Friday 30 November 2018

BERAKHIR SUDAH 44 ENTRI UNTUK KELAS BLOG



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Alhamdulillah. Berjaya juga siapkan 44 entri untuk kelas Blog ini.
Walau terpaksa menempuh banyak cabaran dan juga dugaan tetap usaha segigih yang mungkin untuk siapkan kesemua 44 entri ini.

Kelas dikendalikan oleh Pn Masayu Ahmad seorang penulis di majalah Mingguan Wanita dan juga seorang founder di Akademik Bekerja Dari Rumah.
Berkongsi tentang kisah kehidupan dan juga satu pernigaan sampingan yang diusahakan secara online dan juga offline.

Kelas dijalankan secara group wasap dan ada yang sudah mendapat manfaatnya melalui penulisan 44 entri ini. Ada diantara ahli penulis kelas blog ini yang mempunyai latar belakang yang sangat menarik. Antaranya seorang pengusaha kelas tuisyen yang mempunyai sistem pembelajaran secara online.
Agak menarik bukan? Sangat menarik memandangkan anak-anak zaman sekarang yang suka habiskan masa dengan alat-alat gajet mereka itu.

Jadi dengan adanya sistem macam itu, taklah anak-anak habiskan masa begitu sahaja.
Selain itu ada juga seorang yang bergelar ustaz yang mempunyai pengalaman semasa belajar di negera Arab.

Semua perkongsian beliau sangat menarik hati dan semoga dapat juga menjejakkan kaki ke negara yang sama.
Dan untuk pengetahunan semua kelas Blog ini adalah kelas yang terakhir dan tak pasti sama ada akan diadakan lagi pada tahun hadapan.

Dengan berakhirnya kelas penulisan 44 entri ini, semoga semua pelajar penulisan 44 entri akan dapat manfaat daripada hasil latihan penulisan ini. Yang pasti selepas ini kena usaha gigih lagi agar semua entri blog menjadi lebih mesra dengan papan Google.

Jadi apabila sesiapa sahaja mencari maklumat dan manaip keyword maklumat maka secara tak langsung akan keluar semua entri-entri yang kita tulis setiap hari itu.

Terima kasih juga buat Pn Masayu Ahamad yang tak jemu-jemu memberi tunjuk ajar walau mungkin saya agak berumur dan banyak kekurangan disana-sini. Semoga Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah buat Pn Masayu Ahmad dan dipermudahkan segala urusannya.
Aamiin Ya Mujib.

Sekian
Sariah Awang Senik

SEJENAK BERSAMA ANAK-ANAK TERSAYANG



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Masa yang berharga bersama anak-anak ini takkan pernah berulang lagi.
Selama hampir beberapa tahun bergelar ibu tunggal, sibuk mengurus anak-anak, perniagaan dan juga kerja yang utama ini, masa berlalu begitu sahaja.

Hari biasa memang saya akan duduk sendirian dirumah. Selain melayan anak-anak bulus, menulis dan juga membaca dan sebuah perniagaan atas talian, sedikit demi sedikit saya seakan lupa akan kisah yang lalu.

Terfikir juga seakan tak percaya saya sudah melepas ke tahap ini. Menjadikan hobi menulis ini satu terapi, saya usaha untuk kongsikan apa yang terbaik dari secebis kehidupan yang ringkas dan biasa-biasa ini.

Hari ini dan esok saya bercuti selama 2 hari sahaja. Taklah lama sangat tapi itulah masa yang bakal saya habiskan bersama dengan anak-anak tersayang. Alhamdulillah si abang dah macam ketua keluarga dalam kehidupan ini. Si adik harus selalu diasuh dan diberi peringatan setiap saat.

Cara si abang sayang akan adiknya sangat berbeza. Namun jauh disudut hati abang senantiasa dahulukan keperluan adik mengatasi dirinya sendiri.

Ketika saya menulis entri ini, saya dan anak-anak dalam perjalanan ke Sungai Buloh untuk berjumpa dengan adik disana. Sejak lima tahun yang lepas inilah rutin saya. Ziarah anak-anak buah dan juga berbual dengan adik-adik semakin melupakan siapa diri saya yang sebenarnya.

Sebelum itu saya dan anak-anak sempat singgah sebentar di sebuah restoran mamak yang selalu kami singgah dahulu. Hajat dihati teringin nak makan nasi ayam penyet. Risau akan kedainya tutup, saya dan anak-anak terus sahaja ke kedai mamak yang saya nyatakan tadi.

Pepetang begini memang agak kurang pelanggan. Masih sempat jugalah saya berbual-bual dengan pelayan mamak tadi. Katanya anak-anak dah makin besar. Semuanya lagi besar dari diri saya sendiri.

Itulah kenyataanya. Masa mereka berdua dilahirkan taklah besar mana. Tak sangka juga sekarang mereka berdua lagi tinggi dari saya. Selalu memang saya bawa anak-anak berjalan sama. Kalau tiada abangnya yang temankan si adik ada. Jarang saya keluar sendirian. Jika ada pun hanya ke kedai yang berdekatan sahaja.

Selesai makan tadi, hujan pun turun. Taklah lebat sangat. Renyai-renyai sahaja. Lama-lama makin lebat pulak. Tanya juga kepada anak-anak perlu atau tak membeli payung. Mereka berdua sepakat bersuara tak perlu.

Naik sahaja jejantas terus hujan turun dengan lebat dan meriahnya.
Betul-betul Allah tu nak duga sejauh mana kesabaran ini.

Hanya dalam berjalan kaki selama 20 minit, lagi sekali saya dan anak-anak diduga.

Apa pun sebaik sahaja turun dari jejantas tadi saya dah suruh anak bujang untuk beli sekaki payung disebuah kedai yang terletak berhampiran dengan sebuah masjid. 

Dah memang rezeki nasib baiklah ada payung dijual di kedai tersebut.

Amboi, lenanya anak dara seorang ini tidur. 
Dah kenyang perutnya tidurlah dia. Tahu dia dah anak dara, tapi selalu rasa yang dia tu masih kecil lagi.

Okeylah, buat masa ini saya belum sampai lagi ke destinasi yang dituju. Melihat yang anak dara terlentok lena rasa cemburu pulak nak join sama.
Saya berhenti disini dahulu dan nanti sambung lagi dengan entri yang lain pulak ya.


Sekian
Sariah Awang Senik

Thursday 29 November 2018

MASA UNTUK TIDUR


Teks : Sariah Awang  Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Memang hari ini hari Jumaat. Dan syukur sangat Allah izinkan untuk rasa apa saja nikmat yang diberi selama ini.
Berterima kepada Allah kerana masih ada segalanya.
Rumah walau rumah sewa, kerja , rakan-rakan dan juga anak-anak tersayang.

Bukan saja ada anak-anak, yang paling banyak ceriakan hidup ini adalah anak-anak bulus tersayang.
Tak tahulah nak cakap macam mana kalau dah pun yang bukan dalam kategori anak-anak bulus yang comel.

Allah tu kan maha mendengar dan mengetahui.
Digerakkan naluri kucing-kucing untuk singgah meminta makanan walau tak tahu siapa tuan punya rumah sewa ini.

Rupanya kucing yang singgah memberi seribu rahmat.
Hadirnya haiwan berbulu yang comel ini sebagai satu perantaraan untuk dapatkan seberapa pahala sebagai bekalan di sana nanti.

Alhamdulillah.
Hari ini hanya makna cekodok dan rasa sangat bersyukur dapat makan dan minum seperti selalu.
Macam biasa datanglah si bulus meminta sedikit makanan.
Bila tengok saja muka si bulus yang comel dan lucu ini, maka senanglah hati ini terpaut dan rasa kesian.

Alahai, hari ini saya tiga beranak hanya makan cekodok sahaja pun.
Tapi itulah yang buatkan si bulus bagaikan magnet nak jugak rasa cekodok yang saya buatkan tadi.
Makan pun si buius taklah banyak mana.
Agak kenyang sikit, maka si bulus-bulus pun berhentilah makan.

Sah-sahlah si bulus kurang makan sayur.
Yang terperasan lauk dan ayam mesti habis.

Apa pun tak pernah akan banyak mana sibulus makan.
Asalkan tahu berdisiplin dan menganggu orang lain.

Hari ini semua si bulus-bulus ini pakat-pakat sehati sejiwa tidur pulak semuanya.
Padahal hanya makan keropok dan beberapa keping cekodok ikan bilis.

Kepada Allah saya berdoa agar sibulus-bulus ini tidak menyusahkan jiran tetangga dan dijauhkan dari segala perkara yang tidak diingini.

Cuba tengok si bulus yang bernama Pang Pang ini comel tak ?


