Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Hai!
Assalamualaikum.
Buat yang sudi singgah baca entri ini, saya doakan anda sihat sejahtera dan senantiasa diberkati oleh Allah selalu.
Sebelum saya teruskan dengan entri ini, saya kenalkan diri dahulu ya.
Nama saya Sariah Awang Senik, berumur 44 tahun dan berasal dari Kuala Lipis Pahang. Mendapat pendidikan hanya setakat SPM dan sangat berminat dalam bidang penulisan.
Apa pun walau hanya berpeluang belajar sampai SPM sahaja, saya tetap berusaha untuk menjadi seorang penulis kisah kehidupan sendiri dengan harapan menjadi sumber inspirasi buat yang baca entri ini.
Mempunyai sepasang cahaya mata yang kini sedang belajar di sebuah pusat pengajian IPT dan juga salah sebuah sekolah menengah agama di Perak.
Bergelar seorang ibu tunggal selama hampir 5 tahun dan bekerja sebagai seorang pembantu kedai di salah sebuah Hentian Rehat Dan Rawat Plus.
Selain minat menulis, saya juga suka membaca dan juga menjahit. Di samping itu saya juga menjalankan perniagaan secara sampingan dengan menjadi seorang Dropship beberapa produk.
Antaranya produk perfume Dexandra, buku ilimiah selain menjual secara sampingan produk makanan iaitu Sambal Itam Pahang.
Buat masa produk makanan ini terpaksa dihentikan buat sementara waktu kerana kekurangan bahan mentah untuk membuat sambal itam Pahang ini.
Apa pun saya juga minat membaca dan juga suka memelihara kucing.
Biarpun kucing yang saya bela hanyalah setakat kucing kampung, tapi hobi inilah yang dapat menghilangkan segala stress yang ada.
Jika ada yang sudi baca entri ini, salam ukhwah dari saya dan jika ada yang berminat dengan produk dropship Dexandra saya, jangan segan untuk wasap saya terus disini 019-4075634.
Sebelum itu lupa saya nak beritahu, yang produk Dexandra ini juga saya jalankan secara online dan terdapat banyak promosi dan juga tawaran yang hebat dari Dexandra.
Akhir kata saya juga sangat berbesar hati jika ada yang sudi komen atau sekurang-kurangnya dapat tinggalkan jejak supaya saya dapat memperbaiki lagi penulisan entri di blog ini pada masa akan datang.
Insha Allah.
Sekian
Sariah Awang Senik
No comments:
Post a Comment