Saturday 10 November 2018

KELAS ASAS BLOG PENULISAN PUN BERMULA


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Terima Ya Allah atas segala rezekiMu ini.
Alhamdulilah dah selesai ulangkaji Kelas Ulangkaji Blog, kini ingin memantapkan lagi penulisan dalam Kelas Asas Blog dan juga Penulisan yang dikendalikan oleh Pn Masayu Ahmad.

Sebenarnya saya banyak terhutang budi dengan mereka yang pernah menjadi guru penulisan secara online ini. Antaranya ialah Pn Anys Idayu Zakaria dan juga pengasas Akademi Bekerja Dari Rumah iaitu Pn Masayu Ahmad.

Yang ajaibnya sepanjang ikatan ukhwah ini terjalin, belum pernah sekalipun saya bertentang empat mata dengan mereka berdua.
Kelas Asas Blog dan Penulisan ini dijalankan secara online di group wasap dan juga group Facebook.

Latihannya ialah menyiapkan 44 entri dalam masa 20 hari dan berakhir pada 30/11/2018.
Selain itu setiap tugasan akan dipantau oleh para admin dan juga Pn Masayu Ahmad sendiri.

Dengan mengikuti kelas ini, saya berharap agar dapat memantapkan lagi penulisan entri yang lebih bermanfaat dan juga dapat belajar ilmu yang baru dalam kelas asas blog ini.

Sebanyak 44 entri harus disiapkan dan semuanya haruslah konsisten dilakukan setiap hari.
Doakan saya dan juga para jemaah yang lain dalam kelas asas blog dapat selesaikan semua 44 entri blog dengan lancar dan semoga semua entri yang ada dalam blog ini dapat dijadikan sebagai salah satu sumber maklumat buat yang sudi singgah membaca di blog Travelog Kehidupan ini.


Sekian
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...