Sumber : Koleksi Dari Group Telegram
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik
Tidak lama lagi bulan Ramadan bakal berakhir.
Maka di saat 10 malam yang terakhir ini, marilah kita tingkatkan lagi segala amalan yang dituntut. Perbanyakkan zikir, sedekah, solat sunat juga mengaji Al-Quran.
Selain daripada lakukan amal kebaikan yang lain. Terutamanya tentang menjaga hati dari terus diselubungi oleh sifat-sifat yang negatif. Senantiasa pasakkan dalam diri bahawa apa sahaja yang hendak dilakukan hanya semata Allah yang maha besar dan bukan selainnya.
Ketahuilah Allah mampu dengan mudah membaca segala isihati yang terkandung dalam hati setiap hambanya.
Bertaubatlah bersungguh-sungguh atas segala kekhilafan diri kita. Mohonlah ampun daripada Allah, agar Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita yang lalu.
Kenyataannya memang perjalanan menuju syurga ini tidaklah mudah. Kerana memang sifat manusia yang cepat berputus-asa dan juga selalu keletihan.
Paling penting tanamkan rasa istiqamah dalam diri supaya sukakan kebaikan dan menjauhkan diri dari segala kejahatan.
Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa silam kita. Juga tetapkan hati pada keimanan juga kebaikan.
Ramadan bakal berakhir. Namun segala amalan kita janganlah juga berakhir. Malah harus kekalkannya sepanjang hayat.
Sekian
terima kasih atas perkongsian. Semoga Ramadan kali ini tidak berlalu dengan sia-sia.
ReplyDeletetrima kasih atas perkongsian dan peringatan.
ReplyDelete....
Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa silam kita. Juga tetapkan hati pada keimanan juga kebaikan.
Aamin....
sekejap je kita dh di penghujung ramadhan..sama2 la kita tingkatkan amalan kita di 10 mlm terakhir ramadhan ini
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian. Moga sama2 kita mencari pahala dalam bulan yang mulia ini
ReplyDeleteTerima kasih diatas perkongsian ini, moga segala amal ibadah kita diterima InsyaAllah.. Selamat berpuasa
ReplyDeleteTerima kasih atas perkkngsian. Semoga ibadah yang kita lakukan diterima olehNya
ReplyDeletePerkongsian yang sungguh bermanfaat... pejam-celik pejam-celik dah menuju ke penghujung Ramadhan dah kita... semoga kita sama-sama beroleh segala kebaikan dengan amalan yang penuh keikhlasan...
ReplyDeletevery well said, thanks for sharing this. Wish you and your family Selamat Hari Raya Aidilfitri in advance ya. Take care
ReplyDeleteHati semakin sayu..semakin meninggalkan kita dan semakin hampir kesudahannnya...amalam yang ada ni belum mencikup dan tak puas lagi nak kejar dan tambah lagi.....Allahuakbar..
ReplyDeleteJom pecut di 10 malam terakhir ini. Buat mana yang termampu sahaja huhu. Semoga kita berjumpa lagi dengan bulan Ramadhan tahun hadapan. Aamiin ya rabb
ReplyDeleteCepat rasanya ramadan tahun ni berlalu, sedar tak sedar dah nak beraya dah kita.
ReplyDeleteYuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny