Projek Wakaf Buku Siri Bercakap Dengan Cermin dari Galeri Ilmu dan juga Bonda Nor Resources. Belilah buku dan wakafkan buku anda kepada sekolah, balai raya, masjid ataupun perpustakaan desa 

Satu set buku ada 9 buah buku antologi kehidupan yang ditulis oleh para penulis yang mempunyai kisah inspirasi tersendiri .

Kesemua buku ini berharga RM 180 dan tidak termasuk kos postage. Setiap tajuk buku dalam siri Bercakap Dengan Cermin ini ada kisah tersendiri.

Berminat untuk mengetahui maklumat lanjut tentang program wakaf buku ini, sila hubungi saya di link yang berkenaan www.wasap.my/60194075634/Projekwakafbuku

Dan saya akan terangkan dengan lebih terperinci bagaimana program ini berlangsung.

Friday 1 May 2020

RAHMAT DI SEBALIK BUKU NAN MERAH


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik

Ramadan yang ke 8 ini sangat bermakna. Dalam kesibukan berperang melawan pandemik Covid-19 ini, ada juga hikmah di sebalik musibah ini.

Secara jujur melayari kehidupan seorang yang bergelar ibu tunggal bukanlah satu perkara yang amat mudah. Menjadi ibu dan ayah sekaligus, cabaran yang datang teramat hebat.

Biarpun begitu, tetap merasa bersyukur kerana senantiasa fikirkan ada insan lain yang kehidupannya teramat susah dan menderita. Tiada tempat berlindung, tiada pekerjaan atau sumber pendapatan tetap.

Sekurang-kurangnya diri ini ada tempat tinggal, pekerjaan tetap dan juga beberapa perniagaan secara online yang diusahakan secara sampingan.

Berkat doa kedua orangtua, adik-beradik , saudara-mara dan juga rakan-rakan maka diri ini perlu bangkit segera membina satu kehidupan baru yang lebih indah.
Demi masa hadapan anak-anak tersayang, maka sesuatu mesti dilakukan.

Berkat usaha dan juga doa yang tak pernah putus-putus, akhirnya berjaya juga melalui frasa awal 3 tahun selepas perceraian. Hanya Allah yang mengetahui bukan mudah segala perjalanan tersebut.

Senantiasa menghabiskan waktu membaca buku-buku motivasi, mendekatkan diri lebih kepada Allah dan juga memperbaiki segala amalan. Paling penting hati kena redha dan ikhlas menerima apa yang telah aturkan. 

Dalam perjalanan sebuah perjuangan, secara kebetulan terjumpa satu tajuk buku yang amat menarik perhatian dan terasa begitu dekat dengan hati ini.

Tajuk buku tersebut ialah Stay Strong yang ditulis oleh seorang penulis yang hebat iaitu Bonda Nor. Membaca kata-kata yang berada di hadapan kulit buku ini, seakan- akan ada satu semangat baru yang membara dalam hati ini.

Satu bisikian bahawa diri ini tidak boleh mengalah dengan segala cabaran yang mendatang. Lalui sahaja semua keperitan dan nikmati saat- saat duka itu. Usah salahkan diri ataupun menyalahkan sesiapa. 

Cukup memaafkan dan melepaskan semua rasa yang membuku di kolam hati. 
Dan percayalah saat kita benar-benar ikhlas melepaskan semuanya, barulah Kehidupan akan lebih tenteram, tenang dalam menghadapi segala rutin kehidupan.

Percayalah ada hikmah mengapa Allah datangkan dugaan yang maha hebat dalam kehidupan dan segalanya berubah dalam sekelip mata sahaja.

Mungkinkah kita sudah terlalu leka dengan dunia yang tersendiri dan Allah mahu kita kembali kepada fitrahnya. Alasan- alasan seperti rasa kecewa, teraniya, terasa diri bagai tidak berguna dan sebagainya hanyalah asbab sahaja.

Di sebalik Allah ingin kita sedar dan belajar dari kesilapan. Allah teramat rindukan hambanya.

Dalam buku Stay Strong ini juga ada satu kata-kata oleh Bonda Nor yang amat menyentuh hati ini. Dalam masa yang muhasabah diri akan segala yang berlaku.

Antara kata-katanya ialah " Aku ingin mengadukan tentang resah, tentang 
lelah, tentang musibah yang sedang kuharung dengan sebegini susah payah.
Tentang hati yang lumpuh sebelah. Tentang tubuh tersungkur lemah
lantaran tewasnya pada satu mujahadah."

Menarik bukan kata-katanya. Seolah-olah segala yang tertulis dalam buku Stay Strong ini bagaikan luahan teka-teki dari hati yang membuku selama ini.

Membaca buku ini bagai membuat ' comeback' setiap kali dilanda sesuatu masalah.
Selain qalam Allah yang sentiasa menjadi rujukan, buku Stay Strong ini bagaikan salah satu suntikan semangat agar terus kekal kuat dan berani berdepan apa sahaja cabaran.

Kesimpulannya penulis sendiri sudah 3 kali mengulang kaji membaca buku ini dan setiap kali membacanya, ada sahaja perkara baru yang terdetik di minda ini.

Dan secara kebetulan diri ini telah pun dilantik sebagai salah seorang dropship untuk menjual semua buku-buku yang ditulis oleh Bonda Nor juga para penulis dari Galeri ilmu. 

Selain itu beliau ada juga mengeluarkan satu set bacaan bagi anak-anak yang agak lemah dalam membaca iaitu Ekpress-I.Sebenarnya  adabanyak lagi buku- buku yang menarik dari Galeri ilmu ini.

Jika berminat ingin mengetahui akan kisah selanjutnya dalam buku Stay Strong ini bolehlah terus hubungi saya di link wasap yang saya sertakan ini. 
www.wasap.my/60194075635/SayaNakBukuBondaNor

Harga buku ini hanya RM 20 dan belum termasuk kos pos.
Percayalah membaca buku Stay Strong ini dapat membuatkan diri lebih bersemangat dalam mengharungi arus kehidupan yang maha mencabar ini.
Dan wajib dimiliki oleh mereka-mereka yang selalu merasa sedih dan terperangkap akan segala masalah yang sedang dihadapi.

Sekian





SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...