Wednesday 28 November 2018

MENCAPAI SATU IMPIAN


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Tiada yang mustahil. Nak atau tak nak.
Semua telah tersedia ada.
Belajar dari yang sudah terbukti berjaya dan bukanlah hanya sekadar cakap kosong sahaja.

Satu sahaja yang saya mohon dari semua pembaca yang sudi singgah baca entri ini.
Mungkin hari ini sekadar satu entri yang biasa.

Siapa tahu, esok lusa dah jadi kenyataan. Tak mintak banyak hanya satu doa dari yang sudi mendoakan.

Berbekalkan modal sebanyak RM 5k, saya mulakan segalanya.
Walau sesusah mana pun, wajib teruskan dan habiskan semuanya.

Keluarkan dulu modal dalam RM 2k untuk produk dan juga barang-barang keperluan perniagaan. Dengan sebuah kereta wira terpakai, saya mengorak langkah dan beranikan diri untuk hadapi semuanya.

Pada sebelah pagi, saya berniaga di pasar pagi dari jam 8 hinggalah ke 12 tengahari.
Jika ramai pelanggan dan kebetulan hari tersebut jatuh pada hari cuti am d
atau perayaan, maka lamalah sikit saya berniaga.

Hari Rabu pula berniaga di pasar tani. Walau tahu produk yang dijual bukanlah hasil pertanian tapi tak salah nak menjualnya. Kerana produk ini adalah produk bumiputera dan dijamin halal dan selamat dipakai.

Selesai berniaga di pasar tani, saya terus mulakan rutin di sebuah pasaraya walau hanya sekadar berniaga di tepi sebuah pasaraya sahaja. Rezeki ada dimana-mana.
Allah dah janjikan kepada umat-umatnya yang rajin berusaha serta tak mengabaikan segala suruhannya.

Tak cuba tak tahu sejauh mana akan berjaya. Berjaya atau gagal usahlah terlalu difikirkan.
Asalkan terus berusaha dan jangan sesekali berhenti berdoa.

Ada sahaja peluang untuk membuka booth-booth takkan saya lepaskan peluang.
Belum lagi mencapai impian yang besar tapi inilah impian kecil yang telah tercapai sudah.

Harapannya dalam masa tiga tahun lagi dah ada kiosk yang tersendiri.

Alhamdulillah. Mungkin apa yang saya tulis tadi sekadar satu impian.
Jika Allah sudah izinkan semuanya jadi kenyataan tak lama lagi. 

Menulis dan berniaga ini bagaikan cinta saya di dunia ini.
Sekarang saya hanya bergelar penerima zakat .
Siapa tahu esok lusa saya dapat keluarkan zakat yang lebih banyak dan konsisten.

Berniaga dan ingin jadi jutawan agar dapat keluarkan zakat yang lebih banyak untuk turut sama bantu golongan yang lebih memerlukannya.

Mohon jasa baik doakannya buat saya ya.

Nota : Gambar ini adalah stokis dan juga mentor saya yang telah pun berjaya dalam perniagaan ini juga disamping agent-agent yang telah pun membuat sales yang banyak setiap bulan. Semoga saya juga dapat mengikut segala jejak langkah mereka yang telah berjaya ini.


Sekian
Sariah Awang Senik


No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...