Friday 30 November 2018

SEJENAK BERSAMA ANAK-ANAK TERSAYANG



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Masa yang berharga bersama anak-anak ini takkan pernah berulang lagi.
Selama hampir beberapa tahun bergelar ibu tunggal, sibuk mengurus anak-anak, perniagaan dan juga kerja yang utama ini, masa berlalu begitu sahaja.

Hari biasa memang saya akan duduk sendirian dirumah. Selain melayan anak-anak bulus, menulis dan juga membaca dan sebuah perniagaan atas talian, sedikit demi sedikit saya seakan lupa akan kisah yang lalu.

Terfikir juga seakan tak percaya saya sudah melepas ke tahap ini. Menjadikan hobi menulis ini satu terapi, saya usaha untuk kongsikan apa yang terbaik dari secebis kehidupan yang ringkas dan biasa-biasa ini.

Hari ini dan esok saya bercuti selama 2 hari sahaja. Taklah lama sangat tapi itulah masa yang bakal saya habiskan bersama dengan anak-anak tersayang. Alhamdulillah si abang dah macam ketua keluarga dalam kehidupan ini. Si adik harus selalu diasuh dan diberi peringatan setiap saat.

Cara si abang sayang akan adiknya sangat berbeza. Namun jauh disudut hati abang senantiasa dahulukan keperluan adik mengatasi dirinya sendiri.

Ketika saya menulis entri ini, saya dan anak-anak dalam perjalanan ke Sungai Buloh untuk berjumpa dengan adik disana. Sejak lima tahun yang lepas inilah rutin saya. Ziarah anak-anak buah dan juga berbual dengan adik-adik semakin melupakan siapa diri saya yang sebenarnya.

Sebelum itu saya dan anak-anak sempat singgah sebentar di sebuah restoran mamak yang selalu kami singgah dahulu. Hajat dihati teringin nak makan nasi ayam penyet. Risau akan kedainya tutup, saya dan anak-anak terus sahaja ke kedai mamak yang saya nyatakan tadi.

Pepetang begini memang agak kurang pelanggan. Masih sempat jugalah saya berbual-bual dengan pelayan mamak tadi. Katanya anak-anak dah makin besar. Semuanya lagi besar dari diri saya sendiri.

Itulah kenyataanya. Masa mereka berdua dilahirkan taklah besar mana. Tak sangka juga sekarang mereka berdua lagi tinggi dari saya. Selalu memang saya bawa anak-anak berjalan sama. Kalau tiada abangnya yang temankan si adik ada. Jarang saya keluar sendirian. Jika ada pun hanya ke kedai yang berdekatan sahaja.

Selesai makan tadi, hujan pun turun. Taklah lebat sangat. Renyai-renyai sahaja. Lama-lama makin lebat pulak. Tanya juga kepada anak-anak perlu atau tak membeli payung. Mereka berdua sepakat bersuara tak perlu.

Naik sahaja jejantas terus hujan turun dengan lebat dan meriahnya.
Betul-betul Allah tu nak duga sejauh mana kesabaran ini.

Hanya dalam berjalan kaki selama 20 minit, lagi sekali saya dan anak-anak diduga.

Apa pun sebaik sahaja turun dari jejantas tadi saya dah suruh anak bujang untuk beli sekaki payung disebuah kedai yang terletak berhampiran dengan sebuah masjid. 

Dah memang rezeki nasib baiklah ada payung dijual di kedai tersebut.

Amboi, lenanya anak dara seorang ini tidur. 
Dah kenyang perutnya tidurlah dia. Tahu dia dah anak dara, tapi selalu rasa yang dia tu masih kecil lagi.

Okeylah, buat masa ini saya belum sampai lagi ke destinasi yang dituju. Melihat yang anak dara terlentok lena rasa cemburu pulak nak join sama.
Saya berhenti disini dahulu dan nanti sambung lagi dengan entri yang lain pulak ya.


Sekian
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...