Monday 30 June 2014

PUR Q ACTIVE

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook

Apakah dia PUR Q ACTIVE? Ianya merupakan sejenis makanan yang berbentuk jeli lembut yang mudah dan sedap.
Jeli lembut ini untuk anak-anak memakannya daripada berbentuk cecair.

PUR Q ACTIVE dapat membantu anak-anak yang lembab, malas dan degil kepada mencapai tahap yang tinggi dari segi pemikiran mereka.

Apakah dia kebaikan PUR Q ACTIVE?
Dengan amalan memakan PUR Q ACTIVE sehari 2 biji sahaja akan dapat membantu melancarkan perjalanan oksigen di dalam otak.
Apabila bahagian otak menerima oksigen yang secukupnya pastinya daya pemikiran mereka akan lebih fokus dan mudah memahami pembelajaran yang diajarkan.
Selain daripada itu sel otak mempunyai kitaran masing-masing. Semua kitaran ini perlukan oksigen yang secukupnya dan membantu sel otak hidup dan mampu bekerja dengan lebih cergas lagi.

Kesemua pergerakan badan melalui deria manusia dan akan membawa ke otak untuk menyampaikan maklumat. Process ini perlukan bantuan makanan untuk menghubungkan maklumat ini. Dengan PUR Q ACTIVE ianya dapat membantu mengoptimumkan process ini ke tahap yang lebih tinggi.

PUR Q ACTICE mengandungj garam bukit yang mengandungi okigen, zafaran dan jug terapi ayat-ayat ruqyah.

Jika anda berminat ingin mencubanya Sariah 019-4075634
Juga email saya Sariah.awangsenik@gmail.com

Coretan Ringkas
Sariah Awang Senil

PERISTIWA DI BULAN RAMADAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber: Sendiri

Bulan ramadan, adalah bulan yang mulia dan berkat. Insha Allah segala yang di ingini apabila berdoa akan termakbul jua. Sama ada cepat ataupun lambat semuanya telah di tentukan oleh Allah SWT.

Namun ada juga sedikit keajaiban yang hanya Alllah sahaja yang maha mengetahui.

Baru-baru , apabila puasa baru hendak bermula saya telah membuat sedikit perancangan dari segi mental dan juga fizikal untuk menyambut bulan ramadan kali ini. Sebelum tidur saya selalu berdoa moga segala apa yang di cita-citakan akan berjalan dengan lancar.

Di dalam pemikiran sepintas lalu, tiba-tiba terlintas di minda saya bagaimama jika hari pertama saya dan anak-anak tidak bangun sahur.
Saya hanya membiarkan pertanyaan tersebut berlalu pergi dari kotak pemikiran dan terus tidur.

Nak tahu apa yang terjadi selepas saya terjaga daripada tidur untuk bersahur pada hari pertama puasa?

Saya hanya terjaga pada pukul 5.30 pagi dan langsung tidak berkesempatan bersahur kerana sudah masuk waktu imsak. Mujur saya sudah memasang niat berpuasa dari awal, maka ianya tidak menjadikan satu masalah besar kepada saya dan anak-anak.
Begitu jugalah perkara yang sama berlaku apabila saya bersahur pada pukul 5.19 pagi. Walau agak berbeza waktu tetapi bersyukur kerana dapat bersahur bersama-sama dengan anak-anak.

Kesimpulannya, saya dapat merumuskan bahawa apa yang difikirkan oleh kotak pemikiran diri kita sendiri akan menjadi kenyataan keesokan harinya. Pemikiran kita umpama magik di dalam diri kita.

Jadi daripada apa yang berlaku, saya telah memasang dan membayangkan akan juga memprolehi kejayaan di dalam kehidupan ini suatu masa nanti, insha Allah.

Coretan Ramadan
Sariah Awang Senik

Saturday 28 June 2014

JADUAL IBADAH DAN PERNIAGAAN DI BULAN RAMADAN

Teks ; Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri

Kebiasaannya pada bulan puasa ini, kita sibuk memikirkan apakah juadah istimewa untuk di hidangkan kepada keluarga tersayang.

Tetapi pada bulan ramadan ini saya ingin berkongsi dan juga mungkin bermanfaat untuk di amalkan oleh para pembaca blogger yang lain. Mungkin jadual ini tidak selengkap mana, namun itulah yang akan saya amalkan sepanjang bulan ramadan ini.
Jadual tersebut ialah;

4.00 am-4.30 am
Bangun solat Hajat
            solat Taubat
            solat Tahajjud
  Amalkan zikir sebanyak 33 x
5.00 am-5.30 am
Sahur
5.30 am
Update blog
Update Akademi Bekerja Dari Rumah
Post bisnes di facebook
6.00 am
Solat Subuh
6.15 am
Gerakkan anak, siapkan untuk ke sekolah
7.00 am
Hantar anak ke sekolah
7.30 am- 8.30 am
Kemas rumah
Membasuh
8.45 am
Solat Duha
9.00 am-10.00 am
Aktiviti ABDR
10.30 am- 11.30 am
Menjahit
11.45 am - 12.30 am
Rehat
1.00 pm
Anak balik dari sekolah
1.30 pm
Solat Zohor
2.00 pm - 2.30 pm
Memasak untuk berbuka
3.30 pm - 12 pm
Kerja

Mungkin ada kelemahan di mana-mana tetapi saya akan berusaha yang terbaik untuk lebih mendisplinkan diri dan berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar.

Coretan Ikhlas
Sariah Awang Senik

PEMIKIRAN BAWAH SEDAR

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri

Selamat berpuasa dan juga menjalankan segala ibadah yang di tuntut sepanjang bulan ramadan.
Secara jujurnya selama ini hanya pernah mengikuti beberapa kursus motivasi sebagai langkah awal untuk lebih memberikan keyakinan diri. Hanya mempelajarinya namun belum pernah mengamalkannya.
Tetapi sejak 2 hari yang lepas, apa yang di fikirkan memang menjadi kenyataan keesokkan harinya. Semuanya memang seperti magik dan rasanya Allah SWT sedang menunjukkan sesuatu jalan.

Mungkin perkongsiaan ini penting dan juga amat berguna juga untuk di amalkan oleh orang lain.
Dua, tiga hari yang lepas, saya senantiasa berdoa moga Allah SWT memberikan petunjuk untuk melakukan sesuatu pekerjaan.

Sebelum tidur ataupun melelapkan mata, selalu berdoa agar segala pekerjaan ataupun apa sahaja yang hendak di lakukan esok hari berjalan dengan lancar. Sebagai contoh, saya berniat untuk bangun solat malam untuk menunaikan solat Hajat, solat Tahajjud dan juga solat Taubat. Ternyata apabila kita niatkan sesuatu perkara yang baik, maka Allah SWT akan memudahkan segala-galanya.

Malam tersebut, tepat pukul 4.30 pagi saya bangun dan seterusnya menunaikan segala solat-solat tersebut. Tetapi jangan sesekali berfikiran negatif semasa kita niatkan sesuatu sebelum tidur.