Sekian
Sariah Awang Senik

PENGHULU SEGALA HARI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Group Telegram
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Hari Jumaat yang sangat indah. Alhamdulillah syukur Allah masih izin akan segalanya.

Masih lagi dapat dengar suara burung-burung bernyanyi keriangan.

Mentari memancarkan sinarnya sangat indah.
Bunyi ayam riuh rendah entahkan apa yang disorakkannya.

Semua nikmat ini tiada harganya.
Belajarlah menghargai sementara masih berkesempatan.

Tak perlu bertangguh.
Cukup selalu basahkan lidah dan biasakannya dengan zikir dan selawat kepada maha penciptaNya.

Sesusah mana amalkanlah selalu.
Pasti damainya tak terkata. Allah tidak menyuruh kita untuk menyalahkan sesiapa setiap kali dilanda sesuatu dugaan. Cukup sekadar memperbanyakkan lagi amalan seperti solat sunat, berzikir dan juga berselawat dan tidak lupa juga bersedekah.

Insha Allah cepat atau lambat Allah akan beri petunjuk untuk semua masalah yang kita sedang hadapi itu.


Sekian
Sariah Awang Senik

UPSR LAGI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulillah. Siang tadi dah pun dengan rasminya keluar result UPSR tahun 2018.
Teringat tahun 2017 masa anak dara mengambil result UPSR tahun 2017 dahulu. Walau taklah secemerlang mana tapi sangat membanggakan. Kalau tak silap tahun lepas adalah batch kedua UPSR untuk mendapat 6A dan tahun ini adalah batch yang ke tiga.

Masih jelas di ingatan bagaimana nama anak dara tak disebut-sebut walau telah berbelas kali nama kawan-kawannya yang lain dipanggil ke atas pentas. Masa itu debaran dihati ini hanya tuhan yang tahu.

Terbayang juga dek ingatan mungkinkah si anak dara mendapat keputusan yang tidak cemerlang dan membanggakan.
Apa pun saat itu saya hanya mampu berdoa yang terbaik buat dia dan muhasabah diri dengan sejujurnya apa sahaja keputusan anak harus diterima dengan redhanya.

Saya tahu dia telah buat yang terbaik dan membanggakan. Bangga walau menjadi mangsa perceraian tiada alasan untuk dia bersedih dan sebagainya.

Berjaya dengan cemerlang atau tak, itu bukanlah satu jaminan untuk hidup yang lebih baik pada masa hadapan.


Sekian
Sariah Awang Senik

CEKODOK KASIH SAYANG


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Hujan yang turun tadi boleh tahan jugak lebatnya.
Mujur dah habis waktu kerja dan dah pun balik ke rumah. Selesai saja mandi dan solat tiba-tiba teringat nak buat cekodok Ikan Bilis.

Petang-petang macam ini tambah hujan pulak, sedap makan cekodok ini.
Saya pun terus ke dapur dan suruh anak dara tersayang mengopek ikan bilis nak buat cekodok ikan bilis tu. Sementara tunggu anak dara selesai mengopek ikan bilis tu saya mengupas sedikit ubi kentang.

Cadangnya nak goreng sahaja ubi kentang ini. Teringat pulak si anak dara pun suka sangat makan ubi kentang goreng ini.
Bila dah siap separuh ubi kentang yang digoreng itu, ikan bilis pun siaplah.
Tanpa berlengah lagi saya pun terus saja siapkan bahan-bahan lain untuk cekodok ikan bilis ini.

Sebelum itu nak beritahu juga ini. Gambar cekodok yang  diatas ini bukanlah cekodol yang saya buat itu. Sebabnya tadi sebaik sahaja cekodok ini siap digoreng dan dimakan panas-panas macam sedapnya sampai dan nikmatnya rasa cekodok itu susah nak digambarkan.

Terlintas juga dalam hati masa makan cekodok ikan bilis nak ambik gambar tapi terlupa pulak. Yang bestnya dan rasa sangat bahagia ialah apabila saya dan juga anak-anak tersayang sama-sama menikmati kesedapan cekodok ini.

Ikutkan resipi buat cekodok ikan bilis ini tidak adalah bahan-bahan yang istimewa yang lain.
Cumanya setiap kali nak masak apa-apa walau hanya sekadar telur dadar pasti saya dahulukan terlebih dahulu dengan selawat dan istighfar. Hanya itulah sahaja resipi rahsianya.

Bila dapat makan bersama dengan anak-anak dalam hujan lebat yang turun mencurah-curah tadi terasa sangat membahagiakan. Dalam hati ini ingin selalu habiskan masa bersama dengan anak-anak macam itu.

Almaklumlah anak teruna belajar nun jauh di Kuantan. Yang si adiknya pulak walau tak terlalu jauh tetapi selalu rasa rindu.

Mungkin disebabkan semua faktor itulah yang telah membuatkan cekodok ikan bilis saya bertambah sedap.
Senang cakap cekodok ini terasa sedap sebab mungkin dimasak dengan penuh rasa kasih sayang atau cekodok kasih sayang walau hanya dimasak secara ringkas.

Sekian 
Sariah Awang Senik

SERVICE REVIEW PRODUK DAN MENULIS SURAT RASMI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Hujan masih lebat diluar itu. Apa pun hati ini masih lagi belum rasa aman selagi tak selesaikan semuanya sebaik yang mungkin.
Alhamdulillah. Satu masa dulu dah pun pernah lalui pengalaman belajar tentang kerja seorang ghostwriter. Kalau nak difikirkan selalu jugaklah dengar tentang kerja seorang ghostwriter.

Cumanya belum secara serius lagi.
Ada masa tertentu kita ada banyak idea tapi tak cukup masa untuk tulis semua idea-idea kita itu.

Jika anda perlukan khidmat seorang ghostwriter bolehlah menggunakan perkhidmatan saya serendah RM 50 ataupun RM 20.
Selain mengambil upah untuk mengulas produk atau perkhidmatan orang lain, saya juga menyediakan khidmat menuis resume dan juga menulis surat-surat rasmi.

Mungkin ada diluar sana yang kesuntukan masa untuk membuat surat rasmi dan juga surat-surat yang lain.

Jangan malu atau segan, anda boleh sahaja wasap saya disini 019-4075634 untuk maklumat yang lebih lanjut.


Sekian
Sariah Awang Senik

Wednesday 28 November 2018

MENCAPAI SATU IMPIAN


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Tiada yang mustahil. Nak atau tak nak.
Semua telah tersedia ada.
Belajar dari yang sudah terbukti berjaya dan bukanlah hanya sekadar cakap kosong sahaja.

Satu sahaja yang saya mohon dari semua pembaca yang sudi singgah baca entri ini.
Mungkin hari ini sekadar satu entri yang biasa.

Siapa tahu, esok lusa dah jadi kenyataan. Tak mintak banyak hanya satu doa dari yang sudi mendoakan.

Berbekalkan modal sebanyak RM 5k, saya mulakan segalanya.
Walau sesusah mana pun, wajib teruskan dan habiskan semuanya.

Keluarkan dulu modal dalam RM 2k untuk produk dan juga barang-barang keperluan perniagaan. Dengan sebuah kereta wira terpakai, saya mengorak langkah dan beranikan diri untuk hadapi semuanya.

Pada sebelah pagi, saya berniaga di pasar pagi dari jam 8 hinggalah ke 12 tengahari.
Jika ramai pelanggan dan kebetulan hari tersebut jatuh pada hari cuti am d
atau perayaan, maka lamalah sikit saya berniaga.

Hari Rabu pula berniaga di pasar tani. Walau tahu produk yang dijual bukanlah hasil pertanian tapi tak salah nak menjualnya. Kerana produk ini adalah produk bumiputera dan dijamin halal dan selamat dipakai.

Selesai berniaga di pasar tani, saya terus mulakan rutin di sebuah pasaraya walau hanya sekadar berniaga di tepi sebuah pasaraya sahaja. Rezeki ada dimana-mana.
Allah dah janjikan kepada umat-umatnya yang rajin berusaha serta tak mengabaikan segala suruhannya.

Tak cuba tak tahu sejauh mana akan berjaya. Berjaya atau gagal usahlah terlalu difikirkan.
Asalkan terus berusaha dan jangan sesekali berhenti berdoa.

Ada sahaja peluang untuk membuka booth-booth takkan saya lepaskan peluang.
Belum lagi mencapai impian yang besar tapi inilah impian kecil yang telah tercapai sudah.

Harapannya dalam masa tiga tahun lagi dah ada kiosk yang tersendiri.

Alhamdulillah. Mungkin apa yang saya tulis tadi sekadar satu impian.
Jika Allah sudah izinkan semuanya jadi kenyataan tak lama lagi. 

Menulis dan berniaga ini bagaikan cinta saya di dunia ini.
Sekarang saya hanya bergelar penerima zakat .
Siapa tahu esok lusa saya dapat keluarkan zakat yang lebih banyak dan konsisten.

