Saturday 10 November 2018

MAGGIE DAN HUJAN


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Sementara nak siapkan segala task penulisan sebanyak 44 entri ini, tiba-tiba perut ini rasa macam menyanyi pulak. Petang tadi masa dah balik kerja, ingat berhajat nak ke pasar malam. Tapi memandangkan anak bujang dah balik belajar, anak dara pun dah balik semula ke asrama, maka terbitlah rasa dihati ini rasa malas sangat.

Yalah, cuaca pada petang ini, boleh tahan juga panasnya. Kepala pulak rasa pening semacam. Selalunya sejak seminggu yang lepas memang anak bujang yang hantar balik. Disebabkan dia dah balik belajar, maka berjalan kakilah balik ke rumah seperti biasa.

Sebelum nak balik tadi sempat pulak beli sedikit buah tembikai dan juga nenas.
Sebaik sampai sahaja dirumah, terus mandi rehat sekejap, cuci baju dan bagi anak-anak bulus makan.

Selesai semua tugas utama, saya sempat habiskan segala zikir dan selawat asbab tak sempat nak habiskan semuanya itu pada pagi tadi.

Sambil baca semua nota penulisan dan juga sedikit teguran dari guru yang sangat dihormati saya menyambung semula menulis entri-entri seperti biasa.
Tengah asyik menaip semua entri itu, perut pulak mula berkeronchong.

Kebetulan, hujan turun dan makin bertambahlah lagi rasa lapar dan buatkan hilang sikit fokus nak siapkan semua penulisan entri ini.
Saya ambil keputusan untuk berhenti berehat dan terus meluru ke dapur.

Memang kena sangat dengan iklan maggie satu waktu dulu iaitu " Mee Maggie, cepat dimasak sedap dimakan".
Saya terus ambil kuali yang tergantung, letakkan sedikit air.
Biarkan sekejap sampai mendidih airnya, barulah saya letak mee maggie ini.

Dah letak semua bahan utama, barulah letak telur, sayur dan juga sedikit cili potong. Biarkan seketika, lepas tu dah siap untuk dimakan.

Senang dan mudah disediakan. Selesai sahaja saya makan maggie ini, hujan diluar tu pun beransur berhenti. Yang tinggal hanyalah bunyi titis-titisan hujan yang turun sebentar tadi.
Alhamdulilah.
Syukur atas segala rahmat dan rezeki ini.


Sekian
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...