Sunday, 11 November 2018

APABILA SI BULUS SAKIT


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Tahu hanya setakat seekor kucing kampung. Tapi dengan si bulus inilah saya menumpang kasih dan hilangkan segala tekanan yang ada.
Sejak dua, tiga hari yang lepas, wajah ceria si bulus yang diberi nama Belang ini seakan hilang cerianya.

Entah dimana silapnya saya kurang pasti. Atau mungkin ada yang tidak suka akan kehadiran si bulus saya ini. Apabila balik sahaja dari kerja, selalunya Belanglah yang sibuk bergesel-gesel dikaki saya. Namun sejak kelmarin Belang hanya menghabiskan masa dengan tidur sahaja.
Makan pun hanya sedikit. Padahal lauk isi ayam yang direbus itulah yang paling disukainya.

Semasa Belang sedang tidur, saya sempat membelek-belek tubuhnya yang panjang itu. Di bahagian dadanya terasa seakan ada bengkak dan macam bernanah. Saya usaha juga untuk membersihkan nanah yang keluar dari bengkak tersebut. 

Apa pun saya tahu, saya perlu segera bawa si Belang klinik dalam masa terdekat ini. Saya berdoa semoga luka si Belang cepat sembuh dan tiada apa yang buruk berlaku terhadap si bulus jantan nan seekor ini.


Sekian
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

HARAPAN 2025

Jumaat Hulu Bernam 8.51 pagi Bagaikan tidak percaya berada dalam tahun 2025. Rasanya baru semalam menyambut tahun 2024. Apa pun diri  sangat...