Tuesday 13 November 2018

RUTIN BULANAN

 Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Syukurlah Allah permudahkan segalanya.
Selesai satu rutin bulanan.
Tahu hanya setakat pekerja kedai di sebuah hentian Rehat & Rawat Plus.

Tapi pegawai yang bagi taklimat ini tadi meletakkan tanggungjawab macam jaga bisnes sendiri pulak. Padahal setiap kedai ada majikannya yang tersendiri. Cuma harus adakah lebih banyak lagi perhubungan agar segala kerja pengendalian kedai di antara pembantu kedai berjalan dengan lancar dan jaya.

Semua aspek ada SOP dia sendiri.
Apa pun faktor yang paling dan sangat penting adalah faktor kebersihan dan juga layanan yang diberikan terhadap semua para pelangggan tadi. Sekali segi tidak boleh dipandang ringan. Kerana jika ada saja kesalahan dimana-mana ianya mungkin mengundang masalah yang besar kepada majikan dan juga pembantu kedainya sekali.

Setelah mendengar taklimat ringkas yang diberikan oleh pegawai Plus yang bertugas, maka kerja-kerja pembersihan pun bermula. Bermula keluarkan semua barang-barang dari kedai, perkakas-perkakas seperti cawan gelas, cawan plastik semuanya harus dibasuh terlebih dahulu.

Agak rumit kerjanya. Tapi itulah yang perlu dilakukan setiap kali operasi ini bermula setiap bulan. Ketika sedang sibuk menjalankan segala kerja-kerja pembersihan, selalu sahaja ada pegawai-pegawai Plus yang sibuk mengambil gambar dan juga memberi arahan.

Mereka ini begitu komited menjalankan segala tugas demi memastikan Plus memberi perkhidmatan yang terbaik kepada setiap pelanggan yang mengunakan lebuhraya Plus ini.

Lebih kurang dalam pukul 1 tengahari maka semua kerja-kerja pembersihan ini pun selesai. Bukan mudah sebenarnya. Kerana secara kebetulan ada rakan sekerja yang bercuti hari ini. Mujurlah juga seawal pagi tadi masih sempat berdoa kepada Allah agar permudahkan segala urusan.

Apabila semua telah selesai tadi, maka saya pun bersiap sedialah untuk balik.
Sempat pulak salah seorang pegawai menegur saya. Tiada apa yang serius cuma pegawai tu kata selalunya saya tak terlibat dalam kerja-kerja pembersihan ini.

Saya hanya memberitahu bahawa telah bertukar shift dan kini berkerjasama dengan rakan-rakan yang lain dalam rutin bulanan ini.


Sekian
Sariah Awang Senik



No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...