Tuesday 13 June 2017

BULAN RAMADAN BULAN TERBAIK UNTUK BERDOA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
https://sariahawangsenik.blogspot.com

Betapa cepatnya masa berlalu. Puasa pun dah nak sampai ke penghujungnya. Dan patutnya perbanyakkan lagi amal ibadah dan sedekah sebagai salah satu bonus kita di akhirat kelak.

Bulan puasa ini kalau nak tahu, adalah bulan yang paling terbaik untuk berpuasa. Mintalah apa saja seikhlas hati dan berdoalah bersungguh-sungguh serta yakin sepenuhnya kepada Allah yang maha esa.

Tapi janganlah hanya tunggu bulan puasa, baru nak berdoa. Berdoalah setiap hari tiap saat dan juga minit.

Perbanyakkan jugalah sedekah bukan hanya pada manusia bahkan boleh juga pada binatang.

Teruskanlah berdoa dan mintalah apa sahaja asalkan ianya tidak bercanggah dengan segala yang telah ditentukan.
Insha Allah.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Friday 9 June 2017

PROMOSI RAYA DI DEXANDRA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Bila tiba hari raya, pasti banyak jualan murah tidak kira dipasaraya ataupun dimana-mana saja.

Macam itu jugaklah dengan DEXANDRA INSPIRED PERFUME. Sempena bulan Ramadan dan juga hari raya yang tidak berapa lama lagi, 2 botol 35ml boleh dibeli dengan hanya berharga RM 100.

Selain daripada itu, boleh juga beli 1 botol perfume DEXANDRA 35ml dan juga 1 Botol Body Odourless juga dengan harga RM 100.

Dahlah, ada promosi, boleh pulak berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah yang menarik.

Kalaupun tidak menang sebarang cabutan bertuah, boleh kumpul point dan ditukarkan dengan hadiah-hadiah yang memang gempaq.

Nak tahu lebih lanjut lagi bolehlah menghubungi saya, Sariah Awang Senik 019-4075634 .

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Wednesday 7 June 2017

TUHAN, JAGAKAN DIA UNTUKKU

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogsot.com

Hampir 18, anak tersayang berada di depan mata. Kini dah tiba pula giliran nya untuk belajar berdikari demi mengejar segala cita-citanya.

Sekarang dia sedang menyambung pengajiannya di Politeknik Kuantan Pahang Darul Makmur.
Dia menyambung pengajiannya di peringkat diploma dan InshaAllah bakal juga melanjutkan pelajarannya di peringkat degree satu masa nanti.

Jujurnya saya tidak pernah berjauhan lama dengannya. Selalunya hanya dua atau tiga hari sahaja. Tetapi kini redha berjauhan dengannya selama tiga tahun.

Syukur segala urusan dan persiapannya untuk melanjutkan pelajarannya berjalan dengan lancar.

Dan paling yang membuatkan saya terharu ialah dia membayar sendiri duit hasil kerja sampingan untuk yuran pendaftaran belajar nanti.

Walaupun yuran pendaftarannya itu tidak sebanyak mana, namun itulah duit titik peluhnya sendiri. Agak lama juga saya tidak pernah ke Kuantan.

Sekarang bandar cukup pesat membangun. Di tempat lagi dengan pantainya seperti Teluk Cempedak dan juga Cherating. Pantai Teluk Cempedaknya tidak seperti dahulu.

Makin bertambah cantik dan juga bersih. Ditambah lagi dengan gerai-gerai makanan dan juga pelbagai aktiviti menarik terutama di malam minggu.

Selain nasihat dan juga tunjuk ajar kepada anak bujang tersayang, saya tidak pernah putus-putus berpesan untuk dahulukan suruhan Allah dahulu sebelum melakukan perkara yang lain.

Jika diutamakan Allah dahulu, insha Allah segala apa yang kita rancangkan pada hari tersebut akan berjalan dengan lancar dan jayanya.

Apa pun setiap masa saya tidak pernah berhenti berdoa untuk anak tersayang. Semoga Allah senantiasa merahmatinya dan juga menjaga keimanannya walau dimana saja dia berada.

Ya, Allah lindungilah anak tersayang dan jagakanlah dia dengan sepenuh kasih sayangMu dengan sebaik-baiknya.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...