Berniaga dan ingin jadi jutawan agar dapat keluarkan zakat yang lebih banyak untuk turut sama bantu golongan yang lebih memerlukannya.

Mohon jasa baik doakannya buat saya ya.

Nota : Gambar ini adalah stokis dan juga mentor saya yang telah pun berjaya dalam perniagaan ini juga disamping agent-agent yang telah pun membuat sales yang banyak setiap bulan. Semoga saya juga dapat mengikut segala jejak langkah mereka yang telah berjaya ini.


Sekian
Sariah Awang Senik


HANYA RM 10 JE


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Group Telegram
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Kecil bukan sebarang kecil tau.
Biar pun kecil tapi ada pelbagai bau yang sesuai untuk lelaki dan juga perempuan.
Tak kira tua atau muda semua pun boleh saja nak wewangi.

Kita berwangi-wangian bukan nak tarik perhatian sesiapa. 
Tapi nak tarik perhatian en Hubby tersayang jugak kan?

Boleh juga kita calitkan sedikit pada badan anak-anak tersayang, agar anak-anak tetap wangi sepanjang masa. Bayangkan bila sampai sahaja di rumah balik dari kerja walau kita rasa penat walau anak-anak masih lagi belum mandi, bau mereka tetap saja wangi.

Bila anak-anak dah mandi, lagilah bertambah wangi jadinya.
 Yang botol kecil perfume Dexandra ini harganya hanya RM 10 jer.
Kalau nak botol yang besar harganya pulak RM 70. 

Beli sahaja 2 botol RM 130.
Lagilah jimat RM 10.

Tak perlu lagi buang duit untuk beli perfume yang mahal-mahal. 
Kerana Dexandra Eau De Parfum dah setanding dengan jenama antarabangsa.
Ada sijil halal dan telah memenangi beberapa anugerah yang lain.

Masih was-was lagi nak gunakan Dexandra Eau De Parfum?

Apakata cuba dulu botol yang kecil bersaiz 3ml ini.
Rasai sendiri macam mana baunya dan kalau masih tak tahu apa perfume yang sesuai, boleh sahaja wasap kat sini 019-4075634 dan saya akan cadangkan apa saja perfume yang sesuai untuk diri anda itu.

Sekian
Sariah Awang Senik

CARA TERBAIK HADAPI MASALAH


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Apabila dilanda masalah, memang kita akan rasa sangat melemaskan. Seolah-olah sukar nak bernafas. Apa pun kalau tiada masalah, bukannya nama sebuah kehidupan.
Masalah yang datang itu sebenarnya bagaikan satu ujian untuk kita lebih bergantung harap kepada Allah yang maha esa.

Setiap kali dilanda masalah, anggaplah masalah itu sebagai satu peringatan buat kita. Janganlah terlampau memikirkan akan masalah tersebut.
Sebaliknya carilah peluang disebalik masalah yang.

Kalau setiap kali ditimpa masalah, selalunya apa perkara pertama yang sepatutnya kita lakukan. Antara yang biasa saya amalkan jika sedang menghadapi satu masalah ialah :
@ Ambil wuduk
@ Bersolat taubat
@ Berdoa terus kepada Allah
@ Perbanykkan istighfar
@ Berselawat
@ Berzikir
@ Bersedekah

Amalkan buat segalanya diatas secara konsisten dan insha Allah segala masalah yang kita hadapi itu Allah akan permudahkan dan tunjukkan jalan yang sejelas-jelasnya.


Sekian
Sariah Awang Senik

Tuesday 27 November 2018

TOLONGLAH JAGA KEDAMAIAN INI


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Ketika sedang berehat dan juga menonton televisyen, rasa gerun mendengar akan pelbagai berita terkini. Kisah jenayah, rogol, dera dan pembunuhan di sana dan sini. Paling terkini berita tentang ruduhan di sebuah kuil di Shah Alam. 

Anggota bomba yang ketika itu menjalankan tugas memadamkan beberapa buah kereta yang terbakar menjadi mangsa. Tak pasti akan puncanya kenapa dan mengapa. Asbab tidak puas hati orang lain yang menjadi mangsa kemarahan. Yang paling memeranjatkan adalah mereka menyerang anggota bomba yang sedang bertugas.

Rasa sedih kenapa kejadian ini boleh berlaku. Begitu mudahnya perasaan marah menguasai seseorang dan mudahnya terpengaruh akan perkara yang tiada kebenaran.

Ada baiknya segala perkara dibawa berbincang sebaiknya. Perkara ini melibat banyak aspek. Terutamanya melibatkan perkauman agama dan sebagainya. Dulu tiga bangsa utama dalam Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India boleh hidup bekerjasama sesama sendiri.

Sekarang tolonglah hargai rasa hormat sesama kaum-kaum yang lain.
Tolonglah jangan bagi Allah marah pada bumi Malaysia ini.
Tolonglah hargai kedamaian dan kemakmuran yang kita nikmati selama ini.

Jika ada silap dimana-mana berusahalah untuk memaafkan.
Usah biarkan orang lain menodai kemerdekaan yang sekian lama kita kecapi.

Hargai pengorbanan segala perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan ini.

Ambillah pedoman apa yang berlaku di negara jiran kita Indonesia.
Di mana bumi seakan tak mampu lagi menanggung segala kerasukan asbab segala dosa-dosa yang telah kita lakukan.

Semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa tak kira kecil atau besar dari diri ini juga yang sudi baca secebis coretan kedamaian dan juga ketenangan.

Sekian
Sariah Awang Senik
 

Monday 26 November 2018

ORANG QADA PUASA, DIA QADA TIDUR

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Amboi!!
Bukan main sedapnya anak dara tidur. Mentang-mentang cuti sekolah dah bermula. Dia punya qada tidur macam nak tidur setahun. Kalau qada puasa tu dapatlah jugak pahalanya.
Hari tu masa saya balik sahaja dari kerja, masuk sahaja dalam rumah, penuh dengan barang-barang asramanya. Dengan buku-buku teks, baldi , hanger baju dan juga barang-barangnya yang lain. Itulah yang rasa kelakarnya. Orang qada puasa. Yang anak dara seorang ini pulak qada tidurnya.

Naik sahaja ke tingkat atas, tengok dia tidur dengan lenanya tak jadi pulak nak marah. Faham sangat rutinnya di asrama macam mana. Terpaksa bangun awal, takut nanti bila dah terbangun lewat penuh pulak bilik mandinya dan kena lagi beratur.

Itulah yang saya ingat masa memula dia belajar duduk asrama dahulu.
Bila balik sahaja dari asrama, pasti lama sikit dia akan tidur dari biasa.
Rasa tenang dan damai melihat dia tidur nyenyak begitu. 

Hilang sekejap rasa stress dan juga apa sahaja masalah yang bermain dalam benak fikiran ini. Apa pun bila dia dah bangun nanti, bolehlah ansur-ansur suruh dia kemas barang asramanya elok-elok. Terutamanya buku-buku teksnya itu.

Bukan apa saya risau takut si bulus ambil kesempatan kencing di buku-buku teks tersebut. Si bulus ini pulak ada masa pandai berlari keluar dari rumah kalau nak melepas. Ada masa nakal pulak perangainya.

Jadi kita yang bernama manusia ini, kenalah lagi bijak pandai mengatur akan segala. 

Hailah anak!
Punyalah dah lena tidur sampai ajak makan pun tak nak. Puas jugaklah gerakkannya bangun kerana dah masuk waktu Isyak dan harus laksanakan tanggungjawab yang sepatutnya kepada Allah yang maha esa.

Dah selesai semua itu, barulah boleh tidur ya, sayang!


Sekian
Sariah Awang Senik

MISI MENCARI BUKU BARU


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Amboi! Si anak dara rupanya dah pandai baca novel Bahasa Inggeris.
Patutlah tengok result subjek Bahasa Inggerisnya makin meningkat dan diantara mata pelajaran yang paling tinggi markahnya.

Sebelum ini masa dia dalam darjah 6, dia selalu beli novel Bahasa Melayu.
Cuma masa dulu dia pernah cakap, satu hari nanti dia pasti boleh baca dan faham buku novel Bahasa Inggeris.

Dah mula cuti sekolah ini, sesekali dia asyik sibuk dengan hphone sahaja. Sesekali nampak juga dia membelek-belek majalah Korea dan juga komiknya.
Selalu juga saya pesan pada si anak dara agat tak terlalu banyak habiskan masa dengan phonenya itu.

Tahu sepanjang berada di asrama, membawa hphone ke asrama adalah tak dibenarkan sama sekali. Selain bercadang nak habiskan lebih banyak masa dengan anak-anak tersayang, saya juga bercadang untuk menambah koleksi buku peribadi sendiri.

