Friday, 24 April 2020

AKHIRNYA RAMADAN PUN TIBA


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook/sariah.awangsenik@gmail.com

Syukurlah bulan Ramadan disambut dalam penuh keinsafan dan ketenangan.
Walau menyambutnya dalam keadaan yang jauh berbeza seperti kebiasaannya, namun tetap berasa bersyukur. Meraikan bulan Ramadan dalam kekalutan memerangi wabak penyakit Covid-19 ini bukanlah satu perkara yang mudah.

Setiap kali kerisauan timbul, maka saat itulah terus sahaja berdoa kepada Allah agar permudahkan segala ibadah ini. Yang pasti setiap kesukaran ini, ada anak-anak disamping dan itulah kekuatan yang paling utama.

Apa sahaja yang Allah aturkan ini pasti ada hikmahnya yang tertentu. Siapa tahu Allah aturkan hikmah yang maha besar dan luar biasa. Jadi buat masa sekarang, teruskanlah berdoa dan berusahalah mematuhi apa yang kerajaan telah tetapkan.

Insyaallah. Walau keadaan selepas dari wabak ini mungkin tidak akan sama, namun sekurang-kurangnya kita dapat berusaha bersama-sama lakukan yang paling terbaik.
Biarpun bulan Ramadan yang hadir dengan nafas yang berbeza namun pertingkatkan lagi dalam soal amal ibadah kita kelak.

Insyaallah. Selamat menyambut bulan Ramadan dan semoga amal ibadah kita diterima oleh Allah yang maha esa.


Sekian 

No comments:

Post a Comment

HANYA MAHU BEREHAT SEBENTAR

Rabu 12 Disember 2024 Hulu Bernam, Selangor Alhamdulilah syukur atas segala rahmat dari-Nya. Berehat pada hari cuti am memang sangat jarang....