Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Setiap hari kita menghadapi pelbagai dugaan.
Ada masanya dugaan yang datang itu bagai menarik-narik buah kesabaran kita itu.
Paling menguji kesabaran apabila sesuatu perkara itu berlaku hampir setiap hari dan juga dengan impak yang lebih besar.
Memang satu kesabaran itu tak akan dipupuk dalam sehari dua.
Perlukan masa untuk membina tembok kesabaran itu sekukuh tembok besar Cina atau mungkin lebih kuat dari itu.
Akan tetapi jika sudah dapat satu benteng dan kemudiannya satu lagi benteng kesabaran, maka secara tak langsung kita sudah berdamai dengan diri untuk membina satu kekuatan dari satu kesabaran.
Hikmah kesabaran telah tercatat dalam Al-Quran yang ada sepuluh kebaikannya.
Tak rugi diamalkan dan sangat besar akan kebaikannya.
Rujuklah mana-mana hadis terdapat terlalu banyak ganjaran orang-orang yang bersabar saat dilanda satu dugaan.
Kesabaran seumpama sepohon pokok.
Asal disemai dari benih kemudian bercambahkan dedaun yang tumbuh merimbun.
Hujan panas juga angin kuat melanda tetap bertahan dalam apa jua keadaan.
Andai ditakdirkan rebah juga pepohon patah dek ribut taufan tetap ada tunas yang baru bercambah lagi.
Tunas yang baru terus tumbuh dan juga mengantikan kembali pohon yang patah tadi.
Begitulah kesabaran kita.
Faham dan selalu sematkan dalam diri bahawa bersabar akan sesuatu perkara bukanlah mudah.
Sebagaimana menaip entri ini, juga tak semudah yang disangka.
Lihatlah awan dilangit tetap akan berseri juga apabila mendung hitam sudah berlalu pergi.
Akan ada sinar mentari yang tambah menyerikan lagi satu kehidupan hari ini esok juga buat selamanya.
Sekian
Sariah Awang Senik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HARAPAN 2025
Jumaat Hulu Bernam 8.51 pagi Bagaikan tidak percaya berada dalam tahun 2025. Rasanya baru semalam menyambut tahun 2024. Apa pun diri sangat...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Peribadi http://www.facebook.com/sariahawangsenik Sunyi bila dia dah balik. Abahnya seti...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Google http://www.facebook.com/sariahawangsenik Ada sedikit getaran dihati ini. Bimbang sang syai...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Sendiri http://www.facebook.com/sariah.awangsenik Sedar-sedar dah nak masuk tahap 3 te...
No comments:
Post a Comment