Tak kiralah untuk diri ataupun anak-anak. Saya sangat sedar bila mereka berdua terlalu asyik dengan hphone boleh buatkan mereka berdua jadi lalai.
Memang tak salah bermain dengan hphone, tapi haruslah pandai bahagikan masa agar tak terbuang begitu sahaja.

Terbayang juga nak beli lebih banyak buku motivasi dan juga buku-buku tentang kisah orang-orang yang telah berjaya dalam kehidupan masing-masing.

Harapannya agak buku-buku yang bakal dibeli dapat memberi lagi semangat dan sumber inspirasi dalam nak capai satu kejayaan.
Insha Allah


Sekian
Sariah Awang Senik

Sunday 25 November 2018

MANISNYA ZAMAN PERSEKOLAHAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Bermulalah kerja seperti biasa di musim cuti sekolah ini. Walau hanya sebulan bercuti tapi meriahnya anak-anak menyambut cuti ini, bagaikan setahun nak bercutinya. 

Pagi tadi lihat anak-anak sekolah yang berombongan sekolah.
Nampak ceria dan gembrianya bahagia melihatnya.
Apa saja yang mereka buat nampak lucu dan comeynya.

Kadang teringat zaman sekolah dulu. Walau dikategori dalam kalangan murid yang nakal tapi masih ada batasannya. Ponteng sekolah, ponteng kelas, kena denda dan pernah jugalah merasa di tali pinggang oleh abahku.

Rasanya kalau zaman sekolah mahu agaknya orang akan kata abah mendera anaknya. Namun semua itu tidaklah keterlaluan. Segala yang abah buat dan lakukan ketika itu menjadikan aku seorang manusia yang tidak gentar walau apa saja dugaan yang mendatang.

Apa pun demi untuk dapatkan kehidupan yang lebih baik, pasti kita akan diuji dan diduga dalam menjalani kehidupan ini.


Sekian
Sariah Awang Senik

Thursday 22 November 2018

JUMAAT DATANG LAGI


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah.
Cepat sungguh masa berlalu.
Alhamdulilah, hari Jumaat yang tersangat indah.
Pagi tadi bangun jam 4.30 pagi, terlihat bulan penuh indah menyerlahkan cahayanya.

Tak henti-henti bersyukur kepada Allah kerana masih lagi memberi peluang untuk jalankan segala tanggungjawab dan melihat anak-anak tersayang.
Dalam hati tak dapat digambarkan seandainya sudah sampai masanya dijemput oleh maha penciptanya.

Di usia yang semakin bertambah ini, hanya ingin luangkan lebih banyak masa beramal dan juga melakukan ibadah yang lain sebagaj persediaan untuk kekal abadi di sana nanti.

Alunan zikir dan selawat mesti dilakukan setiap hari.
Harta dan wang ringgit tiada berguna disana nanti.
Sedekah, doa anak yang soleh dan ibadahlah penyelamat apabila telah sampai masanya nanti.

Amalan sedekah usahlah difikirkan tentang sedekah yang besar-besar.
Dengan hanya tersenyum, menolong dan juga mendoakan orang lain juga dikira sebagai salah satu sedekah.

Buat semua yang sudi singgah baca entri ini, didoakan pada hari Jumaat ini, senantiasa mewah segala rezeki, sihat sejahtera dan dipermudahkan segala urusannya.


Sekian
Sariah Awang Senik

SUSAHNYA MENCARI KLINIK HAIWAN KERAJAAN


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Pantang bertemu muka!!
Itulah yang berlaku antara si Belang dan juga si Buntal.
Sejak kecil dah bela dua ekor ini. Masa kecil taklah brutal sangat.

Alih-alih memasing dah pandai mengawan, mulalah buat perangai.
Pernah sekali dua, si Belang dan si Buntal ini sampai tak ingat nak balik rumah.
Kita punyalah kat dua ekor bulus ini.

Tapi dua ekor ini buat tak kisah je.
Ada anak dara dan teruna lagilah naik lemak.
Mana tak nya, si anak dara suka mencari kutu kucing.
Yang abang pulak pun lebih kurang sama dengan si adik.

Baru-baru ini, tanpa sengaja, si dua ekor bertembung secara tak sengaja.
Macam aksiden kereta. Bila bertembung je, pasti akan ada yang cedera dan juga yang meninggal dunia. 

Cumanya bila si Belong dan si Buntal ini bergaduh, tersangat payahlah nak dileraikan. Ada masa saya macam tak faham. Bagaimana duduk serumah sampai langsung tak dengar akan segala nasihat saya.

Nama pun binatang kan?
Kucing pulak tu!

Bila dah bergadug, jenuh pulak nak merawat si Belang dan Buntal ini.
Dah luka sana-sini kalau agak susahlah jugak nak rawat si dua ekor ini.

Cari klinik kerajaan punyalah jauh sampai ke Kuala Kubu.
Jika ada klinik haiwan ini, taklah rasa susah sangat nak bawak si bulus dua ekor yang cedera parah ini.

Faham sajalah kalau bawak ke klinik swasta. Sah-sahlah kos rawatannya lagi tinggi dah mahal. Rasanya, patut adakan sebuah klinik haiwan di dareah ini.
Kalau tak silap dulu ada. Tapi nampak macam dah tutup.

Makin hari luka di tangan si Belang makin teruk.
Kalau dalam masa seminggu ini, kena fikir alternatif macam mana nak bawak si Belang ini ke klinik nanti.

Dalam hati senantiasa berdoa agar si Belang sihat dan dapat jalankan aktiviti nya seperti biasa.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

YEAY! ESOK DAH MULA CUTI SEKOLAH

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Masa setahun sekejap je.
Rasa baru saja sambut tahun 2018.
Dalam masa sebulan lagi habislah tahun 2018 ini.

Dalam hati ini, rasa seronok sangat.
Yalah, esok kan dah mula cuti sekolah selama sebulan ini.
Anak dara tersayang pun akan balik esok petang.

Abangnya dah pun balik ke rumah.
Sekarang sedang sibuk pulak menolong abahnya berniaga buah durian.
Doanya semoga cuti sekolah selama sebulan ini, dapatlah saya manfaatkan sepenuhnya masa yang ada bersama anak-anak tersayang.

Dalam hati ini tersangat sedar bahawa kerja macam saya, cuti sekolahlah yang paling susah nak bercuti. Walau apa pun, saya tetap berusaha akan Allah permudahkan niat saya untuk lebih banyak masa yang berkualiti dengan anak-anak tersayang.

Esok anak dara balik ke rumah dari asrama. Masih ingat cuti wajib anak dara hari itu sibuk minta saya masak kari ayam yang dia teringin sangat nak makan tu.

Selain itu dapatlah saya bermanja dan bersembang dengan anak-anak tersayang.
Yang pasti cuti sekolah ini, anak dara dan teruna akan ada lebih banyak masa untuk buat aktiviti yang mereka sukai.

Saya didoakan agar esok segalanya dipermudahkan dan anak dara tersayang balik ke rumah dengan selamatnya.

Sekian
Sariah Awang Senik

HIDUP BERDIKARI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Dah lama dia begitu. Sejak dia masih bersekolah lagi.
Waktu kecil memang si anak teruna ini agak pendiam, tapi mujurlah dah berubah sejak dia mula bekerja secara part time masa sekolah menengah dahulu.

Bukan nak puji anak sendiri tapi itulah kenyataannya.
Si abang ini sejak kecil dan selepas perceraian dah terbiasa hidup berdikari.

Dahulu sebaik habis waktu persekolahan hari Jumaat petang itu dia dah start buat kerja partime.

Kerja partime semata nak cari duit belanja sekolah.
Hinggakan ambil lesen motor sendiri pun kumpul duit kerja ambil lesen.

Paling terharu masa nak daftar masuk belajar di Politeknik pun dia sendiri kumpul dan senyap-senyap bayar.

Bukan sebagai ibu, saya lepas tangan, tapi itulah hakikatnya.
Sebaik sahaja selesai mendaftar belajar dahulu, semua barang-barangnya kami beli bersama.

Waktu itu hanya mak cik Mak Ngahnya yang terlalu banyak membantu.
Mujur jugalah sudi hantar sampai ke Kuantan.

Kini setiap kali cuti semester, ada saja yang nak lakukan untuk dapatkan sumber kewangan.

Puasa dulu, dia menolong orang berniaga nasi goreng Kunyit.
Kini menolong abahnya berniaga durian dan petangnya pulak sambung buat kerja partime hinggalah ke malam.

Pagi hantar ibunya pergi kerja dan kemudian barulah rehat.
Ada masa rasa bersalah sebab dia dah memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga biarpun baru 19 tahun.

