Thursday 19 June 2014

PERSEDIAAN MENYAMBUT BULAN RAMADAN

Teks : Sariah Awang Senik

Hanya seminggu sahaja lagi, kita akan menyambut bulan ramadan dan juga berpeluang menyambutnya bersama-sama dengan keluarga tersayang. Sebenarnya aku merasa amat bersyukur kerana masih lagi di beri peluang untuk menunaikan ibadah puasa dan juga ibadah yang lain seperti solat hajat dan sebagainya.

Dengan keadaan cuaca yang panas, kering dan berangin pasti kita memerlukan persediaan daripada segi mental dan juga fizikal. Antara persediaan yang harus di ambil bagi menghadapi bulan ramadan yang berkat ini ialah:
- Amalkan untuk berpuasa sunat ataupun boleh juga berpuasa awal sebelum tiba bulan puasa.
- Kurangkan minuman berais dan banyakkan minum air suam
- Jangan makan terlalu banyak, cukup sekadar kenyang dan berhenti makan.
- Jangan amalkan makanan yang pedas dan juga berminyak.
- Amalkan makan kurma ataupun kismis kerana ianya mampu menyimpan tenaga di dalam badan kita.
- Semasa hendak berbuka, amalkan berbuka dengan buah kurma dan juga minum air suam.
- Semasa bersahur, jangan makan terlalu banyak.

Semua persediaan di atas, bukanlah sekadar hanya catitan, malah telah saya amalkan sejak dari dahulu lagi. Arwah emak pernah berpesan agar selalu memakan buah kurma, bukan hanya pada bulan puasa tetapi mengamalkannya sepanjang hayat.

Rasa Teruja Menyambut Bulan Puasa
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...