Sunday, 11 November 2018

PAGI AHAD YANG SANGAT INDAH


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Dalam kesibukan bekerja, alhamdulilah masih sempat juga saya menaip entri ini. Pagi Ahad yang sangat indah dan dingin. Hari ini memulakan rutin harian seperti biasa. Ibarat seperti keluar pergi berjogging, saya hanya berjalan kaki sahaja ke tempat kerja. 

Dengan melalui satu jalan pintas di sebuah kawasan estet, sampailah saya ke tempat kerja. Pagi ini, tidaklah ramai pelanggan sangat.
Apa pun mungkin lewat petang nanti barulah ada ramai orang.
Sebab esok sudah bersekolah dan juga semuanya telah bekerja.

Bekerja di Hentian Rehat dan Rawat ini, adakalanya sukar untuk bercuti pada hujung minggu. Kalau sesekali mungkin boleh. Itu pun jika tiada hal yang penting.

Lusa pulak akan bermula operasi " Spring Cleaning" ataupun operasi membersihkan kedai dan akan ditutup buat sementara waktu hari Selasa nanti.
Apa pun saya berdoa agar segala urusan dan tanggungjawab ini berjalan dengan lancar dan jayanya.

Sekian
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

HARAPAN 2025

Jumaat Hulu Bernam 8.51 pagi Bagaikan tidak percaya berada dalam tahun 2025. Rasanya baru semalam menyambut tahun 2024. Apa pun diri  sangat...