Sebab yang paling utama adalah semuanya menjadi kenyataan keesokkan harinya. Contoh yang terdekat adalah semasa saya hendak tidur, fikiran saya membayangkan bagaimana kalau saya terlepas untuk bersahur, ternyata memang menjadi kenyataan dan hari pertama saya dan anak-anak berpuasa tanpa bersahur.

Kini saya berfikir untuk menggunakan strategi tersebut di dalam perniagaan atas talian saya juga di dalam bidang penulisan ini.
Insha Allah berdoa bersungguh-sungguh moga Allah SWT permudahkan segalanya.

Coretan Hari Pertama Puasa,
Sariah Awang Senik

******************************************************

   AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH
Anda ingin ketahui lebih lanjut tentang apa yang menarik yang terdapat di akademi ini boleh juga hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

Friday 27 June 2014

ISU SEMASA

Teks ; Sariah Awang Senik
Sumber ; Sendiri

Mendengar kisah pelbagai cerita tentang kes rogol, bunuh, culik dan kemudiannya segala organ dalaman si mangsa di ambil terlalu mengerunkan.

Terasa berada di dunia ataupun sendiri bagaikan tidak selamat. Kes cabul tidak mengenal usia terlalu membimbangkan hati seorang ibu ini. Bergelar seorang ibu tunggal bukanlah alasan untuk takut menghadapi segala dugaan hidup. Tetap tabah dan senantiasa positifkan diri adalah kunci kepada semua kebahagiaan yang bakal di kecapi.

Anak-anak semakin meningkat dewasa. Abang telah hampir berumur 15 tahun, manakala si adik telah pun 9 tahun. Mereka berdua terlalu cepat membesar membuatkan hati naluri keibuaan ini tidak puas membelai mereka berdua.

Tunggak kekuatan ini adalah abang dan juga adik.

Ketika sedang menulis coretan ini, kedua kekuatanku ini sedang asyik di buai mimpi nan indah. Hati ini selalu berdoa, moga mereka berdua juga menjadi anak-anak yang taat dan solehah. Juga moga mereka tabah mengharungi kehidupan ini. Insha Allah.

Coretan Seorang Ibu Tua,
Sariah Awang Senik

Thursday 26 June 2014

DUGAAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri

Kata orang di bulan ramadan terlalu banyak dugaannya. Namun sebelum menyambut bulan ramadan pun, dugaannya tidak kurang hebatnya.

Semakin banyak dugaan seseorang , semakin akan mendewasakan seseorang melalui dugaan yang di hadapinya. Sesetengah orang telalu amat suka menjaga hal peribadi orang lain. Tidak salah mengambil berat tetapi biarlah ada batas dan juga sempadannya.

Sebagai seorang manusia, terlalu banyak kekurangan yang ada di dalam diri kita. Yang sempurna hanyalah Allah SWT. Muhasabah diri dan jangan lah terlalu cepat lupa diri dengan segala kenikmatan yang ada.

Semoga diri kita terus tabah menghadapinya, insha Allah.

Coretan Serba Ringkas
Sariah Awang Senik

******************************************************

       Berminat ingin menjadi agent dropship Akademi Bekerja Dari Rumah.
Ingin ketahui lebih lanjut, sila hubungi Sariah 019-4075634 email.sariah.awangsenik@gmail.com Facebook Sariah Awang Senik

Wednesday 25 June 2014

5 LANGKAH MUDAH MENJADI AGENT ABDR

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber: Facebook

Bagaimana menjadi agent dropship ABDR dengan 5 langkah yang mudah?

- Mendaftarkan diri di ABDR dengan hanya sekali yuran pendaftaran.
- Membuat blog dan juga fanpage tentang produk ataupun perkhidmatan anda.
- Berjualan melalui post di facebook dan juga tentang perkongsiaan anda tentang produk dan juga perkhidmatan
- Menikmati komisen hasil dari penerangan tentang ABDR juga berkongsi segala kebaikan menyertai ABDR
- Penghantaran diuruskan sepenuhnya oleh pasukan ABDR. Tidak perlu simpan stok ataupun risau stok tidak habis di jual.

Kepada mereka yang sudah bersedia menjadi agent dropship di ABDR dan juga ingin ketahui lebih lanjut, sila hubungi saya;

Sariah Awang Senik
019-4075634
Email sariah.awangsenik@gmail.com
Facebook Sariah Awang Senik

Coretan Ikhlas
Sariah Awang Senik

MENJANA PENDAPATAN DENGAN MENJADI DROPSHIP ABDR

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook

Anda tentu terfikir bagaimana mencari pendapatan tambahan dengan tidak mengeluarkan modal yang banyak? Tidak perlu membuang masa dan tenaga untuk menjana pendapatan tambahan untuk keluarga tersayang.

Salah satu cara yang paling memudahkan anda adalah dengan menjana pendapatan tambahan dengan menjadi agent dropship Akademi Bekerja Dari Rumah. Segala tunjuk ajar akan di berikan secara online mengikut masa yang anda telah tetapkan sendiri.

Walaupun anda seorang surirumah, suri yang masih bekerja ataupun seorang suami dan lelaki, anda layak untuk menjadi salah seorang daripada agent dropship akademi bekerja dari rumah. Tidak perlu risau hal yang lain, kerana anda akan di pantau dari semasa ke semasa.

»»Bimbingan senantiasa akan di beri
»» Tidak perlu keluar rumah
»» Tidak perlu menyimpan stok
»» Boleh belajar buat kedai online
»» Yuran adalah sekali sahaja.

Apa yang perlu ada lakukan adalah:
»» Senantiasa serius untuk menjana pendapatan yang lumayan
»» Kekal fokus dan rajin berusaha
»» Mahu berubah untuk kehidupan yang lebih baik.

Antara produk dropship dari akademi bekerja dari rumah adalah:
- Telekung solat
- Makanan sunnah
- Projek duitraya
- Produk Islamik

Jika anda telah bersedia dan ingin ketahui lebih lanjut tentang produk dropship dari akademi bekerja dari rumah ini, anda boleh hubungi saya:

Sariah Awang Senik
019-4075634
Email sariah.awangsenik@gmail.com
Facebook Sariah Awang Senik

Coretan Dari Akademi Bekerja
Dari Rumah
Sariah Awang Senik

Monday 23 June 2014

KELAS-KELAS DI AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber ; Facebook

Assalamulaikum, dahulu tidak menyangka bahawa minat menulis mampu menjana pendapatan malah dengan menulis kita juga dapat membantu orang di sekeliling kita.
Selain ada banyak perkara yang menarik di akademi bekerja dari rumah.