Setiap kali ada duit lebih, pasti dia akan dahulukan adiknya melebihi dirinya sendiri.

Itulah keluarga kecil Kak Long ini, tak de apa yang istimewa.
Tak kaya mana.
Yang kaya hanya pengalaman dan dugaan hidup yang tak pernah jemu singgah dalam kehidupan ini.


Sekian
Sariah Awang Senik

Tuesday 20 November 2018

COMELNYA!!

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Group Telegram
http://sariahawangsenik.blogspot.com

" Comel sangat!"
Bukan comel yang biasa-biasa. Tapi sangat luar biasa.
Auranya tu mampu buatkan hidup lebih berceria dan bersemangat selalu.
Tapi bukan saka atau sihir tau!

Tahulah sekarang banyak sangat cerita hantu.
Macam filem Tujuh atau cerita Munafik tu.

Itu filem Tujuh.
Ini 8 lagi. Siap ada bau yang best-best pulak tu.
Bila letak saja kat mana-mana maka akan bertambah lagilah kecomelannya itu.

Ianya sangat comel. Ada 8 bahagian pulak tu.
Ikut selera masing-masinglah suka bau yang macam mana.

Nak bau kopi, bau buah-buahan, bau bunga-bungaan semuanya ada.
Lagi pulak disetiap 8 bahagiaan kecomelan ini dah siap ada positive vibes lagi.

Bila rasa mood ke laut, rasa sedih terbaca positive vibes tu dapatlah motivasikan diri kita balik.

Harga kecomelan ini taklah mahal mana.
Hanya RM 10 jerr.
Yang bestnya setiap kecomelan ini ada namanya yang tersendiri.
Antaranya ialah:

@ Coffee Warm
@ Rose Forest
@ Vanilla Fresh
@ Green Tea
@ Passion Fruit
@ Passion Pine
@ Roasted Caramel
@ Forest Dream

Jika mengidam nak bau semua tu, wasap saja ke sini ya 019-4075634 dan boleh saja nak tahu lebih lanjut tentang semua comel-comel itu ya.
Yang comel ini kalau nak tahu adalah Dexandra Air Freshener .
Kotak comel yang makin famous masa kini tau.

Apa pun jangan lupa save no wasap saya tu tau.
Mana tahu ada yang tercari-cari kotak comel ini.


Sekian
Sariah Awang Senik

LUMRAH




Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Dah menjadi kebiasaan.
Saat susah dan peritnya mengharungi kehidupan tiada siapa yang hulurkan bantuan atau sekurang-kurangnya bertanya khabar.
Masih ingat akan sedikit masa dulu, terpaksa menumpang rumah majikan hanya kerana untuk membina kembali kehidupan ini.
Sukar dan susahnya waktu itu tiada yang memahami.

Mereka hanya sekadar mengkritik dan bukan berusaha untuk memahami.
Sokongan keluarga, adik-beradik juga rakan hanya itulah penguat semangat.

Paling tak lupa terpaksa keluar awal setelah solat Subuh hanya semata menghantar anak bujang untuk menunggu bas ke sekolah menengah agamanya.

Juga harus berjalan kaki menghantar anak dara tersayang ke sekolah rendah dan juga sekolah rendah agama.
Pernah anak dara menyuarakan rasa letihnya kerana harus berjalan kaki setiap hari ke sekolah.

Dengan berbekal kisah-kisah para nabi mujurlah anak dara waktu itu leka dan redha akan kesusahannya.
Selama beberapa tahun begitu hinggalah anak dara menamatkan persekolahannya di darjah 6.

Alhamdulilah berkat usaha-usahanya dia berjaya juga mencapai keputusan yang baik dalam pelajarannya. Kini sedang belajar di sebuah sekolah menengah agama yang berdekatan dengan daerah ini.
Semua itu bukan mudah.
Berhadapan dengan rasa letih berpanas dan juga berhujan semuanya sangat menguji kesabaran.

Biarpun waktu itu tiada yang memahami, syukurlah Allah tahu akan segalanya.
Tak pernah putus-putus rezeki anak-anak dan saya sebagai ibu dapatlah juga menumpang sedikit kebahagiaan dari anak-anak tersayang.

Anak-anak makin dewasa dan remaja.
Kini mereka makin berdikari dan tak pernah rasa gentar hadapi apa jua dugaan.

Jadi tak hairanlah saat ini, barulah ada yang cuba memahami dan tak kurang juga yang mengaku kenal atau sebagainya.
Boleh saja membalas segala apa yang mereka lalukan.

Tapi tiada kesudahan.
Memilih untuk memaafkan dan mendoakan agar mereka senantiasa bahagia dan dilimpahi segala rezeki.

Lumrah alam dan kehidupan sebegitu.
Namun lumrah diri ini ada cara tersendiri.


Sekian
Sariah Awang Senik

TIPS DIDIK ANAK SENDIRI LEPAS BERCERAI


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Siapalah yang nak bercerai.
Kalau boleh semua wanita nakkan rumahtangga yang aman bahagia hingga ke jannah.

Kita yang merancang tapi Allah yang tentukan semuanya.
Diduganya diri kita bukan untuk memusnahkan kehidupan, tapi sebenarnya membaik pulih kehidupan kita agar lebih memberi makna dan tidak selalu leka.

Kehidupan yang kita miliki sekarang bersifat sementara dan pinjaman dari Allah yang maha esa.
Jika tak berasa bersyukur sebaliknya asyik menyalahkan tuhan semata, maka itulah tanda-tanda awal kita sudah semakin jauh dari Allah yang maha esa.

Perceraian ini bukanlah satu mimpi indah buat diri ini.
Malah langsung tak terbayang akan berlaku jua dalam kehidupan ini.

Diceraikan atas alasan tiada kesefahaman diri buatkan diri pada peringkat permulaan bagaikan kapal yang hilang nakhodanya.
Asyik mencari kesilapan dan menyalahkan orang lain, itulah diri ini satu masa dahulu.

Akan tetapi sampai bila nak bersedih dan terus menyalahkan diri sendiri?
Sedangkan dalam masa yang sama ada tanggungjawab yang perlu dijalankan dengan sebaik yang mungkin.

Memikirkan segala tanggungjawab itulah, maka diri ini terus berfikir dan harus berbuat sesuatu bukan sahaja untuk diri malah yang penting anak-anak tersayang.

Yang jadi kekuatan paling utama adalah anak-anak.
Kerana merekalah saya mesti bangkit semula membina kehidupan baru juga sebuah impian yang maha baru.

Ya, impian yang dulu biarkanlah ianya berlalu pergi.
Walau sudah hampir berkecai seperti kaca, akan saya kutip semua kaca-kaca menjadi sebuah impian yang baru.

Nekad untuk merubah kehidupan, anak-anak yang jadi mangsa sebuah perceraian ini harus dididik sebaik yang mungkin.
Kebahagiaan sendiri saya biarkan seketika.
Biarlah pengorbanan ini dilakukan demi kedua anak tersayang.

Bersama sebuah semangat yang baru, perasaan anak-anak harus di ambil kira.
Tidak mahu anak-anak rasa kekurangan kasih seorang ayah, saya berusaha sebaik yang mungkin agar mereka mendapat sepenuh kasih sayang sepatutnya.

Perkara pertama yang saya lakukan agar anak-anak dapat memahami sebaik ynag mungkin akan situasi yang baru.

Antaranya ialah:

@ Terangkan kepada anak-anak keadaan dan status diri ibu mereka yang telah berubah.
@ Beri penjelasan kepada anak-anak walau ibu dan ayah mereka telah berpisah, kasih sayang takkan berubah atau berkurangan.
@ Luangkan lebih banyak masa bersama anak dan lakukan aktiviti yang mereka sukai bersama-sama.
@ Jelaskan kepada anak-anak mereka tak perlu rasa rendah diri dan harus berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran.
@ Jangan tanamkan perasaan benci dalam diri anak-anak terhadap ayah mereka. Segala yang berlaku hanyalah diantara diri kita dan juga bekas pasangan kita.
@ Sebaik setelah bercerai dan berpisahlah, usahakanlah untuk mendidik sendiri anak-anak. Jangan biarkan orang lain wujud diantara diri kita dan anak-anak.
@ Beritahu dan tanyalah kepada anak-anak jika ada kesilapan yang kita lakukan sebagai ibu mereka.
@ Selalulah berbincang dan luahkan perasaan masing-masing dan jangan amalkan menyimpan perasaan yang tak sepatutnya di dalam.
@ Usahakanlah untuk ada sebuah rumah yang selesa dan tidak semestinya besar tapi cukup selesa dan nyaman buat anak-anak tersayang.
@ Jangan pernah lupa untuk doakan anak-anak setiap masa. Sewaktu mereka sedang tidur nyenyak, amalkan baca surah Al-Fatihah dan hembuskanlah di ubun kepala anak.

