Thursday 8 November 2018

PENAT


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Hujan masih dengan agendanya yang tersendiri.
Asyik mendengar akan titisan hujan, buatkan mata makin layu.

Minda dan rohku sudah terbayang akan syurgaku nan kecil itu.
Sementara hanya jasad sahaja yang masih disini.

Aku ingin pulang.
Lelah dan belum lagi lelah dalam mencari cinta nan sejati.
Bukan mudah untuk bertahan lama dalam pekerjaanku ini.
Paling banyak menguji tahap kesabaran. Bukan sahaja harus sabar menghadapi karenah pelanggan tapi juga rakan sekerja.

Jika rakan sekerja saling faham memahami, bantu-membantu dan berdisplin maka takkan wujudlah sebarang masalah. Namun rakan sekerja hanyalah seorang yang bergelar hamba Allah.

Bukan nak kata diri sempurna dan pandai dalam segala segi, tapi hanya memberi pandangan terhadap situasi yang maha mencabar setiap hari.

Kebetulan minggu ini cuti Hari Deepawali.
Maka rakan sekerja yang beragama hindu pun bercutilah.
Nak atau tak nak, suka atau tak, maka terpaksalah bekerja dari pagi sampai malam.

Sebenarnya dah agak penat jugak.
Tapi harus bertahan selama beberapa hari dan hari yang terakhir adalah hari Ahad. Semoga semuanya Allah permudahkan.
Aamiin Ya Mujib

Sekian
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...