Di akademi bekerja dari rumah juga, anda dapat bertukar tips dan juga pandangan tentang produk dan juga perniagaan anda. Antara kelas-kelas yang diadakan secara online ini ialah

- Kelas asas blog dan penulisan
- Kelas asas blog fanpage dan juga mula bisness
- Kelas beriklan mudah.my
- Kelas penulisan ebook pertama
- Kelas penulisan kreatif
- Kelas telekung solat borong dan runcit
- Kelas asas wordpress
- Kelas mula bisnes makanan sunnah
- Kelas mula bisnes projek raya
- Kelas akaun online dan juga offline
- Tempahan blog bisnes 5 hari siap
- Beriklan dengan kami di pautan 750 blog

Pendaftaran pengurus online/rakab niaga ABDR. Baca lebih banyak ulusan dan juga keterangan kelas di sini http://akademibekerjadarirumah.blogspot.com

Jika anda telah bersedia dan ingin ketahui lebih lanjut bolehlah hubungi saya;
Sariah Awang Senik
019-4075634
Email sariah.awangsenik@gmail.com

Sunday 22 June 2014

SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN HULU BERNAM

Teks : Sariah Awang Senik

Hari ini bermula daripada sebelah pagi pada 8.30 hinggalah pukul 12.30 telah berlangsung sukan di sekolah anak daraku yang tersayang. Kerana terlalu teruja untuk bersukan, sampaikan di ajak bersarapan pun tidak mahu.

Hampir setiap tahun, Damia akan mengambil bahagian di dalam acara sukan yang di minatinya dan kemudian berusaha untuk menang di dalam setiap acara tersebut. Daripada 4 acara yang di masuki hanya satu sahaja yang di menanginya. Alhamdulilah hanya itu sahaja rezeki Damia untuk tahun ini.

Sebagai ibu, saya senantiasa memberikan dia dorongan dan juga semengat. Semoga Damia terus menjadi murid yang bukan.sahaja cemerlang di dalam pelajaran, bahkan di dalam apa jua bidang yang di ceburinya.

Coretan Ikhlas
Sariah Awang Senik

******************************************************

Pendaftaran kelas di Akademi Bekerja Dari Rumah senantiasa terbuka dan belum lagi ada tarikh tutupnya. Bagi yang sudah bersedia dan ingin pelajari sesuatu tentang produk dan juga perniagaan , boleh juga hubungi saya,

Sariah Awang Senik
019-4075634
Email sariah.awangsenik@gmail.com
Facebook : Sariah Awang Senik

Saturday 21 June 2014

KES CULIK YANG MENAKUTKAN

Teks : Sariah Awang Senik

Dunia semakin maju dan manusia sanggup berbuat apa sahaja demi kedudukan, kuasa dan juga wang. Begitulah juga yang berlaku beberapa hari kebelakangan ini. Kes culik kanak-kanak yang di bunuh kemudiannya organnya di ambil dan begitu juga kes rogol yang membuatkan seseorang gadis ataupun wanita yang tidak berupaya mengingati apa yang berlaku ke atas dirinya.
Apabila di ambil sampel darah jelas terbukti mereka menggunakan sejenis dadah yang mampu menghilangkan dna mereka pada mangsa rogol. Bukan itu sahaja, si gadis juga akan seumur hidup tidak boleh mengandung gara-gara penggunaan dadah ini.
 
Manusia semakin leka dan makin lupa tujuan asal matlamat kehidupan mereka. Menjadikan wang ringgit bagai segala-galanya dan juga umpama tuhan. Sudah lupa asal dan usul masing-masing.

Sanggup gadaikan semuanya demi untuk wang dan kuasa. Ada yang sanggup menjadikan sesama manusia sebagai mata pencarian.

Bersambung esok
Sariah Awang Senik

Thursday 19 June 2014

PELUANG PERNIAGAAN

Teks : Sariah Awang Senik

Cuaca agak panas dan kering ini banyak menduga kesabaran aku di dalam menjalankan tugas dan amanah yang telah di pertanggungjawabkan. Hari ini memulakan tugas seperti biasa walaupun agak terlewat kerana terpaksa melayan anak perempuam yang tidak berapa sihat.

Pelanggan di kedai hanya akan ramai sedikit pada waktu petang iaitu lebih kurang di dalam pukul 5 petang hinggalah selepas solat magrib. Kebanyakan yang singgah adalah para pekerja yang kerja outstation dan juga pemandu lori dan juga bas yang berhenti rehat di hentian rehat dan rawat ini.
Semasa sedang asyik sibuk bekerja dan juga leka melayan para pelanggan, kelihatan seorang lelaki yang agak gembal memasuki kedai ini. Di tangannya terdapat beberapa sampel minuman yang memang agak pratikal dan memang sesuai untuk di letakkan di dalam kereta dan sebagainya.

Dia menerangkan serba sedikit tentang produk dan berusaha untuk menghubungi majikan ku dengan harapan dapat meletakkan pek minumannya di kedai majikan ku untuk di jual. Layanan supervisorku agak kasar dan menolak sekeras-sekeras usaha lelaki tersebut. Apabila melihat riak wajahnya yang berubah, hatiku merasa kasihan apabila melihat raut wajahnya yang berubah. Aku hairan dengan sikap supervisorku yang lebih mementingkan bangsa lain daripada bangsa melayu seperti diriku.

Dalam hati, aku nekad suatu hari nanti aku ingin lihat lebih ramai lagi bangsa melayu akan berjaya di dalam bidang perniagaan, insha Allah. Lihat sahaja bangsa cina berusaha sebaik yang mungkin bangsanya untuk berjaya di dalam bidang perniagaan.

Mari kita bersama-sama berdoa moga berjaya dan juga membantu orang lain untuk turut sama melakar kejayaan bersama kita.

Coretan Kejayaan
Sariah Awang Senik


PERSEDIAAN MENYAMBUT BULAN RAMADAN

Teks : Sariah Awang Senik

Hanya seminggu sahaja lagi, kita akan menyambut bulan ramadan dan juga berpeluang menyambutnya bersama-sama dengan keluarga tersayang. Sebenarnya aku merasa amat bersyukur kerana masih lagi di beri peluang untuk menunaikan ibadah puasa dan juga ibadah yang lain seperti solat hajat dan sebagainya.

Dengan keadaan cuaca yang panas, kering dan berangin pasti kita memerlukan persediaan daripada segi mental dan juga fizikal. Antara persediaan yang harus di ambil bagi menghadapi bulan ramadan yang berkat ini ialah:
- Amalkan untuk berpuasa sunat ataupun boleh juga berpuasa awal sebelum tiba bulan puasa.
- Kurangkan minuman berais dan banyakkan minum air suam
- Jangan makan terlalu banyak, cukup sekadar kenyang dan berhenti makan.
- Jangan amalkan makanan yang pedas dan juga berminyak.
- Amalkan makan kurma ataupun kismis kerana ianya mampu menyimpan tenaga di dalam badan kita.
- Semasa hendak berbuka, amalkan berbuka dengan buah kurma dan juga minum air suam.
- Semasa bersahur, jangan makan terlalu banyak.

Semua persediaan di atas, bukanlah sekadar hanya catitan, malah telah saya amalkan sejak dari dahulu lagi. Arwah emak pernah berpesan agar selalu memakan buah kurma, bukan hanya pada bulan puasa tetapi mengamalkannya sepanjang hayat.