Itulah antara perkara yang dilakukan selama saya hidup sendirian dan juga bergelar ibu dan ayah sekaligus.
Mungkin juga ada tips-tips yang lebih baik dari sesiapa saja yang sudi baca entri ini.


Sekian
Sariah Awang Senik

Monday 19 November 2018

SALAM MAULIDUR RASUL 1440



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Group Telegram
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Tak perasan sebenarnya hari ini Hari Maulidur Rasul.
Fikirkan yang minggu ini, minggu terakhir persekolahan maka terus saya mengambil cuti rehat.
Bila dah balik ke rumah tengok kalendar barulah terperasan hari ini public holiday.

Apa pun tiada bezanya bagi orang yang bekerja shift macam saya.
Sementara masih ada kesempatan dan risau keadaan badan yang kurang rehat, maka saya bercuti hari ini.

Malam semalam pun dah kerja shift dari pagi sampailah malam.
Syukurlah Allah permudahkan segalanya.

Dalam hati saya sentiasa berdoa agar di hari Maulidur Rasul ini akan memberi satu permulaan yang baru buat diri juga semua sahabat yang sudi singgah baca entri kali ini.

Lihat sahaja akan Nabi Muhamad sendiri.
Keperibadian dan sikapnya walau bergelar seorang peminpin tersohor, beliau tak rasa malu untuk melakukan kerja-kerja yang remeh-temeh.

Juga bergelar seorang suami tak malu dan rasa kekok untuk turut sama melakukan hal-hal rumahtangga seperti memasak, mengemas dan sebagainya.
Senantiasa berusaha untuk mengambil hati para isterinya sebaik yang mungkin.

Paling utama Nabi Muhammad sangat bijak dan pandai mengurus segala masalah yang wujud di antara isteri-isterinya.


Dengan sebab itu, maka wajarlah kita jadikan Nabi Muhammad SAW sebagai salah satu contoh yang paling terbaik.
Dan sikap-sikap yang murni dari Nabi Muhammad itu patut terus dipupuk dalam kehidupan kita seharian.

Buat yang terbaca entri ini Salam Maulidur Rasul tahun 1440.
Semoga terus diberkati oleh Allah dan dilindungi dari segala musibah.
Aamiin Ya mujib

Sekian
Sariah Awang Senik

HIKMAH SEBUAH KESABARAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Setiap hari kita menghadapi pelbagai dugaan.
Ada masanya dugaan yang datang itu bagai menarik-narik buah kesabaran kita itu.
Paling menguji kesabaran apabila sesuatu perkara itu berlaku hampir setiap hari dan juga dengan impak yang lebih besar.

Memang satu kesabaran itu tak akan dipupuk dalam sehari dua.
Perlukan masa untuk membina tembok kesabaran itu sekukuh tembok besar Cina atau mungkin lebih kuat dari itu.

Akan tetapi jika sudah dapat satu benteng dan kemudiannya satu lagi benteng kesabaran, maka secara tak langsung kita sudah berdamai dengan diri untuk membina satu kekuatan dari satu kesabaran.

Hikmah kesabaran telah tercatat dalam Al-Quran yang ada sepuluh kebaikannya.
Tak rugi diamalkan dan sangat besar akan kebaikannya.
Rujuklah mana-mana hadis terdapat terlalu banyak ganjaran orang-orang yang bersabar saat dilanda satu dugaan.

Kesabaran seumpama sepohon pokok.
Asal disemai dari benih kemudian bercambahkan dedaun yang tumbuh merimbun.
Hujan panas juga angin kuat melanda tetap bertahan dalam apa jua keadaan.

Andai ditakdirkan rebah juga pepohon patah dek ribut taufan tetap ada tunas yang baru bercambah lagi.
Tunas yang baru terus tumbuh dan juga mengantikan kembali pohon yang patah tadi.

Begitulah kesabaran kita.
Faham dan selalu sematkan dalam diri bahawa bersabar akan sesuatu perkara bukanlah mudah.
Sebagaimana menaip entri ini, juga tak semudah yang disangka.

Lihatlah awan dilangit tetap akan berseri juga apabila mendung hitam sudah berlalu pergi.
Akan ada sinar mentari yang tambah menyerikan lagi satu kehidupan hari ini esok juga buat selamanya.


Sekian
Sariah Awang Senik

Saturday 17 November 2018

BERHARAP HANYA KEPADA ALLAH

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Sangat cepat masa berlalu.
Sedar tak sedar uban makin bertambah diatas kepala ini.
Gatalnya hanya tuhan yang tahu.

Ikut rasa hati nak je cabut uban yang berkilau-kilau tu.
Bila dah biasa cabut, maka secara automatik makin galaklah uban bertambah di kepala ini.

Macam itu juga dalam kehidupan seharian ini.
Usah difikir hidup hanya ada kisah sedih sahaja.
Pasti ada kisah yang buatkan kita gembria walaupun hanya kisah yang kecil-kecil sahaja.

Usah berharap kepada sesama manusia untuk jadi lebih bahagia.
Senantiasa berdoa dan berharap sepenuhnya kepada Allah yang maha esa.
Kebahagiaan itu sebenarnya telah lama berada dalam diri kita.

Semuanya terpulang kepada diri untuk buat kebahagiaan itu lagi cantik dan menarik.
Kadang walau hanya perkara-perkara yang kecil pun, dah buat diri sendiri rasa lebih bahagia seadanya.
Syukurlah kepada Allah tuan punya seluruh alam semesta.


Sekian
Sariah Awang Senik

JENIS-JENIS PERFUME DEXANDRA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Group Telegram
http://sariahawangsenik.blogspot.com


" Sedap bau perfume ini. Tapi tahan lama dan boleh bawak bersolat sekali ke?"
Mesti kita selalu fikir macam ini bila nak beli perfume kan?

Dalam Dexandra tak payah risaulah akan semua ini.
Perfumenya tahan lama.
Tiada kandungan akholol, halal serta selamat digunakan.

Pendek kata dalam Dexandra itu semua dah ada.
Yang paling bestnya Dexandra baru-baru ini telah pun menerima anugerah Halal di peringkat antarabangsa.

Ada bermacam-macam jenis perfume Dexandra yang sesuai untuk lelaki dan juga perempuan. Tak kira tua atau muda, boleh je pakai perfume Dexandra.

Pakai perfume ini bukan saja nak pergi berjalan jalan.
Duduk rumah pun boleh jugak pakai perfume.
Barulah bertambah harum mewangi je dalam rumah itu.

Dexandra Eau De Parfum 5 kategorinya yang tersendiri.
Kira macam nak beli kereta jugalah.
5 kategori yang dimaksudkan ialah :

1) Classic
2) Dynamic
3) Elegant
4) Luscious
5) Intense

Setiap jenis perfume Dexandra ada kategorinya yang tersendiri.
Contohnya, seperti dalam gambar diatas.
Dan jika nak tahu lebih lanjut lagi tentang semua jenis perfume Dexandra, wasap sahaja terus disini 019-4075634


Sekian
Sariah Awang Senik

SINDROM MAK RINDUKAN ANAK

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Terima kasih Ya Allah kau permudahkan segala urusan anak tersayang.
Selesai sahaja exam hari ini, dia terus wasap dan beritahu akan pulang ke rumah.

Anak teruna tersayang dalam perjalanan balik ke rumah.

Semoga selamat sampai dan dapatlah lepaskan rindu pada dia.

Macam inilah sindrom emak-emak yang rindukan anak-anak.
Terutamanya anak-anak yang sedang belajar dan terpaksa berjauhan dari keluarga. Kini selesailah semester 3 dan bakal memasuki semester 4 tak lama lagi.

Minggu depan anak dara pulak yang balik dari asrama.
Selama sebulan ini, giliran anak dara dan teruna pulak belajar uruskan hal-hal rumahtangga. Belajar uruskan semuanya supaya kelak mereka pandai hidup berdikari dan tidak merungut jika diuji dengan kesusahan dan sebagainya.

Lagipun semua itu untuk kebaikan mereka berdua juga.
Tak semestinya anak perempuan hanya pandai memasak, menjahit saja.
Anak teruna pulak tak juga hanya pandai bertukang dan melakukan kerja-kerja kasar sahaja.

Masih banyak lagi yang mereka berdua perlu belajar.
Tak semestinya hal yang berkaitan dengan dunia.
Hal-hal akhirat juga harus dititik berat dan diberi tumpuan sepenuhnya.

Malam ini terubatlah rasa rindu terhadap anak teruna tersayang.
Harapan ibu yang semakin meningkat umurnya ini, semoga Allah senantiasa melindungi kedua anak tercinta dengan segala rahmat dan kasih sayang Allah yang maha esa.


