Friday 9 November 2018

ULUSAN KELAS ULANGKAJI BLOG


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Syukur Ya Allah kerana berjaya juga habiskan latihan menulis sebanyak 44 entri untuk Kelas Ulangkaji Blog yang dijalankan secara online di group Wasap dan juga group Facebook. Kelas ini dikendalikan oleh Pn Anys Idayu Zakaria dan Pn Masayu Ahmad.

Kalau nak tahu Pn Masayu Ahmad adalah pengasas Akademi Bekerja Dari Rumah. Tapi bukan Akademi Fantasia tau. Beliau juga merupakan salah seorang penulis di sebuah majalah terkenal, iaitu Mingguan Wanita. Yang bestnya kisah saya satu masa dahulu pernah juga diterbitkan dalam majalah Mingguan Wanita sedikit waktu dahulu.

Dan blog Travelog Kehidupan inilah hasil dari pembelajaran Akademi Bekerja Dari Rumah atau nama singkatannya ialah ABDR. Jujurnya agak lama juga mempunyai blog ini. Cuma kurang aktif dengan segala entri-entri yang baru.

Apabila terdengar sahaja Pn Anys Idayu Zakaria nak buat ' Come Back' atau ulangkaji balik, rasa rugilah kalau tidak turut serta. Mana tahu ada peluang terbesat menunggu asbab dari Kelas Ulangkaji Blog ini. Walau agak terlewat habiskan penulisan sebanyak 44 entri ini, tapi saya tetap dan nekad untuk buat yang lebih baik dengan entri-entri yang lebih menarik minat pembaca blog untuk singgah membaca blog Travelog Kehidupan ini.

Harapan saya dengan selesainya latihan ulangkaji blog ini dapat mendisplinkan diri untuk terus konsisten menaip entri-entri baru yang lebih segar dan mampu menyentuh hati pembaca blog yang sudi singgah membaca blog kesayangan ini.
Insha Allah.


Sekian
Sariah Awang Senik

1 comment:

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...