Friday 16 November 2018

HIKMAH BERJALAN KAKI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Terima kasih sangat kepada Allah kerana telah mengurniakan anggota badan yang serba lengkap. Dapat berjalan dan juga berlari ke sana dan sini.
Setiap hari berjalan kaki selama 20 minit pergi dan balik dari kerja.

Kalau ada anak bujang balik dan cuti semester, dialah yang selalu menghantar saya pergi dan balik dari kerja. Kalau diikutkan memanglah tak larat. Tapi tiada pilihan.
Buat masa sekarang belum ada rezeki lagi untuk memiliki semua itu.

Syukur jugalah apabila duduk di tempat yang tidak terlalu sibuk seperti di Kuala Lumpur itu. Kiranya kawasan yang saya duduk ini tidaklah terlalu kampung atau bandar sangat.

Masih lagi sebuah kawasan perumahan dan boleh katakan mereka tahu apa aktiviti saya setiap hari. Seawal pagi selesai sahaja solat Subuh, saya bergerak keluar dari rumah berjalan kaki dalam pukul 6.20 pagi. Selalunya, kalau keadaan terlalu gelap, saya akan keluar dari rumah agak lewat sedikit.

Sebabnya saya bukan sahaja terpaksa melalui kawasan perumahan malah harus juga menempuh kawasan estet. Faham-faham sajalah kawasan estet tu macam mana.
Gelap dan harus berhati-hati apabila melalui lorong-lorong yang kecil itu.

Apa pun saya rasa sangat bersyukur kerana Allah senantiasa melindungi dan memudahkan segala tanggungjawab saya itu setiap hari.

Melalui sedikit kajian, sebenarnya aktiviti berjalan kaki sangat baik untuk kesihatan diri kita.
Dulu saya rasa sangat terseksa apabila terpaksa berjalan kaki setiap hari.
Tetapi setelah membuat beberapa pembacaan tentang aktiviti berjalan kaki ini, barulah rasa letih dan seksa itu lenyap begitu.

Yang menariknya aktiviti berjalan kaki ini tidak perlukan modal yang besar pun.
Antara kebaikan jika selalu melakukan aktiviti berjalan ini adalah:

a) Dapat mengawal dan mencegah osteoporosis.
b) Mengurangkan risiko penyakit kronik
c) Mengurangkan risiko penyakit kanser kolon, payudara dan prostat
d) Membantu mengurangkan masalah perut buncit dan menurunkan paras kolestrol dalam darah.

Kesimpulannya setelah tahu akan hakikat aktiviti berjalan kaki lebih baik, maka taklah lagi saya terbeban sebaliknya rasa sangat bersyukur kerana disamping menjalankan satu amanah dapatlah juga saya kekalkan tahap kesihatan ini, memandang usia yang dah semakin berumur ini.

Maka benarlah dan inilah hikmah sebenarnya mengapa Allah aturkan kehidupan saya sebegini.

Sekian
Sariah Awang Senik


No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...