Sekian
Sariah Awang Senik



Friday 16 November 2018

TANDA-TANDA AWAL PENYAKIT BILIARY ARETESIA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Al-Fatihah buat arwah sulung tersayang Siti Nur Balqis Ahmad Roslan


Banyak kali juga, saya berusaha mengambil gambar ini sebaik yang mungkin.
Dah lama sangat gambar ini tersimpan dalam satu kotak.
Terlalu lama dan sangat lama.

Biarpun sudah sekian lama, tetapi kenangannya masih segar dalam lipatan sejarah hidup saya sebagai seorang ibu.
Pada mulanya semuanya seakan berat, tapi saya redha atas ketentuan tuhan dan percaya bahawa segala dugaan ini ada hikmah yang tersembunyi.

Seiring dengan perkembangan teknologi maklumat, maka apa sahaja info-info terkini mudah didapati.
Sangat berbeza dengan sepuluh tahun yang lepas.

Waktu itu memang saya tak dapat gambarkan apakah penyakit Biliary Aretesia ini.
Saya hanya dapat bayangkan penyakit seperti sakit jantung, sakit buah pinggang dan sebagainya.

Apabila arwah anak tersayang disahkan menghidap penyakit Biliary Aretesia ini, saya bagaikan hilang arah. Tak dapat nak bayangkan bagaimana nak menjaga arwah anak yang sulong ini.


Arwah anak tersayang telah dilahirkan secara normal disebuah hospital berdekatan dengan daerah ini. Masa arwah dilahirkan tiada cacat celanya.
Semuanya baik-baik sahaja.

Setelah pulang ke rumah selama beberapa hari barulah ada sesuatu yang tak kena dengan arwah anak tersayang.
Yang paling ketara adalah ada sedikit warna kuning pada dahi dan juga seluruh badan.

Jururawat yang membuat pemeriksaan dirumah menyarankan untuk terus dibawa ke hospital.
Sampai sahaja dihospital, darahnya telah diambil dan kemudiannya disahkan menghidap sakit Demam Kuning.

Setiap hari darah arwah diambil untuk melihat tahap bilirubinnya bagaimana.
Selama beberapa hari dihospital, arwah dibenarkan pulang.
Apa pun naluri saya sebagai seorang ibu masih merasakan ada lagi yang tidak kena dengan arwah anak ini.

Paling ketara sejak pulang dari hospital, arwah semakin sukar tidur lena.
Setiap kali waktu malam, arwah selalu menangis dan seakan tidak selesa dengan keadaannya.

Lagi sekali jururawat datang ke rumah dan membuat pemeriksaan lagi sekali ke atas arwah anak.
Hasil dari pemeriksaan itu, jururawat terus membuat satu surat untuk dirujuk kepada doktor pakar di Hospital Pediatrik di Kuala Lumpur.

Setelah disahkan mengidap penyakit Biliary Aretesia ini, satu operation kecil iaitu pembedahan Kasai harus dilakukan kepada arwah. Namum pembedahan iti tidak berjaya dan terpaksa membuat pembedahan besar iaitu pembedahan Pemindahan Hati.

Pembedahan Hati ini sangat mahal kosnya. Dan sehingga kini tiada dilakukan di Malaysia dan kekurangan pakar untuk melakukannya.Apa pun arwah tak sempat menjalani pembedahan besar ini akibat kekurangan perbelanjaan dan keadaannya yang semakin ditahap kritikal.

Buat sesiapa sahaja yang singgah baca entri ini, saya kongsikan sedikit tanda-tanda awal penyakit Biliary Aretesia ini.
Penyakit Biliary Aretesia ini sebenarnya adalah satu penyakit yang disebabkan kegagalan hati berfungsi akibat disebabkan oleh saluran hempedu yang tersumbat atau mungkin saluran ini tiada langsung.

Salah satunya yang paling ketara adalah:
1) Demam kuning atau Jaundice yang berpanjangan.
2) Najis bayi yang berwarna kekuningan.
3) Air kencing bayi yang berwarna seperti air teh o pekat.
4) Kerap menangis dan sukar tidur terutama pada waktu malam.

Jika ada salah satu daripada tanda-tanda diatas usahlah berlengah-lengah lagi dan rujuklah kepada doktor pakar agar pemeriksaan segera dapat dilakukan dengan segera.

Sekian
Sariah Awang Senik


HIKMAH BERJALAN KAKI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Terima kasih sangat kepada Allah kerana telah mengurniakan anggota badan yang serba lengkap. Dapat berjalan dan juga berlari ke sana dan sini.
Setiap hari berjalan kaki selama 20 minit pergi dan balik dari kerja.

Kalau ada anak bujang balik dan cuti semester, dialah yang selalu menghantar saya pergi dan balik dari kerja. Kalau diikutkan memanglah tak larat. Tapi tiada pilihan.
Buat masa sekarang belum ada rezeki lagi untuk memiliki semua itu.

Syukur jugalah apabila duduk di tempat yang tidak terlalu sibuk seperti di Kuala Lumpur itu. Kiranya kawasan yang saya duduk ini tidaklah terlalu kampung atau bandar sangat.

Masih lagi sebuah kawasan perumahan dan boleh katakan mereka tahu apa aktiviti saya setiap hari. Seawal pagi selesai sahaja solat Subuh, saya bergerak keluar dari rumah berjalan kaki dalam pukul 6.20 pagi. Selalunya, kalau keadaan terlalu gelap, saya akan keluar dari rumah agak lewat sedikit.

Sebabnya saya bukan sahaja terpaksa melalui kawasan perumahan malah harus juga menempuh kawasan estet. Faham-faham sajalah kawasan estet tu macam mana.
Gelap dan harus berhati-hati apabila melalui lorong-lorong yang kecil itu.

Apa pun saya rasa sangat bersyukur kerana Allah senantiasa melindungi dan memudahkan segala tanggungjawab saya itu setiap hari.

Melalui sedikit kajian, sebenarnya aktiviti berjalan kaki sangat baik untuk kesihatan diri kita.
Dulu saya rasa sangat terseksa apabila terpaksa berjalan kaki setiap hari.
Tetapi setelah membuat beberapa pembacaan tentang aktiviti berjalan kaki ini, barulah rasa letih dan seksa itu lenyap begitu.

Yang menariknya aktiviti berjalan kaki ini tidak perlukan modal yang besar pun.
Antara kebaikan jika selalu melakukan aktiviti berjalan ini adalah:

a) Dapat mengawal dan mencegah osteoporosis.
b) Mengurangkan risiko penyakit kronik
c) Mengurangkan risiko penyakit kanser kolon, payudara dan prostat
d) Membantu mengurangkan masalah perut buncit dan menurunkan paras kolestrol dalam darah.

Kesimpulannya setelah tahu akan hakikat aktiviti berjalan kaki lebih baik, maka taklah lagi saya terbeban sebaliknya rasa sangat bersyukur kerana disamping menjalankan satu amanah dapatlah juga saya kekalkan tahap kesihatan ini, memandang usia yang dah semakin berumur ini.

Maka benarlah dan inilah hikmah sebenarnya mengapa Allah aturkan kehidupan saya sebegini.

Sekian
Sariah Awang Senik


Thursday 15 November 2018

SALAM JUMAAT


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Group Telegram
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Salam Jumaat !
.
Di hari yang mulia ni, saya doakan supaya setiap orang yang nampak status saya ni dikurniakan rezeki yang melimpah ruah .
.
Doakan saya juga semoga rezeki sales De'Xandra saya mencurah-curah .
Tak lupa juga didoakan agar di pagi Jumaat ini segala urusan berjalan dengan lancar dan sihat sejahtera semuanya.


Sekian
.

SI BULUS MASIH SAKIT

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Rasa rindu pulak malam.
Mana tidaknya, selalu kalau pepetang itu balik dari kerja, ada sahaja yang setia menunggu saya balik.
Tapi dah hampir 4 hari ini, tiada nampak pun si bulus yang bernama Belang ini.

Hari ini dah masuk hari ke empat Belang kurang sihat.
Tak tahulah apa yang sebenarnya terjadi pada Belang ini.
Mungkin bergaduh dengan kucing jantan yang lain ataupun dipukul oleh anak-anak jiran tetangga.

Almaklumlah, Belang kalau dengan orang yang kurang kenal, memang liar habis. Yang pandai menjinakkan dan memujuk si Belang ini, siapalah lagi kalau bukan anak-anak tersayang.

Sejak kecil anak anak tak takut dengan kucing. Kucing yang takut dengan diaorang berdua adalah.
Seorang suka cari kutu kucing dan seorang lagi suka sangat menyakat dan mengusik bulus-bulus ini.

Syukur jugaklah anak-anak tersayang tiada sakit asma.
Kalau tak, tak tahulah nak dibayangkan macam mana.

