Tuesday 13 November 2018

CABARAN DEMI CABARAN


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik. blogspot.com


Kerana hikmah disebalik cabaran inilah, saya takkan sesekali rasa gentar atau kalah dengan apa jua cabaran. Siapalah yang tak rasa takut, apabila setiap kali diduga. Tapi Allah tetap jua anugerahkan cabaran ini, bukanlah nak menyusahkan diri kita sebaliknya hanyalah semata untuk mengajar diri agar jadi lebih kuat dan bergantung sepenuhnya kepada Allah yang maha esa.

Manusia takkan pernah sempurna.
Saya akui satu masa dulu pernah buat silap dan agak lalai dalam mendekatkan diri kepada Allah.

Pernah leka dalam dunia yang tersendiri. Hinggakan saya terlupa tiada kuasa yang lebih hebat selain Allah yang maha esa.

Baru sebentar tadi, ada seorang rakan menegur saya. 
Katanya dah lama saya hidup bersendirian. Alhamdulilah cuma itu saja yang mampu saya cakap. Terus dia mengusik saya agar cepat-cepatlah cari penganti.
Lagi sekali saya hanya tersenyum dan memberi alasan penyelamat diri bahawa sekarang agak sibuk.

Jujurnya memang saya agak sibuk. Sibuk dengan impian dan juga membesar dan mendidik kedua anak tercinta. Ditambah lagi dengan perniagaan dropship yang saya lakukan secara online dan juga offline. Semua ini buatkan saya tiada masa untuk berfikir hal lain.

Dan tambah lagi saya belum bersedia untuk ada insan lain diantara saya dan juga anak-anak. Kedua anak tercinta juga sedang belajar. Saya tak mahu perasaan mereka terganggu hanya semata saya inginkan sebuah kebahagiaan.

Masa depan anak-anak paling utama. Apa pun janganlah salah faham akan kenyataan saya itu. Ada juga ibu tunggal yang bernikah semula juga dan bahagia. Cumanya mungkin cara saya agak berbeza.
Ataupun mungkin tuhan belum bukakan pintu hati dan belum lagi masa yang sesuai.

Biarlah segalanya Allah tentukan. Tak perlu seksa diri sendiri hanya semata nak puaskan hati orang lain. Alhamdulilah buat masa sekarang saya memilih untuk hidup bersendirian bersama anak-anak dan juga mencapai impian bersama mereka. Siapa tahu saya juga berjaya bersama anak-anak nanti?

Tak siapa tahu bukan?
Dan tiada yang mustahil.

Biar apa pun cabaran yang Allah bakal datangkan esok dan seterusnya, saya tetap berdoa agar dapat hadapi dengan penuh keimanan dan juga kesabaran.
Insha Allah.

Sekian
Sariah Awa

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...