Monday 8 August 2016

NASI KERABU BERATOQ TERBAIK












Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook Tn Khairul Zahrin Abd Karim
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Bismillahirrahmanirrahim, semoga dipermudahkan segala catatan agar berjalan dengan lancar dan jayanya.

Amboi ! Memang meriah betul tengok gambar Nasi Kerabu Beratoq ini kan. Dahlah berwarna-warni, lauk pauknya pulak pelbagai jenis. Rasa teringin sangat nak makan. Tapi apakan daya belum ada rezeki lagi. Insha Allah, esok lusa mana tahu kan?

Kalau nak tahu, Nasi Kerabu Beratoq ini diusahakan oleh Tuan Khairul Zahrin Abd Karim. Dia ini sebenarnya adalah pengasas #GROUP SUPPORT LIKE/KOMEN dan sangat TERKENAL di laman sosial Facebook. Seorang yang sederhana, tetapi sangat komited dengan segala apa yang diusahakannya. Asalnya hanya seorang yang biasa, tetapi sekarang sudah menjadi amat luar biasa hebat.

Nasi Kerabu Beratoq ini terletak di Sungai Petani Kedah. Tu dia, jauh lokasi sampai di utara semenanjung. Tapi kata orang, kalau dah memang namanya rezeki memang tidak akan ke mana, betul tidak. Buat pengetahuan semua, restoran Nasi Kerabu Beratoq ini baru sahaja dirasmikan pada 30 July yang lalu. Malangnya waktu kedai ini dibuka, saya tidak sempat nak ke sana kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.

Tapi kenapa Nasi ini dipanggil Nasi Kerabu Beratoq ?
Apa yang special sangat tentang nasi ini ya ?

Kalau tengok daripada gambar-gambarnya, patutlah dipanggil Nasi Kerabu Beratoq. Sebab bila nak beli nasi ini, kenalah beratur. Jadi tidaklah pelayannya pening kepala nak ambil semua pesanan kan.
Bagus juga sistemnya buat macam itu. Senang pelayannya melayan para pelanggan dan pelanggan pun rasa selesa berada di restoran sambil menikmati juadah nasi kerabu yang istimewa ini.

Jujur saya memang peminat tegar Nasi Kerabu. Tapi tidak sangka pulak Nasi Kerabu Beratoq ini ada lauk pauknya yang amat istimewa. Kalau tidak silap saya ada pelbagai lauk yang special.
Antaranya ialah Nasi Kerabu Beratoq ayam, daging dan ada pulak Nasi  Kerabu Ketam Lembut. Macam mana rasanya, kenalah datang sendiri makan di restoran nasi kerabu ini. Mana tahu ada rezeki dapat peluang berjumpa dengan tuan punya nasi Kerabu ini, Tuan Khairul Zahrin Abd Karim kan.

Harga nasi kerabu ini memang agak berpatutan. Tidaklah sampai mencecah ratusan ringgit. Semua harganya memang mampu milik. Tapi ini bukan rumah mampu milik tahu. Ni nasi kerabu yang memang boleh buatkan mata orang yang melihatnya jadi tambah kelabu. Alahai, tengok nasi kerabu sampai jadi kelabu. Ya ke, sampai macam itu?


Tidak adalah. Saja je, saya bergurau. Yang jadi kelabu tu, sebab tengok jenis lauk pauknya. Restoran Nasi Kerabu Beratoq ini terletak di kawasan Laguna Merbok. Di buka pada jam 7 pagi sampai jam 3 petang. Kalau sesiapa yang tinggal sekitar kawasan ini, tengahari nanti bolehlah makan nasi kerabu ini. Patutnya saya kena cakap orang utara, tapi tidak berapa pandai sangat nak cakap ikut daerah orang utara. Tidak apa nanti saya belajar perlahan -lahan ya.

Buat Tuan Khairul, terima bantuan kasih kerana memberi saya kebenaran untuk menulis entri tentang Nadi Kerabu Beratoq di blog saya yang tidak seberapa ini. Setiap kali tengok posting gambar Nasi Kerabu ni je dah buat saya rasa tidak selesa. Tidak selesa itu yang kat perutlah. Secara automatik dia terus rasa lapar. Maknanya saya memang dah terpikat habis dengan nasi kerabu ini. Jatuh cinta pandang pertama dengan sekelip mata sahaja. Jangan salah faham tau. Cinta nasi kerabu je.

Apa pun tahniah diucapkan buat Tn Khairul Zahrin dengan kejayaannya membuka restoran Nasi Kerabu Beratoq ini. Semoga terus maju jaya dalam perniagaan yang sedang diusahakan dan bertambahlah lagi rezeki yang ada.  Kalau nak tahu lebih lanjut lagi tentang restoran Nasi Kerabu Beratoq ini bolehlah hubungi sendiri Tuan Khairul Zahrin Abd Karim di 013-9633544. Untuk yang memang orang-orang utara, jangan tunggu lama-lama tengok Nasi kerabu ini. Nanti lama-lama habis pulak ya.

Saya doakan agar perniagaan Nasi Kerabu ini akan terus sukses dan mana tahu dapat buka cawangan di negeri-negeri lain pulak ya.
Aamiin.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


Nota : Buat Tuan Khairul Zahrin Abd Karim, mohon maaf andai ada kekurangan dimana-mana semasa saya menulis entri tentang Nasi Kerabu Beratoq ini. Jika ada yang silap, mohon maaf dipinta.
Kepada yang berminat ingin beriklan di blog saya boleh terus hubungi saya Sariah Awang Senik 019-4075634 atau e-mail Sariah.awangsenik@gmail.com


No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...