Beberapa hari ini, Belang semakin sakit. Semalam dah nampak sihat sikit, mulalah merayap keluar. Petang tadi, lagilah rasa terkejut sebab luka di sebelah tangan kirinya bertambah pulak.

Kena gigit atau terluka langgar apa, hanya tuhan yang tahu.

Rasanya kalau ditakdirkan Allah, kucing boleh bercakap, pasti si Belang ini akan mengadu macam-macam hal. Walau hanya setakat kucing kampung, saya tetap juga berusaha untuk merawat segala luka-luka Belang.

Memanglah tak berapa pakar bab-bab merawat kucing ini, namun saya tiada. Harapan saya bila anak bujang balik hari Sabtu ini, adalah jalan penyelesaiannya.

Setiap hari berdoa kepada Allah, agar si Belang sembuh dan dapat bergurau dan bermain seperti biasa.

SIKAP BURUK BERTANGGUH


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Balik dari kerja tadi, terasa malas sangat. 
Tak tahulah nak digambarkan macam mana rasa malas ini.
Adakah sebab umur atau memang badan ini masih perlukan lagi rehat.

Apa pun tak boleh nak rehat lelama sangat.
Sebab ada banyak tanggungjawab yang perlu diselesaikan.
Tengok sajalah kain yang atas kerusi itu.

Patutnya semalam masa cuti dah cadang nak lipat. 
Tapi dek leka dengan hal yang lain, maka tercampaklah kain-kain itu atas kerusi yang tak berapa nak cantik tu.

Bila dah tertangguh maka hari ini bertambah lagi kainnya.

Macam itu jugaklah dalam kehidupan ini.
Usaha selesaikan semua perkara tepat pada waktunya dan barulah diri rasa tak terbeban sangat.

Usaha untuk siapkan semua kerja sebaik yang mungkin.
Biarpun tugasan yang diberi ada silap dimana-mana, buatlah dan lakukan yang terbaik. 

Kalau boleh siapkan lebih awal maka ianya lebih bagus.
Nak hasil yang terbaik, buat dan tumpukan sepenuh perhatian.

Sekian
Sariah Awang Senik

Wednesday 14 November 2018

BISKUT DAN TEH O


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Pagi ini alhamdulilah memulakan rutin harian seperti biasa. 
Semalam dah cuti, memang rasa sangat malas nak pergi kerja. Tapi apa pun semuanya harus diteruskan seperti biasa.

" Ehemm, nak sarapan apalah hari ini ya?" Terfikir jugak tadi masih belum sempat menjamah apa-apa pun lagi.

Lalu saya terus mengambil gelas dan membancuh air teh o panas.
Pepagi macam ini, agak susah sikit tekak ini nak terima air yang bersusu.

Dah siap minum, mulalah tugas seperti biasa.
Pepagi ini, pelanggan taklah ramai mana.
Mungkin tengahari nanti agak ramai sikitlah orangnya.

Ketika sedang menaip entri ini, tiba-tiba hujan pun turun.
Sejuk dan nyaman sekali. 
Kalau dirumah macam ini, mahunya sambung tidur balik.

Semoga hari ini lebih baik dan juga indah buat sesiapa sahaja yang sudi membaca entri pada pagi ini.
Nanti kita sambung dengan entri yang lain pulak ya.


Sekian 
Sariah Awang Senik

SETELAH SEKIAN LAMA


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Hari Ahad yang lepas, dirasakan bagai satu mimpi.
Ke aku yang terperasan habis?
Entahlah hanya tuhan yang tahu dan lebih maha mengetahui akan segalanya.

Jujur aku tak harapkan semua ini. Sebab aku tahu akan hakikat yang sebenarnya. Dahulu telah berulang kali dia menegaskan bahawa dah tiada apa-apa perasaan terhadap aku, walau masih bergelar isterinya.

Ketika sedang berehat  menonton tv, tiba-tiba handphone aku berbunyi.
Jelas kelihatan akan nama yang hampir hilang dari mindaku.

Aku gagahkan diri menjawab panggilan itu.
" Hello! " Aku jawab dan terasa bagai hilang suara.
" Hello!" Suaranya yang agak kelam kabut.

Dalam hati aku, apalah mimpi dia call malam-malam macam ini.
Dua kali dia berusaha cakap. Tapi aku terus letakkan panggilan itu, kerana aku rasa tiada apa yang penting untuk aku bercakap dengannya.

Mungkin ada sesuatu yang ingin disampaikan.
Apa pun aku tak bersedia akan semua ini.

Aku lebih pentingkan akan apa yang aku lakukan sekarang.
Dalam mencapai impian yang satu ini, semua bukan mudah.

Tidak kurang jugak ada yang katakan bahawa aku seperti syok sendiri.
Biarlah mereka dengan segala kata-kata itu.
Bagaikan konkirt hati aku tak sikit pun terjejas.

Memang tiada siapa yang memahami.
Biar pun lambat, aku gagahkan diri untuk mencapainya.

Usia bukanlah penghalang. Teruskan jua walau terlalu banyak liku-liku nan berduri.

Yang pasti kenapa sekian lama baru dia munculkan diri dan untuk apa sebenarnya. Bertahun juga aku langsung tak pernah call atau message dia.

Kiranya ini adalah petanda yang baik, alhamdulilah.
Jika sebaliknya, hanya kepada Allah aku memohon agar dilindungi dari segala perkara yang tak diingini.

Sekian
Sariah Awang Senik

APA ADA DI DEXANDRA EAU DE PARFUM


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Group Telegram
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Zaman dah makin berubah. Kalau dulu nak beli perfume yang baunya sesedap semuanya mahal belaka. Paling tak bestnya kalau perfume tu ada kandungan alkohol. Sah-sah susah nak bawa pergi solat.

Takkan nak pergi dating atau menyambut cik abang tersayang bau-bau masam pulak kan?
Apa pun masa nak pergi solat ataupun bersolat di masjib atau surau, wajib juga pakai wangi-wangian sedikit. Apa pun asalkan niat tak keterlaluan dan tidak timbulkan sebarang fitnah, boleh saja wangi-wangi sedikit.

Mujurlah saya secara tak sengaja terberkenalan dengan Dexandra Eau De Parfum. Tak silap sayalah, saya jatuh cinta dengan Dexandra Eau De Parfum ini masa hari raya beberapa tahun lepas.

Waktu itu taklah suka sangat pakai perfume. Tambah-tambah lagi kalau bau perfume yang terlampau kuat sangat baunya.
Bila saja tiba hari raya, sudah tentulah kita nak wewangi sikit masa nak solat sunat hariraya tu.

Masa itulah saya berkenalan dengan Dexandra Eau De Parfum. Kalau tak silap saya suka sangat dengan bau Miracle tapi sekarang bau yang seakan sama dan lagi best ialah Marilyn.

Bau yang tak terlalu kuat dan bila dah lama baunya ada di badan kita, dia akan lebih menyerlah apabikala telah bercampur dengan pelukh kita. Paling syoknya perfume Dexandra ini sijil halal dan boleh terus dibawa bersolat. Maknanya tak perlulah lagi rasa was-was memakai perfume Dexandra ini.

Lagipun setiap pembelian sebotol perfume Dexandra yang berharga RM 70, 35ml, secara automatik layak untuk masuk cabutan bertuah di Dexandra Eau De Parfum. Peraduan lucky draw ini bukan tertumpu pada dropship, agent ataupun stokis.

Asalkan beli sahaja sebotol perfume Dexandra, scan barcode dikotaknya, anda dah daftar terus untuk peraduan lucky draw tu. Yang paling best lagi, kalaupun masih tak de rezeki untuk menang lucky draw, boleh sahaja kumpul point dengan setiap botol perfume Dexandra tu.

Macam mana best tak?
Agak-agaklah kalau beli perfume jenama lain ada tak tawaran yang best macam ini?

Tak de kan?

Jadi itulah sebabnya wajib untuk membeli atau mencuba dulu perfume Dexandra dan rasai sendiri pengalaman memakai perfume Dexandra ini.
Itulah yang bestnya tentang perfume Dexandra.

Tambah lagi, sekarang Dexandra Eau De Parfum sedang mengembangkan pasarannya ke peringkat antarabangsa. Produk tempatan dan dikeluarkan oleh bumiputra dan rakyat tempatan sendiri.

Ingat tak dulu tagline Astro macam mana?

"Macam-macam ada"
Jadi Dexandra Eau Parfum pun macam tu jugaklah.

Teringin nak bau perfume Dexandra macam mana?
Boleh sahaja wasap saya terus disini 019-4075634 dan saya akan cadangkan bau perfume Dexandra yang sesuai dengan diri anda tu.


Sekian
Sariah Awang Senik

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...