Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Alhamdulilah.
Hari ini dah pun masuk 2 haribulan November.
Kebetulan hari ini offday. Tapi yang kurang seronoknya, Allah uji pulak dengan demam selsema dan juga batuk.
Mungkin juga faktor cuaca yang sekejap hujan dan juga panas.
Almaklumlah setiap hari pergi kerja berjalan kaki dan terpaksa mengharungi panas dan juga hujan.
Apa pun kebanyakannya banyak terkena hujan.
Bila dah demam dan juga batuk ini, semangat untuk buat perkara yang lain rasa terbantut. Dengan hidung yang meleleh, terbersin dan juga batuk.
Mata pulak asyik berair je. Kalau ikutkan hati demam selsema, sakit telinga dan juga sakit gigi inilah lagi terus sakit dari nak bersalin.
Apa pun syukur alhamdulilah, walau batuk yang kuat, juga selsema semangat untuk tulis entri yang baru ini selalu ada. Ada lagi beberapa entri sebelum nak habiskan 44 entri.
Batuk dan selsema ini memang kuat. Buat masa ini hanya bersabar dan banyakkan minum air suam dan adalah makan ubat farmasi.
Jika selama 3 hari ini masih kurang sihat, barulah saya pergi hospital.
Bukan asbab takut dengan hospital.
Cumanya penat sebab terpaksa menunggu lama.
Dahlah itu, kepala pulak rasa agak pening. Terbit kekesalan dalam hati tidak mahi menyusahkan kedua anak tersayang.
Doa saya, moga esok semuanya berjalan lancar dan bebaik sahaja.
Insha Allah
Sekian
Sariah Awang Senik
No comments:
Post a Comment