Rasa Teruja Menyambut Bulan Puasa
Sariah Awang Senik

Tuesday 17 June 2014

PESTA BOLA DAH TIBA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google

Pesta bola sudah pun bermula. Ada yang sanggup cuti sebulan semata-mata hendak menyaksikan perlawanaan bola secara langsung di layar televisyen masing-masing. Segala-galanya demi bola ataupun minat yang mendalam di dalam sukan kegemaraan dunia ini.

Walaupun bukanlah seorang peminat sukan bola sepak, namun secara tidak langsung terasa juga akan tempias sukan bola sepak ini.
Ada kaum ibu dan juga isteri yang merasa gembria melihat kaum bapa ataupun suami lebih banyak menghabiskan masa di rumah daripada keluar bersama-sama menghabiskan masa dengan kawan-kawan yang lain.

Tetapi ada juga sesetengah bapa ataupun suami yang tetap keluar rumah dengan menonton perlawanaan ini secara langsung di kedai kopi dan juga warung yang terbuka.

Ada juga pekerja-pekerja yang menghadapi masalah kurang tidur ataupun kekadang datang lewat ke pejabat hanya kerana menonton perlawanaan ini di rumah.

Dengan tekanan kerja dan kurang tidur pasti segala kerja di pejabat
tidak selesai seperti mana yang di arahkan.

Semuanya menjadi serba salah dan juga terbiar hanya gara-gara menonton bola sepak yang di adakan secara langsung di televisyen di rumah. Tetapi ada juga kaum bapa ataupun suami yang tidak berpeluang langsung berehat walaupun seketika hanya kerana menonton perlawanaan bola sepak ini.

Apa pun jenis sukan yang diminat,semengat kesukanan haruslah di amalkan senantiasa bagi menrapatkan hubungan persaudaraan sesama islam.

Coretan.Sukan Bola
Sariah Awang Senik

Monday 16 June 2014

PUISI CINTA SEJATI

Teks : Sariah Awang Senik

Aku ingin mencari cinta sejati
Cinta sejati yang kekal abadi hingga ke akhir hayat
Cinta sejati yang tidak akan membuatkan aku lalai dan alpha
Cinta sejati yang dapat membuatkan aku bersemengat menghadapi hari baru
Cinta sejati yang tidak akan membuatkan aku hilang matlamat hidup ini
Cinta sejati yang kekal mewangi sepanjang zaman
Cinta sejati yang dapat menempatkan aku di syurga firdausi
Cinta sejati yang tidak akan kenakan sebarang syarat
Cinta sejati yang tidak mampu di ungkap dengan sebarang kata-kata
Cinta sejati yang tidak mampu di lihat dan hanya di rasai oleh hati dan perasaan ini

Ya, cinta sejati itu memang wujud
Asal sahaja kita berusaha dan bersedia
Asal sahaja kita menunaikan segala kewajiban dan meninggalkan segala larangan
Asal sahaja kita mengamalkan di dalam segala tutur bicara dan langkah yang di ambil
Asal sahaja kita tidak akan putus asa dan berhenti berdoa di saat keperitan melanda mahligai kehidupan ini

Cinta sejati itu hanyalah kepada Allah SWT
Yang tidak akan pernah tinggal dan kecewakan diri kita

Yang tidak akan tetapkan sebarang syarat
Yang selalu setia menemai kita hinggalah ke hujung nyawa untuk menemui maha penciptanya.

Ya, aku tidak akan pernah berputus asa mencari cinta sejati 
Cinta sejati yang membuatkan diri lebih kuat dan tabah melawan arus kehidupan.

Puisi Cinta Sejati
Sariah Awamg Senik

PROJEK DUIT RAYA

Teks : Sariah Awang Senik

Tidak lama lagi akan tiba bulan puasa dan seterusnya akan berhari raya pula. Kebiasaannya di bulan puasa nanti, ramai orang akan mengambil kesempatan untuk mencari pendapatan tambahan untuk berhari raya nanti.

Ada yang suka menjahit, memasak dan tidak kurang juga yang mengambil kesempatan berniaga di bazaar ramadahan dengan menjual pelbagai jenis kuih, lauk-pauk dan juga pakaian.

Namun ada juga pekerjaan yang tidak memerlukan seseorang keluar bekerja dan boleh menjana pendapatan daripada rumah. Antara yang menjadi pilihan trend terkini mencari pendapatan daripada rumah adalah menjual pelbagai barangan untuk menyambut hari raya seperti makanan sunnah, barangan kesihatan dan juga pakaian. Antara makanan sunnah yang menjadi pilihan ialah :
- Buah kurma
- Kismis
-Kekacang
Selain daripada itu ada juga makanan segera seperti, pes nasi arab, pes mee bandung dan juga pelbagai jenis kerepek. Projek ini telah pun bermula sekarang dan akan bersambung selepas hari raya nanti.

Jikalau ada yang berminat ingin membeli ataupun menjadi agent boleh terus hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

Coretan Projek Duit Raya
Sariah Awang Senik

Sunday 15 June 2014

ABAH INSAN TERHEBAT

Teks : Sariah Awang Senik

Sebenarnya tiada hari yang istimewa buat seorang bapa. Setiap hari adalah hari yang istimewa untuk seorang bapa. Walaupun tidak bersama-sama tinggal namun hati dan perasaan selalu kekal di hatinya.

Abah, itulah panggilan istimewa untuk ayahku. Seorang yang tegas tetapi tidak suka berpura-pura. Hanya tinggal abah untuk diriku mengadu kasih dan menceritakan segala permasalahanku.

Selama hampir 40 tahun aku menyusuri segala dugaan dan cabaran, abah tetap memberikan sokongan yang tiada bertepi. Saat aku membina mahligai impianku, saat pertama kali bergelar seorang ibu dan juga saat aku kehilangan tempat bergantung, abah tidak pernah jemu memberikan sokongan dari segi mental dan juga fizikal. Tiada yang ternilai daripada kasih dan juga sayang seorang abah.

Kini walaupun hidup berjauhan dan membina kembali kehidupan dan mngejar cita-cita yang telah lama terkubur, segala nasihat dan juga ajarannya tetap terpahat di ingatanku. Selalu mengingatkan diriku supaya berlaku jujur bukan hanya pada diri sendiri malah kepada maha pencipta Allah SWT.

Abah, seorang insan yang paling setia kepada arwah emak tersayang Siti Rokiah Abdul Kadir. Masih ingat di fikiranku abah mampu dan tidak berkira di dalam urusan rumahtangga semasa arwah emak ada dahulu. Sejak awal pagi abah akan keluar bekerja dan hanya lewat petang akan pulang ke rumah semula. Abah dan arwah emak akan bersama-sama mengemas rumah dan juga memasak bersama arwah emak.

Sikap abah memang agak cerewat di dalam pemakanan. Namun mungkin itulah juga faktor yang menyebabkan abah masih tetap sihat dan cergas sehingga kini walaupun usianya telah meningkat.

Dahulu abah adalah salah seorang bekas pekerja KTM dan abah banyak melewat ke tempat yang menarik dan juga mempunyai ramai kawan tidak kira apa bangsa sekalipun. Abah adalah seorang yang sangat kreatif dan juga merupakan salah seorang tukang kayu yang pandai membuat rumah sendiri. Tiada insan yang terhebat melainkan hanya abah seorang.

