Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Al-Fatihah buat arwah sulung tersayang Siti Nur Balqis Ahmad Roslan
Banyak kali juga, saya berusaha mengambil gambar ini sebaik yang mungkin.
Dah lama sangat gambar ini tersimpan dalam satu kotak.
Terlalu lama dan sangat lama.
Biarpun sudah sekian lama, tetapi kenangannya masih segar dalam lipatan sejarah hidup saya sebagai seorang ibu.
Pada mulanya semuanya seakan berat, tapi saya redha atas ketentuan tuhan dan percaya bahawa segala dugaan ini ada hikmah yang tersembunyi.
Seiring dengan perkembangan teknologi maklumat, maka apa sahaja info-info terkini mudah didapati.
Sangat berbeza dengan sepuluh tahun yang lepas.
Waktu itu memang saya tak dapat gambarkan apakah penyakit Biliary Aretesia ini.
Saya hanya dapat bayangkan penyakit seperti sakit jantung, sakit buah pinggang dan sebagainya.
Apabila arwah anak tersayang disahkan menghidap penyakit Biliary Aretesia ini, saya bagaikan hilang arah. Tak dapat nak bayangkan bagaimana nak menjaga arwah anak yang sulong ini.
Arwah anak tersayang telah dilahirkan secara normal disebuah hospital berdekatan dengan daerah ini. Masa arwah dilahirkan tiada cacat celanya.
Semuanya baik-baik sahaja.
Setelah pulang ke rumah selama beberapa hari barulah ada sesuatu yang tak kena dengan arwah anak tersayang.
Yang paling ketara adalah ada sedikit warna kuning pada dahi dan juga seluruh badan.
Jururawat yang membuat pemeriksaan dirumah menyarankan untuk terus dibawa ke hospital.
Sampai sahaja dihospital, darahnya telah diambil dan kemudiannya disahkan menghidap sakit Demam Kuning.
Setiap hari darah arwah diambil untuk melihat tahap bilirubinnya bagaimana.
Selama beberapa hari dihospital, arwah dibenarkan pulang.
Apa pun naluri saya sebagai seorang ibu masih merasakan ada lagi yang tidak kena dengan arwah anak ini.
Paling ketara sejak pulang dari hospital, arwah semakin sukar tidur lena.
Setiap kali waktu malam, arwah selalu menangis dan seakan tidak selesa dengan keadaannya.
Lagi sekali jururawat datang ke rumah dan membuat pemeriksaan lagi sekali ke atas arwah anak.
Hasil dari pemeriksaan itu, jururawat terus membuat satu surat untuk dirujuk kepada doktor pakar di Hospital Pediatrik di Kuala Lumpur.
Setelah disahkan mengidap penyakit Biliary Aretesia ini, satu operation kecil iaitu pembedahan Kasai harus dilakukan kepada arwah. Namum pembedahan iti tidak berjaya dan terpaksa membuat pembedahan besar iaitu pembedahan Pemindahan Hati.
Pembedahan Hati ini sangat mahal kosnya. Dan sehingga kini tiada dilakukan di Malaysia dan kekurangan pakar untuk melakukannya.Apa pun arwah tak sempat menjalani pembedahan besar ini akibat kekurangan perbelanjaan dan keadaannya yang semakin ditahap kritikal.
Buat sesiapa sahaja yang singgah baca entri ini, saya kongsikan sedikit tanda-tanda awal penyakit Biliary Aretesia ini.
Penyakit Biliary Aretesia ini sebenarnya adalah satu penyakit yang disebabkan kegagalan hati berfungsi akibat disebabkan oleh saluran hempedu yang tersumbat atau mungkin saluran ini tiada langsung.
Salah satunya yang paling ketara adalah:
1) Demam kuning atau Jaundice yang berpanjangan.
2) Najis bayi yang berwarna kekuningan.
3) Air kencing bayi yang berwarna seperti air teh o pekat.
4) Kerap menangis dan sukar tidur terutama pada waktu malam.
Jika ada salah satu daripada tanda-tanda diatas usahlah berlengah-lengah lagi dan rujuklah kepada doktor pakar agar pemeriksaan segera dapat dilakukan dengan segera.
Sekian
Sariah Awang Senik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HARAPAN 2025
Jumaat Hulu Bernam 8.51 pagi Bagaikan tidak percaya berada dalam tahun 2025. Rasanya baru semalam menyambut tahun 2024. Apa pun diri sangat...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Peribadi http://www.facebook.com/sariahawangsenik Sunyi bila dia dah balik. Abahnya seti...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Google http://www.facebook.com/sariahawangsenik Ada sedikit getaran dihati ini. Bimbang sang syai...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Sendiri http://www.facebook.com/sariah.awangsenik Sedar-sedar dah nak masuk tahap 3 te...
No comments:
Post a Comment