Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Alhamdulilah.
Sekarang dah pun bulan November. Lagi sebulan maka masuklah pulak bulan Disember. Dan berakhirlah tahun 2019.
Entah apa yang bakal berlaku pada tahun 2019, hanya Allah yang tahu.
Maka sementara itu, marilah sama-sama kita berdoa agar semuanya elok dan bebaik sahaja.
Kenapa kita harus menindakkan akan kewujudan makhluk Allah yang lain???
Hakikatnya kita saling perlu memerlukan.
Dalam Al-Quran telah tertulis akan segalanya.
Jangan kita sombong dan lupa diri.
Sama ada makluk Allah itu tidak mampu berkata-kata, setiap darinya ada cara yang tersendiri.
Kucing, anjing, burung-burung telah Allah ciptakan dengan keistimewaan yang tersendiri.
Dan makhluk yang paling tinggi darjatnya adalah manusia.
Telah Allah ciptakan dengan akal untuk berfikir dengan lebih baik.
Tapi sedih dan sungguh sayu.
Nilai-nilai kemanusiaan semakin pupus dan melenyapkan apa saja.
Dunia makin tenat.
Telah Allah utuskan segalanya, tapi masih angkuh.
Ada suatu kerisauan yang terbit dihati.
Semoga terus insafkan diri ini yang sedang berjuang meraih cinta ilahi.
Sekian
Sariah Awang Senik
No comments:
Post a Comment