Saturday, 10 November 2018

ANAK BUJANG BALIK SEMULA BELAJAR


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Alhamdulilah.
Semoga dia selalu dibawah rahmat dan kasih sayang Allah. 
Sejak beberapa minggu yang lepas, anak bujang tersayang habiskan masa cuti sempena exam semester 3 yang sedang dihadapi sekarang.

Kini dia terpaksa pulang semula ke kolej Politekniknya untuk habiskan beberapa kertas exam semester 3 nya. Sedang menyambung pengajian dalam jurusan Diploma Elektrik dan Elektronik di Politeknik Semambu Kuantan.

Walau hanya belajar di sebuah politeknik biasa tetapi selagi dia berminat untuk belajar saya tetap jua memberi sepenuh sokongan dan mendoakan yang terbaik buat anak teruna tersayang.
Apa pun doa ini bukan sahaja ditujukan buat anak teruna tetapi juga buat adiknya yang sedang belajar di salah sebuah sekolah menengah agama di Slim River Perak.

Anak bujang sekarang dah pun sampai di Kuantan. Tapi saya yang berada di Hulu Bernam Selangor ini, masih terbayang-bayang akan kelibat anak bujang dalam rumah ini. Perasaan rindu, apabila dengar suara dia bermain dengan anak-anak bulus bermain-main di pandangan mata saya ini.

Itulah perasaan seorang ibu dan juga naluri ibu. Segala rasa yang terbuku di dalam hati memang tiada lagi rahsianya.
Semuanya jelas dan tidak dapat disembunyikan lagi.

Kepada Allah saya senantiasa berdoa agar anak teruna dan juga si anak dara menjadi anak yang soleh dan solehah juga berjaya dunia dan akhirat.
Aamiin Ya Mujib


Sekian 
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

HARAPAN 2025

Jumaat Hulu Bernam 8.51 pagi Bagaikan tidak percaya berada dalam tahun 2025. Rasanya baru semalam menyambut tahun 2024. Apa pun diri  sangat...