Daya kreativiti dan juga seninya ada sebahagian pada diriku dan juga adik lelaki yang bongsu. Kini rasa rindu dan kasih sayangnya selalu bersama-sama di hatiku ini.
Semoga Allah SWT senantiasa merahmati abahku iaitu En Awang Senik Bin Adam.
Abah adalah lelaki yang istimewa di dalam kehidupan aku dan anak-anak. Aku sayang abah dunia dan.akhirat.

SELAMAT HARI BAPA, abah , maaf tiada hadiah yang mahal untuk abah, hanya doa dan kasih sayang sahaja buat abah dari diriku dan anak-anak.

Hadiah Kasih Sayang Dari
Sariah Awang Senik

Saturday 14 June 2014

ANAK-ANAK BALIK ASRAMA

Teks : Sariah Awang Senik

Telah hampir 2 minggu lebih, anak-anak menghabiskan cuti persekolahan. Selama tempoh itu, kami anak beranak tidak ke mana-mana. Hanya menghabiskan cuti di rumah di samping sibuk bekerja, dan begitu juga dengan anak bujang yang juga turut bekerja sampingan ataupun part time. Walaupun baru berumur 15 tahun, dia tidak malu bekerja untuk mencari duit poketnya sendiri.

Sebagai seorang ibu dan sekaligus memikul tanggungjawab sebagai seorang ayah, tidak pernah sesekali memaksa anak-anak bekerja. Tetapi selalu memberitahu anak-anak bahawa keadaan kewangan memang kurang stabil dan tidak kesemua keperluan anak-anak dapat di tunaikan setiap masa.

Nampaknya anak-anak semakin kesukaran dan juga kesusahan hidup yang semakin mencabar ini. Namun sesibuk mana pun bekerja, fokus paling utama adalah kepada pelajaran. Tanpa ilmu dan juga pengetahunan yang luas agak payah menempuh kehidupan yang makin mencabar ini.

Sesekali kami anak beranak akan keluar ataupun menonton wayang bersama. Itulah sahaja yang dapat ku lakukan demi anak-anak tersayang.

Sekejap lagi nak memasak sesuatu yang istimewa untuk anak terunaku sebelum dia pulang ke asrama dan menyambung kembali pengajiannya.

Untuk anakanda tersayang Muhamad Aiman Hakimi belajarlah rajin-rajin dan berusahalah menjadi insan terbaik dunia dan juga akhirat. Solat jangan sesekali di tinggal kerana ianya adalah kekuatan diri kala di landa keresahan. Ibu doakan abang berjaya dan jangan sia-siakan pengorbanan ibumu ini.

Coretan Kasih Sayang
Sariah Awang Senik

Friday 13 June 2014

BERCERAI BERPISAH TIADA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Wanita Hari Ini

Siapalah yang mendirikan rumahtangga dan kemudiannya bercerai. Semua orang mengimpikan rumahtangga yang aman bahagia hingga ke akhir hayat. Tetapi jikalau di takdirkan perceraian adalah jalan terbaik, maka banyaklah berdoa dan berusaha moga semuanya berjalan dengan lancar dan dapat berbincang sebaik yang mungkin tentang hak-hak pasangan anda masing-masing.

Selalunya yang bercerai adalah di antara ayah dan ibu tetapi tidak hubungan antara si ayah dan juga kesemua anak-anak yang ada.

Ketika sedang menulis perkongsiaan ini, saya teringat tentang tajuk ini apabila selesai menonton Wanita Hari Ini tentang tanggungjawab yang di lakukan oleh si ayah ataupun bapa kepada bekas isteri dan anak-anak walaupun telah bercerai. Benar dari segi agama telah termaktub segala syarat-syarat yang perlu di jalankan oleh ayah ataupun suami walaupun telah bercerai. Hati tersentuh dengan penerangan oleh chef terkenal kita iaitu Chef Wan yang merupakan tukang masak terkenal negara yang telah menjalankan tanggungjawabnya sebaik yang mungkin terhadap anak-anak dan juga bekas isteri. Hubungan sebagai suami dan isteri memang telah terputus tetapi mereka berdua masih kekal sebagai seorang sahabat dan tidak memburukkan di antara satu sama dengan yang lain.

Jarang terdapat suami dan isteri dapat menjalinkan hubungan yang baik walaupun telah bercerai. Mungkin benar perhubungan suami dan isteri itu telah tiada tetapi kasih sayang terhadap anak-anak tidak sama sekali.

Selepas bercerai ada ayah ataupun bekas suami yang langsung tidak memberikan sebarang nafkah terhadap anak-anak dan juga bekas isteri. Semuanya banyak di pengaruhi oleh perasaan ego dan juga marah dan dendam yang tidak berkesudahan. Yang menjadi mangsa adalah anak-anak. Mereka hilang kasih dan juga sayang seorang ayah. Kehidupan yang di lalui oleh bekas isteri penuh derita dan semua anak yang terbiar begitu sahaja.

Di mana belas dan kasihan seorang ayah ? Hanya kerana rasa marah dan juga ego, kehidupan anak-anak menjadi mangsa. Sepatutnya setelah bercerai, ayah ataupun bekas suami haruslah menyakinkan kepada anak-anak yang hubungan kasih sayang seorang ayah tidak akan terpisah.

Setiap manusia melakukan kesilapan dan tiada manusia yang sempurna di atas muka bumi ini.

Melalui perbincangan tersebut, sekali ayah mengabaikan segala kasih sayang anak-anak, maka akan tiba suatu saat anak-anak pula akan melakukan hal yang sama terhadap anak-anak. Kita tidak selalunya sihat dan juga dari semasa akan bertambah dari segi umur, kesihatan dan bermacam-macam lagi.

Maka jikalau ayah ataupun bekas suami menjalankan tanggungjawab sebaik yang mungkin terhadap bekas isteri dan anak-anak maka rasa kasih dan sayang itu tetap akan sama walaupun hubungan antara ayah dan ibu mereka telah tiada.

Kesimpulannya, walaupun telah bercerai, jangan lupa yang bekas isteri pernah hidup bersama-sama dengan ayah mereka. Sekuat mana rasa benci terhadap bekas isteri janganlah jadikan anak-anak sebagai mangsa keadaan. Anak-anak tidak bersalah. Yang bersalah hanyalah ibu dan bapa mereka.

Semoga ramai ayah dan juga bekas suami dapat mengekalkan hubungan baik dengan bekas isteri walaupun telah bercerai. Segala tugas dan kewajipan haruslah di laksanakan sebaik yang mungkin terhadap bekas isteri dan juga anak-anak.

Catatan Rasa Oleh
Sariah Awang Senik.

Wednesday 11 June 2014

BERCUTI DAPAT MENGHILANGKAN TEKANAN

Teks : Sariah Awang Senik

Assalamulaikum, selama 3 hari menghabiskan masa cuti bersama anak-anak tersayang sempena cuti sekolah ini. Secara jujurnya bermula pada minggu pertama hinggalah sekarang masih belum berpeluang bercuti bersama anak-anak kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja.

