Saturday 25 April 2020

MINAT MEMBACA DI KALANGAN ANAK-ANAK SEMASA TEMPOH PKP


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Dari Group Telegram
http://www.facebook.com/sariah.awangsenik

Alhamdulillah. Selesai menunaikan puasa dan bersolat Terawih pada hari yang ke 2 Ramadan. Walaupun berpuasa dan bersolat terawih dalam keadaan yang sungguh berbeza di sebabkan pandemik Covid-19, namun jauh dihati ini tetap rasa bersyukur.

Perkara yang paling bermakna adalah dapat memeriahkan bulan puasa dan bersolat terawih bersama dengan anak-anak tersayang. Biarpun anak-anak dah remaja dan dewasa, tetapi itu tidak bermakna mereka berdua tidak perlukan lagi perhatian, malah inilah masa terbaik untuk merapatkan hubungan mesra antara kami anak-beranak.

Memandangkan tempoh PKP ini dilanjutkan lagi sehingga ke 12/5/2020 ini, maka secara tidak langsung anak-anak menghabiskan cuti yang agak lama di rumah. Bagi anak-anak yang dah agak besar dan remaja, pasti mereka ada agenda tersendiri menghabiskan masa yang terluang di rumah. 

Asalkan perkara yang mereka ingin lakukan itu tidak membawa kelalaian mereka kepada tanggungjawab menguruskan rumahtangga. Itu bagi anak-anak yang dah agak besar.

Bagi anak-anak yang masih kecil dalam lingkungan umur 7-17 tahun, masa yang ada ini dapat diisikan dengan aktiviti-aktivi yang lebih berfaedah, contohnya dengan membaca buku cerita, novel, komik dan sebagainya.

Masih saya ingat anak dara ketika masih bersekolah rendah, amat gemar membaca buku novel remaja, yang penulisnya bernama Ain Maisarah. Penulis Ain Maisarah ini telah banyak menulis buku-buku novel remaja untuk kanak- kanak dan mempunyai satu syarikat yang menerbitkan semua buku-buku yang beliau tulis iatu BLINK. 

Terdapat banyak buku-buku untuk anak-anak dan juga remaja yang sesuai antara umur 7-17 tahun.  Kisah-kisahnya sangat ringan dan disampaikan dalam bahasa yang mudah difahami oleh anak-anak dan remaja.

Semua buku ada pakej-pakej yang tersendiri. Dan yang bestnya ada satu berbentuk baru yang dinamakan sebagai Nomik iaitu gabungan novel dan juga komik. 
Agak menarik bukan? 

Rasanya zaman penulis dahulu tidak ada lagi Nomik ini. Semua lukisan-lukisan yang ada dalam setiap buku keluaran BLINK adalah berwarna-warni dan boleh membuatkan anak-anak tidak jemu membacanya.

Jika ada yang nak tahu apakah senarai buku yang ada dalam BLINK ini bolehlah lihat di lampiran katalog yang disediakan ini.

Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi saya di link wasap yang saya sertakan dibawah. 

Dan kalau anda membeli lebih dari 5 buah buku, bakal mendapat 1 buah buku secara percuma. Best kan macam itu?

Kesimpulannya dalam tempoh PKP ini dapatlah lagi menambah minat anak-anak untuk membaca selain asyik memegang gajet yang boleh membuatkan mereka terleka dalam dunia mereka yang tersendiri.

Apabila habis sahaja tempoh PKP ini, anak-anak makin bijak dan pandai membaca sekaligus dapat menjadikan mereka lebih bersedia untuk belajar matapelajaran yang lain.





Dengan adanya buku-buku BLINK ini dapatlah mengisi masa lapang yang ada dan anak-anak tidak cepat merasa bosan di rumah.


Sekian






17 comments:

  1. Thanks for sharing! I believe si adik2 mesti minat baca buku2. Have fun and stay safe!

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing! I believe si adik2 mesti minat baca buku2. Have fun and stay safe!

    ReplyDelete
  3. Anak dulu suka baca siri novel Ain Maisarah tu macam Aku Mahu ke New York dan siri Diva.

    ReplyDelete
  4. Novelis ain maisarah tu glamer d kalangan anak2. Pernah skali dtg skola anak2 aida. Memang diorang njoi la baca buku ain maisarah.
    Yes. Aida pon rasa syuhada & ijat more to Nomik. Nurin je masih kekal dgn novel.

    ReplyDelete
  5. menarik ni, thanks sharing, nanti boleh share dengan anak2 sedara. boleh pupuk minat membaca

    ReplyDelete
  6. Ulat -ulat buku mesti suka ni... bolehlah mencari buka kesukaan masing2 ya.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas perkongsian. Nanti bolehlah suruh anak dara ni survey novel2 yg dia minat. Risau gak bila tak ada class online..dok mengadap tv je.

    ReplyDelete
  8. Kita kena pupuk dan ajar anak dari kecil utk suka membaca. Kurangkan masa utk gajet. Anak2 za kecik2 lagi jadi za yg akan bacakan buku utk dorg. Displin kan utk duduk dan dengar. Lama3 ok lah

    ReplyDelete
  9. Nanti boleh share pada anak buah, kecik-kecik ini elok latih dia minat membaca tak leka dengan gadget.

    ReplyDelete
  10. Kisah Sahabat dalam siri sahabat tu bagus untuk dibaca ank2. Banyak jati diri para sahabat yg boleh di tiruvasi..

    ReplyDelete
  11. Belum masa lagi mommy nak cari buku-buku cerita untuk anak mommy. Nanti dah nak kena Cari, baru cr akak

    ReplyDelete
  12. huda sendiri pun suka baca cerita remaja blink tu. Ada cerita dia pergi new york, haha yang tu huda suka. Dan cerita dari penulis ni memang semua menepati kreateria yang kita nak.

    ReplyDelete
  13. Salah satu aktiviti anak anak saya ketika PKP. Di rumah memang ada buku cerita untuk diorang untuk di baca untuk isi masa lapang. Buku buku ni nampak menarik juga. Nanti saya try tengok buku buku ni.

    ReplyDelete
  14. Bagus anak-anak yang minat membaca nih, perkembangan minda mereka sentiasa berhubung, saya sendiri suka membaca, dekat rumah saya pun ada banyak bahan bacaan...

    ReplyDelete
  15. Anak kalau nak pupuk minat membaca dari kecik lagi, sebelum tidur bacakan buku untuk mereka, nanti mula mengajar kenal huruf dan gambar, lama-lama minat tu akan ada... lagi kalau kena dengan buku yang mereka minat, memang fokus le ngadap buku..

    ReplyDelete
  16. Baguslah anak2 minat membaca nie.
    https://rachelstruth.home.blog

    ReplyDelete
  17. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...