Walaupun tidak dapat membawa anak-anak bercuti ke tempat-tempat yang menarik, namun cukup sekadar pergi berjalan-jalan dan juga menonton wayang bersama-sama.

Mujur anak-anak memahami keadaanku dan tidak banyak merungut dan mereka berpuas hati dengan apa yang mereka nikmati. Sebagai seorang ibu dan juga pekerja memang diri terlalu terikat dengan pekerjaan ini. Dengan masa kerja yang tidak menentu, dan juga tiada masa rehat yanf khusus memang mendatangkan banyak tekanan di persekitaraan ku.

Walaupun menghadapi terlalu banyak tekanan setiap masa, aku tetap bersyukur kerana senantiasa dapat menghadapinya dengan baik. Kekadang hati ini merasa cemburu juga apabila melihat orang lain menghabiskan masa cuti bersama-sama dengan anak-anak.

Dengan mengambil cuti selama 3 hari ini dapatlah diriku tenangkan fikiran dan dapatlah luangkan lebih banyak masa bersama dengan anak-anak.

Selama ini terlalu asyik memikirkan hal pekerjaan hingga terlupa masa untuk diri sendiri dan juga anak-anak. Di dalam hati sebenarnya telah nekad untuk selesaikan apa yang patut dan mengumpulkan modal yang secukupnya untuk bekerja dan juga berkarya dari rumah.

Moga Allah permudahkan segala urusanku dan selesaikan semuanya secepat yang mungkin.

Coretan Rasa
Sariah Awang Senik

******************************************************

Tuesday 10 June 2014

PANDUAN MENJAGA ANAK-ANAK MENGHIDAP SAKIT KRONIK

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Sendiri

Siapa sangka bayi yang di lahirkan cukup sifat dan sempurna kelahirannya, rupa-rupanya menghidap penyakit kronik yang sukar di ubati. Inilah yang berlaku kepada arwah anak tersayang iaitu Siti Nur Balqis Ahmad Roslan.

Di peringkat awal apabila menerima penerangan doktor akan keadaan arwah anak, memang agar sukar dan kekadang merasa malu dengan keadaan arwah anak yang tidak seperti kanak-kanak normal yang lain. Namun setelah beberapa kali pergi untuk temu janji doktor dan bertemu dan berkenalan dengan ibubapa yang mempunyai penyakit yang sama dengan arwah anak, barulah lah mempunyai kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi semuanya.

Mempunyai dan menjaga anak-anak yang mempunyai penyakit yang kronik bukanlah suatu perkara yang mudah. Setiap ibu dan bapa haruslah mempunyai kekuatan mental dan juga fizikal untuk menghadapi segala masalah di dalam menjaga dan merawat anak-anak yang sakit ini semasa di rumah. Kebanyakan doktor pakar telah meramalkan bahawa jangka hayat anak-anak yang menghidap penyakit yang kronik tidak lama. Malah doktor telah meramalkan bahawa arwah anak hanya mampu bertahan hanya 1 tahun lebih. Tetapi kita hanya merancang yang selebihnya tuhan yang menentukannya. Arwah anak dapat bertahan hanya sampai 3 tahun lebih malah hampir memasuki program pemindahan hati namun tidak kesampaian.

Apa yang ingin saya kongsikan di sini bukanlah kisah sedih ataupun untuk meraih simpati namun hanyalah untuk berkongsi pengalaman menjaga arwah anak yang menghidap penyakit kronik buat pengetahunan semua di luar sana.

Antara panduan menjaga anak-anak yang menghidap penyakit kronik ini ialah:
-Sebelum memegang anak pastikan tangan dan pakaian bersih daripada sebarang kotoran.
-Pastikan tangan anda di basuh terlebih dahulu sebelum menjaga dan juga menguruskan anak.
-Segala pakaian anak seperti baju,seluar, tuala mandi, lampin ( jika anak masih kecil) janganlah di campur bersama dengan pakaian ahli keluarga yang lain.
-Alatan anak seperti botol susu, puting, cawan dan sebagainya hendaklah di sterilkan selalu bagi membasmi kuman daripada berjangkit.
- Elakkan anak-anak yang lain yang mempunyai penyakit yang mudah berjangkit seperti deman, selsema dan batuk menghampiri anak yang menghidap penyakit yang kronik.
- Antibodi badan anak yang menghidap penyakit kronik amatlah lemah dan mudah terdedah dengan sebarang jenis penyakit dan juga jangkitan kuman.
- Pastikan segala ubat-ubatan hendaklah di berikan tepat pada waktu yang di tetapkan.
- Segala perkembangan anak yang kronik ini haruslah di catat dari semasa ke semasa. Semua catatan ini adalah penting semasa temujanji doktor setiap bulan.
- Luangkan lebih masa bersama anak yang kronik ini seperti bermain, membaca dan juga sebagainya.

Kita tidak akan tahu berapa lama jangka hayat anak-anak yang menghidap penyakit yang kronik ini. Mungkin esok, lusa ataupun bila-bila masa mereka akan pergi meninggalkan kita semua.

Sebagai seorang ibu saya tetap bersyukur kerana berpeluang menjaga anak yang menghidap penyakit yang kronik. Walaupun usia arwah anak tidak panjang namun saya telah banyak perkara tentang semengatnya dan beberapa perkara yang lain.

Semoga arwah anak senantiasa tenang dan damai bersama dengan maha penciptanya.

Coretan terindah
Sariah Awang Senik

******************************************************

   AKADEMI BEKERJA DARI
        RUMAH!!!!

Ingin bekerja dari rumah tetapi tidak tahu apakah persediaan yang harus di buat
Ingin bekerja dari rumah tetapi tidak tahu bagaimana hendak memulakannya.
Ingin bekerja dari rumah tetapi tidak mempunyai produk sendiri.

Kami di akademi bekerja dari rumah boleh membantu anak selesaikan semua masalah anda. Ingin tahu lebih lanjut , sila hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

Monday 9 June 2014

POLIGAMI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google

Assalamulaikum, bersyukur ke hadrat Allah SWT dengan segala nikmat yang di beri. Secara jujurnya untuk bercakap soal poligami ini, memang tiada pengalaman cuma hati rasa tertarik dan kagum dengan seorang sahabat di zaman sekolah dahulu.

Sikapnya yang jujur dan berani berterus terang tentang statusnya sebagai suami orang memang menarik perhatian saya. Bukan jatuh cinta atau apa pun perasaan namun caranya memikul tanggungjawab sebagai lelaki yang beristeri lebih daripada satu dan pandai mengawal keluarga dan menjaga keluarganya sebaik yang mungkin.

Dia pernah menyatakan kepada saya bahawa untuk berkahwin lebih daripada satu atau poligami bukanlah suatu perkara yang mudah. Banyak syarat-syarat dan juga pelbagai dokumen perlu di sediakan sebaik yang mungkin. Bukan itu sahaja persediaan daripada segi mental dan fizikal juga amatlah penting.

Semasa berbual dengannya, dia pernah menyatakan kepada saya bahawa dia berpoligami bukanlah kerana nafsu semata-mata, tetapi lebih kepada atas dasar tanggungjawab dan juga hendaklah menggelakkan sebarang fitnah.

Isterinya yang pertama juga isteri yang kedua, perhubungan mereka berdua amatlah rapat umpama sahabat baik. Cara mereka bertolak ansur dan menjaga keluarga masing-masing sangat membanggakan. Jarang ada yang dapat bertolak ansur dan tolong menolong sedemikian rupa.

Cabaran dan juga dugaan di dalam hidup berpoligami senantiasa ada. Dan yang memainkan peranan yang paling utama adalah ketua keluarga itu sendiri iaitu seorang suami. Suaminya sanggup melakukan apa sahaja perkerjaan untuk membantu menaikkan taraf kewangan keluarganya sendiri. Segala urusan rumahtangga baik dari mengemas, memasak dan sebagainya semuanya di lakukan bersama-sama dengan isteri-isterinya.

Apa pun saya mendoakan keluaga ini bahagia hingga ke akhir hayat. Dan juga moga mereka akan tetap kekal bahagia hingga ke akhirat kelak.

Nota : Apa yang saya kongsikan ini hanyalah sekadar pandangan peribadi terhadap sahabat saya ini. Segala apa yang kurang di mana-mana sepanjang penulisan ini, hanya mohon maaf yang di pinta.

Coretan Ikhlas
Sariah Awang Senik

***************************

        PUR Q ACTIVE

Salah satu makanan yang semakin mendapat perhatian. Makanan minda yang berasaskan sunnah di dalam bentuk jelly.

Jellynya yang berwarna warni amat di gemari oleh kanak-kanak.
Anda berminat dan ingin ketahui lebih lanjut sila hubungi saya :
Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com.

         SELAMAT MENCUBA!!!

Sunday 8 June 2014

MASA BERSAMA DENGAN ANAK-ANAK

Teks : Sariah Awang Senik

Cuti sekolah hampir seminggu berlalu. Namun sebagai seorang ibu sekaligus ketua keluarga, tanggungjawab, amanah dan tugas tetap berjalan seperti biasa. Secara jujurnya diri ini belum mampu untuk membawa anak-anak pergi bercuti ke tempat yang jauh. Memandailah dengan membawa mereka pergi menonton wayang ataupun ke perpustakaan membaca buku-buku kegemaran mereka.

Insha Allah kalau rezeki lebih suatu hari nanti akan berpeluang juga membawa anak-anak bercuti ke tempat yang mereka minati.

Walaupun sibuk dengan tugas melayan anak-anak, ku masih lagi mampu mencoretkan beberapa ayat di ruangan blog kesayanganku ini. Hari ini adalah hari Isnin dan masih di dalam mood cuti sekolah. Sengaja aku merancang percutiaan hari lain kerana menggelakkan kesesakkan orang ramai berjalan masa cuti sekolah. Pada mula memang agak lengang namun keadaan bertukar apabila menjelang petang.

Hati ini merasa gembria sebab dapat meluangkan banyak masa bersama dengan anak-anak. Aku berdoa moga suatu hari nanti dapat membawa anak-anak bercuti ke tempat yang lagi jauh daripada sekarang.

******************************************************

       SERUNDING ISTIMEWA !!!!!

Kepada sesiapa yang berminat memakan serunding, kini ada berita baik untuk semua.
Antara serunding tersebut ialah:
Serunding Ayam
Serunding Daging
Serunding Ikan

Jika berminat hendak membelinya ataupun teringin hendak menjadi agent serunding, boleh juga hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

Coretan tentang produk
Sariah Awang Senik

Saturday 7 June 2014

AMANAH

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri

Secara jujurnya telah hampir sepuluh tahun, ku menjalankan amanah dan tanggungjawabku ini. Biarpun pekerjaan ini bukanlah berdasarkan minat, namun hanya itu sahaja pekerjaan yang sesuai yang di lakukan buat masa sekarang. Pekerjaan ini menguji tahap dan juga kesabaran ku melayan karenah pelanggan yang hanya mahukan yang terbaik daripada perkhidmatan yang di sediakan.

Pengalaman menjadi seorang jurujual dan juga seorang customer service banyak membantu diriku untuk berurusan dengan semua para pelanggan. Bukan mudah menyakinkan pelanggan untuk membeli produk yang disediakan dan juga bersama-sama dengan perkhidmatan yang di sediakan. Itulah urusan jualbeli yang di lakukan secara offline dan ini amatlah berbeza dengan urusan jualbeli secara online.

Semakin hari , menjalankan amanah ini hanya Allah SWT sahaja yang menjadi petunjuknya. Segala cabaran dan dugaan yang mendatang hanya perlu bersikap positif dan maju ke hadapan. Semua perkara yang negatif biarkan sahaja ianya berlalu begitu sahaja.

Fikiran dan tenaga semakin mencapai tahap maksimunnya. Kini hanya mampu merehatkan diri dan berdoa moga esok segala urusan akan berjalan dengan lancar. Insha Allah.

Coretan Rasa Sariah Awang Senik

Friday 6 June 2014

KISAH SEMALAM

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri

Kisah semalam bagaikan mimpi ngeri
Yang berusaha ku lupakan buat selama-lamannya
Kisah semalam telah mengubah seluruh matlamat hidupku kini
Kisah semalam telah menghancurkan segala impian kecilku sebagai seorang suri dan kini ku kembali membina impian yang lebih besar dan bermakna

Kisah semalam tidak akan mengubah pendirianku dan ku tidak akan menyalahkan sesiapa pun
Kisah semalam banyak memberi pengajaranku tentang hidup agar lebih berhati-hati menyusun langkah yang seterusnya.

Kini kerana kisah semalam ku semakin asyik mengejar segala impian dan cita-cita.
Tidak akan berpaling lagi walaupun sejenak.
Kerana dengan merenung kembali sejenak ianya akan mampu membuatkan ku tampak lemah dan terbuai dek kisah sedih itu.

Coretan Rasa Oleh
Sariah Awang Senik

KEBAIKAN MEMAKAN KISMIS

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google

Kismis yang masam dan manis memang sedap di jadikan snek yang sihat untuk seisi keluarga. Di samping banyak mengandungi zat yang berkhasiat ianya juga amat.menyelerakan di makan bersama bubur oat sebagai sarapan pagi.

Namun pada semua ahli keluarga saya, kismis ini hanya di makan begitu sahaja. Paling gemar memakan kismis ini adalah anak lelaki dan juga anak yang paling bongsu. Mereka memang amat mengemari memakan kismis ini, tidak kira kismis ini daripada apa jenis sekalipun.

Kismis terdapat di dalam pelbagai jenis. Antaranya ialah:
Sultana
Malaga
Zante Currant
Muscat
Thompson Seedless
Sebenarnya terdapat beberapa lagi jenis yang lain.

Banyak khasiat dengan mengamalkan memakan kismis. Antaranya, mengandungi tenaga yang tinggi, rendah kandungan kolestrol dan juga dapat mengekalkan tenaga di dalam tubuh badan kita.

Khasiat kismis itu sendiri pun banyak. Di antaranya ialah :
Membantu menajamkan minda dan menguatkan otak manusia.
Perlindungan antioksida , mampu menguatkan tulang dan juga lain-lain.
Dari segi agama pun kita di galakkan untuk mengamalkan memakan makanan sunnah. Makanan sunnah adalah, kurma, kismis dan juga madu. Ianya juga menyimpan tenaga dan amat sesuai di amalkan memakannya pada bulan puasa yang tidak berapa lama lagi.

Apapun tiada ruginya mengamalkan memakan kismis ini. Daripada melihat anak-anak memakan snek yang tidak menyihatkan lebih baik kita menukarkan cara memakan snek yang lagi menyihat tubuh badan dan juga otak.
Semoga perkongsiaan ini dapat memberi manfaat kepada semua para ibubapa di luar sana.

Coretan Tentang Kismis
Sariah Awang Senik

         PUR Q ACTIVE
Salah satu makanan minda yang berasaskan jelly yang berbentuk.warna-warni. Amat menarik perhatian kanak-kanak untuk memakannya.

       Anda berminat ingin ketahui lebih lanjut tentang PUR Q ACTIVE ini sila hubungi saya Sariah 019-4075635 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

Thursday 5 June 2014

KESAKITAN INI BAGAIKAN SATU KIFARAH

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google

Selama hampir 3 hari menahan segala kesakitan dan penderitaan ini seorang diri dan hanya Allah SWT sahaja yang maha mengetahuinya. Tidak mampu melakukan apa-apa selain berdoa moga Allah berikan kekuatan dan keimanan yang kuat untuk mengharunginya. Walaupun masih lagi merasa sakit namun diri ini tidak pernah berhenti berdoa, andai semua yang datang ini adalah kifarah atas segala dosaku yang lalu . Ku perlu jujur, ikhlas dan redha dengan setiap dugaan yang Allah telah tetapkan.

Mungkin apabila melakukan sesuatu dosa, kita masih lagi tidak sedar ataupun telalu leka. Jangan sesekali menilai diri terlalu baik sedangkan itulah sebenarnya dosa-dosa kecil yang baru di lakukan walaupun seminit. Biasakan diri untuk mengingati apa dosa yang kita lakukan walaupun dalam sehari segala urusan kerja dan rumahtangga berjalan dengan lancar. Biarpun rakan baik memuji ataupun sebaliknya cubalah untuk memaafkan diri mereka semua. Tiada manusia di muka bumi ini yang sempurna dari semua segi.

Kalau di renungkan kembali, hampir tiap saat dan jam kita senantiasa melakukan dosa dan sebagai hambanya yang lemah dari semua segi, maafkanlah kesemua mereka yang telah menyinggung perasaan hati kita. Tiada guna menyimpan perasaan marah dan juga dendam.

Alhamdulilah, kesakitan ini makin berkurangan. Syukur walaupun masih merasa sakit, tetapi Allah kurniakan idea yang tidak pernah putus. Berdoa moga cepat sembuh dan meneruskan rutin harianku seperti biasa.

Coretan Orang Yang Sedang Sakit,
Sariah Awang Senik

Bagi yang berminat mencari pendapatan tambahan sempena bulan ramadhan dan juga hari raya ini, bolehlah hubungi saya
Sariah 019-4075635 sms/whatshapp
Email sariah.awangsenik@gmail.com

Antara projekduitraya tersebut ialah:
Serunding ayam,daging dan ikan
Pes Nasi Arab
Sambal Kentang dan bermacam-macam lagi.
Jika anda berminat bolehlah terus hubungi saya serta merta.

Monday 2 June 2014

KESIBUKAN KERJA DI MUSIM CUTI SEKOLAH

Teks : Sariah Awang Senik
Assalamulaikum, terlalu banyak kerja yang perlu di uruskan semasa cuti persekolahan ini. Bidang perkerjaan seperti saya memang sukar hendak mengambil cuti. Kalau majikan senantiasa dapat memahami, mungkin tiada masalah. Tetapi jikalau majikan hanya mahukan keuntungan tanpa memikirkan hal yang lain, memang agar sukar. 
Hampir setiap hari berurusan dengan pelbagai ragam pelanggan yang seolah-olah menganggap mereka adalah raja dan sebagai jurujual seperti saya tidak membuat pekerjaan sebaik yang mungkin.
Kadang-kadang ada pelanggan yang bersikap terlalu kurang ajar, seolah-olah saya dan kawan-kawan yang lain adalah seperti orang gaji mereka sahaja.

Tidak terfikirkah di fikiran mereka, yang saya mungkin adalah kakak, anak, adik dan sebagainya. Bila keadaan ini berlaku, saya akan berusaha sebaik yang mungkin untuk sabar dan biarkan sahaja mereka membuat pilihan mereka sendiri. Biarlah mereka dengan dunia mereka yang tersendiri. 

Saya hampir letih dan perlukan rehat secukupnya. Insha Allah esok saya akan sambung lagi dengan coretan yang seterusnya.

Coretan Ikhlas
Sariah Awang Senik

Bagi anda yang berminat untuk bekerja dari rumah tetapi buntu memikirkan bagaimana dan apa persediaan yang perlu di lakukan?
Sertailah kami di Akademi Bekerja Dari Rumah. Anda telah bersedia dan ingin ketahui lebih lanjut tentang akademi ini, boleh terus hubungi saya ;
Sariah Awang Senik
019-4075634
Email sariah.awangsenik@gmail.com

Sunday 1 June 2014

DROPSHIP RAMADAN 2014

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook

Assalamulaikum, tentu ramai yang masih tercari-cari apakah produk yang istimewa yang dapat di sediakan di dalam masa yang singkat tetapi amat menyelerakan untuk keluarga anda.

Di sini juga ada menyediakan snek dan juga kudapan yang menarik dan sesuai untuk anak-anak anda. Untuk bulan puasa yang tidak lama lagi, perkenalkan :
PES NASI ARAB
Harga RM15
Terdiri daripada nasi arab mandy.ayam dan juga daging. Mengandungi beras basmathi juga rempah nasi arab. Semua cara-cara memasak nya ada tersedi di kotak nasi arab. Hidangan ini sesuai untuk 5-6 orang.

PES MEE BANDUNG
Sangat pratikal untuk surirumah yang sibuk . Ingin sediakan juadah istimewa untuk keluarga tersayang dan juga tetamu yang datang semasa hari raya.
Hidangan ini sesuai untuk 5-6 orang.
Harga RM12

SAMBAL KENTANG
Boleh di makan begitu juga dan juga sesuai di makan bersama dengan nasi.
Harga RM15

Jika anda berminat dengan salah satu daripada produk di atas, hubungi saya:
Sariah 019-4075634
Email sariah.awangsenik@gmail.com

Coretan Ikhlas Dari,
Sariah Awang Senik.

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...